Anda di halaman 1dari 12

DIPLOMA IN MANAGEMENT (DIM)

SEMESTER 4 / JANUARY 2020

MPU 24212

COCURRICULUM

NO. MATRIKULASI : xxxxxxxx


NO. KAD PENGNEALAN : xxxxxx
NO. TELEFON : xxxxxxxx
E-MEL : xxxxxx

PUSAT PEMBELAJARAN : xxxxxx


1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha menjayakan aktiviti permainan tradisional tersebut saya telah memilih
permainan tradisional sepak raga. Seperti yang kita semua ketahui permainan sepak raga
telah wujud sejak 600 tahun lalu. Dimana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain
dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Pada
masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan dimainkan oleh
orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali diseluruh dunia.

Peralatan bagi permainan sepak raga ini adalah bola sepak takraw diman ia berbentuk bulat
dan beratnya hendaklah antara 170 gram ke 180 gram manakala gari lilitnya diantar 0.42m ke
0.44m. Tempoh permainan setiap pusingan ialah 10 minit dan untuk menentukan masa bagi
satu pusingan, wisel akan dibunyikan. Bunyi pertama menandakan permainan bermula
manaka bunyi kedua menandakan permainan tamat.

Prosedur permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambungkan bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau
beberapa kali, sebelum menendang ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya
supaya tidak jatuh ke lantai. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut
ditamatkan.

Bagi peraturan permainan pula, dimulakan dengan lambungan tinggi melebihi paras kepala
oleh pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi
kawasan bulatan 2m. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menyepak kepada
pemain lain kecuali pemain No. 1 dan seterusnya.

Bilangan pemain yang beramain adalah seramai lima orang pemain dengan 1 pemain gentian.
Pemain gentian hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.
Permainan sepak raga ini jenis permainan fizikal dan memerlukan kemahiran yang cukup
bagus untuk mengawal bola manakala tempat bagi bermain permainan ini boleh dimainkan
dimana-mana sahaja bagi kawasan yang rata tidak kira di dalam dewan atau di kawasan luar.

2|Muka surat
2.0 ANALISIS TEMU BUAL

Dalam aktiviti menyertai permainan sepak raga yang telah dijalankan ia boleh dilihat di
saluran youtube di https://youtu.be/f_MMBpxE--M dimana saya telah sempat menemubual
beberapa orang yang terlibat dalam menyertai aktiviti ini seperti berikut:

Penemu bual : Apakah perasaan anda apabila bermain permainan tradisional tadi?
Responden : Sejujurnya saya rasa gembira dan puas
Penemu bual : Apakah yang anda dapat pelajari daripada permainan trdisional ini?
Responden : Di sini banyak yang saya pelajari terutamanya adalah segi cara dan
teknik permainan yang betul
Penemu bual : Adakah anda akan bermain permainan tradisional selepas ini dan
mengapa?
Responden : Of course la saya akan main lagi! sebab saya minat sangat dengan
sukan ni
Penemu bual : Sejauh manakah permainan tradisional ini memberi kesan positif
kepada anda dan apakah nilainya
Responden : Apa yang saya nampak dari segi kesihatan. Ini memberi impak yang
besar boleh menjadikan saya sihat dan dapat berjumpa kawan-kawan
Penemu bual : Apakah cadangan anda untuk menggalakkan penyertaan orang ramai
dalam permainan ini?
Responden : Hmm saya rasa Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) la yang perlu
bergerak untuk cungkil bakat dari akar umbi

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 1

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 2

3|Muka surat
Penemu bual : Apakah perasaan anda apabila bermain permainan tradisional tadi?
Responden : Rasa best sebab game ni lain dari yang lain
Penemu bual : Apakah yang anda dapat pelajari daripada permainan trdisional ini?
Responden : Macam saya belajar benda yang baru la sebab sebelum ni saya tak
minat pun main sukan ni
Penemu bual : Adakah anda akan bermain permainan tradisional selepas ini dan
mengapa?
Responden : Insha Allah, kalo ada peluang orang panggil saya main la lagi
Penemu bual : Sejauh manakah permainan tradisional ini memberi kesan positif
kepada anda dan apakah nilainya
Responden : Yang saya nampak saya dapat mengenali sukan tradisi masyarakat lama
kita kan.
Penemu bual : Apakah cadangan anda untuk menggalakkan penyertaan orang ramai
dalam permainan ini?
Responden : Kita wujudkan satu program klinik untuk mencari bakat-bakat yang ada
kat Malaysia ni

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 3

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 4

Penemu bual : Apakah perasaan anda apabila bermain permainan tradisional tadi?
Responden : Emm saya rasa teruja dan gembira
Penemu bual : Apakah yang anda dapat pelajari daripada permainan trdisional ini?
Responden : Apa yang saya belajar dari segi persefahaman dengan rakan-rakan dan
semangat berpasukan
Penemu bual : Adakah anda akan bermain permainan tradisional selepas ini dan
mengapa?
Responden : Mestilah saya akan main lagi, sebabnya saya rasa permainan ini best
Penemu bual : Sejauh manakah permainan tradisional ini memberi kesan positif
kepada anda dan apakah nilainya
Responden : Aktiviti ni dapat melihat sejauh mana kemampuan saya dalam
menghadapi tekanan dari segi mental dan fizikal
Penemu bual : Apakah cadangan anda untuk menggalakkan penyertaan orang ramai
dalam permainan ini?
Responden : Saya cadangkan supaya kerap diadakan pertandingan-pertandingan
untuk mencungkil bakat yang ada di luar sana

4|Muka surat
Penemu bual : Apakah perasaan anda apabila bermain permainan tradisional tadi?
Responden : Seronok dapat bermain dengan rakan-rakan
Penemu bual : Apakah yang anda dapat pelajari daripada permainan trdisional ini?
Responden : Dapat memupuk budaya kerjasama antara rakan-rakan saya
Penemu bual : Adakah anda akan bermain permainan tradisional selepas ini dan
mengapa?
Responden : Main! Sebab saya dah main sukan ni dari sekolah lagi sebab tu saya
akan main lagi
Penemu bual : Sejauh manakah permainan tradisional ini memberi kesan positif
kepada anda dan apakah nilainya
Responden : Emm dari segi kerjaya sebab ada kawan-kawan yang dapat kerja
dengan menggunakan kelebihan sukan ni
Penemu bual : Apakah cadangan anda untuk menggalakkan penyertaan orang ramai
dalam permainan ini?
Responden : Buat macam kat Astro Arena tu game STL budak-budak pun suka
tengok secara tak langsung diaorang pun akan jadi minat

5|Muka surat
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 5

Penemu bual : Apakah perasaan anda apabila bermain permainan tradisional tadi?
Responden : Best, teruja dan seronok sangat-sangat
Penemu bual : Apakah yang anda dapat pelajari daripada permainan trdisional ini?
Responden : Team work dan paling penting kalo tak ada benda ni tak akan kemana
setiap pasukan tu
Penemu bual : Adakah anda akan bermain permainan tradisional selepas ini dan
mengapa?
Responden : Yup, saya akan main lagi. Sebabnya saya cintakan permainan ni
Penemu bual : Sejauh manakah permainan tradisional ini memberi kesan positif
kepada anda dan apakah nilainya
Responden : Dia dapat memberi kenangan yang indah kepada saya sebab arwah ayah
saya yang mengajarkan saya bermain permainan ni
Penemu bual : Apakah cadangan anda untuk menggalakkan penyertaan orang ramai
dalam permainan ini?
Responden : Pertama wujud kesedaran masyarakat tentang adanya permainan ni.
Kedua wujudkan peluang kerja pada permainan mesti ramai berebut-
rebut nak bermain dan nak maju dalam permainan ni

Hasil daripada temu bual yang dijalankan saya dapat lihat masih ramai lagi yang menyayangi
sukan tradisi ini. Dimana mereka sangat berminat dan jika boleh bersunguh-sungguh untuk
menaikkan lagi martabat sukan warisan sepak raga ini.

Daripada permainan yang mereka mainkan ini pelbagai pengalaman dan ilmu yang dapat
dipelajari oleh setiap individu. Apa yang saya lihat, semangat berpasukan antara yang paling
dekat dengan mereka dan mereka dapat beramah mesra mengenali antara satu sama lain tidak
lupa juga permainan ini dapat memberikan tahap fokus yang tinggi kepada setiap pemain.

Rata-rata yang ditemubual sangat suka dengan permainan sepak raga ini dan mereka mahu
bermain lagi kerana seronok dan yang paling terharu mereka berasa teruja kerana sukan
tradisi ini adalah permainan yang menarik disamping itu kesihatan pun pasti akan meningkat.

Permainan ini memberikan impak yang positif kepada setiap orang kerana dapat
meningkatkan rasa tanggungjawab dan memperkuatkan mental. Selain itu, permainan ini juga
boleh menjadi kerjaya kepada seseorang sekiranya digunakan dengan betul bakat yang ada.

Bagi menggalakkan lagi penyertaan ramai beranggapan pihak berwajib yang patut
memainkan peranan yang penting. Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia setiap orang perlu
memainkan peranan dalam memartabatkan sukan ini bukannya mengharapkan dari kerajaan
sahaja.

6|Muka surat
3.0 JURNAL REFLEKSI

Dalam reflektif jurnal ini saya akan mengemukakan beberapa refleksi yang telah berlaku
dalam usaha melaksanakan aktiviti ini. Selain itu, saya juga akan menyatakan peristiwa-
peristiwa yang berlaku ketika melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti yang dibuat amat
kompleks maka banyak langkah diperlukan untuk menyempurnakannya. Tambahan pula
berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang mana urutannya haruslah dikenalpasti. Saya
berpendapat bahawa peristiwa dan urutan peristiwa tersebut adalah penting kerana tanpanya,
aktiviti ini tidak akan dapat disempurnakan.

Sepak Raga adalah permainan tradisional yang tidak asing lagi bagi saya kerana secara
dasarnya sejak dari bangku sekolah rendah dan menengah saya telah didedahkan dengan
permainan ini sehingga pernah mewakili peringkat negeri. Tambahan pula, sebagai seorang
yang pernah bermain diperingkat negeri dan mempunyai pengetahuan berkenaan permainan
Sepak Raga ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam melaksanakan aktiviti ini.

Seterusnya saya akan menyatakan kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam
melaksanakan tugasan aktiviti ini. Saya menganggap tugasan ini sebagai satu cabaran yang
mencabar kerana apa yang kita semua ketahui sehingga hari ini permainan tradisional ini
semakin dilupakan terutama bagi golongan kanak-kanak dan belia yang lebih sukakan
permainan komputer dan elektronik. Saya akan membahagikan kelemahan dan kekuatan
kepada dua perenggan berasingan yang saya akan menganalisa secara terperinci.

Akhir sekali, saya akan memberikan langkah-langkah dan cadangan untuk memperbaiki dan
membuat penambahbaikan terhadap aktiviti sukan tradisional yang dijalankan ini. Walaupun
saya bukan pakar dalam melaksanakan tugasan ini, namun saya tetap mahu memainkan
peranan sebagai rakyat biasa yang prihatin dan ingin berkongsi pendapat mengenai langkah-
langkah dan cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti yang dijalankan ini.

4.0 PERISTIWA-PERISTIWA SEPANJANG AKTIVITI

Peristiwa Sebelum Melaksanakan Aktiviti

Setelah selesai memilih aktiviti permainan tradisional tersebut atas nasihat daripada rakan
sekerja saya yang berpengalaman dalam bidang sukan Sepak Takraw iaitu Encik Khairul
7|Muka surat
Anuar Bin Mohd Nor bekas pemain Sepak Takraw Malaysia serta Pengurus Pasukan Sepak
Takraw PKNS iaitu Encik Azhar Bin Sanusi, kami telah mengadakan satu perbincangan
ringkas untuk membincangkan cara-cara bagaimana melaksanakan aktiviti sukan rakyat
tersebut. Perbincangan ringkas ini telah diadakan di Pejabat beliau iaitu di Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam. Tambahan pula, rata-rata pemain-pemain
PKNS yang mewakili Malaysia pun menghadiri sesi perbincangan tersebut.

Perbincangan kali pertama diadakan secara santai sahaja dimana perbincangan dilakukan
secara kasual dengan masing-masing mengutarakan pendapat dan pengalaman dalam
merancang aktiviti tersebut. Sebilangan ahli meysuarat yang menghadiri perbincangan
menyatakan pernah membuat aktiviti bersama pelajar sekolah dan para belia di kawasan
kampung-kampung. Kami juga turut membincangkan penglibatan daripada beberapa Kelab
Sepak Takraw yang aktif di kawasan Lembah Kelang ini. Pendek kata, perbincangan pertama
ini, kami hanya mengutarakan pendapat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman
masing-masing mengenai sukan permainan Sepak Raga dan Sepak Takraw ini. Pada
akhirnya, perbincangan ini berakhir dengan tertubuhnya Ahli Jawatankuasa Permainan
Tradisional sepak raga.

