Anda di halaman 1dari 3

Nama : Mohammad Zariff Hilmie Bin Shukor

No.matriks : A166660

Kod subjek: LMCK 1331

Pensyarah : Proffesor Madya Dr Azimah Binti Hussin


Kepentingan komunikasi efektif

Komunikasi merupakan salah satu tunjang dan faktor utama yang menyumbang kepada
kemenjadian seseorang individu tersebut. Hal ini demikian kerana semua tingkah laku yang kita
lakukan setiap hari merupakan salah satu cabang komunikasi. Kita tidak dapat menafikan bahawa
perkara ini amat vital dalam melakukan perkara harian. Contohnya, memberi senyuman kepada
orang di sekeliling kita. Percaya atau tidak, senyuman juga merupakan cara kita berkomunikasi
dengan orang lain. Masyarakat marcapada ini terlalu streotaip tentang komunikasi. Mereka
berangapan bahawa komunikasi ini melibatkan perbualan antara dua pihak atau lebih. Apabila
mereka berpegang pada definisi komunikasi pada taraf itu sahaja, hasilnya Malaysia berada di
belakang negara negara lain seperti Korea, Jepun dan Singapura berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh majalah The People mengenai keramahan rakyat Malaysia. Mengapakah hal ini
boleh berlaku ? Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini berpunca daripada minda masyarakat
yang tertutup mengenai komunikasi. Mereka berasa janggal untuk berbual atau berborak dengan
orang sekeliling, jadi apa yang mereka lakukan ialah berpegang pada konsep menjaga tepi kain
sendiri. Sayangnya mereka terlupa perkara paling asas tentang komunikasi, iaitu senyum. Satu
tingkah laku yang amat mudah yang mampu merubah pandangan dunia tentang Malaysia. Kita dapat
lihat bertapa besarnya impak komunikasi terhadap hidup kita

Komunikasi juga membantu membina ekonomi negara. Perkara ini dapat dicapai apabila usahawan
usahawan di Malaysia Berjaya melakukan jual beli bukan sahaja secara domestik, malahan
antarabangsa juga! Bayangkan jika usahawan usahawan ini tidak tahu berkomunikasi dengan
pelanggan secara efektif dan berkesan, adakah ekonomi negara dapat diselamatkan? Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) , sebanyak RM114 billion dapat
dikutip daripada hasil cukai daripada syarikat syarikat di Malaysia ini. Hasilnya, bermacam
infrastruktur dan kemudahan yang kita dapat kecapi yang diperoleh daripada duit tersebut.
Contohnya, MRT, prasrana yang lebih baik dan taraf hidup rakyat juga dapat ditambah baik. Perkara
ini dapat dibuktikan dengan taraf penganguran di Malaysia dapat dikurangkan sehingga 40%. Ini
merupakan satu petanda yang amat positif yang dapat menjana ekonomi negara yang tercinta ini
agar menjadi lebih mapan pada masa akan dating demi menggapai misi Transformasi Nasional 2050.

Fasa remaja merupakan fasa yang amat konstruktif bagi manusia. Pada waktu inilah hormon
mereka sedang mencanak naik dan emosi menjadi tidak stabil. Komunikasi dapat menigkatkan
produktiviti seseorang dengan cara meluahkan perasaan dan mengekpresikan emosi mereka kepada
individu yang mereka percaya agar segala kekusutan yang mereka hadapi dapat diselesaikan dan
dikongsi seterusnya dapat menjalani kehidupan sebgai remaja dengan ceria dan tidak langsung
dibelenggu dengan masalah yang boleh mempengaruhi mereka yang sedang menigkat dewasa ini.
Remaja ini boleh diumpamakan seperti ukat beluncas yang sedang mengalami fasa didalam
kepompong sebelum menjadi rama-rama yang enak dipandang mata. Oleh itu, wajar bagi golongan
yang lebih dewasa ini menjadi bahu untuk mereka sandarkan dikala mnghadapi masalah dan telinga
yang sanggup mndengar segala masalah dan rungutan daripad remaja ini. Apa yang paling
diperlukan bukanlah wang dan harta benda, tetapi seseorang yang sanggup berada disisi mereka
dikala mereka amat memerlukannya
Seterusnya, hidup ini merupakan satu proses pembelajaran yang tidak pernah habis. Kita sentiasa
belajar akan sesuatu yang baru. Konteks belajar disini bukan sahaja bermaksud menghadiri kuliah
atau kelas, malah lebih kepada mencari pengalaman didalam bidang yang baru. Apakah mekanisme
penting yang sentiasa menjana proses pembelajaran untuk manusia ini? Sudah pastinya komunikasi
antara satu sama lain. Dimana kita bertukar informasi yang kita ada dan berkongsi dengan orang
lain. Perkara ini amatlah penting demi memastikan diri kita tidak ketinggalan tentang perkara-
perkara terbaharu yang berlaku di dunia. Amatlah tidak wajar kita menjadi seperti katak bawah
tempurung kerana ianya amatlah merugikan.

Konklusinya, berkomunikasi secara efektif merupakan satu tindakan rantaian positif yang boleh
memudahkan tugasan harian kita dan boleh menjadi suis penghidup yang boleh menjadikan kita
lebih baik daripada sebelumnya. Justeru itu, ayuhlah kita mengaplikasikan ilmu ilmu tentang
berkomunkasi secara efektif ini didalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai