Anda di halaman 1dari 10

Dato’ Mohd Shafiq bin Abdullah

(Pengajian Ijazah Lanjutan Sarjana Pengajian Governance


di Meiji University, Tokyo )
dmshafiq64@hotmail.com
dan
Zulkapli bin Mohammed
(Pengajian Ijazah Lanjutan Kedoktoran Ekonomi,
Meiji University, Tokyo )
zul416@yahoo.com

D508, Tokyo International Exchange Center, 2-79 Aomi,


Koto-Ku, 1350064, Tokyo, Japan
Tel. +813 –5520 6961 / 047 338 9925

OCTOBER 2006 - MARCH 2 0 0 7 V O L . 1 N O . 1


E – DEMOKRASI DAN E- KERAJAAN;
ANALISIS KONSEP DAN PELAKSANAAN
DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN DI NEGARA JEPUN.

ABSTRAK
Pelaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambahbaik mutu perkhidmatan
awam agar lebih kos efektif dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat mengujudkan satu saluran baru bagi
meningkatkan penyertaan secara langsung rakyat dalam pengubalan dasar-dasar awam selaras dengan harapan
pendukung sistem demokrasi yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh hal demikian, e-kerajaan dianggap sebagai
langkah pertama untuk memperkukuhkan pembentukan masyarakat madani (civil society) dan institusi –institusi 25
pembinaan konsensus demokrasi melalui ICT. Justeru itu, artikel ini akan cuba menganalisis makna konsep
e-kerajaan dan kaitan dengan e–demokrasi dan meninjau aplikasinya di peringkat kerajaan tempatan di Jepun.
Walaupun Jepun melaksanakan e –kerajaan dengan baik melalui kekuatan teknologi, kewangan dan penduduk
celik komputer yang tinggi namun untuk merealisasikan e- demokrasi adalah sesuatu yang sukar dan masih jauh.
Halangan budaya politik, birokrasi dan kurangnya “political will” kerajaan dalam mengubah proses urustadbir
(governance) institusi –intitusi yang sedia ada agar lebih terbuka serta bertanggungjawab secara digital
memperlahankan amalan e-demokrasi secara berkesan. E-kerajaan yang mampu mengujudkan interaksi dua hala
antara kerajaan dan rakyat yakni hubungan bersifat perkongsian dan kerjasama masih belum dapat dicapai
sepenuhnya. Aplikasi ICT dalam proses demokrasi dengan jayanya bukan setakat memerlukan “hardware“ tetapi
juga perubahan minda dan perundangan yang mungkin mengambil jangkamasa panjang.

Senarai kata kunci

E-Demokrasi, E- kerajaan, Desentrilasasi Kerajaan Tempatan di Jepun ,

1. PENGENALAN
Revolusi sains dan teknologi dalam bidang komunikasi informasi komunikasi (ICT ) khususnya internet telah
yang melibatkan penggunaan komputer, Internet, diakui berjaya membawa kesan positif dalam
kamera digital dan telefon bimbit telah memberi kesan penambahbaikan dan kemajuan pelbagai bidang di
yang amat besar dalam hubungan sesama manusia sektor swasta dan awam dengan meningkatkan
secara individu mahupun secara kolektif. Perubahaan produktiviti secara lebih efisien, kos efektif dan
pantas teknologi bidang komunikasi dan maklumat ini mengurangkan karenah birokrasi. Selaras dengan
telah berjaya mengubah cara dan jangkamasa manusia kehendak dunia hari ini yang mementingkan mutu, kos,
membuat, melaksana dan mengunjur keputusan ketepatan dan kepantasan dalam segala aktiviti
mengenai pelbagai isu yang berkaitan politik, ekonomi pengeluaran dan pengagihan barangan serta perkhidmatan,
dan sosialnya. Justeru itu, penggunaan teknologi dan telah memanfaatkan aplikasi ICT untuk mencapai
prestasi pulangan (output) yang paling tinggi secara 2. KONSEP E- DEMOKRASI DAN E–KERAJAAN
kebendaan mahupun kepuasan.
Walaupun konsep dan definisi demokrasi adalah
Berdasarkan kejayaan ICT yang begitu terserlah di pelbagai namun untuk skop tulisan ini maksud
sektor pengeluaran dan swasta, para pengamal demokrasi yang asas sahaja akan digunapakai. Menurut
pendekatan teori “New Public Management” (NPM) Kamus Webster, demokrasi di takrifkan sebagai;
PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW

dengan yakin telah mencadangkan aplikasi


pengurusan dan teknologi maklumat swasta dalam “a government in which the supreme power is vested in the
menambahbaikan mutu pentadbiran awam demi people and exercised by them directly or indirectly through a
meningkatkan kepuasan rakyat terhadap kerajaan [1]. system of representation.” [2]
Maka, pada akhir tahun 1980-an banyak negara maju Berpandukan definisi demokrasi di atas yang
seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Peranchis menekankan prinsip asas kuasa rakyat dan kerajaan
dan Jepun telah melaksanakan penggunaan aplikasi perwakilan, maka e–demokrasi dapat ditakrifkan
teknologi ICT dengan meluas sebagai reformasi sebagai cara bagaimana menggunakan aplikasi sistem
pengurusan awam demi menghadapi persaingan sengit teknologi maklumat untuk membimbing, memperbaiki
globalisasi dan mengurangkan rungutan birokrasi dan melaksanakan prinsip-prinsip amalan demokrasi.
oleh para pengundi terhadap mutu perkhidmatan Penggunaan ICT secara aktif dipercayai dapat
kerajaan. Pada masa yang sama, bertambahnya bilangan mengujudkan warga yang bermaklumat dan
pengguna internet dan komuniti maya talah meningkat berpengetahuan serta ruang penyertaan yang luas
dengan begitu mendadak terutamanya dalam interaksi dalam proses politik seperti yang dianjurkan oleh
organisasi sosial serta penurunan besar penyertaan prinsip demokrasi. Rakyat secara tidak langsung dapat
rakyat sebagai pengundi dalam proses pilihanraya di meningkatkan penyertaan mereka dalam proses
kebanyakan negara maju pada awal 1990-an. Keadaan pengubalan undang-undang, dasar awam dan proses
ini telah memperhebatkan lagi penggunaan ICT dalam eksekutif kerajaan dengan mengambil bahagian
kerajaan atau e- kerajaan. dalam kaji selidik pendapat umum, perbahasan, forum,
26 Kepentingan ICT telah digunapakai bagi menyuntik perundingan, blog lobi kumpulan pendesak dan pada
dimensi baru dalam peningkatan keabsahan (legitimacy) masa yang saman terdedah kepada maklumat dan
dalam hubungan kerajaan dan warganegara. Rakyat pengakuan pakar yang dikemukakan melalui ICT.
yang suatu ketika dahulu yang hanya bersuara semasa Menurut Tsagarousianou, Roza, Damian Tambini dan
pilihanraya ataupun melalui wakil rakyat dan para Cathyrn Bryan dalam buku suntingan mereka “Cyber
pentadbir telah mula secara semuka ataupun melalui democracy” [3] menyatakan konsep e-demokrasi
mekanisma surat menyurat (snail–mail) memberi walaupun hanya merupakan satu impian khayalan para
kritikan, maklumbalas, memohon keperluan khusus sarjana sains politik dan aktivitis sosial pada tahun
daripada dasar-dasar kerajaan secara lebih lantang 1960-an, tetapi kini semakin menjadi kenyataan mulai
melalui teknologi komunikasi Internet. Keadaan ini pertengahan tahun 1990-an. Penggunaan teknologi
secara langsung memberi peluang kepada rakyat untuk Internet yang meluas dan pengenalan e–kerajaan dalam
melibatkan diri dalam pengubalan dan pelaksanaan penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan
aktiviti kerajaan secara lebih efisen dan lebih harmoni. awam telah merealisasikan konsep dan harapan
Walaupun terdapat beberapa kelemahan daripada e-demokrasi. Pendekatan hubungan ini amat jelas
pendekatan ini, pengalaman di beberapa buah negara apabila e-kerajaan yang diberi takrifan oleh kebanyakan
maju di barat khususnya United Kingdom, Sweden, negara pengamal demokrasi seperti di New Zealand
Peranchis dan Amerika Syarikat telah menampakkan dan United Kingdom sebagai ;
sedikit kejayaan dalam merealisasikan konsep “ .. a way for governments to use the new technologies to
e-demokrasi melalui e-kerajaan. Oleh yang demikian, provide people with more convenient access to government
dalam rencana ini penulis akan menganalisis sejauh information and services, to improve the quality of the serv-
manakah peranan teknologi komunikasi Internet dalam ices and to provide greater opportunities to participate in our
urusan penyampaian perkhidmatan awam di peringkat democratic institutions and processes. ” [4]
pentadbiran kerajaan tempatan (e-kerajaan) di negara
maju di Asia seperti Jepun, membantu meningkatkan Pembangunan konsep dan penggunaan e- kerajaan ini
penyertaan warga tempatan secara bertanggungjawab adalah berdasarkan perspektif yang melihat rakyat
pada peringkat kerajaan tersebut dan seterusnya sebagai pelanggan perkhidmatan awam dan kerajaan
meningkatkan keabsahan pihak pemerintah melalui sentiasa dengan penuh tanggungjawab perlu
gabungan “citizen-government partnerships ” menurut meningk atk an keberkesanan fungsi “eksekutif ”
konsep e-demokrasi. melalui penambahbaikan mutu sistem penyampaian,
keterbukaan (transparent) pemerolehan dan penyebaran penyertaan demokrasi secara langsung. Kedua,
maklumat penting kerajaan demi peningkatan menfokuskan gerakan penggalakan tanggungjawab
legitimasi kuasa kerajaan yang memerintah [5]. sivik masyarakat di peringkat akar umbi seperti
Namun begitu, rakyat yang dianggap sebagai e-komuniti melalui ICT. Ketiga, menyelaras maklumbalas
“pelanggan” hanyalah merupakan salah satu aspek dan tinjauan pendapat umum melalui ICT dalam
hubungan interaksi antara kerajaan dan rakyat dalam pengubalan dasar awam dan keempat, menggunakan
e-demokrasi. Menurut para pengkaji model e–demokrasi, teknologi ICT secara menyeluruh sebagai satu kaedah
Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan utama dalam mengembelingkan penglibatan

OCTOBER 2006 - MARCH 2 0 0 7 V O L . 1 N O . 1


(OECD) misalnya telah mendefinisikan tiga jenis warganegara dalam pembentukan dasar awam dan
interaksi e-demokrasi. Pertama, interaksi ICT dalam halatuju negara.
penyaluran maklumat sehala dari kerajaan kepada Rakyat sesungguhnya mempunyai hubungan dengan
rakyat. Kedua, interaksi hubungan ICT dua hala yang kerajaan dari pelbagai perspektif lain misalnya
memberi peluang kepada rakyat untuk memberi hubungan sebagai “Warganegara” di mana rakyat
maklumbalas mengenai isu-isu dan ketiga, interaksi sebagai pelakon utama bertanggungjawab menentukan
yang bersifat hubungan perkongsian bijak di mana hala tuju masyarakat dan negara dalam kerajaan
rakyat terlibat secara aktif dalam proses pengubalan demokrasi yang autonomi. Rajah 1 menerangkan saluran
dasar melalui ICT [6] . hubungan interaksi rakyat dengan kerajaan sebagai
Begitu juga dengan Coleman dan Gotze [7] pelanggan dan warganegara dalam pengubalan dasar
mencadangkan model e- demokrasi melalui empat awam. Penggunaan ICT bagi merealisasikan harapan
senario yang sama. Pertama, pewujudan sokongan warganegara dalam amalan prinsip demokrasi secara
teknologi yang bersifat “hardware” sebagai saluran sepenuhnya masih di peringkat awal dan banyak

Rajah 1: Penyertaan rakyat dalam pengubalan dasar awam kerajaan melalui ICT dan harapan e-demokrasi
27

E-Demokrasi

Objektif ICT Perkhidmatan


E-kerajaan Harapan ICT dalam
Awam
merealisasikan demokrasi
Menambahbaikan kecekapan,
Maklumbalas dan kritikan
mengurangkan kos dan
terhadap legislatif dan
produktiviti pentadbiran kehakiman mengikut
Penyertaan
Meningkatkan kualiti dan Perkhidmatan “check and balance”
dalam
kepuasan pelanggan Awam Peranan aktif dalam
pengubalan
terhadap mutu penyampaian urustadbir (governance)
dasar
perkhidmatan awam dan akauntabiliti kerajaan
Menambah daya saing Penyertaan politik dalam
negara dalam era globalisasi pilihanraya seperti
pendaftaran pengundi,
Pelanggan Warganegara maklumat dan manifesto
Rakyat calon, berkempen dan
mengundi melalui ICT
Meningkatkan tuntutan
hak asasi individu,
masyarakat mengikut
“rule of law” dalam
perlembagaan negara
kekurangannya. Misalnya, jurang digital antara utama telah diluluskan oleh Parlimen Jepun (Diet) yang
masyarakat bandar dan luar bandar, kos teknologi yang mempunyai implikasi secara langsung kepada
tinggi dan kurang kepercayaan kepada keselamatan pentadbiran awam dan hubungan antara kerajaan
maklumat sering dijadikan alasan untuk tidak pusat dan kerajaan tempatan. Tiga akta utama yang
melaksanakannya. dikatakan merevolusikan aplikasi ICT di dalam
PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW

Namun begitu, perhatian yang serius telah ditumpukan pentadbiran kerajaan tempatan negara Jepun ialah
bagi membangunkan aplikasi e-kerajaan dalam Akta Prosedur Pentadbiran 1993, Akta Kebebasan
penyampaian dasar awam sebagai langkah awal untuk Maklumat 1999 dan Akta Pakej Kuasa Desentralisasi
melahirkan warganegara yang bermaklumat dan 1999. Ketiga-tiga akta ini digubal oleh kerajaan pusat
meningkatkan minat rakyat dalam penyertaan penggubalan bagi penambahbaikan amalan pemerintahan secara adil,
dasar awam. ICT diharapkan akan terus memainkan terbuka, dan meningkatkan kuasa autonomi rakyat di
peranan penting sebagai penentu agenda (agenda peringkat kerajaan tempatan. Di samping itu, ia juga
setting) pendapat umum masyarakat melalui pelbagai dilihat sebagai strategi baru di mana dasar
saluran komunikasinya dalam pembentukan, perlaksanaan pembangunan yang selama ini dipikul oleh kerajaan
dan penilaian dasar-dasar awam pada setiap masa dan pusat melalui “Sistem delegasi fungsi” (Agency Delegation
tidak lagi terikat pada musim-musim pilihanraya Functions System) telah dipindahkan kepada kerajaan
semata-mata. tempatan[8]. Sistem delegasi fungsi ini adalah
merupakan arahan–arahan dasar pembangunan
Adalah menjadi harapan para pengkaji politik untuk negara secara sehala dan autokratik (top-down) daripada
ICT memainkan peranannya dengan lebih luas dan kerajaan pusat kepada kerajaan tempatan tanpa
aktif di masa akan datang untuk merealisasikan sesuatu mengambilkira pandangan masyarakat di peringkat
pemerintahan yang benar-benar diwakili rakyat. Mereka akar umbi.
percaya bahawa penggunaan aplikasi-aplikasi ICT
dapat memantau dan menegakkan perkara –perkara 3.1 Desent ralisasi Kuasa Ke rajaan Tempatan dan ICT
asas amalan demokrasi seperti “check and balance” , “rule Sistem Kerajaan di Jepun yang bersifat kesatuan
28 of law”, urustadbir yang baik (good governance) dan (unitary) boleh di bahagikan kepada kepada tiga
akauntabiliti dalam hubungan antara pemerintah peringkat, iaitu Kerajaan Pusat (central government) dan
dengan warganegara. Kerajaan Negeri atau Wilayah (Prefecture –Ken, seperti
Oleh yang demikian, memandangkan konsep dan Tok yo, Niigata, Okinawa, Chiba dll) dan Kerajaan
definisi e–demokrasi begitu luas, maka aktiviti Peringkat Majlis Tempatan (Municipalities-shi)
e-kerajaan adalah merupakan langkah awal menjadikan termasuklah Pentadbiran Bandar (machi) dan Kampung
e-demokrasi sebagai satu realiti. Dalam rencana ini, (mura). Pembahagian katogeri pentadbiran kerajaan
penulis akan hanya mengupas aspek e-demokrasi tempatan adalah berdasarkan keluasan kawasan,
dalam konteks e-kerajaan seperti yang diamalkan di keadaan mukabumi dan bilangan serta kepadatan
peringkat kerajaan tempatan di negara Jepun. Justeru penduduk. Bilangan Kerajaan Negeri (Prefecture) adalah
itu, persoalan utamanya ialah bagaimana e-kerajaan sebanyak 47 bahagian dan jumlah ini adalah sama sejak
tempatan berupaya menjadi saluran penyertaan dan era pemerintahan Meiji (1868-1912). Manakala bilangan
penglibatan rakyat dalam proses pengubalan dan “Municipalities” telah menurun dengan begitu banyak
perlaksanaan dasar-dasar awam dalam kerangka dari 5000 pada tahun 1965 kepada 2376 pada
pengagihan kuasa (decentralization) daripada kerajaan 2005 berikutan langkah-langkah penyatuan untuk
pusat kepada kerajaan tempatan. Di samping itu, meningkatkan kecekapan ekonomi dan infrastruktur,
tumpuan juga akan diberikan kepada halangan- mengelakkan pembaziran kewangan dan sumber
halangan aplikasi ICT e-kerajaan dan e-demokrasi di manusia [9]. Kemurungan prestasi ekonomi negara
negara- negara maju khususnya di Jepun. Jepun mulai lewat tahun 1989 dan awal 1990-an
berikutan kenaikan kadar inflasi, kejatuhan pasaran
3. DESENTRALISASI SISTEM KERAJAAN hartanah dan eksport serta kemelesetan ekonomi atau
TEMPATAN JEPUN, E-KERAJAAN DAN dikenali sebagai “burst of bubble economy” menyebabkan
kerajaan pusat mengambil langkah drastik untuk
E-DEMOKRASI
melakasanakan proses pembaharuan pentadbiran
Dalam membincangkan e-demokrasi daripada awam di peringkat kerajaan tempatan dengan
pengalaman kerajaan tempatan di Jepun, maka ia perlu menurunkan lebih banyak kuasanya kepada kerajaan
dilihat dalam konteks reformasi pentadbiran awamnya. tempatan. Proses ini juga dikenali sebagai “Chihoo
Ini kerana sejak tahun 1990-an, terdapat beberapa akta Bunken” [10].
Walaupun kerajaan tempatan (Chihoo Jichi) dikatakan meluluskan Pelan Asas Pengkomputeran Pentadbiran
mempuyai kuasa autonomi yang dijamin melalui Kerajaan Tempatan pada tahun 1997. Langk ah ini
Perlembagaan Negara (Bab 8) namun dari segi menyebabkan wujudnya “Local Government Wide Area
praktiknya ia tidaklah diamalkan. Malahan semasa era Network” (LGWAN) yang menghubungkan ke semua 2500
Pemerintahan Meiji, Gabenor - Gabenor di peringkat kerajaan tempatan seluruh Jepun [13].
kerajaan negeri (Prefecture) adalah dilantik terus oleh Penggunaan ICT dalam pentadbiran awam telah
Maharaja atau kerajaan pusat tanpa merujuk kepada bertambah rancak dengan langkah reformasi pentadbiran
kuasa feudalis tempatan. Pemusatan kuasa di peringkat dan kewangan secara lebih luas dan efektif dalam

OCTOBER 2006 - MARCH 2 0 0 7 V O L . 1 N O . 1


kerajaan pusat telah diteruskan dalam tahun–tahun hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan
selepas Perang Dunia Kedua, di mana kerajaan negeri semasa pemerintahan Perdana Menteri Obuchi pada
hanya menjadi pelaksana dasar dan arahan yang tahun 1999. Cadangan beliau untuk mengecilkan saiz
dikemukan oleh kerajaan pusat. Oleh hal demikian, kerajaan pusat dengan mengurangkan bilangan
kerajaan tempatan hanyalah berperanan sebagai agen kementerian dan agensi pusat serta mengujudkan
kerajaan pusat yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan badan pentadbiran bebas,menggalakkan deregulasi
pusat demi keseragaman dalam pembangunan tanah- dan pengurangan kuasa birokrasi, menggalakkan
tanah milik kerajaan pusat. Hanya selepas tahun 1970-an, kebebasan untuk mendapat maklumat kerajaan dan
sistem kerajaan tempatan diberikan sedikit autonomi menggalakkan reformasi politik menyebabkan
dalam aspek–aspek tertentu seperti proses pemilihan rangkaian ICT antara kementerian yang dikenali
Datuk Bandar atau Governor melalui pilihanraya ekoran “Kasumigaseki Wide Area Network” disambungkan dengan
desakan para pemimpin tempatan [11]. rangkaian “Local Government Wide Area Network ” (LGWAN ).
Perkembangan industri dan urbanisasi yang begitu Di samping itu , pelbagai aplikasi e- kerajaan baru seperti
rancak tanpa kawalan akibat dasar-dasar kerajaan pusat e-kerajaan sektor pembinaan dan pendaftaran maklumat
dalam tempoh 1960 hingga 1970-an telah menyebabkan penduduk melalui Jyuki net turut diperkenalkan bagi
pencemaran udara dan air yang begitu tidak melicinkan sistem penyampaian perkhidmatan awam
menyenangkan serta menimbulkan pelbagai penyakit di peringkat kerajaan tempatan [14]. 29
aneh dan merbahaya. Penyakit batuk kering, asma, Pengenalan akta “Omnibus Decentralization Act” pada
penyakit Minamata, dan peristiwa tumpahan asid Sulfur 1999 yang jelas menggariskan skop dan tanggungjawab
Dioxide yang menyebabkan kereputan tulang (Itai-Itai di antara kuasa kerajaan pusat dan kerajaan tempatan
deseas) di wilayah Mie, telah meyebabkan munculnya menyebabkan bertambahnya kuasa autonomi dan
gerakan sosial besar- besaran yang terdiri daripada kebebasan kerajaan tempatan. Akta ini juga secara
pekerja kilang, petani dan para aktivis sosial mendesak simboliknya mempunyai signifikan yang besar dalam
kerajaan pusat untuk mengambilkira pandangan pengagihan kuasa kepada kerajaan tempatan di negara
penduduk tempatan dalam pengubalan dan Jepun. Oleh kerana kerajaan pusat tidak lagi akan
perlaksanaan dasar-dasar kerajaan terutama daripada campurtangan dalam urusan pentadbiran dan
aspek alam sekitar dan kebajikan. Sebagai tindakbalas pembangunan kerajaan tempatan maka segala urusan
kepada desakan tersebut, kerajaan pusat telah tersebut kini dipertanggungjawabkan kepada kerajaan
meluluskan pelbagai undang–undang pengawalan tempatan dan warganya. Sayugia diingatkan, bidang
alam sekitar dan industri demi kepentingan penduduk kuasa kerajaan tempatan di negara Jepun yang ditadbir
tempatan sejak tahun 1980-an yang juga dikenali oleh 3.3 juta penjawat awam adalah begitu luas iaitu
sebagai era lokalisma atau “Jimoto Shugi No Jidai” [12]. meliputi hal ehwal pendidikan dan pengurusan sekolah,
Bagi mengatasi krisis kemelesetan ekonomi yang perancangan pembandaran, pemuliharaan alam sekitar,
melanda Jepun sejak akhir tahun 1989 dan meningkatkan pencegahan kebakaran dan bomba, kebajikan
kecekapan dan mutu pengurusan kerajaan tempatan, masyarakat, pungutan hasil cukai tanah dan perniagaan,
Kerajaan Pusat telah memperkenalkan Undang- pengurusan kesihatan dan hal ehwal pengurusan
Undang Penggalakkan Desentralisasi pada tahun 1995, malapetaka seperti tsunami, gempa bumi , keselamatan
yang menyarankan penghapusan “Agency Delegated dan polis. Kerajaan pusat hanya mengurus polisi – polisi
Function System” yang dilihat sebagai simbol penguasaan yang di bawah kuasanya termasuk hal ehwal kewangan
kerajaan pusat terhadap kerajaan tempatan secara dan pos, infrastruktur fizikal, keselamatan negara dan
berhairaki. Ini meletakkan kerajaan tempatan dalam hubungan diplomasi luar negara [15].
kedudukan yang sama dengan kerajaan pusat dalam Dasar Kerjaan Perdana Menteri Koizumi yang
kuasa pentadbiran wilayahnya dan tidak semesti patuh memperkenalkan “e-strategy Japan” pada tahun 2001,
kepada arahan – arahan kerajaan pusat. Penurunan bertujuan untuk meletakkan Jepun sebagai negara
kuasa ini juga telah menyebabkan kerajaan pusat
yang paling maju dari segi pembangunan infrastruktur tempatan di Jepun adalah begitu menggalakkan.
telekomunikasi dan aplikasi ICT menjelang tahun 2005 Walaupun ia baru diperkenalkan , masyarakat tempatan
telah membantu merancakkan lagi aplikasi e–kerajaan telah mula menggunakan maklumat website kerajaan
dalam urusan pentadbiran awam di semua peringkat tempatan dan berinteraksi dengan positif melalui
kerajaan. Sehubungan dengan itu, bilangan komputer e-forum yang disediakan. Sehingga Disember 2003,
PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW

di peringkat kerajaan tempatan seluruh Jepun telah sebanyak 733 kerajaan tempatan (yang besar dan
ditambah daripada 280 ribu unit pada tahun 1997 ramai penduduk) telah menyediakan e-forum melalui
kepada 1.4 juta unit pada tahun 2003. Manakala bilangan website masing-masing [19]. Pandangan dan syor-syor
staf kerajaan tempatan yang bertanggungjawab secara yang dikemukakan melalui e-forum ini telah digunapakai
langsung dalam e-kerajaan juga telah ditambah dalam pengubalan dasar dan pelan tindakan program-
daripada 12,840 orang pada tahun 2002 kepada 37,120 program peringkat tempatan. Misalnya, di Fujisawa City
orang pada tahun 2003. Kerajaan Jepun juga telah yang mempunyai penduduk seramai 390 ,000 orang
memperuntukkan perbelanjaan hampir 15 bilion yen telah memperkenalkan e-forum buat pertama kali
khusus bagi mempromosikan dasar teknologi maklumat dalam pentadbiran kerajaan tempatan di Jepun pada
sejak tahun 1998 hingga 2003 [16]. Bagi menunjukkan Feburari 1997 bagi membincangkan pengurusan hal-
kesungguhan usaha kerajaan dalam penggunaan ICT ehwal perbandaran. E-forum ini telah menunjukkan
ini, Perdana Menteri Koizumi juga telah melancarkan mutu interaksi yang berkualiti di mana penduduk telah
“Koizumi Cabinet Mail Magazine” dalam bahasa Jepun melahirkan pandangan tentang dasar–dasar pembangunan
melalui e-mail untuk menerangkan dasar dan polisi fizikal bandar dan pembangunan komuniti secara
kerajaan beliau. Majalah e-mail ini telah menarik minat terbuka dan bernas. Malahan e-forum Fujisawa City ini
lebih daripada 2.5 juta pembaca tetap dan sempena telah menjadi model contoh pembangunan e-forum
terbitan edisi ke 100 majalah ini, beliau telah menjemput kepada kerajaan-kerajaan tempatan lain di Jepun.
20 pembaca bertuah untuk membincangkan dasar – E-forum walaupun mempunyai banyak kebaikan,
dasar kerajaan secara bersemuka dengan beliau [17]. namun alat ini masih boleh disalahgunakan untuk
30 menyampaikan unsur-unsur fitnah, penghinaan terhadap
3. 2 Analisis Perlaksanaan E- demokrasi di peringkat individu dan penjawat awam. Bagi mengurangkan
Ke rajaan Tempatan di Jepun unsur tidak sihat ini, pihak pengurusan kerajaan
Dengan perpindahan kuasa daripada kerajaan pusat tempatan telah melantik pegawai-pegawainya sebagai
kepada kerajaan wilayah, maka kini kerajaan tempatan “moderator”untuk memimpin para peserta bagi
harus mengubal dan melaksanakan dasar-dasar membincangkan isu-isu kerajaan tempatan yang
pentadbiran wilayahnya dengan berkesan dan secara berkaitan terutamanya cadangan pelan perancangan
autonomi. Segala polisi kerajaan tempatan ini perlu fizikal pembangunan tempatan dan aktiviti penambahbaikan
mencerminkan hasrat dan keperluan penduduk kualiti kehidupan setempat secara berkesan dengan
tempatan semata- mata. Akan tetapi, berapa ramaikah memberi maklumat tambahan seperti data, gambar dan
akan berminat untuk menyertai aktiviti perbincangan peta GIS (Geographical Information System) secara “online”.
pengubalan dasar kerajaan tempatan? Rakyat biasanya Malahan setiap pandangan dan aduan melalui
mempunyai aktiviti pekerjaan masing-masing dan amat e-forum ini juga akan dijawab dan diberi maklumbalas
sibuk serta tidak mampu mengorbankan masa dan secara serta merta. Interaksi dua hala ini telah
wang memikirkan masalah masyarakat setempat. meningkatkan minat orang awam untuk menyertai
Mengikut sebuah kajian pendapat umum yang e-forum anjuran kerajaan- kerajaan tempatan.
dilaksanakan oleh Ichiro Shinkai [18] pada tahun 2001, Selain dari itu, aplikasi ICT melalui e-undi juga telah
sejumlah 2036 responden di kalangan lelaki dan diperkenalkan dalam proses pilihanraya kerajaan
perempuan berumur 18 hingga 75 tahun di seluruh tempatan di Jepun untuk memilih Gabenor, Datuk
Jepun, didapati hampir 63 % responden bersetuju Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Pilihanraya
bahawa warga kerajaan tempatan perlu menyertai kerajaan tempatan secara e-undi buat pertama kali
secara langsung dalam pengubalan dasar awam melalui diadakan di Nimi-City, wilayah Okayama pada Jun 2000
aplikasi ICT. Berdasark an k ajian ini membuktikan dan penggunaanya telah digunapakai di banyak
bahawa ICT berpotensi untuk menjadi saluran baru kerajaan tempatan [20]. Namun begitu, e-undi yang
penyertaan rakyat Jepun dalam proses pengubalan dan mempunyai kelebihan dari segi mudah mengundi dan
pelaksanaan dasar awam kerajaan tempatan. mesra pengundi terutama kepada pengundi cacat, tidak
Peranan aplikasi ICT dalam memberi input dan maklum ada undi rosak dan cepat untuk mengira keputusan
balas terhadap dasar–dasar dan program kerajaan tetapi ianya masih tidak diperluaskan penggunaanya.
Terlalu banyak bantahan oleh calon-calon pilihanraya perkongsian bijak demi membentuk masyarakat yang
yang tidak berpuashati dengan susunan nama calon selamat dalam menghadapi bencana alam, ancaman
dalam sistem e-undi dan masalah membaca nama calun jenayah dan penyakit berjangkit terutamanya melalui
dalam tulisan kanji Jepun oleh para pengundi telah aplikasi e-forum dan e-komuniti halaman web kerajaan
dinyatakan sebagai antara faktor-faktor utama e-undi tempatan [22].
tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Tambahan
Di samping itu pandangan dari individu, saintis dan
pula, halangan birokrasi badan-badan pegurusan
badan–badan bukan kerajaan tentang cara berkesan
pilihanraya kerajaan tempatan yang lebih selesa
menghadapi bencana alam, ancaman kebakaran, bahaya

OCTOBER 2006 - MARCH 2 0 0 7 V O L . 1 N O . 1


dengan pengurusan pilihanraya sistem lama menyebabkan
sisa toksik serta ancaman penyakit berjangkit (SAR, Bird
e-undi tidak dapat diperkenalkan secara meluas seperti
Flu, JE) banyak disalurkan secara interaktif dalam
yang diharapkan.
e-simposium halaman maya kerajaan tempatan juga
Selain dari itu, pembangunan aplikasi ICT di peringkat diambilkira dalam proses pengubalan dasar dan pelan
kerajaan tempatan juga berjaya membuka lebih banyak tindakan bencana kerajaan tempatan. Penyertaan rakyat
peluang penyertaan individu dan komuniti dalam dalam proses membuat keputusan melalui aplikasi ICT
memberi input dalam pengurusan bencana alam dan di peringkat kerajaan tempatan Jepun sedikit sebanyak
ancaman malapetaka penyakit berjangkit dan sisa telah membantu memecahkan tradisi proses pembuat
toksik secara berkesan. Walaupun kerajaan–kerajan keputusan yang selama ini dimonopoli oleh pihak
tempatan di Jepun menyediakan pelbagai maklumat berkuasa kerajaan semata-mata yang bersifat “top-down”
mengenai pengurusan malapetaka seperti gempa bumi, dan seringkali pula dasar-dasar tersebut tidak berkesan
kebakaran dan bahaya ancaman toksik melalui dan tidak adil (inequitabale). Dengan kata lain, aplikasi
halaman maya mereka berikutan sejarah pahit daripada ICT di peringkat kerajaan tempatan Jepun berupaya
pengalaman bencana alam secara besar–besaran yang mengurangkan kebergantungan rakyat yang tinggi
mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia seperti kepada kerajaan atau “okami” (mereka yang mempunyai
peristiwa gempa bumi Kanto (Tokyo) pada 1 September kuasa) untuk segala–galanya dan sebaliknya mampu
1923, ancaman toksik dan penyakit berjangkit 1960 dan membantu merealisasikan hasrat warga tempatan 31
1970-an. Namun begitu kajian kesan gempa bumi Kobe dalam penyertaan pengubalan dan perlaksanaan
Januari, 1995 yang mengorbankan lebih dari 6000 nyawa dasar–dasar awam di mana mereka sendiri merupakan
dan kecedaran beratus ribu orang, mendapati banyak “stakeholders” atau mempunyai kepentingan selaras
kematian dan kerugian hartabenda boleh dielakkan dengan kehendak warga tempatan [23].
sekiranya bantuan kecemasan dan perkhidmatan
Tambahan pula, liputan media Jepun yang meluas
memadam kebakaran dihulurkan segera tanpa banyak
tentang banyak kes-kes salahguna kuasa dan rasuah
karenah birokrasi antara kerajaan tempatan dengan
(dango) di kalangan ahli politik terutamanya Datuk
kerajaan pusat melalui suatu mekanisma penyelarasan
Bandar dan Gabenor serta pegawai kerajaan tinggi
pentadbiran secara setempat (one stop center) dengan
peringkat kerajaan tempatan juga menyebabkan
mengandingkan kepakaran komuniti dan badan-
terhakisnya kepecayaan rakyat terhadap institusi–
badan bukan kerajaan peringkat tempatan secara
institusi pembuat keputusan yang sedia ada. Justeru
berkesan termasuk melalui aplikasi ICT [21].
itu, ramai warga tempatan terutamanya golongan
Ekoran tragedi ini, kerajaan-kerajaan tempatan di Jepun “mutoha” (pengundi yang tidak menjadi ahli atau
khususnya di Kobe didesak supaya proses membuat menyokong sebarang parti politik) yang kian bertambah
keputusan terutamanya dalam pengurusan bencana berharap untuk menggunakan aplikasi ICT bagi
tidak dimonopoli oleh pihak–pihak kerajaan tempatan memainkan peranan sebagai “mata dan telinga” demi
dan kerajaan pusat semata-mata. Sebaliknya, usaha - mewujudkan prinsip “check and balance” dalam sistem
usaha dilipatgandakan untuk meningkatkan prinsip demokrasi [24].
penyertaan rakyat dan jaringan sosial dalam pengubalan
Secara perbandingan, penggunaan aplikasi e-kerajaan
pelan tindakan kecemasan, pendidikan menghadapi
dalam sistem penyampaian kerajaan tempatan di
bencana alam dan penubuhan pasukan kesukarelawan
negara Jepun dikatakan berjaya kerana wujudnya
tempatan. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1998,
gandingan faktor yang bersepadu seperti kekuatan
kerajaan tempatan Kobe juga meluluskan undang-
teknologi, kewangan, pengurusan cekap dan rakyat
undang kecil yang unik “By-Law to Promote Safety of Citizens
yang celik penggunaan aplikasi jalur lebar dan tanpa
of Kobe” bagi menggalakan penyertaan persatuan
wayar [25]. Namun demikian, proses untuk merealisasikan
penduduk, komuniti perdagangan dan kerajaan
e-demokrasi sepenuhnya yang menekankan pengukuhan
tempatan untuk saling berkerjasama dan mengadakan
masyarakat madani (civil society) dan proses pembentukan
persetujuan rakyat (consensus building) melalui bilangan keahlian sedikit iaitu hanya sebanyak 1.2 juta
penyertaan ICT adalah masih jauh lagi. E-kerajaan yang sahaja dibandingkan dengan penduduk Jepun seramai
dipromosikan di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan– 120 juta orang [28]. Penguasaan Kerajaan oleh parti
kerajaan tempatan dengan perbelanjaan yang besar hanya LDP melalui pilihanraya Jepun semenjak 1955 tanpa
merupakan satu mekanisma rangkaian yang bersepadu cabaran sengit pembangkang juga mengukuhkan lagi
PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW

bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan pandangan bahawa demokrasi Jepun adalah sebagai
awam ataupun reformasi perkhidmatan awam “Democracy without competition” yakni sedikit sebanyak
mengikut perspektif “New Public Management” yang hasil natijah langsung budaya politik feudal [29].
menekankan prinsip-prinsip keberkesanan, kecekapan Langkah penurunan kuasa kepada kerajaan tempatan
dan produktiviti semata-mata tanpa perubahan proses melalui proses desentralisasi dan pengubalan akta
urustadbir (governance) yang lebih luas dalam institusi– kebebasan maklumat dan reformasi undang-undang
institusi sosio politik dan ekonomi. Nilai-nilai urustadbir oleh kerajaan pusat Jepun adalah merupakan beberapa
masyarakat madani yang menjunjung akauntabiliti, langkah yang mampu meningkatkan minat penyertaan
keadilan, keterbukaan dan tanggungjawab masih tidak rakyat dalam e-kerajaan secara khususnya dan
dapat direalisasikan secara digital dan berkesan e-demokrasi peringkat kerajaan tempatan. Misalnya,
dalam sebuah negara yang maju seperi Jepun. Malahan langkah Parlimen (Diet) Jepun menggubal undang-
masih terdapat banyak halangan-halangan untuk undang bagi penggalakan pertubuhan-pertubuhan
membangunkan kaedah e-demokrasi yang positif dan bukan bermotifkan keuntungan (Law to promote specified
efektif seperti pembangunan Panel Warganegara Nonprofit Activities/Nonprofit Organization ) pada Januari
(citizen panel) secara “online” seperti dikebanyakan negara 1999 (sebelum ini tidak ada undang-undang khusus
maju barat yang mengutamakan bukan sahaja undian NPO), yang dilihat sebagai pengiktirafan kepada
pendapat tetapi juga interaksi perundingan secara peranan NPO telah mula menampakkan sedikit
professional dan berstruktur . peningkatkan kesedaran serta minat warga tempatan
Halangan birokratik antara jabatan kerajaan, kurang untuk menubuh dan menjadi ahli dalam lebih banyak
32 sambutan masyarakat awam dalam isu-isu teknikal dan NPO bagi menangani pelbagai isu dan masalah
tiadanya kemahuan politik secara menyeluruh peringkat kerajaan tempatan [30]. Pertubuhan–pertubuhan
(political will) daripada kerajaan juga merupakan ini yang ingin menyumbang kepada kesejahteraan
antara faktor-faktor yang merencatkan pertumbuhan masyarakat setempat tanpa kebergantungan dan
e–demokrasi di Jepun. Misalnya sehingga kini, kawalan kerajaan telah meningkatkan penggunaan
jawatankuasa piliharaya peringkat nasional dan jaringan ICT dan e-kerajaan untuk mengawasi urustadbir
kerajaan tempatan di Jepun tidak membenarkan calon- kerajaan–kerajaan tempatan dan mengeratkan jalinan
calon pilihanraya menggunakan Internet sebagai media hubungan komunikasi antara mereka bagi membentuk
untuk berkempen .[26] Begitu juga, dengan laporan persefahaman tuntutan kolektif yang kuat. Walaupun
sumbangan kewangan oleh individu dan syarikat- perlaksanaan e-kerajaan dalam konteks e-demokrasi
syarikat kepada parti-parti politik dan ahli politik tidak adalah perlahan di Jepun kerana mempunyai halangan
dipamerkan secara terbuka melalui internet walapun birokratik dan budaya politik, namun ia mampu
pelbagai kumpulan badan bukan kerajaan mendesak memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil
agar kerajaan pusat dan tempatan mengubal undang- bahagian secara aktif dalam proses pengubalan dasar
undang khusus keterbukaan maklumat penderma dan pada jangkamasa panjang.
sumbangan dana politik disebarkan menerusi internet
supaya tidak wujud elemen rasuah dan nepotisme. [27] 4. KESIMPULAN
Sistem budaya politik masyarakat Jepun yang banyak Secara kesimpulannya dapat dikatakan e-kerajaan di
dipengaruhi sejarah feudal yang bersifat hiraki juga Jepun juga mampu menjadi satu keadah perkongsian
menyebabkan masyarakat Jepun beranggapan politik bijak yang berkesan antara kerajaan dan rakyat dalam
adalah khas untuk golongan tertentu sahaja dan mengurus hal ehwal kepentingan negara terutamanya
bukannya untuk semua rakyat. Oleh hal demikian, di masa hadapan. Tambahan pula, pencapaian teknologi
menyebabkan kepimpinan politik sering dikuasai oleh “hardware” komunikasi terkini seperti aplikasi internet
kumpulan-kumpulan tertentu sejak turun temurun melalui telefon mudah alih yang mesra pengguna
mengikut “Zhoku” (Puak) dengan bantuan “iron triangle” sudah pasti memberi kesan dalam pola budaya politik
yang melibatkan kerjasama ahli politik, birokrat dan dan dalam hubungan rakyat dan kerajaan. Malahan
ahli koporat. Malahan di dapati Parti Libreal Democratic dalam jangkamasa panjang ia mampu memecahkan
(LDP) yang menguasai Diet dengan kemenangan 2/3 monopoli pihak kerajaan sebagai pengubal dasar–
dalam pilihanraya September 2005 mempunyai
dasar awam yang tunggal dan sebaliknya mempelawa 11. Abe H.Shindo M and Kawato S (1994),
sumbangan input daripada pelbagai sumber perkongsian The Government and Politics of Japan, University of
bijak warga dan komuniti tempatan. Kerajaan tempatan Tokyo Press, Tokyo
di negara-negara membangun seperti Malaysia boleh 12. Akizuki K (1999), Decentralization, Local Government
mengambil pendekatan yang positif dalam pengurusan and New Approaches for Governance: The Case of
e-kerajaan menerusi website dan e-forum atau e- Japan, Kertas kerja dalam Tokyo Workshop for the World
komuniti masing-masing agar ia lebih bersifat interaksi Development Report 1999-2000,26-27 May 1999,
dua hala dan bukannya setakat penyaluran maklumat anjuran bersama World Bank and the Foundation of