Perbincangan seterusnya dijalankan di tempat yang sama iaitu di Perbadanan Kemajuan


Negeri Selangor (PKNS). Dalam perbincangan ini, beberapa pendapat telah diutarakan
antaranya menyertai pertandingan Sepak Raga Bulatan dan Sepak Takraw Antara Regu
mewakili Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Setelah menimbangkan pro dan kontra beberapa pilihan tersebut ahli-ahli jawatankuasa
bersetuju untuk menyertai pertandingan sepak raga. Dalam perbincangan ini kami juga
mengagihkan tugas-tugasan kepada setiap individu bagi memastikan kerjasama diperolehi
daripada setiap orang. Ekoran itu, pembahagian tugas bagi latihan intensif sebelum menyertai
pertandingan perlu diadakan terlebih dahulu.

Dalam usaha untuk menjayakan aktiviti penyertaan ini, pelbagai peristiwa-peristiwa telah
dilalui oleh Pasukan kami. Hal ini kerana terdapat beberapa isu timbul semasa persiapan
aktiviti ini. Antaranya adalah kami perlu berbincang untuk memastikan fokus obejektif dan
sasaran penyertaan adalah sehinggan mendapat kejayaan. Kami juga perlu memastikan setiap
pemain perlu menghadiri latihan yang telah ditetapkan dan kami memahami yang setiap
8|Muka surat
pemain mempunyai banyak komitmen lain kerana mereka sibuk dengan kerja hakiki masing-
masing di pejabat.

Setelah itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang perlaksanaan aktiviti
ini. Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat hadir sesi latihan
kerana masalah peribadi. Pengurus Pasukan Sepak Takraw Encik Azhar Sanusi
memaklumkan setiap pemain perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menyertai
pertandingan yang akan disertai ini.

Peristiwa Semasa Melaksanakan Aktiviti

Kami telah berkumpul di Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya dan bertolak pada pukul 7
pagi menuju ke tempat pertandingan diadakan. Kami tiba pada pukul 1 tengah hari di Pulau
Pinang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dimana tempoh perjalanan mengikut
jadual seperti yang dirancang dan kami tiba dengan selamat. Setelah tiba kami menuju ke
hotel untuk bermalam.

Keesokan harinya kami telah menuju ke tempat pertandingan, Pengurus Pasukan telah
menuju ke kaunter urusetia pertandingan dimana untuk proses mendaftarkan senarai nama-
nama pemain yang terlibat. Di dalam kejohanan ini, PKNS telah menyertai pertandingan
sepak raga. Bagi kategori Sepak Raga setiap pemain diwajibkan memakai pakaian tradisional
atau berbaju melayu. Pada kejohanan pertandingan ini sebanyak 32 pasukan telah menyertai
pertandingan ini.

Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 9 pagi. Setelah diundi giliran kami untuk
menimbang bola adalah pada giliran ke 10 jadi kami tidak perlu menunggu lama pada waktu
itu sehingga giliran kami tiba. Bagi permainan sepak raga ini peralatan yang digunakan hanya
sebiji bola sepak takraw. Keputusan perlawanan pasukan kami mendapat tempat ke 2
daripada 32 pasukan yang bertanding.

Selepas Perlaksanaan Aktiviti

Melalui pengalaman sepanjang meyertai permainan sepak raga yang boleh dilihat di youtube
melalui link ini https://youtu.be/f_MMBpxE--M input utama yang saya perolehi ialah
kekuatan mental dan kesabaran. Sepanjang proses menyertai pertandingan ini, perkara
9|Muka surat
pertama yang akan diuji ialah kesabaran, saya dapat menilai sejauh mana tahap kesabaran
yang ada pada diri saya sepanjang usaha mengharungi pertandingan ini sehingga tamat.

Seperti mana yang telah kami sangkakan, penyertaan yang telah kami sertai merupakan
aktiviti yang amat kompleks. Setelah melaksanakan aktiviti yang disertai kami telah membuat
analisis dan laporan dalam kesedaran setiap peserta yang menyertai pertandingan ini
mengenai minat mereka dalam permainan tradisional ini yang semakin dilupakan.

Setelah menghadapai pelbagai proses, kami telah membentangkan laporan kepada Pengurus
Pasukan Sepak Takraw iaitu Encik Azhar Bin Sanusi. Apa yang kami lihat masih ramai lagi
kanak-kanak dan belia yang minat dengan sukan tradisional sepak raga ini dimana penyertaan
yang paling banyak adalah dari golangan belia.

5.0 KEKUATAN SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI

Kekuatan ataupun kelebihan pertama yang dapat saya kenalpasti adalah komunikasi yang
mudah wujud antara setiap peserta. Seperti yang telah dinyatakan, kesemua peserta adalah
daripada rakan sekerja yang bermain permainan ini. Hal ini bermakna kami dapat bertemu
satu sama lain dengan kerap maka masa perjumpaan dan latihan dapat ditetapkan dengan
mudah. Selain itu, kami juga bekerja di tempat yang sama maka perjumpaan dapat dijalankan
dengan mudah di Pejabat Perbadanan Kamajuan Negeri Selangor. Tambahan pula majoriti
peserta-peserta adalah pemain professional. Hal ini bermakna, mana-mana arahan dan
keserasian setiap peserta dapat diterapkan dengan mudah. Perkara ini amat penting kerana
bermaksud tidak berlakunya perselisihan faham antara peserta-peserta yang akan merosakan
suasana semasa pertandingan tersebut.

Kelebihan seterusnya ialah, sebelum ini kami telah mempunyai pengalaman dalam menyertai
mana-mana pertandingan. Secara tidak langsung peserta-peserta dapat memahami matlamat
menyertai aktiviti ini dan memberikan kerjasama yang baik serta memainkan peranan
masing-masing.

Secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara setiap
peserta ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dikalangan setiap para
10 | M u k a s u r a t
peserta maka semasa aktiviti pertandingan ini disertai kami dapat mengoptimumkan kekuatan
setiap peserta.

Aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta untuk
diaplikasikan dalam diri setiap individu contohnya semasa permainan berlangsung kekuatan
mental memainkan peranan yang penting. Peserta akan dapat pengalaman dalam kekuatan
mental dan ia akan diterapkan di dalam diri untuk menghadapi kehidupan dimana-mana
sahaja.

6.0 KELEMAHAN SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI

Di samping mengenalpasti kekuatan-kekuatan yang wujud dalam aktiviti ini, kami juga telah
menemui dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam aktiviti ini. Kelemahan-
kelemahan yang didapati adalah pada tahap minimum di mana ianya dapat diterima secara
terbuka oleh setiap peserta. Kelemahan yang paling utama adalah kurangnya kesedaran
mengenai tanggungjawab masing-masing. Kesedaran yang kurang mengenai tanggungjawab
masing-masing ini kebanayakannya adalah berpunca tentang kecuaian diri sendiri.

Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan peserta untuk
menyesuaikan keadaan diri dengan aktiviti ini. Walaupun peserta terdiri dariapada pemain
professional, namun ada segelintir tidak berbuat langkah yang sepatutnya dalam komitmen
latihan. Sesetengah peserta menganggap latihan sedia ada telah cukup dan kadang-kadang
tidak menghadiri latihan. Kebenyakan kehadiran yang lengkap hanya dilakukan setelah
mendapat desakan daripada peserta yang lain ataupun diingatkan oleh jurulatih dan pengurus.

Kelemahan yang seterusnya adalah sikap sambil lewa atau kurang peka peserta terhadap apa
yang disampaikan oleh jurulatih dan pengurus. Hal ini membuatkan terdapat kesulitan dalam
komunikasi setiap peserta.

7.0 CADANGAN PROMOSI PERMAINAN TRADISIONAL

Hasil daripada aktiviti yang dijalankan saya dapat melihat masih ada peserta-peserta muda
yang berminat untuk bermain permainan tradisi ini iaitu Sepak Raga dan Sepak Takraw. Jika
kita lihat dikampung-kampung dan taman permainan pastinya terdapat gelanggang Sepak
Takraw. Namun begitu apa yang dapat dilihat kebanyakan gelanggang kosong tiada siapa
11 | M u k a s u r a t
yang menggunakannya. Kadang-kadang terdapat penduduk yang kurang perihatin akan
meletakan kenderaan mereka sebagai tempat pakir.

Justeru itu, sebagai langkah memperkasakan kembali sukan tradisi ini adalah dengan
memperbanyakkan pertandingan Sepak Raga dan Sepak Takraw di peringkat sekolah-sekolah
dan daerah bagi mempopularkan semula sukan tradisi ini seterusnya dapat menarik minat
belia menyertainya.

Mengadakan program khidmat masyarkat dengan manganjurkan klinik sepak takraw untuk
kanak-kanak dengan melibatkan pemain-pemain Malaysia. Program ini secara tidak langsung
dapat mencungkil bakat serta mengenalpasti pelapis baru yang akan menyinar di dalam sukan
ini.

Kini salah satu tarikan terbaru sukan sepak takraw ini adalah penganjuran Sepak Takraw
League (STL) yang berlangsung di siaran Astro Arena. Secara tidak langsung akan menarik
minat semua lapisan masyarakat untuk menonton dan mungkin suatu hari nanti pasti muncul
pemain muda yang akan bersinar.

2,854 Patah Perkataan

12 | M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai