Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Sistem Endokrina

Tujuan : Untuk mengenal pasti cara hormone dirembeskan ke seluruh badan

Lokasi : Bilik fisiologi

Tarikh : 12/4/19

Masa : 2:30 petang

Peralatan : Cat air, gelas lutsinar dan air

Prosedur amali

1. Sebiji gelas lutsinar diisi dengan air sehingga hampir penuh


2. Gambarnya diambil dan diteliti
3. Setitis cat air berwarna merah dititiskan ke dalam gelas tersebut dengan berhati-hati
4. Pergerakan cat di dalam air diteliti dan diambil gambar
5. Dapatan kajian direkodkan seperti di bawah

Dapatan kajian

Gelas yang berisi air


Hormon yang dirembeskan

Darah

Hormon yang bercampur dengan darah

Perbincangan

1. Daripada amali berkaitan sistem endokrina yang dijalankan, saya mendapati bahawa
sistem endokrina melibatkan sistem kawalan kelenjar tanpa saluran yang
menghasilkan hormon yang tersirkulasi di tubuh melalui darah untuk mempengaruhi
organ-organ lain.
2. Saya juga mendapati bahawa hormon yang terlibat dirembeskan terus ke dalam
darah dan bercampur dengannya untuk disebarkan ke seluruh badan.
3. Hal ini kerana, sistem endokrina tidak mempunyai saluran khusus.
4. Hormon yang dirembeskan hanya akan mempengaruhi organ-organ tertentu sahaja.
5. Dalam amali ini, setitis cat dititiskan ke dalam air. Cat ini mewakili hormon yang
dirembeskan manakala air mewakili darah dalam tubuh badan manusia. Kita dapat
melihat bagaimana cat tersebut larut di dalam air dan bercampur dengannya secara
perlahan-lahan. Situasi ini sama dengan keadaan di mana hormon dirembeskan di
dalam darah dan bercampur dengannya untuk dibawa ke seluruh badan.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa sistem endokrina mempunyai keunikannya yang


tersendiri. Sistem ini harus diketahui dan dipelajari oleh setiap orang khususnya bagi yang
berda dalam bidang anatomi dan fisiologi kerana ianya melibatkan fungsi organ yang sangat
banyak.

Anda mungkin juga menyukai