Anda di halaman 1dari 11

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1) OBJEKTIF KAJIAN

3.1.1 Objektif umum


Tujuan kajian ini adalah meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam mengenal
nama dan fungsi alatan jahitan dengan menggunakan kaedah penceritaan Kamishibai.

3.1.2 Objektif Khusus


I. Meningkatkan kefahaman murid dengan menggunakan BBM “Kamishibai” dalam topik
mengenal nama dan fungsi alatan jahitan tahun 4.
II. Meningkatkan pengetahuan murid dengan menggunakan BBM “Kamishibai” dalam topik
mengenal nama dan fungsi alatan jahitan tahun 4.
III. Meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam topik alatan jahitan tahun 4 dengan
menggunakan BBM “Kamishibai”.

3.2) Persoalan Kajian


I. Adakah penggunaan kaedah penceritaan “Kamishibai” dapat membantu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam topik alatan jahitan tahun 4?
II. Bagaimanakah kaedah penceritaan “Kamishibai” dapat meningkatkan pengetahuan
murid dalam mengenal topik alatan jahitan tahun 4?
III. Adakah penggunaan kaedah penceritaan “Kamishibai” dapat meningkatkan kemahiran
pengajaran guru dalam topik alatan jahitan tahun 4?

Setiap item soalan yang dikemukakan kepada murid akan danalisis secara terperinci
menggunakan kriteria di atas supaya analisis yang jelas dapat dilakukan untuk mengetahui
perkembangan murid pada akhir kajian. Nilai kreativiti juga tidak diabaikan kerana ia adalah
unsur yang penting dalam sesuatu inovasi. Oleh itu, guru boleh melihatnya dari masa ke
semasa sepanjang pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Setelah memeriksa markah
ujian pra dan ujian pos berdasarkan kriteria di atas, beberapa analisis dilakukan. Analisis ujian
pos akan dibuat untuk membandingkan keputusan markah min peserta kajian. Setiap
keputusan direkodkan supaya hasil lebih tepat. Data yang dikumpul akan dianalisis
berdasarkan skema permakahan yang telah ditetapkan oleh penkaji. Oleh yang demikian,
perbandingan boleh dibuat sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan. Penganalisaan ini
akan menentukan kejayaan kajian yang telah dilakukan.

Tambahan pula, responden juga menyatakan masalah yang dihadapi oleh mereka setelah
pengkaji mengaplikasikan kaedah teaching through games dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Daripada hasil temu bual dengan responden, mereka telah menyatakan masalah
yang dihadapi iaitu tidak mendapat peluang untuk bermain di mana permainan yang
dilaksanakan didominan oleh beberapa responden yang hiperaktif. Seterusnya adalah ujian pra
dan pasca di mana pencapaian responden telah menunjukkan peningkatan yang banyak dalam
ujian pasca setelah menggunakan kaedah teaching through games yang melibatkan permainan
di dalam kelas. Berbanding dengan markah ujian pra telah berjaya menjawab soalan ujian
pasca dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, kaedah teaching through games ini telah
berjaya meningkatkan penglibatan murid secara maksimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

INSTRUMEN

Lampiran A

BORANG TEMU BUAL


BORANG TEMU BUAL

NAMA :_____________________________________
KELAS :_____________________________________
JANTINA :_____________________________________

SOALAN JAWAPAN
YA TIDAK
Adakah kamu seronok mengikuti kelas
RBT dan faham apa yang diajar oleh
guru?
Adakah kamu suka mempelajari
subtopik alatan jahitan?

Bolehkah kamu menyatakan beberapa


alatan jahitan berserta fungsinya?

Adakah kaedah penceritaan Kamishibai


membantu kamu memahami subtopik
yang dipelajari?

*Diberi sebelum dan selepas kajian

Lampiran B

SOALAN KUIZ

Nama: _______________________________ Kelas:____________

Arahan: Jawab Semua Soalan

1. ........................ digunakan untuk untuk menyemat fabrik sebelum menggunting.


a. Jarum peniti
b. Jarum tangan
c. Roda surih

2. ........................ digunakan untuk menanda fabrik.


a. Perentas Jahitan
b. Pensil warna
c. Kapur tukang jahit
3.

Nyatakan nama alatan berdasarkan gambar di atas?


a. Roda Surih
b. Perentas Jahitan
c. Pita Ukur

4. Apakah alatan digunakan untuk menggunting kertas?


a. Gunting Kertas
b. Gunting Fabrik
c. Pembaris Lurus

5. Alatan di atas digunakan untuk .......................?


a. mengambil ukuran badan.
b. Menanda fabrik
c. mengukur dan menanda pada pola.

