Anda di halaman 1dari 1

Kemunculan media sosial dengan pengaruh hiburan yang kuat menyebabkan mereka

menganggap permainan tradisional sudah lapuk dan ketinggalan zaman.


Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,
baru-baru ini lapan permainan tradisional diketengahkan iaitu tuju tin, tarik tali, galah panjang,
congkak, batu seremban, tarik upih, sepak bulu ayam dan boling kelapa.
Pengarah program, Mohd Norhafizudin Hamzah berkata, permainan tradisional berkenaan akan
lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan
khalayak ramai khususnya generasi muda masa ini.
“Kelab ini terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun membabitkan tiga
cawangan di Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Damansara. Mutakhir ini kanak-kanak
peringkat rendah mahupun remaja lebih terikat dengan permainan gajet dan keadaan ini boleh
menjadi budaya tidak sihat jika tidak dikawal.
“Sehubungan itu, dengan wujudnya program seperti ini ia mampu mengalih sementara
pandangan golongan berkenaan daripada gajet.
“Pada tahun ini corak karnival berbeza sedikit berbanding penganjuran sebelumnya apabila kami
turut membuka penyertaan kepada orang dewasa. Pembabitan ibu bapa ini diharapkan mampu
berinovasi untuk mewujudkan atau melahirkan idea riadah cara tradisional,” katanya.
Sedikit maklumat mengenai permainan tuju tin, ia dikatakan mula diperkenalkan di negara ini
pada awal 1950-an. Namun asal usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana sudah wujud
sejak dahulu sebelum berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai