Anda di halaman 1dari 9

MASALAH DI DALAM BILIK DARJAH

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga,pengajaran merupakan perihal
mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut Sarina Baharuddin (2009),
pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya.Manakala permasalahan pula merupakan sesuatu atau segala-gala yang menjadi
masalah.Dengan kata lain permasalahan ialah perkara yang berlaku didalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menganggu sesi pembelajaran itu.
Masalah didalam kelas sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah
laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah
yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,
tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.
Terdapat berbagai contoh masalah yang berlaku didalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.Antaranya ialah suasana kelas yang bising,murid tidak minat belajar,murid tidak
memberi tumpuan sepenuhnya semasa belajar,murid tidur didalam kelas,murid tidak menyiapkan
kerja rumah mahupun sekolah,murid susah untuk memahami isi pelajaran dan sebagainya.Dalam
hal ini,sudah semestinya sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan
sempurna kerana ia terhalang oleh faktor-faktor tersebut.Ini kerana pembelajaran akan bermakna
apabila ada pembelajaran yang melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan
pelaziman.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan murid melakukan pelbagai masalah didalam
kelas.Antaranya disebabkan suasana pembelajaran yang tidak selesa,guru mengajar dengan gaya
yang membosankan,guru tidak memfokuskan kepada setiap murid ,guru lemah dalam aspek
pengawalan kelas dan sebagainya.Ini akan menjadikan suasana kelas tidak harmoni dan sukar
dikawal.Hal ini berlaku bertepatan dengan pelbagai teori pembelajaran seperti Teori Pelaziman
Klasik Pavlov,Teori Pelaziman Klasik Watson,Teori Pembelajaran Gestalt,Teori Pembelajaran
Gagne,Teori Pembelajaran Bruner dan sebagainya.
Sebagai permulaan,pelbagai masalah dalam pembelajaran bolehlah kita kaitkan dengan
pelbagai teori pembelajaran tersebut.Contohnya apabila seseorang murid itu membuat bising
didalam kelas,akan ada murid lain yang mengikutinya.Ini bertepatan dengan Teori Pelaziman
Klasik Pavlov yang mengatakan apabila ada sesuatu rangsangan maka akan menimbulkan tindak
balas.Gerak balas bermaksud apa-apa saja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu
rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa saja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas
.Begitu juga perihal apabila seorang guru itu mendengar loceng,guru itu akan keluar dari bilik
darjah atau bilik guru untuk mengawasi murid-muridnya.Tingkah laku ini akan terbawa-bawa
hingga ke rumah.Contohnya apabila mendengar loceng,maka guru itu akan keluar dari bilik dan
seterusnya akan memerhatikan ahli-ahli keluarganya.Daripada contoh ini,bunyi loceng tersebut
ialah rangsangan manakala tindakan guru tersebut ialah gerak balas.
Berbalik kepada permasalahan murid bising itu tadi,biasanya seseorang murid itu akan
mudah meniru perlakuan rakan sekelasnya yang popular dikalangan murid dan juga guru.Hal ini
akan menyebabkan suasana yang bising akan menjadi bertambah bising.Senario ini boleh pula
dikaitkan dengan teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura.Menurut Bandura,tingkah laku
manusia banyak dipengaruhi oleh peniruan dan modeling.Dalam situasi tersebut,murid akan
meniru atau mengajuk perlakuan rakan mereka seperti gaya mengantuk,ekspresi muka,melukis
kartun dan sebagainya.Perkara ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan guru
mereka yang asyik mengajar.Peringkat peniruan yang digariskan oleh Bandura didapati wujud
didalam kes tersebut.Hal ini berlaku disebabkan murid tidak lagi memberi perhatian keatas sesi
pembelajaran yang dijalankan.Apa yang berlaku sekarang murid lebih memberi perhatian kepada
rakan mereka yang dianggap lebih menghiburkan.Mereka akan mengingati perlakuan rakan
mereka yang menghiburkan itu lantas mengikuti atau mengajuk perbuatan itu dan ini akan
menyebabkan murid lain akan ketawa.Hal ini akan berlarutan sehingga seluruh kelas akan
mengulangi perbuatan itu sehingga kelas menjadi tidak terkawal lagi.
Masalah lain yang berlaku diadalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
ialah murid tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada sesi pembelajaran dan lebih buruk
lagi murid tidur didalam kelas.Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kegagalan guru untuk
mengajar dengan baik dan tidak mampu untuk memberi rangsangan yang sesuai kepada
murid.Sebagai contoh,Cikgu Ali mengajar mata pelajaran Sains.Cikgu Ali hanya bercakap sahaja
diselang seli dengan menulis beberapa perkataan sahaja di papan hitam.Hal ini menyebabkan
muridnya cepat berasa bosan dan mengantuk.Terdapat ramai dikalangan guru yang hanya
mengajar tanpa mempedulikan reaksi dan tingkah laku muridnya.Ini kerana guru itu tidak peka
tentang situasi disekelilingnya sehinggakan berlakunya situasi seperti itu.Ini bertepatan dengan
teori Pelaziman Klasik Watson yang mengatakan murid akan memberi rangsangan dan gerak
balas yang akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.Beliau telah membuktikan
bahawa manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Sekiranya bahan rangsangan yang
digunakan tidak memenuhi keperluan murid untuk terpikat dengan isi pelajaran,sudah tentu
murid tidak akan tertarik untuk meneruskan pembelajaran.
Masalah pembelajaran yang seterusnya ialah murid tidak menyiapkan tugasan seperti
menyiapkan kerja rumah mahupun kerja sekolah.Hal ini mungkin disebabkan kerana murid tidak
tahu untuk menjawab sesuatu persoalan yang diberikan oleh guru mereka.Disebabkan tidak tahu
ini mungkin murid berasa takut untuk bertanya dengan guru mereka lantas kerja rumah yang
diberikan oleh guru tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.Kemungkinan juga
murid malas untuk membuat tugasan tersebut .Ini bertepatan dengan ciri dalam teori Pelaziman
Operan Thorndike yang juga dikenali dengan pembelajaran “cuba jaya”.Thorndike merumuskan
pembelajaran berlaku hasil dari gabungan S-R iaitu Stimulus,(rangsangan),dan respon(gerak
balas).Didalam Hukum Kesediaan Thorndike,apabila sesorang itu bersedia untuk melakukan
sesuatu tindakan,maka tindakan itu memberi kepuasan kepadanya.Sekiranya dia tidak melakukan
perkara tersebut,ini akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa untuk
melakukannya,akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.Dalam konteks murid
tidak membuat kerja rumah tadi,ia boleh dikaitkan dengan naluri murid untuk mendapat
kepuasan.Namun kepuasan yang disalurkan tidak mendatangkan apa-apa manfaat malah
merugikan murid tersebut.
Selain itu,masalah yang kerap berlaku didalam kelas ialah masalah murid yang
hiperaktif.Selalunya terdapat seorang atau dua orang murid hiperaktif didalam sesuatu
kelas.Murid hiperaktif merupakan murid yang lincah,banyak bergerak,suka bercakap,suka
menganggu murid lain dan sebagainya.Murid hiperaktif sangat sukar dikawal oleh guru kerana
biasanya murid sebegini jarang mendengar kata mahupun larangan dan banyak melakukan
sesuatu berdasarkan naluri ingin tahu.Hal ini adalah selari dengan teori Pembelajaran Sosial
dimana teori ini menganggap manusia adalah makhluk yang aktif,berupaya membuat pilihan dan
menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi
dengan orang lain.Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah
perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran.Dalam banyak
perkara,manusia adalah selektif dan bukan merupakan entiti yang pasif,yang boleh dipengaruhi
oleh keadaan persekitaran mereka.Menurut teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura,perlakuan
seseorang adalah dipengaruhi oleh hasil interaksi antara faktor dalam diri(kognisi)dan
persekitaran.
Masalah murid yang selalu tidak menyiapkan tugasan samada kerja rumah atau sekolah
juga merupakan masalah yang sering berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Masalah ini bukan baru malah ianya berlaku sejak dahulu lagi dan dimana-mana
sahaja institusi pendidikan samada tinggi atau rendah.Ianya seakan barah yang sememangnya
sukar untuk ditangani oleh warga pendidik.Ini kerana senario ini berlaku disebabkan sikap murid
atau pelajar itu sendiri yang memandang remeh atau mudah akan perkara ini.Ianya jelas
berkaitan dengan sikap negatif pelajar yang tidak mengutamakan tugasan yang diberikan oleh
guru mereka. Selalunya murid yang gagal untuk menyiapkan kerja yang diberikan guru ini
memberikan alasan seperti terlupa untuk menyiapkannya, buku tertinggal di rumah atau
sekolah,tidak sempat menyalin soalan yang diberikan guru dan bermacam lagi alasan bagi
menghalalkan tindakan mereka yang gagal menyiapkan kerja atau tugasan
tersebut.Sememangnya semua alasan itu adalah alasan lapuk yang sudah diketahui jawapannya.
Terdapat pelbagai pelan berlandaskan teori pembelajaran untuk mengatasi masalah
tersebut .Bagi masalah murid bising didalam kelas,mungkin suasana kelas yang tidak kondusif
menjadi faktor penyumbang kepada masalah tersebut.Berdasarkan teori Behavioris,suasana kelas
perlu dikembalikan dengan mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah laku
positif.Sebagai contoh,apabila seseorang murid itu menghadapi masalah memahami sesuatu
pelajaran,atau melakukan kerja secara bersendirian,guru mestilah memuji murid itu setiap kali
dia menyelesaikan sesuatu masalah atau berjaya menjawab soalan tanpa bantuan guru.Ini bagi
menimbulkan minat dan keyakinan diri untuk murid supaya lebih bermotivasi pada masa akan
datang.Dengan cara ini,masalah murid bising dalam kelas akan dapat diatasi dengan sebaik
mungkin.
Selain itu,masalah murid yang membuat bising dan bercakap dengan kuat juga dapat
diatasi sekiranya guru sentiasa menegur dan memberi nasihat.Cara ini merupakan cara yang
terbaik untuk mendidik kerana jika guru berulangkali menegur,lama kelamaan murid tersebut
akan sedar akan kesilapannya.Contohnya,jika seseorang murid itu sentiasa mencelah ditempat
yang sepatutnya hingga menganggu murid lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran,maka
semestinya guru perlu memainkan peranan untuk menegur perbuatan tersebut. Konsep ini
bertepatan dengan teori Pelaziman Klasik Watson.Teori ini menggunakan perkataan
behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran.Teori ini
membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.Berdasarkan kajian
teori ini, seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak yang berumur 11 bulan digunakan.Budak
berumur 11 bulan tadi telah ditunjukkan akan seekor tikus putih.Pada awalnya,budak itu tidak
takut,namun apabila disertakan dengan bunyi kuat serentak,budak itu mulai takut.Keadaan ini
diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut budak itu keatas tikus putih.Selain
itu,teori ini juga menyarankan agar guru mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid dengan
menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan
dihasilkan.Dengan kata lain,guru mestilah menggunakan pendekatan dan rangsangan yang
menyeronokkan untuk menambat hati murid.
Bagi menangani masalah ini juga,teori Bruner juga boleh dikaitkan.Berdasarkan teori
ini,guru hendaklah mengajar berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya
kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya
bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki
mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui
pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan
personaliti mempengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula,guru perlu
mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu
menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan
yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
Selain itu,untuk mengatasi masalah murid mengantuk dan tidak menumpukan perhatian
didalam kelas pula,teori Pembelajaran Kontruktivisme adalah sesuai digunakan.Teori ini
menjelaskan bahawa konstruktisme ialah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang
untuk murid membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan
atau hubungan ( dalam minda )antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.Dengan kata lain
konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman “binaan”.
Berbalik dengan masalah murid mengantuk dan tidak menumpukan perhatian kepada
sesi pembelajaran tadi,ia sememangnya berlaku disebabkan kelemahan guru dalam membentuk
suasana pembelajaran yang kondusif.Cara bagi menangani masalah ini ialah guru perlu
melibatkan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Terdapat pelbagai cara
untuk melibatkan murid dalam sesi pembelajaran ini.Contohnya seperti selalu bersoal jawab
dengan murid samada secara spontan atau terancang,murid selalu diminta untuk meluahkan
pendapat,murid selalu diberikan kerja kumpulan,murid diberikan peluang untuk membentangkan
hasil kerja dan sebagainya.
.Cara penyampaian guru yang tradisional dan membosankan tanpa bantuan bahan
rangsangan dan bahan bantu mangajar,sudah tentu murid akan jemu dan mudah
mengantuk.Namun,sekiranya guru pandai menggunakan bahan rangsangan yang sesuai seperti
penggunaan alat bantu mengajar, bahan multimedia,flash kad,lakaran,carta,peta minda dan
sebagainya,maka sesuatu maksud dan konsep dapat disampaikan dengan jelas.,disamping murid
diberikan peranan aktif dalam pembelajaran,sudah tentu masalah murid mengantuk dan kurang
tumpuan pada sesi pembelajaran akan dapat diatasi.Dari kenyataan-kenyatan ini,jelaslah
mengikut teori Pembelajaran Konstruktivisme,murid perlu memainkan peranan aktif dalam
memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.
Berkaitan masalah murid yang tiada mood atau motivasi untuk belajar,ia juga dapat
diatasi sekiranya guru pandai untuk menanganinya.Sememangnya ramai dikalangan murid di
sekolah yang mempunyai masalah ini.Ianya mungkin dipengaruhi daripada suasana persekitaran
murid itu sendiri.Kemungkinan murid tersebut bergaul dengan kawan yang sememangnya tiada
motivasi lagi untuk belajar dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keperibadian murid itu
sendiri.Hal ini mungkin dapat diatasi dengan guru memberikan sedikit ganjaran ataupun pujian
terhadap murid sekiranya mereka mempunyai peningkatan dari segi sakhsiah dan keperibadiaan
mereka.Ini bertepatan dengan teori Pembelajaran Skinner.Berdasarkan teori ini,gerak balas boleh
diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi)jika diberikan peneguhan sebaik sahaja
gerak balas itu ditunjukkan.Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan
sesuatu perlakuan itu supaya diulangi.Menurut Rachlin(1991),peneguhan diberikan pertamanya
adalah untuk memuaskan kehendak individu.Kedua ialah untuk mengurangkan tekanan dan
merangsangkan otak.Justeru,ganjaran yang diberikan itu akan menjadi suatu penghargaan di atas
usaha mereka untuk membaiki diri sendiri.  Perlu diingatkan bahawa, hadiah terbabit tidak
semestinya mahal, cukuplah sekadar kecil tetapi bermakna.
Masalah murid yang selalu tidak menyiapkan tugasan samada kerja rumah atau
sekolah juga boleh diatasi dengan menggunakan teori Pembelajaran Skinner.Melalui teori
ini,murid akan diberikan peneguhan yang positif bagi mengembalikan mood belajar kepada
murid tersebut. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid
menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan
bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga
mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji
secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya,
memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang spontan.Contoh
peneguhan positif ialah kata-kata perangsang,hadiah,wang,ganjaran dan sebagainya bagi
meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal
bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif..Contohnya,jika Ali selalu didapati tidak
menyiapkan kerja sekolah,dia akan diberikan motivasi mahupun ganjaran bagi membangkitkan
tingkah laku yang positif.Contoh tingkah laku positif ialah seperti bersemangat,rajin,ingin tahu
dan sebagainya bagi meningkatkan pencapaian diri.Justeru,masalah murid malas untuk
menyiapkan tugasan pasti akan berkurangan dengan mengaplikasikan teori Pembelajaran
Skinner ini.

Selain itu,motivasi murid juga dapat ditingkatkan dengan cara guru mengajar murid
membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka
dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul. Guru perlu mengamalkan prinsip
generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi
B. Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang
berlainan. Contohnya, sesetengah murid takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru boleh
menasihatkan murid tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan
yang hampir sama dengan ujian bulanan. Oleh itu, murid tidak akan berasa begitu takut kerana
dia sudah biasa membuat ujian bulanan. Bagi diskriminasi rangsangan pula, guru perlu
memastikan bahawa murid memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat
membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memberitahu muridr objektif spesifik yang perlu
dikuasai dalam sesuatu pelajaran. Maka murid akan memberi perhatian yang lebih kepada
maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran. Ini menunjukkan bahawa murid
dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting dan kurang relevan.

Selain itu,masalah murid yang sukar untuk memahami sesuatu isi pelajaran juga
dapat diatasi dengan menggunakan teori pembelajaran Garner.Teori Pembelajaran Garner
menekankan tentang pembelajaran berlaku secara berperingkat hierarki,iaitu bergerak dari
peringkat paling bawah kepada peringkat paling kompleks.Melalui teori ini,guru perlu
menekankan sistem pembelajaran yang harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain
itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan
syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.Berdasarkan teori
Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu
pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui
nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa
pembacaan teks.

Kesimpulannya,masalah-masalah yang berlaku didalam bilik darjah


sememangnya menjadi duri dalam daging kepada segenap warga pendidik. Ini kerana dengan
adanya masalah-masalah tersebut proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan sempurna.Berlandaskan kepada pelbagai teori pembelajaran seperti teori Pembelajaran
Behaviorisme,Teori Pembelajaran Sosial,Teori Pembelajaran Kognitif dan sebagainya,maka
sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi.
Selain itu, guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu
semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru itu perlu
mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi
pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan
masyarakat sekitar terhadap institusi pendidikan begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan
yang sempurna. Guru juga perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara
iaitu hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan
kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi
pendidikan iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan.
Dengan itu,setiap warga pendidik perlu cekal dan tabah dalam menangani apa jua
cabaran supaya hasrat dan aspirasi kerajaan untuk memartabatkan bidang pendidkan dapat
direalisasikan dengan sempurna.

Jumlah Perkataan : 2541 patah perkataan

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

a) HBEF2103 Psikologi Pendikan oleh Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus,Mahani


Razali,Ramlah Jantan,OUM Keluaran Februari 2011
b) Kertas Kerja bertajuk Isu dan Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran oleh Nur
Hidayah bt Mohd Kamar,Norain bt Zainuddin,Robaizura bt Ramli,Nurul Fatiyah bt
Alias,Nor Hayati bt Omar,Universiti Pendidikan Sultan Idris
c) Teori – Teori Pembelajaran oleh Nordin bin Tahir,IPIP September 2010
d) http://www.abangisaifuddin.com/2011/03/mengatasi-pelbagai-ragam-tingkah-
laku.html
e) http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-behavioris.html

Anda mungkin juga menyukai