Anda di halaman 1dari 10

ADAB TERHADAP RASULULLAH..

1. 2. 3. 4. 5.

SKOP PERBINCANGAN :
TAKRIF ADAB. ADAB TERHADAP RASULULLAH SEMASA HAYATNYA. ADAB TERHADAP RASULULLAH SELEPAS KEWAFATANNYA. HIKMAH BERADAB TERHADAP RASULULLAH. AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH.

ADAB TERHADAP RASULULLAH..


:

Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik r.a bahawa Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mencintaiku (Rasulullah) daripada mencintai anaknya,ibu bapanya dan manusia seluruhnya..

TAKRIF ADAB..
Adab ialah : tatacara tingkahlaku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syariat Islam. Islam adalah agama yang mementingkan adab sopan santun untuk menjaga hubungan baik manusia dengan Allah,manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Rasulullah adalah sebaik-baik contoh yang mesti di ikuti sebagai model seluruh umat Islam..

ADAB TERHADAP RASULULLAH SEMASA HAYATNYA..


Rasulullah apabila bersama para sahabat,baginda sangat mengambil berat tentang akhlak dan adab sopan. Baginda sentiasa menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada semua para sahabat dan umat Islam. Para sahabat juga sentiasa beradab,menghormati dan menyayangi Rasulullah lebih dari segalagalanya dalam kehidupan. Inilah contoh yang sepatutnya di ikuti oleh semua manusia yang tahu nilai kemuliaan Rasulullah berbanding segala kehidupan yang ada..

CONTOH ADAB PARA SAHABAT KEPADA RASULULLAH..


1. Adab bergaul : Para sahabat sentiasa menunjukkan sikap yang amat menyenangkan dan cuma melakukan sesuatu apabila di izinkan Rasulullah.. Adab hadiri majlis ilmu : Ketika dalam majlis ilmu,para sahabat sentiasa menjaga tatasusila majlis,memberi perhatian dan saling duduk rapatrapat serta beri ruang kepada orang lain.. Adab bercakap : Para sahabat sangat bersopan ketika bercakap dan hanya bercakap perkara yang berfaedah sahaja ketika bersama Rasulullah..

2.

3.

ADAB TERHADAP RASULULLAH SELEPAS KEWAFATANNYA..


Selepas wafatnya Rasulullah,kita di wajibkan beradab sopan dan menghormati baginda sebagaimana para sahabat beradab dengannya ketika masih hidup. Antara adab-adab itu ialah : Di sunatkan kita sentiasa memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah tanda cinta,kasih dan hormat kita kepadanya. Semasa menziarahi maqam (kubur) Rasulullah di Madinah Munawarah,kena jaga adab dengan tidak buat bising,berdoa dan memberi salam kepada Rasulullah..

1.

2.

HIKMAH BERADAB DENGAN RASULULLAH..


1. 2. 3. 4. Antara hikmahnya ialah : Memantapkan keimanan dan ketaatan kepada Rasulullah. Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah. Menguatkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah. Dapat mencontohi dan mengamalkan adab sopan serta akhlak mulia yang di lakukan oleh Rasulullah. Meningkatkan penghayatan syariat Allah melalui pelaksanaan ibadat fardhu dan sunat.

5.

AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH..


1. 2. 3. 4. 5. 6. Antara akibat tidak beradab ialah : Tidak mendapat hidayat dan bimbingan rasulnya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Timbul keraguan pada kebenaran Rasulullah. Menghakis nilai sensitiviti terhadap ajaran Islam. Hilang rasa hormat dan cinta akan Rasulullah. Menjauhkan diri daripada melaksanakan tuntutan agama Islam. Terhakis nilai kesopanan dan kesusilaan kerana tak lagi mengikut uswatun hasanah Rasulullah.

SOALAN KUMPULAN.
1. Berikan 5 hikmah beradab terhadap rasulullah.. 2. Senaraikan 5 akibat tidak beradab dengan rasulullah.. 3. Apakah tindakan anda apabila melihat rasulullah di hina? beri 5 cadangan anda untuk mengatasinya..

# #

T BERKATA IMAM SYAFIE : T RAMAI SEKALI ORANG YANG ASYIK KETAWA PADAHAL KEMATIAN ITU BERADA DI ATAS KEPALANYA, JIKA DI TAHU PERKARA YANG GHAIB PASTI DIA AKAN MENANGIS YANG TIDAK TERHINGGA. T SESIAPA YANG TIDAK MENGETAHUI ADAKAH DIA AKAN HIDUP PADA KEESOKAN HARINYA, MENGAPAKAH DIA SIBUK MEMIKIRKAN REZEKINYA UNTUK HARI AKAN DATANG.

Anda mungkin juga menyukai