Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Video Berasaskan Tema Perpaduan

Konsep berasaskan tema perpaduan di hati. Menurut sejarah, konflik antara rakyat yang
berbilang kaum timbul apabila rakyat susah menerima kebenaran. Walaupun kami digelar
pendatang tetapi kami kami Hindu Dan Cina dapat kewarganegaraan. Ia merupakan kata-kata
Tun.VT.sambanthan memberi kesedaran dan membuka mata rakyat yang tidak mengetahui
atau menerima kebenaran. Maka, kami menyelitkan isu tersebut dalam video ini dan
menyertakan kepentingan perpaduan untuk negara yang merdeka .Untuk itu kami
menggunakan alam semula jadi untuk menujukkan konsep merdeka .

Kami telah menghubungkaitkan keindahan alam kerana Alam sekitar adalah anugerah Tuhan
yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada
sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk
kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-
aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Lantas di bawah naungan kibaran Jalur Gemilang, menunjukkan semua rakyat perlu
mengekang sebarang unsur negatif yang boleh menggugat Malaysia khususnya rasuah, selain
terus bersatu padu menjaga keutuhan negara dan sedia mempertahankannya walau apa
sekali pun cabaran mendatang.

Titisan air yang jatuh dari payung pula menunjukkan ataupun boleh dikatakan sebagai
saksi bagaimana pahlawan kita berjuang hingga titisan darah terakhir mempertahankan
kedaulatan negara daripada dicabul pengganas.Rakyat Malaysia sebenarnya pejuang,
sebenarnya kita dari benih pejuang. Darah yang mengalir adalah darah pejuang-pejuang
pahlawan kita. Jadi, kami kami menyelitkan sejarah pertumpahan darah para perwira yang
sedang menjadi senjata keselamatan Dan kebebasan negara pada hari ini.
Watak yang menunjukkan jalur gemilang yang berkibar tinggi merumuskan bahawa negara
kita sedang membangun ke Arah negara yang maju Malaysia kepada sebuah negara maju
berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan corak negara-negara maju yang wujud
sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak hanya
diukur daripada sudut pembangunan materialistik sahaja. Oleh itu, dalam gagasan ini
kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan
kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi. Kehendak ini adalah bertepatan dengan
cabaran ketujuh yang terkandung dalam Wawasan 2020. Cabaran ketujuh tersebut adalah
membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial
yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi
mantap.

Kesuburan negara kita dapat dilihat dari sikap menghargai air hujan. Air adalah satu
perkara asas dalam negara. Tanah yang subur yang ada diseluruh dunia dan diusahakan
dengan pelbagai tanaman Dan pelbagai keunikkan lazimnya mempunyai kadar didiami atau
penduduk yang padat. Kami telah menyelitkan sebahagian perkara tentang alam semula jadi
dengan perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai