Anda di halaman 1dari 2

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

(CUEPACS) Sarawak menggariskan lapan tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan


untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2022.

Tiga daripadanya adalah tuntutan baharu manakala empat lagi berkaitan perkara
yang sudah diumumkan dalam belanjawan terdahulu.

Pengerusinya, Omar Bahrein Unin, berkata tuntutan utama CUEPACS Sarawak


adalah memohon kerajaan menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (Cola) sebanyak
RM50 untuk penjawat awam di Sarawak serta Sabah dalam Belanjawan 2022.

Katanya, ia penting bagi menangani peningkatan kos sara hidup di kedua-dua negeri
terbabit.

DISYORKAN UNTUK ANDA

 Penyelarasan elaun perumahan langkah baik - CUEPACS


 Elaun Wilayah penjawat awam di Sarawak ditambahbaik
 CUEPACS tuntut kerajaan tunai janji
 Belanjawan 2021: CUEPACS harap penyokong kerajaan, pembangkang terus sepakat

"Peningkatan ini dapat memberi pendapatan tambahan buat penjawat awam di


Sarawak dan Sabah seperti dinikmati rakan mereka di Semenanjung sejak Januari
2020.

"Walaupun penjawat awam di Sabah dan Sarawak mendapat elaun wilayah, ia


adalah elaun sedia ada yang memang telah dinikmati tanpa pertambahan perbezaan
RM50 sebulan sejak Januari 2020 seperti diperoleh penjawat awam di
Semenanjung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Omar berkata, CUEPACS Sarawak turut memohon agar kerajaan menyemak


semula enam peringkat peratusan bagi bayaran elaun wilayah yang tidak pernah
disemak sejak pelaksanaannya pada 1988.

"CUEPACS Sarawak juga mahu kerajaan mempertimbangan supaya penjawat


awam yang memakai cermin mata agar diberi bantuan kewangan atau boleh
menuntut bayaran membuat cermin mata kerana kos bagi membuat cermin mata
turut menjadi beban serta meningkat setiap tahun," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya berharap beberapa perkara yang sudah
diumumkan pada 2018 oleh kerajaan sebelum ini dapat dilaksanakan.

Ia adalah satu tingkat kenaikan gaji tahunan (KGT) kpd semua penjawat awam,
mewujudkan Gred DG56 bagi guru, kenaikan pangkat secara 'time based' kali kedua
dipendekkan dari 13 tahun ke 10 tahun dan penyelarasan kenaikan satu peratus
pencen bagi pesara dari dua peratus ke tiga peratus secara tahunan.
Pada 2019 pula katanya, kerajaan melalui Belanjawan 2020 mengumumkan
penjawat awam diberi pilihan boleh menuntut tunai sehingga 50 peratus cuti gantian
rehat yang dikumpul.

"Kami memahami kekangan di pihak kerajaan terutama membabitkan kewangan


dalam masa pandemik COVID-19, namun ramai penjawat awam turut terkesan
kerana kebanyakan mereka adalah daripada golongan B40 dan M40," katanya.

Anda mungkin juga menyukai