6. Gunting Fabrik digunakan untuk menggunting ................


a. Fabrik
b. Kertas
c. Kertas karbon

7. Alatan yang digunakan untuk menjahit fabrik dengan jahitan tangan ialah?
a. Kapur tukang jahit
b. Jarum jahit tangan
c. Pembaris Lurus

8. Perentas jahitan adalah untuk ....................

9. ........................ digunakan untuk mengukur dan memindahkan tanda pola pada fabrik.

10. ........................ digunakan untuk mengukur dan menanda pada pola.

BORANG SOAL SELIDIK

MAKLUMAT MURID: ___________________________ KELAS: __________

JANTINA:

LELAKI

PEREMPUAN
SANGAT
TIDAK SANGAT
N TIDAK SETUJU
PERKARA SETUJU SETUJU
O SETUJU
1 2 3 4

Saya suka belajar dengan BBM


1
kamishibai.
Kamishibai memudahkan saya mengingat
2
nama dan fungsi alatan jahitan.
Saya berasa seronok belajar dengan BBM
3
kamishibai.
BBM kamishibai membantu menceriakan
4
suasana kelas.
Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat
5
saya dengan BBM kamishibai.
Saya pasti ingin belajar dengan kaedah
6
kamishibai lagi jika guru mengadakannya.

1.3 TINJAUAN LITERATUR

Untuk menjalankan kajian ini bahagian tinjauan literature perlu dikumpul supaya dapat
menyokong kajian yang dijalankan. Tinjauan literatur terdiri daripada teori-teori dan kajian yang
telah dilaksanakan oleh tokoh atau pakar penyelidikan. Tinjauan literatur yang dikumpul adalah
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan permainan dan berkaitan
dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya penggunaan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2010) menjalankan kajian terhadap
Pengggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah
Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu,
penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-
guru teknikal. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatkan lagi
penggunaan ABM di kalangan guru-guru.

Ting Suh Ping (2012) menjalankan kajian untuk menilai keberkesanan penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) beasaskan ICT terutamanya Powerpoint dan Klip video dalam
meningkatkan minat dan pembelajaran Sains empat orang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah
rendah di Kuching. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan kandungan.
Triangulasi kaedah, masa dan penyelidik dilaksanakan untuk menyemak data. Hasil analisis
data mendapati bahawa empat perserta kajian menunjukan peningkatan yang ketara dalam
ujian pasca berbanding ujian pra. Juga didapati penggunan BBM Powerpoint dan klip video
berjaya membantu keempat-empat orang murid Tahun 3 Biru dalam meningkatkan minat dalam
pembelajaran Sains.

Bagi meningkatkan kualiti pendidikan, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


khususnya penggunaan multimedia dalam sistem pendidikan dapat memastikan proses
pendidikan berlaku dengan lebih berkesan dan sistematik. Dengan penggunaan teknologi ini
pendidikan dapat menggabungkan unsur pendidikan, inovasi, kreativiti dan hiburan kepada
murid dan guru. Teknologi multimedia dapat mempercepatkan dan mampu memberi kefahaman
tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan kadar yang segera. Hasil penggunaan
multimedia ini menyebabkan sesuatu persembahan maklumat menggunakan teknologi
multimedia kelihatan hidup dan menarik perhatian pengguna (Jamaludin Harun & Zaidatun
Tasir, 2000). Multimedia juga merupakan teknik yang menggabungkan sepenuhnya teknologi
komputer, permainan cakera padat, sistem video dan audio bagi mendapatkan kombinasi yang
lebih baik dan meningkatkan interaksi di antara pengguna komputer. Jika dilihat penggunaan
teknologi “Multimedia Interaktif” dalam konteks pendidikan telah memainkan peranan utama
dalam proses mempelbagaikan proses P&P ke arah yang lebih kreatif dan sistematik.

Oleh itu, kajian saya menggunakan perisian multimedia interaktif dalam proses P&P
untuk membantu murid mengenal alatan memasak berserta fungsinya. Dengan penggunaan
perisian ini sesi pengajaran lebih menarik dengan penggunaan pelbagai multimedia seperti
video, audio, grafik dan permainan. Dengan perisian ini juga murid dapat belajar dengan sendiri
dengan penggunaan perisian ini kerana boleh digunakan dengan menggunakan komputer
ataupun telefon pintar.

