Anda di halaman 1dari 33

For preview purposes only

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Rahsia
Debt Collector
(Mini Edition - Preview)

RIMAS? STRESS? RASA NAK GILA DIGANGGU


ALONG BANK/ AGEN KUTIP HUTANG?
Ketahui Hak Anda sebagai Penghutang

1
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Penafian
Ebook mini ini mengandungi sebahagian kecil daripada ebook penuh Rahsia Debt Collector.

Motif ia dihasilkan adalah untuk memberikan pembaca preview akan apa yang ditawarkan di
dalam ebook Rahsia Debt Collector sebenar sebelum membuat keputusan untuk melakukan
pembelian di rahsiadebtcollector.com.

ANDA DIBENARKAN untuk berkongsi ebook mini ini kepada sesiapa sahaja tanpa
mengubah apa-apa isi kandungan.

TIDAK DIBENARKAN menyalin isi kandungan dan menjadikan ia hakcipta anda tak kira dalam
bentuk apa sekalipun.

Hakcipta Terpelihara © 2015 Masfira Binti Abd Latif

Ebook ini diterbitkan oleh Masfira Network (No. Pendaftaran Syarikat 002451034-D).

2
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Didedikasikan buat semua yang

merasa peritnya berhutang, dan

aku turut tidak terkecuali.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) mengatakan:

Jiwa seorang yang beriman itu diserang kerana hutangnya,

hinggalah hutangnya itu dilangsaikan.

(Shafe’i, Ahmad, Tirmidhi)

3
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Prakata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda mendapatkan ebook ini.

Ebook ini ditulis untuk membantu para penghutang dalam menghadapi para
Debt Collector yang kejam – yang tanpa belas kasihan mendesak para
penghutang hingga ke jalan buntu.

Anda akan didedahkan dengan konsep perundangan, rahsia-rahsia Debt


Collector dan banyak lagi maklumat lain untuk membantu anda menghadapi
mereka dengan lebih tenang.

Tanpa ilmu, anda akan sesat. Matlamat ebook ini adalah untuk memberi anda
panduan agar tidak tersesat jauh dan menjadi mangsa kerakusan dan
kekejaman Debt Collector yang bertindak agresif.

Ebook ini saya selitkan dengan beberapa ayat al-Quran dan hadis sebagai
pencerahan dan kerana sesungguhnya segala sesuatu itu haruslah dilakukan
dengan jalan yang baik yakni berpandukan Al-Quran dan hikmah.

Rujukan utama ayat al-Quran dan hadis pada ebook ini adalah melalui sebuah
buku yang saya sarankan semua para pembaca untuk memiliki, membaca dan
memahaminya iaitu:

THE PROHIBITION OF RIBA IN THE QUR’AN & SUNNAH

Penulisan IMRAN N. HOSEIN

Link download pdf percuma:

http://www.imranhosein.org/home.html ATAU

http://www.imranhosein.org/media/books/The-Prohibition-of-Riba-in-Quran-
and-Sunnah.pdf

Untuk memiliki naskah secara persendirian:

http://www.imranhosein.com/

4
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Seperti mana anda mendapatkan ebook ini dengan cara yang baik, Allah akan
membalasnya dengan kebaikan juga, InsyaAllah.

Segala maklumat di dalam ebook ini disusun mengikut bab dan ditulis mengikut
turutan serupa namun anda boleh melompat ke topik yang anda berkenan
tanpa ada halangan.

Saya doakan semoga semua pembaca mendapat manfaat daripada ebook ini.
Amin.

Selamat Membaca.

5
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Pendahuluan

Saya mulakan dengan petikan hadis:

“Anas meriwayatkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah (S.A.W.)


berkata: Antara tanda-tanda akhir zaman adalah penyingkiran ilmu dan
banyaknya kejahilan. (Bukhari, Muslim)”

Rasulullah (S.A.W) merujuk kepada zaman kita hari ini, kita telah tiba di akhir
zaman di mana ilmu kebenaran telah tersingkir dan kita berada dalam
kebodohon tanpa diri kita sendiri menyedari hakikat ini. Saya memilih
menggunakan terma ‘ilmu kebenaran’ kerana saya menerima hakikat bahawa
kita disogokkan dengan ilmu yang memutihkan mata, yang akhirnya
membuatkan kita memilih tindakan yang salah dan memakan diri kita sendiri.
Khusus untuk ebook ini, ‘Loan’ adalah subjek pilihan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pendirian saya
bahawa, saya menerima bahawa pinjaman duit itu adalah transaksi halal,
namun transaksi pinjaman duit adalah haram untuk dijadikan servis atau
sebagai satu medium perniagaan. Pendirian saya ini adalah berlandaskan ayat
Quran di bawah:

Quran 2 : 275 – 277

Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

-275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri


melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran
(tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah
disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu
sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya
larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi
(mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka;
mereka kekal di dalamnya.

-276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah

6
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu
berbuat dosa.

-277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh,


mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak (pula) mereka bersedih hati.

Walau bagaimanapun bertentangan dengan Kalam Allah, kini perniagaan


pinjaman duit yang telah dibenarkan di sisi undang-undang merobek
keuntungan daripada penghutang melalui bunga, faedah atau lebih dikenali
sebagai interest, dan sistem ini ramah dikatakan sebagai Loan. Interest adalah
riba. Riba adalah haram. Kenyataan ini disimpul berlandaskan ayat Quran
diatas (2 : 275 – 277) dan disokong oleh hadis dibawah:

“Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah (S.A.W) menyatakan:


Keuntungan yang terbit dari sebarang pinjaman duit adalah tergolong
dari salah satu jenis riba. (Sunan al-Bayhaqi)”

Ebook ini diusahakan sebagai satu medium pencerahan untuk mencapai semua
yang terjerut dengan Loan. Agar setitis ilmu kebenaran ini dapat
menumbuhkan niat dan tekad para pembaca untuk keluar dari Loan yang telah
terlanjur diambil. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai jalan penyelesaian. Agar
Loan tidak lagi dilihat sebagai satu kebiasaan dan kemestian. Agar Debt
Collector digunakan sebagai pintu keluar dan pelajari bagaimana untuk
menukarkan pemangsa Debt Collector menjadi kuda perang anda.

Namun begitu, kita haruslah mengetahui bagaimana kita boleh terjerat di


dalam kancah Loan, agar apabila kita berjaya mencapai pintu keluar, pintu Loan
tidak sesekali dibuka lagi selepas ini. InsyaAllah. Ketamakan telah disinonimkan
dengan keperluan. Sikap ibubapa yang membenarkan atau lebih teruk lagi
menyarankan anak-anak mereka untuk mengambil Loan agar mereka tidak
perlu menanggung beban yuran dan keperluan sepanjang pendidikan. Sedarlah

7
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

bahawa, tiada jaminan bahawa segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita
hendaki. Pilih tempat pendidikan yang mampu ditanggung dan kerjasama
antara ibubapa dan anak sangat diperlukan agar menjauhi Loan.

Sikap diri sendiri yang inginkan berada selaras dengan trend semasa, membeli-
belah pakaian, aksesori kereta, gila brand ternama, inginkan game terbaru, kaki
wayang, kaki gayut telefon dll perlu dikikis. Senjata utama yakni, kad kredit.
Ianya pintu anda untuk menjadi hamba kepada topeng dunia yang indah, lalu
terjerat dengan Loan yang tidak dirancang. Kad kredit kelihatan seperti
penyelamat agar anda dapat mendahulukan pembayaran Loan yang diambil,
namun yang terbaik tetap belajar untuk berdisiplin. Belanja ikut saiz poket
masing-masing. Besederhana adalah yang terbaik (walaupun saiz poket anda
besar).

Selari dengan budaya trending, kad kredit diberi secara percuma dan Loan
menjadi jalan untuk mampu milik segala-galanya dengan cepat dan mudah.
Maka budaya kegagalan untuk membayar hutang ataupun Loan turut terbit
akhirnya. Jumlah kebankrapan di Malaysia mencapai puluhan malahan ratusan
ribu sejak 1998 dan ianya masih lagi berlaku hingga ke hari ini, dan kian
meningkat. Kesan daripada peningkatan kegagalan ‘penghutang’ membayar
Loan (yakni kita) maka secara tidak sedar kita sendiri telah memungkinkan
kewujudan satu pekerjaan yang dikenali sebagai Agen Kutipan Hutang atau
lazimnya dipanggil ‘Debt Collector’.

Debt Collector bekerja di bawah DCA atau Debt Collection Agency dan kerja-
kerja mereka adalah untuk menuntut hutang daripada mereka-mereka yang
gagal membayar hutang pada waktunya. Tidak dinafikan bahawa pekerjaan
Debt Collector ini boleh dilakukan dengan cara yang baik namun daripada
ribuan pekerja yang ada, boleh dikatakan hanya ~10% sahaja yang bekerja
dengan penuh etika. Selebihnya bekerja dengan melanggar etika dan hubungan
sesama manusia.

8
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Debt Collector yang bekerja tanpa etika inilah yang memarahi penghutang
tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara seperti tindakan
mahkamah, saman, lori sita, lawatan ke tempat kerja malahan dipenjara
sekalipun. Pekerja kerajaan diugut dengan tindakan tatatertib, kehilangan wang
pencen malahan dibuang kerja. Yang memiliki rumah pula diugut kehilangan
harta benda dan sebagainya tanpa rasa kasihan dan timbang rasa. Sebagai
penghutang yang pernah berinteraksi dengan Debt Collector seperti ini pasti
mempunyai keluhan, “Sudahlah orang susah nak bayar hutang, kini
disusahkan dengan ugutan sedemikian pula.“

BENAR. Ugutan yang diajukan oleh Debt Collector boleh berlaku malahan
pernah berlaku. Namun ianya tidaklah seperti yang ditekankan oleh para Debt
Collector yang kejam ini. Setiap perkara ada proses dan langkahnya. Setiap
undang-undang dan peraturan ada konsepnya. Setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Ebook ini bertindak sebagai panduan bagaimana proses dan
etika yang sebenarnya. Mudah-mudahan membantu penghutang-penghutang
untuk bijak dan tenang menghadapi para Debt Collector yang menyalahi etika.

Bersama-sama Ebook ini disertakan konsep perundangan, proses perjalanan ke


mahkamah, rahsia Debt Collector yang mereka tidak ingin anda tahu, dan
rahsia-rahsia lain. Tanpa panduan ini, anda samada menjadi mangsa ugutan
sepanjang masa atau diganggu dengan panggilan telefon (yang sebenarnya ada
batas undang-undang berkaitannya). Ketahui rahsia Debt Collector, sistem
perundangan berkaitan kehutangan, cara membayar hutang anda tanpa
tekanan-tekanan melampau dan akhirnya keluar dari kehutangan itu selama-
lamanya, InsyaAllah.

9
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 1: DEBT COLLECTOR

Apa itu Debt Collector?

Lain-Lain Tentang Debt Collector

Skop Kerja Debt Collector

Peralatan Kerja Debt Collector

Mitos Berkenaan Debt Collector – Semuanya Jahat!

BAB 2: PERATURAN SEBAGAI DEBT COLLECTOR

Pembulian dan Keganasan

Pelanggaran Hak Peribadi

Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang

Menipu Penghutang

Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties

Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector

Maklumat Pelanggan

BAB 3: RAHSIA DEBT COLLECTOR

9 Nombor Telefon

Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat

Masa Membuat Panggilan

Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga

SMS

Emel

Tidak Boleh Bayar Sedikit

Menyamar

CTOS, CCRIS, Senarai Hitam @ Blacklist

Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, HariI Ini, Jam Ini, Tindakan Akan Diambil!

Anda Sebagai Penjamin Mesti Langsaikan Semua Sebab Penghutang Dah Hilang

10
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 4: KESILAPAN PARA PENGHUTANG

Tidak Membayar Hutang

Bergaduh Dengan Debt Collector/ Bank

Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah

Tidak Serius Membayar Hutang

Tidak Mengangkat Panggilan Telefon daripada Debt Collector

Memandang Remeh Status Kebankrapan

Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah

Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu

Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan Semula @ Reschedulment
Tunggakan

Sudah Bayar Dan Abaikan

Menganggap Bank Itu Baik

BAB 5: UNDANG-UNDANG BERKAITAN KEHUTANGAN

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT - (Seksyen 97-99)

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 – (Seksyen 119)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BAB 6: PERJALANAN KE MAHKAMAH (Kes Sivil)

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR

Mati

Interview/ Temuduga

Jutawan

Desak

LAMPIRAN

11
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 1: DEBT COLLECTOR


1. Apa itu Debt Collector?

Debt Collector merupakan satu pekerjaan yang menjanjikan pendapatan


lumayan. Ianya tidak mengira tahap pendidikan seseorang, malahan lepasan
SPM sekalipun boleh mendapatkan kerja dalam bidang ini.

