Anda di halaman 1dari 2

Doa Graduasi Pra Sekolah 2011

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ْ
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا حُمَ َّم ٍد‬
َّ ‫الصالَةُ" َو‬َّ ‫العاقِبَةُ لِْل ُمت َِّقنْي َ َو‬ ِ ‫ب‬
َ ‫ َو‬، َ ‫العالَمنْي‬
ِ
َ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد هلل َر‬
ِ ِ ِِ
َ ‫َص َحابِه أَمْج َعنْي‬
ْ ‫ َوأ‬ ‫ َو َعلَى آله‬ 

Ya Allah…Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Pada pagi yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, kami berhimpun bersempena Majlis Graduasi

Pra Sekolah peringkat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) bagi tahun 2011, kami menadah

tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di

bawah kebesaran dan keagungan-Mu.  Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam

semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ya Allah… Ya Aziz… Ya Jabbar… Ya Mutakabbir..

Ampunilah segala dosa kami dan juga dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka keduanya

sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kecil. Ya Allah, kurniakanlah kepada

guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang

telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang

berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah…Ya Rahman… Ya Rahim…

Jadikanlah kami anak-anak yang pintar dan bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara

pada masa hadapan, serta golongkanlah kami di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Ya Allah,

kurniakan kepada kami kefahaman umpama para nabi, kekuatan ingatan umpama para Rasul,
kurniakanlah kepada kami ilham umpama ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu ya Allah,

wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah…Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat…

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula

selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri

kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi

rahmat Mu Ya Allah.

ِ َ ‫األخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬


‫اب النَّار‬ ِ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِي‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬،‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai