Anda di halaman 1dari 3

Istilah-istilah Headcount - TOV, AR & ETR

Di dalam melaksanakan headcount di sekolah, para guru akan menemui beberapa istilah yang agak
pelik yang digunakan sebagai rujukan dan sasaran. berikut disenaraikan istilah-istilah tersebut dan
maknanya:

1. TOV - Take Off Value(Markah rujukan bagi setiap pelajar)

2. OTI - Operational Target Increment(Markah sasaran bagi setiap pelajar mengikut peperiksaan)

3. AR - Actual Result(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut peperiksaan)

4. ETR - Expected Target Result(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar untuk UPSR/ PT3 / SPM
/ peperiksaan akhir tahun)

Penting sangat ke TOV, ETR dan OTI tu?

Apakah TOV ( take-off value ) ?

TOV adalah asas untuk pengiraan headcount. Apa itu headcount?

Headcount adalah sasaran secara terancang dan tersusun pada suatu masa. Bagi murid tingkatan 6,
sasaran mereka ialah STPM.

TOV bagi murid tahun 6 pula adalah markah peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 5.
Markah tersebut (TOV) menjadi tapak permulaan mereka meningkatkan markah dari masa ke
semasa.

Jika markah TOV seorang murid ialah 70, maka dari markah permulaan 70 itulah murid sepatutnya
berada dan terus meningkatkan markahnya hingga mencapai sasaran markah upsr (atau gred).
TOV adalah nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian
akademik. Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian di dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon
UPSR. Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR masing-
masing.

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada
penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir.

Bagaimana menentukan ETR ?

Setelah ETR telah diputuskan kemudahan ini juga berupaya mengatur markah sasaran Ujian OTI
(Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan belajar untuk mencapai sasaran Ujian
OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas guru-guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual
Result (AR) markah AR dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Perbandingan ini bertujuan untuk
memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit.

Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI dan AR bernilai positif, ia menunjukkan pembelajaran
murid melepasi target. Sekiranya bernilai 0, bermakna mencapai target dan bernilai negatif
menunjukkan tidak mencapai target.

Kemudahan ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk memudahkan guru-
guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan supaya tindakan susulan yang
bersesuaian diambil dengan segera.

Guru-guru biasanya akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit ini dapat dibimbing
supaya dapat berubah ke arah peningkatan dalam ujian-ujian OTI akan datang.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk
beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.
Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan
pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR?AR ialah Actual Result iaitu markah sebenar murid hasil dari ujian yang telah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai