Anda di halaman 1dari 2

3.0 KESAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

3.1 KESAN POSITIF.

1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negeri.


a. Faktor iklim dan teknologi yang berbeza antara sebuah negara dengan negara
lain menyebabkan kemampuan dalam mengeluarkan sesuatu barang turut
berbeza.
b. Sebagai contoh, Malaysia mengimport jentera dan kenderaan berat dari Jepun
dan mengimport buah-buahan seperti anggur, epal dan negara-negara yang
beriklim Mediteranean.
2. Menggalakkan penggunaan teknologi.
a. Perdagangan antarabangsa menggalakkan penggunaan teknologi moden.
b. Penggunaan teknologi moden seterusnya dapat meningkatkan daya
pengeluaran industri tempatan.
3. Menikmati barang pada harga yang lebih murah.
a. Melalui pengkhususan yang dijalankan pengeluaran akan berlaku dalam
perdagangan antarabangsa.
b. Pengeluaran secara besar-besaran membolehkan pengeluaran beroperasi pada
kos seunit yang lebih rendah.
c. Sebagai kesannya, pengguna akan menikmati harga barang yang lebih murah.
4. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
a. Perdagangan antarabangsa akan mendorong penggunaan faktor-faktor
pengeluaran dengan lebih cekap.
b. Suasana ini wujud kerana setiap negara berusaha untuk menggunakan faktor-
faktor pengeluaran dengan cekap supaya barang dapat dihasilkan dengan
banyak dan kos yang paling rendah.
5. Pilihan pengguna yang lebih luas.
a. Perdagangan antarabangsa memberi peluang kepada pengguna untuk mrmbuat
pilihan terhadap pelbagai barang di pasaran. Pengguna boleh memilih sama
ada ingin membeli barang keluaran tempatan atau luar negara.
6. Dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam negara.
a. Perdagangan antarabangsa memberikan ruang kepada firma untuk
memperluaskan pasaran mereka.
b. Penambahan pengeluaran oleh firma akan melibatkan tenaga buruh yang lebih
ramai.
c. Penggunaan tenaga buruh yang ramai akan menyebabkan pengangguran
berkurang.

Anda mungkin juga menyukai