Arfan (2001) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penerimaan responden
terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran di kalangan
pelajar adalah positif. Penggunaan multimedia kebiasaannya menerapkan elemen teks, grafik,
audio dan video merupakan penyebab ke arah penerimaan positif di kalangan pelajar.
Roberston (1991) telah menjalankan kajian tentang animasi dan mendapati animasi mampu
meningkatkan kepuasan pengguna terhadap pembelajaran. Berikut adalah pernyataannya
tentang animasi: "Interactive animation is used to shift some of the user's cognitive load to the
human perceptual system. ... The perceptual phenomenon of object constancy enables the user
to track substructure relationships without thinking about it. When the animation is completed,
no time is needed for reassimilation." [ p. 191]. Ini membuktikan aplikasi animasi sangat
membantu pelajar mempercepatkan pembelajaran mereka yang hanya berdasarkan teks
semata-mata. Menurut Benjamin (1998), animasi meningkatkan kebolehan pengguna untuk
mengkonstruk pengetahuan mereka.

Berdasarkan pernyataan di atas, penggunaan Multimedia Interaktif sememangnya berguna


sebagai penyediaan konteks pembelajaran dalam kelas selain dapat meningkatkan motivasi
membantu proses sosialisasi dan menyatukan murid dari aras kebolehan yang berbeza-beza.
Sekiranya Multimedia Interaktif digunakan dengan betul, kaedah pengajaran ini dapat
membantu guru untuk menarik minat murid untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran
dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan murid lebih mudah
memahami dan mengingat apa yang dipelajari.

5.4.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan sebuah teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk
mendapat maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam sekitar proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui pemerhatian, saya dapat mengenal dengan lebih rapat murid.
Pemerhatian yang akan dilakukan adalah dengan menggunakan pemerhatian turut serta
(participant obsevation), saya menggunakan kaedah ini untuk mengenalpasti peserta kajian
yang sesuai dengan kajian yang saya akan laksanakan. Hal ini kerana dengan kaedah ini
membolehkan saya membuat pemerhatian dan pemilihan peserta kajian kerana dapat mencari
maklumat yang lebih terperinci berkaitan peserta kajian seperti tahap dan kebolehan peserta
kajian dengan lebin terperinci.

5.4.2 Temubual
Saya menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya menemubual guru mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi mengenai penglibatan peserta kajian terbabit untuk
mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka bersetuju dengan kajian ini dan
menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya meningkatkan penguasaan peserta kajian
tersebut dalam tajuk ini. Selain itu, saya juga akan menemu bual murid tentang pengalaman
mereka berkebun di rumah dan keselesaan mereka semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.
Saya juga akan bertanyakan sama P&P Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang dipelajari ini
menarik perhatian mereka atau tidak. Berdasarkan temubual ini akan dilakukan analisis dan
dibuat rumusan.
5.2) Jadual Pelaksanaan Kajian

BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data tinjauan 1 JULAI 2019


awal
2 Menentukan objektif / soalan kajian 3 JULAI 2019
3 Merancang tindakan 3 JULAI 2019
4 Menulis proposal kajian tindakan 7 JULAI 2019
5 Menghantar proposal kajian tindakan 14 JULAI 2019
6 Melaksanakan tindakan 23 JULAI 2019
7 Menganalisis tindakan 25 JULAI 2019
8 Membuat refleksi kajian 4 OGOS 2019
9 Menulis laporan kajian 5 OGOS 2019
10 Pembentangan dapatan kajian 19 OGOS 2019
11 Pemilihan dan edit laporan 22 OGOS 2019
12 Semakan laporan kajian tindakan 22 OGOS 2019
13 Proses penjilidan kajian tindakan 25 OGOS 2019
14 Serahan jilid kajian tindakan kepada penyelia 1 SEPTEMBER 2019

5.3) Carta Gantt Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan


Berikut merupakan Carta Gantt pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam penyelidikan
tindakan yang akan dilaksanakan.

Tahun 2018
Jan Feb Ma Apr Mei Jun Jul Og Se Okt No Dis
Aktiviti
1. Mengenalpasti masalah dan
pengumpulan data tinjauan awal
2. Menentukan objektif / soalan kajian
3. Merancang tindakan
4. Menulis proposal kajian tindakan
5. Menghantar proposal kajian tindakan
6. Melaksanakan tindakan
7. Menganalisis tindakan
8. Membuat refleksi kajian
9. Menulis laporan kajian
10. Pembentangan dapatan kajian
11.Pemilihan dan edit laporan
12. Semakan laporan kajian tindakan
13. Proses penjilidan kajian tindakan
14.Serahan jilid kajian tindakan kepada
penyelia

5.4) Anggaran Kos dan Peralatan Kajian


BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH KOS
1 Kertas A4 1 RM 10.00 RM 10.00
2 Buku Kajian 1 RM 17.00 RM 15.00
3 Fotostat bahan kajian 10 RM 1.00 RM 10.00
4 Printer Cartridge 1 RM 35.00 RM 35.00
JUMLAH RM 75.00

Anda mungkin juga menyukai