OCTOBER 2006 - MARCH 2 0 0 7 V O L . 1 N O . 1


sehala semata–mata. Keadah penyertaan dua hala e- Advanced Studies on International Development of
kerajaan secara bermakna sebegini dapat membangunkan Japan.
dasar-dasar awam secara berkesan yang mampu
mengurangkan karenah birokrasi, rasuah dan diterima 13. Council of Local Authorities for International
rakyat demi meningkatkan keabsahan kerajaan. Relations-CLAIR (2005) Local Government in Japan,
Tokyo,http://www.clair.or.jp
14. Ibid,
5. BIBLIOGRAFI 15. OECD (1997), Managing Across Levels of Government,
Japan. Website, http://www.oecd.org/dataoecd/10/
1. Hirst.P. & Norton, M. (1998), Electronic Government, 16/1902326.pdf
Information Technologies and Citizens. United
16. Japan Ministry of Internal Affairs and Communication
Kingdom Parliamentary Office of Science and
dalam Japan’s Government and Administration at a
Technology, www.parliament.uk/post/egov.htm
Glance 2006, Institute of Administrative Management,
2. Webster Third New International Dictionary, (1966) Tokyo 2006 (pp.93-96)
G& C, Merriam Company. Massachusetts. USA
(m/s 600 ) 17. Cambrige Network, (13 July 2001) Online PM is big
3. Tsagarousianou, Roza, Damian Tanbini and Cathryn in Japan, website,http://www.cambridgenetwork. 33
Bryan, eds (1998), Cyberdemocracy: technologies, co.uk/pooled/articles/BF_NEWSART view.asp?Q=BF_N
cities and civic networks, Routledge, London. 18. NTT DATA (2002) and Ichiro Shinkai, New ICT and
4. NZ (2000), E- Government- A vision for New Democracy in Japan, website http://unpan1.un.org/
Zealanders, E- government Unit of States services intradoc/groups/public/documents/un/
Commission, http://www.govt.nz/evision/index.php3 unpan014062.pdf

5. Castells, M. (2001), The Internet Galaxy, Oxford 19. Ibid


University Press, London 20. NTT DATA,(2003) and Ichiro Shinkai, New ICT and
6. Coleman.S., Gotze.J.,(2002), Bowling Together : Online Democracy: e-democracy in Japan, website http://
Public Engagement in Policy Deliberation, London : unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/
Hansard Society UN/UNPAN014400.pdf.

7. Ibid 21. Nakamura, Akira (2000), Different Contingencies and


shortage of Crisis Management in Public Administration:
8. Kikuchi, Masao. (2005), “Government Reform, Policy
An Introduction to Japan’s Crisis Management dalam
Changes and NPM: A Japanese Experience” dalam
Journal of Contigency and Crisis Management, Vol.8. No.
Joong Yang Kim edt A New Paradigm for Public
1 March 2003 , pp 1-3, Blackwell Publishers Ltd
Management in the 21 st Century, diterbitkan oleh
Korea Institute of Public Administration, Seoul 22. Shunichi Furukawa ( 2000) An Institutional Framework
for Japanese Crisis Management, dalam Journal of
9. Masujima, Toshiyuki (2005 ). “Administrative Reforms
Contigency and Crisis Management, Vol.8. No. 1 March
in Japan: Past Developments and Future Trends” in
2003, pp 3-14, Blackwell Publishers Ltd
International Review of Administrative Sciences, Volume
71. Number 2 23. Kato Hideki (2002), Breaking the State Monopoly on
Public Affairs, dalam Thomas Mann dan Sasaki
10. Akio Kamiko (1997), Recent Trend Toward
Takeshi, Governance for a New Century: Japanese
Decentralization in Japan, Asian Review of Public
Challenges, American Experience, Japan Center for
Administration, Vol. VIX. No. 1 Jan-June (pp 192-198)
International Exchange
24. Lam Peng Er (2005), Local Governance: The role of 28. Prof. Dairokuno, Op.Cit.
referenda and the rise of independent governors 29. Ethan Scheiner (2005) , Democracy Without Competition
dalam Contested Governance in Japan edt by Glen in Japan: Opposition Failure In a One –Party Dominant
D.Hook Routledgecurzon, New York (2005) State, Cambridge University Press.
25. Manubu Muta (2005), Network-driven e-government 30. Ishizuka Hideo, Legislation Enacted for Nonprofit
PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW

in Japan, Public Sector Technology and Management. Organizations in Japan, sept 1999.vol.22 dalam
http://www.pstm.net/article index.php?articleid=604 www.worldvolunteerweb.org/fileadmin/doc/old/
26. Perbincangan dengan Prof. Dairokuno, Kousaku, pdf/2002/JPN990901_legislation_npo.pdf
Pensyarah Japanese Politics, Graduate School of
Political Science and Economic, Meiji University,
Tokyo pada 8 June 2006.
27. Taniguchi Masaki (2002), Money and Politics in
Japan, dalam Thomas Mann dan Sasaki Takeshi,
Governance for a New Century: Japanese Challenges,
American Experience, Japan Center for International
Exchange

34

Anda mungkin juga menyukai