Anda di halaman 1dari 1

Huraikan perlakuan guru yang santun ketika di bilik darjah

(a) Sayang menyayangi


Seseorang guru mestilah berminat dalam pekerjaan mereka dan mencurahkan kasih
sayang kepada murid-murid. Guru harus mempunyai matlamat dan mencapainya
dengan sedaya upaya. Pengamalan nilai kasih sayang boleh mendapati
kepercayaan dan hormat daripada murid. Guru tidak boleh memilih hati dan perlu
menghormati setiap murid.
(b) Bertanggungjawab
Seseorang guru perlulah aktif, rajin dan bersungguh-sungguh. Guru perlulah
sentiasa menyediakan dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan sedaya-upaya. Hukuman atau teguran yang terlampau tidak boleh dilakukan
bagi murid-murid dan mestilah menggunakan cara yang sesuai.
(c) Ikhlas
Seseorang guru perlulah berikhlas dan jujur terhadap murid. Guru haruslah bergaul
dengan murid sebagai kawan supaya murid amanah, sayangi dan hormati guru.
Guru sebagai fasilitator dan sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk
menyampaikan pendapat atau pengalaman mereka. Perkongsian pengalaman
antara guru dengan murid dapat membolehkan mereka saling memahami dan juga
dapat mengeratkan hubungan. Guru juga harus sentiasa menghormati pandangan
murid dan dapat berfikit dari sudut murid-murid.
(d) Sebagai teladan yang baik
Murid-murid akan meniru guru-guru mereka. Guru haruslah berfikir, bertutur dan
bersifat baik supaya murid tidak meniru apa-apa yang negatif. Guru haruslah bertutur
dengan bersopan santun dan bersemangat. Pakaian yang kemas dan sesuai juga
haruslah diperhatikan.

Anda mungkin juga menyukai