Pegawai Bank di bahagian Recovery and Collection, Along, pegawai khidmat


pelanggan yang menuntut bayaran untuk kedai perabot, stesen TV dan
sebagainya juga adalah Debt Collector. Asalkan mereka bekerja menuntut
hutang, mengingatkan anda tentang kehutangan, mereka adalah Debt
Collector.

Gaji asas kepada pekerjaan ini boleh jadi serendah RM800 dan sehingga
setinggi RM30,000 sebulan. Namun, apa yang dikejar oleh Debt Collector
sebenarnya adalah komisen yang diterima andai mereka berjaya menuntut
sejumlah tertentu hutang daripada para penghutang. (*Saya menggunakan
‘penghutang’ dan bukan peminjam bagi mewakilkan individu pengambil Loan
yang gagal membayar hutang atau Loan yang terlibat.)

Komisen yang diterima boleh mencecah RM300,000 walau dalam masa


seminggu bekerja oleh budak lepasan SPM. Ini kerana, apa yang diperlukan
adalah mereka berjaya menuntut hutang daripada para penghutang. Mereka
turut dijanjikan bonus seperti pelancongan ke luar negara secara percuma
termasuk kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Komisen hanya akan diterima setelah mereka melepasi landasan RM30,000


(takat asas). Setiap jumlah tertentu akan diberikan komisen berdasarkan
peratusan dari sekecil 1% kepada sebesar 4%, bergantung kepada syarikat.

Inilah motivasi kebanyakan Debt Collector iaitu DUIT. Makin banyak duit
dituntut, makin banyak komisen diterima. Inilah sebabnya mengapa ada antara
Debt Collector sanggup memberi tekanan, memaksa, menipu, mengugut dan
sebagainya demi untuk mengejar komisen tersebut.

12
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

2. Lain-Lain Tentang Debt Collector

Debt Collector kebiasaannya juga dipanggil sebagai Perunding Kewangan.

Namun, kerana perbuatan para Debt Collector yang kejam, mereka dikenali
juga sebagai Along Berlesen, Agen Bank, Jerung dan nama-nama binatang
lainya yang sebenarnya lebih baik berbanding sebilangan manusia di muka
bumi ini.

Debt Collector bekerja dari awal pagi jam 9.00AM sehingga 6.30PM dan pada
waktu-waktu tertentu, mereka bekerja sehingga jam 9.00PM waktu malam.

Waktu tertentu ini tidak dikira sebagai bekerja lebih masa atau overtime
malahan dikira sebagai masa bekerja asas seperti 9 ke 5 yang biasa.

Bergantung kepada syarikat, mereka boleh bekerja dari Isnin hingga Ahad
(Sabtu dan Ahad setengah hari) atau sekadar dari Isnin hingga Sabtu (masa
penuh). Ada juga yang menggunakan sistem lompat, minggu pertama sehingga
Jumaat, minggu kedua sehingga Sabtu, minggu ketiga sehingga Jumaat dan
minggu terakhir sepanjang minggu.

Minggu terakhir biasanya dikira daripada 23 haribulan keatas. Psikologinya


adalah, ini adalah masa penerimaan gaji secara majoriti bagi rakyat Malaysia.
Kebiasaannya, sepanjang hari dari 23 haribulan, mereka akan bekerja sehingga
9.00 PM.

3. Skop Kerja Debt Collector

Pekerjaan Debt Collector yang utama, sesuai dengan namanya adalah untuk
menuntut hutang.

Cara mereka menuntut hutang adalah dengan membuat panggilan telefon,


menghubungi si penghutang melalui telefon bimbit, nombor pejabat, rumah
dan sebagainya, seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan hutang
terdahulu.

Apabila penghutang gagal dihubungi, mereka menggunakan khidmat Runner


yang akan menghantar surat tuntutan kepada si penghutang di rumah
kediaman mereka. Sekali sekala, Debt Collector akan turun padang untuk
13
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

menemui penghutang di rumah mereka apabila panggilan telefon sudah tidak


berkesan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapatkan


nombor telefon penghutang walaupun mereka sudah berpindah rumah,
berhenti kerja atau menukar nombor telefon – Ini akan dijelaskan di Bab
seterusnya kelak. Teruskan pembacaan anda.

4. Peralatan Kerja Debt Collector

Debt Collector biasanya dibekalkan dengan sebuah komputer lengkap (tetikus,


papan kekunci @ keyboard, skrin, CPU) dan sebiji headphone serta satu sistem
panggilan telefon. Sistem ini dilengkapi dengan 9 nombor berbeza, yang mana
setiap nombor diwakili oleh nombor ala-ala nombor telefon bimbit, private
number dan nombor pejabat.

Pada sistem sama, ianya dilengkapi dengan program untuk menghantar SMS,
menyimpan data panggilan seperti masa, merekod dan merakam perbualan,
menyimpan nota panggilan dan sebagainya.

Bagi syarikat besar, mereka memiliki sistem robotik yang mana perbualan
bahasa Inggeris dilakukan oleh Artificial Intelligence (A.I.) atau perisian untuk
bertanya soalan, dan mendapat jawapan. Ini kerana, tidak ramai Debt Collector
yang fasih berbahasa Inggeris.

Namun jangan salah sangka, pengalaman kerja mereka membolehkan mereka


mampu berbahasa Inggeris mudah seperti juga pekerjaan pramugari dan
pramugara dalam kapal terbang. Memahami dan mengetahui apa yang perlu
sahaja.

Pada sistem yang sama, mereka juga mampu mengakses maklumat pelanggan
dengan mudah seperti maklumat peribadi pelanggan, maklumat akaun, baki
pinjaman dan sebagainya.

14
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

5. Mitos Berkenaan Debt Collector – Semuanya Jahat!

Pekerjaan sebagai Debt Collector ini adalah sah di sisi undang-undang. Ianya
halal untuk dilakukan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini.
Kenyataan ini dikiaskan dengan pekerjaan pengurus-pengurus zakat pada
petikan ayat Al-Quran 9 : 60 di bawah:

Quran 9 : 60

Surah at-Taubah (Pengampunan)

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-


orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk
hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang,
untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah: dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Halal dan sah dalam konteks tiada penipuan dilakukan, berlandaskan hukum-
hukum agama dan membantu berunding dengan pelanggan agar mereka
mudah untuk menyelesaikan masalah kehutangan yang dimiliki.

Apa yang merosakkan nama pekerjaan ini adalah sifat tamak yang wujud dalam
diri sebilangan besar Debt Collector yang hanya ingin mengejar komisen
semata-mata dan mengabaikan nilai kemanusiaan dan agama.

Mereka tidak lagi berunding namun memaksa dan mendesak para penghutang
sehingga para penghutang tertekan dan ada diantaranya yang merasa terseksa
dengan gangguan yang diterima.

Berdasarkan rekod, terdapat mangsa yang meninggal dunia akibat desakan


daripada Debt Collector yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin ianya
bukanlah secara fizikal, namun panggilan yang terlalu mendesak boleh
menyebabkan tekanan dan membawa kepada serangan sakit jantung dan
sebagainya.

Jika anda berhadapan dengan Debt Collector yang baik, anda akan dilayan
dengan baik dan segala urusan akan berjalan dengan lancar sekali. Anda tidak

15
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

akan merasa tertekan malahan anda akan merasa bersyukur kerana dihubungi
oleh Debt Collector terbabit.

Ramai penghutang yang melakukan kesilapan dengan bersifat kasar kepada


semua Debt Collector yang menghubungi mereka. Kesilapan inilah yang
sebenarnya mempercepatkan proses saman dan tindakan daripada pihak bank.

Bahasa kasar, bahasa kesat, meninggikan suara, menipu tarikh pembayaran


merupakan kesilapan-kesilapan biasa yang menyebabkan mereka mendapat
saman pada kadar paling cepat. Berdasarkan rekod, saman terpantas adalah
selepas 3 bulan lambat membayar hutang.

Kesilapan penghutang terbabit ialah bersifat kasar kepada Debt Collector dan
menyebabkan Debt Collector terbabit menghantar laporan kepada pihak bank
akan perbuatan kasar terbabit bersertakan bukti audio dan rakaman suara.

Debt Collector adalah peluang kedua kepada para penghutang setelah pihak
bank dan sebagainya melepaskan tanggungjawab menghubungi anda, jadi,
jadikan mereka sebagai talian keselamatan anda berbanding musuh.

Ramai juga penghutang yang bertindak dengan tidak ingin bekerjasama dengan
Debt Collector dan hanya ingin bekerjasama dengan pihak bank sahaja. Ini
sesuai apabila anda berhadapan dengan Debt Collector yang kejam, namun jika
anda melakukan tindakan serupa kepada Debt Collector yang baik, anda hanya
menguntungkan pihak yang membenarkan riba kepada anda – dan menolak
orang yang berusaha melepaskan anda dari riba.

Jika anda faham akan konsep ini, anda akan tahu bahawa sentiasa berbuat baik
itu penting. Pihak yang memberi bunga @ interest itu menyebabkan anda
terpalit dengan riba, dan Debt Collector yang menghubungi anda untuk
mengingatkan anda tentang hutang anda itu adalah sahabat anda. Mengapa
ramai yang ingin bekerjasama dengan pemberi riba masih menjadi misteri
kepada ramai ahli-ahli Debt Collector Association.

Ingat, memberi dan menerima riba dosanya adalah sama. Aneh bukan apabila
memilih untuk bekerjasama dengan pihak pemberi riba dan bukan dengan
'rakan yang mengingatkan' anda? Di sini saya berkongsi beberapa hadis yang
membuktikan Loan + interest adalah sejenis riba:

16
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

“Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda:


Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, barang
dengan barang (yang boleh berfungsi sebagai duit), pembayaran
hendaklah dibuat tangan ke tangan. Jika sesiapa memberi bayaran lebih
atau meminta bayaran lebih, maka dia telah berurusan secara riba.
Penerima dan pemberi bayaran (riba) adalah sama-sama bersalah.
(Muslim)”

“Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) melaknat seseorang


yang mengambil (menggunakan duit/ hasil) riba, seseorang yang
memberi (membuat bayaran) riba, seseorang yang merekod (menulis
untuk mencatit) transaksi (urus niaga), dan dua orang saksi yang terlibat.
Baginda berkata: Mereka semua yang terlibat adalah sama-sama
bersalah. (Muslim)”

Salah faham keatas Debt Collector yang baik, juga menyebabkan kerosakan
moral di mana perkataan kesat yang tidak sepatutnya dihamburkan keluar dari
mulut. Berdasarkan kajian psikologi di Barat, seseorang yang cenderung untuk
berkata kesat, berlaku kasar dan seangkatan dengannya mudah untuk
membawa perwatakan yang serupa terhadap orang-orang sekeliling mereka
seperti anak-anak, isteri dan kenalan yang lain.

Jujur saya katakan, dengan berakhlak baik, anda akan mendapat lebih banyak
kebaikan dan faedah bukan sekadar untuk kes kehutangan anda, malah untuk
kehidupan anda. Anda akan temuinya dengan membaca habis ebook Rahsia
Debt Collector.

Psikologi mungkin tidak diterima oleh semua orang, namun agama turut
melarang kita daripada bersifat kasar kepada orang lain. Jadi mengapa kita
masih ingin melakukannya, kan?

17
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 2:
PERATURAN SEBAGAI
DEBT COLLECTOR
Seperti mana kerjaya-kerjaya yang lain, kerjaya sebagai Debt Collector juga
tertakluk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan tertentu. Peraturan-
peraturan dan garis panduan inilah yang mengawal kerakusan sebilangan Debt
Collector yang begitu mengejar komisen tanpa memperdulikan perasaan dan
kehidupan para penghutang. Sikap Debt Collector yang mempunyai unsur tipu
daya untuk mengaut komisyen atas kesengsaraan penghutang adalah sikap
yang menyebabkan kemurkaan Allah seperti ayat Quran 4 : 161:

Quran 4 : 161

Surah an-Nisaa’ (Wanita)

-161. dan disebabkan mereka memakan riba (meragut keuntungan di


atas kesengsaraan/ kerugian orang lain), padahal sesungguhnya mereka
telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang
dengan jalan yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang
kafir (tidak menerima peraturan Allah) di antara mereka itu siksa yang
pedih.

Para penghutang perlu menyedari dan memahami bahawa peraturan-


peraturan ini wujud demi menjaga hak para penghutang sebagai rakyat di
Malaysia, dan hak mereka terlindung di bawah undang-undang. Tanpa
pemahaman dan pengetahuan tentang peraturan-peraturan ini, para
penghutang terbuka untuk mendapat serangan emosi dan mungkin juga fizikal
tanpa menyedari hak-hak sebenar mereka.

18
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Suka diingatkan kepada para penghutang juga Debt Collector yang masih baru,
ini adalah peraturan asas sebagai Debt Collector dan jika ianya dilanggar, aduan
boleh dibuat dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas kes-kes yang
melampau.

Peraturan 1: Pembulian atau Keganasan

Debt Collector tidak dibenarkan melakukan sebarang pembulian atau


keganasan, tidak kira secara lisan mahupun fizikal ke atas mana-mana
peminjam dan penghutang. Mereka tidak dibenarkan untuk menyebabkan para
penghutang merasa terancam, merasa takut yang boleh menyebabkan tekanan
emosi melampau atau dalam kes-kes berat, menyebabkan para penghutang
merasa ingin mati.

Secara ringkas, ini adalah landasan yang tidak boleh dilanggar oleh Debt
Collector:

a) Menggunakan perkataan-perkataan yang mengugut, mengutuk,


mencemuh dan merendah-rendahkan si penghutang.

b) Menyebabkan kecederaan fizikal kepada penghutang atau kenalan


(pihak ketiga) yang mengenali si penghutang.

c) Masuk tanpa diundang atau menceroboh ke dalam kawasan milik si


penghutang atau tidak beredar setelah diminta.

d) Merosakkan atau memindahkan sebarang harta benda milik si


penghutang.

e) Mengugut untuk mendedahkan kegagalan si penghutang untuk


membayar hutangnya atau mendedahkan perihal kehutangan si
penghutang kepada pihak ketiga.

f) Menyiarkan poster atau sebarang nota bertulis di kediaman si


penghutang untuk memalukan si penghutang.

19
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Peraturan 2: Pelanggaran Hak Peribadi

Dalam kes-kes menuntut hutang, para Debt Collector sama sekali tidak
dibenarkan:

a) Menghubungi si penghutang atau ahli-ahli keluarga si penghutang,


kenalan, rakan-rakan atau rakan sekerja si penghutang samada melalui
telefon, bersemuka atau melalui cara komunikasi yang lain pada WAKTU-
WAKTU yang tidak logik.

b) Menghubungi si penghutang luar dari masa yang ditetapkan. Di


Malaysia, masa yang logik adalah antara 8.00AM hingga 9.00PM.

c) Menghubungi si penghutang lebih dari 3 kali seminggu atau 12 kali


sebulan jika si penghutang memberi respon akan panggilan tersebut.

d) Berada di premis atau tempat kerja atau rumah si penghutang untuk


satu tempoh yang terlalu lama dari yang diperlukan atau tidak beredar
apabila diminta.

Peraturan 3: Lawatan ke Tempat Kerja Si Penghutang

Meskipun ada yang mengatakan bahawa adalah tidak patut Debt Collector
datang ke tempat kerja si penghutang, namun hak individu membenarkan
sesiapa sahaja berada di sesuatu premis itu seandainya ia terbuka. Katakan
anda bekerja di sekolah, sekolah membenarkan pelawat masuk. Katakan anda
bekerja di hospital, hospital juga membenarkan pelawat masuk.

Namun demikian, Debt Collector hanya dibenarkan datang ke tempat kerja


anda atas sebab-sebab berikut:

a) Si penghutang gagal memberi respon dalam apa-apa cara komunikasi


yang ada seperti telefon atau kiriman surat.

b) Tidak dapat dihubungi di lokasi yang lain.

c) Diberi kebenaran oleh si penghutang untuk datang.

20
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

d) Si penghutang adalah pemilik atau pengarah di mana hutang itu


berkaitan.

Peraturan 4: Menipu Penghutang

a) Jumlah Hutang Sebenar - Si penghutang haruslah diberikan jumlah


sebenar hutang mereka. Debt Collector tidak harus mengambil atau
menerima wang tunai dari si penghutang.

b) Menuntut jumlah lebih daripada nilai tertunggak.

c) Hak dan Kuasa Debt Collector

Peraturan 5: Menuntut Hutang daripada Pihak Ketiga @ Third Parties

Peraturan 6: Pengesahan Kuasa Sebagai Debt Collector

Peraturan 7: Maklumat Pelanggan

Penjelasan lebih jelas mengenai peraturan ini ada dalam ebook penuh. Pentingnya anda mengetahui
peraturan-peraturan ini adalah untuk anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh Debt Collecto
lakukan.

Kadang-kadang mereka sengaja melakukan kesalahan kerana tergoda dengan hasil yang biasanya
memberangsangkan berbanding mengikut peraturan.

Dengan mengetahui peraturan-peraturan ini dengan lebih jelas, anda akan tahu bahawa mereka
tidak boleh menghubungi anda sesuka hati mereka, bila-bila masa mereka inginkan.

Anda akan tahu bahawa anda boleh untuk tidak melayan mereka apabila mereka berkunjung ke
tempat kerja/ kediaman anda tanpa risau akan tindakan undang-undang malahan, anda boleh
menelefon polis untuk menghalau mereka.

Anda boleh mengetahui banyak lagi penjelasan yang boleh membantu melegakan sedikit darah tinggi
anda kerana tekanan-tekanan berterusan daripada Debt Collector yang kejam. Hentikan aktiviti
mereka yang sebenarnya salah, ketahui hak anda.

21
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 3:
RAHSIA DEBT COLLECTOR
Daripada bab-bab sebelumnya, anda pasti sudah dapat menangkap sebahagian
daripada rahsia-rahsia yang para Debt Collector sembunyikan dari pengetahuan
anda. Namun demikian, saya akan kongsikan rahsia tambahan yang anda perlu
tahu bagi mengelakkan anda menjadi mangsa kepada para Debt Collector yang
jahat dan kejam, yang tidak berhati perut mendesak dan memaksa para
penghutang sehingga ke jalan buntu. Berikut adalah antara rahsia-rahsia
mereka.

Rahsia 1. 9 Nombor Telefon

Para Debt Collector ini dibekalkan dengan 9 talian nombor berbeza. Namun
demikian, kesemua 9 nombor yang anda terima ini, tidak dapat dihubungi
semula melalui nombor-nombor berkenaan.
Anda boleh cuba menelefon mereka pada nombor mereka gunakan untuk menelefon anda. Biasanya tidak
akan berjawab. Mereka ini adalah Debt Collector dan jika mereka terasa seperti menggangu anda, sila
berurusan terus dengan pihak bank.

Kombinasi 9 nombor berbeza itu adalah 4 nombor ala-ala telefon bimbit (019,
017, 012 dll), dua nombor ala-ala pejabat (kebiasaannya 03-) dan satu private
number.

Untuk kebaikan anda, digalakkan menyimpan setiap nombor-nombor mereka


setiap kali mereka menghubungi anda. Jadi, apabila anda dihubungi kelak, anda
sudah bersedia berhadapan dengan pemanggil tersebut yakni, Debt Collector.

Benar, menghadapi hutang adalah satu ketakutan yang realistik namun tidak
digalakkan mengelakkan diri kerana ia hanya akan membawa kepada mereka
datang ke rumah atau tempat kerja anda - yang mana rahsia anda berhutang
dan tidak bayar-bayar berpotensi untuk terdedah. Digalakkan menjawab

22
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

panggilan, membalas dengan baik dan jika mereka bertindak di luar kawalan,
barulah letak panggilan. Jangan balas panggilan mereka dengan kasar kerana
ianya merugikan anda di masa hadapan. Baca keseluruhan ebook ini untuk
mengetahui sebabnya.

Dalam seminggu mereka hanya boleh membuat panggilan 3 kali sahaja


(panggilan berjawab), jika mereka menghubungi anda lebih dari itu untuk
mendesak anda membuat bayaran hutang, anda boleh membuat aduan di
institusi kewangan dan mengatakan anda diganggu dan tidak dapat fokus
mencari wang yang diminta oleh personel institusi kewangan berkenaan. Sila
simpan rekod panggilan mereka sebagai bukti. Anda juga boleh menghubungi
pihak polis kerana panggilan yang berlebihan ini boleh dianggap sebagai
menggangu ketenteraman.

Rahsia 2. Nombor Telefon Bimbit Khas dan Pejabat


Rahsia 3. Masa Membuat Panggilan
Rahsia 4. Pelanggaran Data Kepada Pihak Ketiga
Rahsia 5. SMS
Rahsia 6. Emel
Rahsia 7. Tidak Boleh Bayar Sedikit
Rahsia 8. Menyamar
Rahsia 9. CTOS, CCRIS dan Senarai Hitam @ Blacklist
Rahsia 10. Jika Anda Tidak Bayar Sekarang, Hari Ini, Jam Ini, Tindakan Akan
Diambil!
Rahsia 11. Anda Sebagai Penjamin Mesti Langsaikan Semua Sebab
Penghutang Dah Hilang

Sedar atau tidak, Debt Collector memiliki rahsia yang sebenarnya boleh
menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu aktiviti harian anda. Mereka
tertakluk kepada aduan dan juga saman

Selain itu, mereka menyimpan rahsia yang membolehkan penghutang


membayar sebahagian sahaja hutang, penjamin membayar kurang daripada
50% hutang asal malah lebih rendah lagi, dan menipu untuk menggoda dan ada
kalanya mendesak penghutang membayar sebahagian besar hutang. Bak kata
orang, berjanji kosong. Ketahui rahsia mereka.

23
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 4: KESILAPAN PARA


PENGHUTANG
Kesilapan 1: Tidak Membayar Hutang

Benar. Adakalanya penghutang akan mengalami jalan buntu, langsung tidak


dapat membayar hutang mereka. Akibatnya, hutang mereka makin bertambah
(Hutang asal + bunga @ interest). Keadaan ini membawa kepada Debt Collector
untuk menghubungi para penghutang lalu menuntut bayaran.

Kes 1: Apabila diminta membayar hutang, penghutang mengatakan bahawa


mereka hanya mampu sejumlah RM X sahaja dahulu dan tidak dapat
membayar kesemuanya. Debt Collector tetap akan meminta jumlah besar/
penuh. Apabila dimarahi oleh Debt Collector, si penghutang pun bertindak
dengan langsung tidak membayar tunggakan hutang kerana tunduk kepada
emosi amarah.

Kesilapan ini adalah satu kebodohan dan tidak rasional. Si penghutang masih
kekal disaman dan Debt Collector masih boleh mencari penghutang-
penghutang lain. Fail anda dibiarkan berkulat, melompat dari satu Debt
Collector ke Debt Collector yang lain, agensi yang berlainan, dan akhirnya
saman dan total interest tumbuh bagai cendawan. Saman akan bertambah-
tambah mengikut nilai hutang anda+interest+saman sebelumnya. Hutang
RM2000 boleh mencecah menjadi RM18,000 kerana saman sahaja!

Apa yang anda perlu lakukan adalah bayar hutang anda. Abaikan jumlah yang
diminta oleh Debt Collector dan bayar sebanyak yang anda mampu pada ketika
itu dan kekalkan momentum tersebut. Mengapa anda perlu kekalkan? Ianya
baik untuk mengelak saman mahkamah kelak dan akan lebih lanjut dijelaskan.

Kes 2: Apabila diminta membayar hutang, penghutang sekali lagi hanya mampu
membayar sejumlah RM X sahaja dan bukan semua. Debt Collector mendesak
dan memarahi kerana si penghutang berhutang RM YYY tapi hendak bayar RM
X sahaja. Debt Collector menyatakan bahawa mereka akan menahan
pembayaran penghutang jika penghutang membayar RM X sahaja.

24
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

Menahan pembayaran bermaksud, apabila si penghutang ke bank dan


membayar RM X, pembayaran tersebut ditolak di kaunter. Pembayaran
tersebut tidak dapat diproses.

Sebenarnya, ada kes dimana Debt Collector sekadar menipu sahaja untuk
mendapatkan bayaran penuh namun, wujud juga keadaan bahawa
pembayaran anda sememangnya benar-benar tidak akan dapat diproses. Anda
boleh mencuba dahulu membayar untuk mengetahui jika Debt Collector tadi
menipu. Sekiranya Debt Collector terbabit tidak menipu anda, pembayaran
anda sememangnya tidak akan diterima di kaunter.

Untuk mengelakkan keadaan ini, anda bolehlah menggunakan strategi ... Miliki
ebook penuh sekarang.

Kesilapan 2: Bergaduh dengan Debt Collector / Bank


Kesilapan 3: Tidak Menghadirkan Diri Ke Mahkamah
Kesilapan 4: Tidak Serius Membayar Hutang
Kesilapan 5: Tidak Mengangkat Penggilan Telefon daripada Debt Collector
Kesilapan 6: Memandang Remeh Status Kebankrapan
Kesilapan 7: Melarikan Diri Setelah Menerima Surat Mahkamah
Kesilapan 8: Menganggap Debt Collector Kebanyakannya Palsu
Kesilapan 9: Sudah Bayar Tetapi Lambat Uruskan Hitam Putih Penjadualan
Semula @ Reschedulment Tunggakan
Kesilapan 10: Sudah Bayar Dan Abaikan
Kesilapan 11: Menganggap Bank Itu Baik

Ada banyak kes di mana penghutang yang berhutang berpuluh ribu, pekerja
kerajaan, dibenarkan membayar RM100 sahaja setiap bulan, meskipun
sebelum ini mereka perlu membayar RM500, RM1000 dan sebagainya MALAH,
mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk menganggu mereka lagi.

Kelicikan bank dan salah faham/ kesilapan penghutang menyebabkan mereka


gagal mendapat peluang sedemikian, malahan mereka terbeban dengan
pelbagai panggilan telefon, kunjungan dan sebagainya yang cukup memalukan.

Fahami kesilapan-kesilapan ini untuk membuka peluang buat diri anda.

25
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 5: UNDANG-UNDANG
BERKAITAN KEHUTANGAN
Kegagalan kita mengetahui perihal undang-undang berkaitan kehutanganlah
yang akan menyebabkan kita mudah ditindas samada sebagai penghutang,
sebagai peminjam, sebagai penjamin dan sebagainya yang berkaitan dalam
urusan kehutangan.

Sesiapa yang mempunyai ilmu perundangan lebih sedikit saja daripada kita
(yakni pihak yang mempunyai kelemahan menurut perjanjian hitam putih),
akan berani untuk memarahai kita, menempelak kita dan memalukan kita
dengan kehutangan yang terpalit. Sedar tidak sedar, terdapat undang-undang
yang boleh memelihara maruah kita, jika tidak pun, keselamatan data peribadi
kita daripada dikongsikan kepada orang ramai lalu menyebabkan kita
dimalukan begitu sahaja.

Berikut adalah tiga akta yang terlibat, yang mana memfokuskan kepada had
kuasa seorang Debt Collector. Anda boleh merujuk akta penuh di bahagian
lampiran di penghujung ebook ini.

A. Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 @ BAFIA ACT -


(Seksyen 97-99)
B. Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 – (Seksyen 119)
C. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

26
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 6: PERJALANAN KE
MAHKAMAH (KES SIVIL)
Salah satu cara kekejaman yang dilakukan oleh Debt Collector adalah membuli
penghutang dengan menggunakan undang-undang. Bagi Debt Collector,
majoriti penghutang adalah dari golongan yang tidak berilmu khususnya di
dalam bidang perundangan. Oleh itu mereka akan menyalahgunakan poin-poin
perundangan untuk menakut-nakutkan para penghutang yang ada. Akibat dari
penganiayaan ini, si penghutang tidak dapat tidur malam mengenangkan nasib
mereka yang bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Sedar atau tidak, Debt Collector yang kejam dengan sengaja tidak menjelaskan
sebaiknya sistem perundangan ini. Mereka sekadar memetik bahagian yang
boleh menyebabkan si penghutang merasa takut, tertekan dan juga merasakan
bahawa tiada cara lain melainkan perlu langsaikan segalanya pada ketika itu
juga walau apa cara sekalipun. Antara yang paling biasa kita dengar adalah SMS
yang berbunyi ala-ala begini:

Sila buat pembayaran anda segera sebelum pukul 2.00PM atau

sila buat pembayaran anda sebelum 28 HB ini atau

anda boleh dikenakan tindakan saman... dan banyak lagi versi lain.

Benar, para penghutang boleh dikenakan tindakan saman, sita dan lelongan
barang, diisytihar muflis namun kesemua ini memerlukan langkah-langkah
tertentu dan ianya tidak berlaku dalam masa dua tiga jam sahaja. Ianya
memerlukan proses dan proses inilah yang perlu diketahui oleh para
penghutang untuk mengetahui hak mereka sebagai penghutang.

Anda sebagai si penghutang boleh menelaah rentetan proses yang terlibat


hatta menjadikan ia sebuah ilmu pengetahuaan yang boleh dimanfaatkan
sebaik-baiknya secara berhemah.

27
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

CIVIL CASES – PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS

[UNCONTESTED]

CIVIL CASES – PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS

[CONTESTED]

CIVIL CASES – PROCEDURE

HIGH COURTS

[UNCONTESTED]

CIVIL CASES – PROCEDURE

HIGH COURTS

[CONTESTED]

Jadual lengkap ada dalam ebook versi penuh.

Pentingnya mengetahui isi-isi dalam jadual lengkap ini adalah untuk membantu
anda apabila anda diancam dengan pelbagai ugutan saman oleh Debt Collector.

Jadual ini ada menyertakan sekali julat masa bagi setiap tindakan undang-
undang dan saman tersebut untuk kebaikan anda.

Tanpa mengetahui apa yang anda bakal hadapai, anda pastinya sukar utnuk
bersedia. Melainkan anda ada banyak duit untuk mengupah peguam, jadual ini
mungkin tidak diperlukan.

28
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR


Bab ini sekadar untuk dimenungkan, namun gunakanlah akal yang sihat untuk
mencari permata kebenaran di sebalik insiden-insiden ini yang boleh dikaitkan
dengan keseluruhan isi eBook ini dan terutamanya, pengalaman hidup anda
sekalian. Ianya adalah situasi-situasi yang sering berlaku walaupun jarang
diwar-warkan oleh media. Kisah-kisah ini disampaikan dari mulut ke mulut
dalam bentuk sebuah penceritaan maka di sini juga penceritaan ini diulas dan
digambarkan untuk tatapan pembaca.

Kes 1: Mati

Ini adalah kisah benar yang diolah semula tentang tindakan Debt Collector yang
begitu rakus untuk mengejar komisen sehingga menyebabkan kematian.

Apa yang menyedihkan, syarikat terliabt sekadar tuup namun bangkit dengan
nama lain.

Kes 2: Interview / Temuduga

Ini juga adalah kisah benar. Anda pasti tidak akan menjangka bahawa wujud
sesi temuduga seperti ini namun ianya wujud khusus untuk kerjaya sebagai
Debt Collector. Jangan silap, temuduga ini adalah untuk kerja pejabat dan
bukan Along haram.

Kes 3: Jutawan

Juga kisah benar, bagaimana seseoarng yang pada mulanya berhutang, menjadi
jutawan pula kerana kehutangan beliau. Apa yang pasti, dia ada strategi.

Kes 4: Desak

Norma biasa dalam menuntut hutang di kalangan Debt Collector dan anda
mungkin pernah berhadapan dengannya.

29
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

LAMPIRAN
Ada beberapa sebab mengapa ebook ini tidak meletakkan informasi tertentu di dalam dan sekadar
berkongsikan link semata-mata. Ini kerana, ada sebahagian pemilik informasi tidak membenarkan
perkongsian secara terbuka – yakni anda perlu membuat bacaan sendiri di laman web mereka.

Untuk memudahkan anda membuat pembacaan lanjut, boleh layari laman web di bawah ini:

BERITA:

INFORMASI

dan banyak lagi info-info lain yang anda boleh cari sebagai rujukan tambahan.

Jika anda merasakan bahawa anda “sudahlah tiada duit nak bayar hutang, diganggu pula oleh Debt
Collector untuk membayar hutang”, mungkin sudah tiba masanya anda mencari inisiatif lain dalam
menguruskan hutang anda dengan tenang.

Tanpa ketenangan, tidur tak lena, nak berbelanja pun akan rasa bersalah. Kadang-kadang, orang
sihat pun boleh mengalami kemalangan kerana tekanan yang diberikan oleh Debt Collector ini.

Tukang bawa lori sita menelefon anda bahawa dia dalam perjalanan untuk menyita barangan rumah
anda...

Polis/ peguam menginggatkan anda tentang saman dan tindakan undang-undang yang mana boleh
memalukan anda...

Tuan Haji (Hakim) yang biasanya mengingatkan anda untuk segera membayar hutang kerana dia
tidak dapat menangguhkan kes anda lebih lama...

Pegawai bank yang tak putus-putus menelefon anda di rumah, di pejabat dan sebagainya dan ingin
melawat ke temapt kerja bagi membincangkan kehutangan anda...

Semua ini pasti menggangu fikiran anda. Mengapa tidak mencuba penawar yang mungkin boleh
memberi anda ketenangan dalam menguruskan hutang anda? InsyaAllah ebook ini boleh membantu
anda.

Jika anda berkenan untuk memiliki ebook ini, dapatkan segera sementara harga masih lagi rendah.

Kunjungi rahsiadebtcollector.com untuk membuat pembelian.


Sebarang pertanyaan mengenai produk, boleh hubungi saya di 013-8889624

30
Produk Lain Daripada Penulis:

Ebook Buat Duit Dengan YouTube Adsense

Laman Web Produk: http://buatduitdenganvideo.com/

Ebook ini adalah dalam bentuk PDF.

Tawaran: Purata Pendapatan per channel: RM30 perhari bergantung kepada usaha anda

Jumlah channel per akaun: Bergantung kepada anda

Namun, anda tidak perlu beli sekarang. Anda boleh miliki ebook Mini Buat Duit Dengan YouTube
Adsense sahaja dahulu secara PERCUMA.

Ebook Mini ini sahaja sudah cukup untuk membantu anda mulai buat duit dengan YouTube Adsense.
Namun, untuk menjimatkan masa anda, anda boleh beli ebook penuh untuk strategi rahsia yang
tidak didedahkan pada umum. InsyaAllah.

Isi kandungan ebook mini:

a. Cara buat akaun YouTube Adsense.

Khidmat buat akaun YouTube Adsense ini dijual pada harga RM50-RM100 di pasaran Malaysia.
Namun di sini saya menawarkannya secara PERCUMA sahaja. Dengan adanya akaun adsense barulah
anda boleh menjana pendapatan dengan YouTube Adsense.

b. Bagaimana untuk download video YouTube dan upload semula tanpa risau copyright.

Bagi yang malas atau tidak pandai menghasilkan video, asalkan anda tahu mendownload dan
mengupload video dari internet sudah memadai. Jangan risau, ebook mini ini akan mendedahkan
kepada anda bagaimana untuk mengelakkan amaran copyright.

c. Menghasilkan banyak channel dalam satu akaun.

Jika anda boleh jana RM30 per channel setiap hari, bayangkan jika anda ada 10 channel?

RM30 X 10 X 30 hari = RM 9000! Ianya benar-benar bergantung kepada usaha anda.

d. Mencari Video Trending.

Trending aka viral adalah penting dalam pemasaran video YouTube. Jika anda tahu apakah jenis
video yang trending, mudah untuk anda mendapatkan trafik/ views yang mana, bagi setiap klik pada
iklan tersebut akan mendatangkan komisen kepada anda.

Dapatkan ebook mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense di sini sekarang:

http://buatduitdenganvideo.com/
Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang

5 Sebab Anda Perlu Miliki Ebook Ini?


 Anda suka duit USD masuk dalam akaun setiap hari atau setiap bulan.
 Anda minat nak buat duit dengan YouTube Adsense tapi masih buntu
 Anda tak nak membuang masa mencari dan membaca tips yang biasa-biasa sahaja
 Anda suka bila pihak Bank tanya, macam mana kau boleh dapat duit dari
Google ni? Senyum...
 Anda nak join orang-orang yang tergolong dalam kategori comel.. Hehe..

Ebook ini sudah cukup untuk anda belajar sendiri bagaimana untuk menjana pendapatan dengan
YouTube Adsense. Kunjungi laman web ini:

http://buatduitdenganvideo.com/
ATAU

Jika anda inginkah personal coaching bernilai RM670, di mana anda boleh berjumpa, bersoal

jawab face to face dan jaminan full support seumur


hidup , malah jika anda rasa tak suka dan inginkan wang dikembalikan, anda boleh

kunjungi laman web ini:

http://bit.ly/RASHYTRM670

P/S: Kedua-duanya boleh digabungkan untuk


pendedahan lebih. InsyaAllah.

40

Anda mungkin juga menyukai