Anda di halaman 1dari 32

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

KECERGASAN

Lari berpasangan secara asasnya dilakukan hampir sama dengan lari


berganti-ganti. Apabila seorang daripada pasangan berlari, seorang
lagi akan berehat secara aktif seperti berjoging.

1. Nyatakan jenis latihan yang berkaitan di atas.


A Joging
B Piramid
C Paarlauf
D Lompat tali

2. Salah satu cara menentukan Kadar Nadi Latihan untuk aktiviti daya
tahan kardiovaskular dengan menggunakan formula Karvonen iaitu
KNL = KNR + peratus intensiti latihan [KNM – KNR] .
Kirakan KNL seorang yang berumur 15 tahun dengan KNR 70
denyutan seminit dan intensiti latihan 60 %.
A 150
B 151
C 152
D 153

3. Antara faedah latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular ialah


peningkatan kolesterol. Apakah kolesterol baik tersebut?
A High density lipoprotein ( HDL )
B Low density lipoprotein ( LDL )
C Density hyper lipoprotein ( DHL )
D Very Low density lipoprotein ( VLDL )

1
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

4. Bagi menentukan berat beban latihan individu berumur 15 tahun dan


ke bawah peratusan berat badan digunakan. Bagi mendapatkan
intensiti daya tahan, otot bahagian tangan ialah 55% hingga 65%
berat badan. Kirakan beban latihan 55% bagi berat badan 40 kg.
A 12
B 22
C 32
D 42

5 Apakah yang dimaksudkan dengan hipertrofi otot?


A Tenaga segera
B Otot menjadi lebih kuat
C Melewatkan atau menghindarkan atritis dan osteoporosis
D Mudah mengawal kestabilan dinamik semasa melakukan
aksi pantas

2
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Soalan 6 berdasarkan Rajah 1

Rajah 1
6. Namakan otot utama yang terlibat ketika melakukan aktiviti
half squat
A Biceps
B Triceps
C Quadriceps
D Pectoralis major

7. Kirakan Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) bagi
seorang pelajar yang mempunyai berat badan 54 kg dan tinggi
1.61 m. Formula pengukuran BMI = Berat (kg)
Tinggi (m)²

A 20.8
B 20.9
C 21.0
D 21.1

3
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Soalan 8 berdasarkan Jadual 1

Aktiviti Jeda kerja Repetisi Rehat antara Aktiviti rehat Bilangan Rehat antara
repetisi set set

Berlari 30m Tambah 1 10 (1:3) @ 3 Berjalan ke 5 Penurunan


sambil saat ulangan kali ganda tempat kadar nadi
melantun daripada kerja masa kerja permulaan sehingga
bola / masa 120
mengawal terpantas denyutan
bola hoki seminit

Jadual 1

8. Jadual 1 menunjukkan latihan jeda dengan aktiviti berlari sambil


melantun bola atau mengawal bola hoki. Apakah komponen
kecergasan tersebut?
A Kelajuan
B Kekuatan otot
C Daya tahan otot
D Daya tahan kardiovaskular

9. Empat aspek perlu dipertimbangkan untuk memperoleh tahap


kecergasan maksimum yang dikenali sebagai FITT. Apakah F?
A Intensiti
B Kekerapan
C Jenis aktiviti
D Jangka masa

4
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Soalan 10 berdasarkan Rajah 2

Rajah 2

10. Apakah aktiviti untuk meningkatkan kuasa otot?


A Bounding
B Lompat kanggaru
C Tekan tubi condong
D Lompat ke atas peti lombol

Soalan 11 hingga 14
Pilih jawapan yang betul bagi pernyataan yang diberi
A Kelajuan
B Kekuatan Otot
C Daya Tahan Otot
D Daya Tahan Kardiovaskular

11. Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke


otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan
kumuhan dari otot.

12. Keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali
dalam jangkamasa yang panjang tanpa cepat berasa lesu.

13. Kemampuan maksima otot untuk menjana daya bagi mengatasi


rintangan dan diukur berdasarkan daya maksimum yang dihasilkan
daripada satu pergerakan atau penguncupan otot yang spesifik.

5
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

14. Keupayaan seseorang bergerak dari sesuatu kedudukan ke


kedudukan yang baru dalam masa yang singkat atau keupayaan
bahagian anggota khusus melengkapkan julat pergerakannya dengan
pantas

Soalan 15 hingga 18 berdasarkan Jadual 2


Padankan adaptasi fisiologi berdasarkan faedah latihan selepas menjalani
latihan kelajuan

Adaptasi Fisiologi Faedah Latihan

15 Peningkatan kelajuan Tahap kemahiran motor meningkat


A
pergerakan anggota dan boleh melakukan pergerakan
badan. kompleks dengan cepat.
16 Peningkatan koordinasi Boleh melakukan aktiviti-aktiviti
anggota badan yang B eksplosif berulang kali.
terlibat dalam kemahiran
17 Peningkatan fungsi otot Cepat bertindak balas semasa
apabila otot mengalami C beraksi
hipertrofi iaitu peningkatan
saiz dan jisim otot.
18 Peningkatan kapasiti Otot menjadi lebih kuat dan tidak
anaerobik otot. mudah cedera
D

Jadual 2

Soalan 19 hingga 22 berdasarkan Jadual 3

6
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Padankan prinsip latihan kecergasan fizikal dan kemahiran motor mengikut


definisi yang betul.

Prinsip Latihan Definisi

19 Prinsip kekhususan Program latihan perlu ada


A
variasi

20 Prinsip ansur maju Latihan perlu berfokus


kepada peningkatan
B
komponen kecergasan atau
kemahiran khusus

21 Prinsip beban lebih Peningkatan intensiti latihan


C perlu dilakukan secara
beransur-ansur

22 Prinsip kepelbagaian Kadar intensiti perlu

D melebihi tahap kemampuan


untuk mendapatkan kesan
latihan

Jadual 3

KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI

7
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

1. Dalam permainan bola tampar, posisi pemain dalam gelanggang


disusun mengikut kedudukan tertentu. Pemain pada posisi 2, 3 dan
4 ialah ...
A pemain barisan tepi
B pemain barisan tengah
C pemain barisan hadapan
D pemain barisan belakang

2. Salah satu kemahiran asas bola tampar ialah menyangga.


Menyangga ialah kemahiran ...
A membuat rejaman
B membuat servis sambil melompat
C membuat hadangan di hadapan jaring
D menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah
tangan

3. Servis merupakan kemahiran yang penting dalam permainan bola


tampar. Terdapat dua kemahiran asas servis bagi memulakan
permainan iaitu ...
A servis bawah pinggang dan servis gaya tenis
B servis lonjak ke depan dan servis pingpong
C servis putar dan servis atas kepala atau gaya tenis
D servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis

4. Berikut merupakan otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran


membuat rejaman bola tampar kecuali
A Deltoid
B Pectoralis major
C Erector spinae
D Gastrocnemius

5. Apakah kegunaan antena yang dipasang pada jaring bola tampar?


A Sebagai alat untuk mencantikkan lagi gelanggang permainan
B Sebagai alat menentukan ketinggian bola yang boleh

8
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

dihantar oleh pemain


C Memastikan jaring yang dipasang tidak kendur semasa
permainan berlangsung
D Memastikan bola berada dalam kawasan permainan semasa
bola masuk ke kawasan pihak lawan

6. Semasa permainan bola tampar, setiap pasukan boleh meminta time


out. Berapakah time out yang dibenarkan dalam satu set
permainan?
A Sekali
B Dua kali
C Tiga kali
D Empat kali

Soalan 7 berdasarkan rajah 1

I II III IV V
Rajah 1

7. Apakah kemahiran yang ditunjukkan oleh pemain I dan III?


A Mengumpan dan merejam
B Menyangga dan merejam
C Menyangga dan mengumpan
D Mengumpan dan mengadang

8. Berikut ialah undang-undang asas yang mendefinisikan lumba


jalan kaki yang sah
I Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa

9
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

II Kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang


diangkat
III Semasa berjalan, bahagian hujung tapak kaki (jari) mesti
menyentuh bumi
IV Kaki hadapan mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi
sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

9. Berikut adalah teknik memperoleh postur badan yang betul semasa


acara berjalan kaki kecuali
A bahu relaks dan fleksi siku
B luruskan kedua-dua lutut sepanjang masa
C tegangkan otot belakang dan otot abdominal
D tegakkan kepala, mata pandang terus ke hadapan

10. Lemparan cakera akan dibatalkan jika berlaku perkara-perkara


berikut kecuali
A cakera jatuh di luar sektor
B lemparan cakera tidak meninggalkan tanda di dalam sektor
C peserta keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh tanah
D keluar dari bulatan lemparan melalui bahagian hadapan atau
sisi

Soalan 11 berdasarkan rajah 2

10
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Rajah 2

11. Apakah maksud simbol ini yang terdapat dalam acara lumba jalan
kaki?
A Keletihan
B Terapung
C Lutut bengkok
D Sedang berlari

Soalan 12 berdasarkan Rajah 3

Rajah 3

12. Fasa dalam pelaksanaan lempar cakera ialah ...


A fasa ikut lajak
B fasa lemparan
C fasa putaran
D fasa persediaan

Soalan 13 hingga 16 berdasarkan Rajah 4

11
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

1
D
3
2
1

4
E

Rajah 4

13. Namakan posisi pemain 1 dalam permainan sofbol.


A Pitcher
B Catcher
C Pemadang dekat
D Pemain base pertama

14. Namakan posisi pemain 2 dalam permainan sofbol.


A Pitcher
B Catcher
C Pemadang dekat
D Pemain base pertama

15. Namakan posisi pemain 3 dalam permainan sofbol.

12
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

A Pitcher
B Catcher
C Pemadang dekat
D Pemain base pertama

16. Namakan posisi pemain 4 dalam permainan sofbol.


A Catcher
B Pemukul
C Pemain base kedua
D Pemain base ketiga

17. Pada fasa pelaksanaan kemahiran menyambut bola tinggi dalam


permainan sofbol, pemain pemadang perlu …
I menghadap ke arah bola
II ekstensi kedua-dua tangan ke arah bola
III menumpukan pandangan pada layangan bola
IV tangan yang membaling berada di belakang glove
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

18. Terdapat dua gaya semasa memulakan larian di base iaitu …


A permulaan base dan permulaan plate
B permulaan rocker dan permulaan tetap
C permulaan luncur dan permulaan inning
D permulaan terus dan permulaan lonjakan

19. Terdapat empat gaya meluncur dalam permainan sofbol kecuali

13
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

A luncur pop-up
B luncur kaki dulu
C luncur mencangkuk
D luncur kaki bengkok

20. Dua jenis lemparan dalam sofbol ialah …


A pitching dan slingshot
B windmill dan slingshot
C windshot dan pitcshot
D pitching dan pukulan pepat

21. Alat yang tidak digunakan oleh catcher dalam permainan sofbol ialah
A bet
B glove
C topeng muka
D pelindung dada

22. Berikut adalah pergerakan pola putaran gimnastik artistik kecuali


A beredar
B berputar
C berguling
D berpusing

23. Alatan yang digunakan dalam gimrama ialah tali, gelung, bola,
reben dan
A kayu
B kain
C baton
D belantan

24. Gimnastik pendidikan adalah cabang pendidikan pergerakan yang


berunsurkan

14
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

A kreativiti dan imaginasi


B penerokaan dan pengembaraan
C kreativiti dan penyelesaian masalah
D penerokaan dan penyelesaian masalah

25. Apakah matlamat utama pendidikan kreatif ?


A Berkomunikasi melalui pergerakan
B Bergerak untuk menyatakan maksud
C Menggunakan ruang untuk bergerak
D Menggunakan ruang untuk berkomunikasi

26. Menjejak dalam aktiviti rekreasi bermaksud


A merentas hutan dengan mengikut arahan
B berjalan dari satu tempat ke tempat lain yang tidak pernah
dilalui
C merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga
ke destinasi yang dituju
D merentas hutan dan sungai untuk mencari sesuatu yang
diperlukan seperti makanan

27. Apakah format pergerakan yang paling sesuai digunakan semasa


aktiviti menjejak laluan hutan, merentas sungai dan denai ?
A Sebaris
B Dua baris
C Berselerak
D Memanjang

KESUKANAN

15
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

1. Berikut adalah peranan pengerusi persatuan kecuali


I menyediakan bajet tahunan
II mempengerusikan mesyuarat
III mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa
IV merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Kerjaya dalam sukan dapat dilakukan secara tidak langsung oleh


A jurulatih
B fisioterapi
C wartawan sukan
D atlet professional

3. Keagresifan dalam sukan boleh disebabkan oleh perkara-perkara


berikut
I emosi yang stabil
II kurang pengetahuan
III kesan pengambilan steroid
IV tahap keselamatan yang tinggi
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

4. Apakah yang dimaksudkan dengan komersialisme dalam sukan?


A Aktiviti pengurusan dalam sukan
B Kemudahan infrastruktur dalam sukan

16
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

C Melibatkan pelbagai profesion dalam sukan


D Aktiviti perdagangan yang berhubung kait dengan sukan

5. Penganjuran sukan antarabangsa seperti Le Tour De Langkawi


mendatangkan pulangan yang lumayan seperti ...
I promosi destinasi dan industri pelancongan
II peluang pekerjaan menerusi sektor yang berkaitan
III pendapatan lumayan daripada hak penyiaran dan
pengiklanan
IV pemindahan teknologi berkaitan dengan perkembangan
sukan terkini
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Ciri-ciri semangat kesukanan di kalangan penonton ialah ...


I dapat mengawal perasaan diri
II kesetiaan kepada pasukan sendiri
III tidak menghormati pasukan lawan
IV mengetahui peraturan dan undang-undang permainan
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

7. Persatuan sukan ditubuhkan bertujuan untuk ...


I berkongsi sumber dan peralatan
II merancang dan melaksana aktiviti

17
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

III berkongsi pengetahuan dan pengalaman


IV menetapkan matlamat yang dipersetujui bersama
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

8. Susun langkah-langkah yang perlu diambil bagi menubuhkan


sesebuah persatuan sukan di sekolah.
I Pendaftaran ahli
II Mesyuarat agung
III Menubuhkan jawatankuasa penaja
IV Memohon secara rasmi daripada pengetua
A I, II, III dan IV
B IV, II, I dan III
C III, II,IV dan I
D III, IV, I dan II

Soalan 9 berdasarkan Carta 1

Pengerusi

18
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Timbalan Pengerusi

Setiausaha

Jawatan X

Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa


Teknik Peralatan Kebajikan

Carta 1
9. Apakah jawatan X?
A Bendahari
B Naib Bendahari
C Naib Setiausaha
D Ahli jawatankuasa

10. Peluang untuk membina kerjaya dalam bidang sukan memerlukan


kriteria berikut kecuali ...
A minat dalam profesion kesukanan
B sumber kewangan yang mencukupi
C mempunyai bakat dalam bidang sukan
D sesuai dengan kelayakan dan jenis pekerjaan

11. Kelemahan komersialisme ialah ...


I peluang pekerjaan menerusi sektor yang berkaitan
II meningkatkan kos untuk menyaksikan acara sukan
III membantu atlet negara berjaya ke peringkat antarabangsa

19
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

IV penajaan daripada syarikat yang mengamalkan gaya hidup


tidak sihat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12. Faktor yang dianggap sebagai kepuasan kepada penonton yang


mengamalkan semangat kesukanan ialah ...
A menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka
B menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan hambar
C menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap
pasukan lawan
D bersemuka dengan pemain sepasukan untuk menyatakan
rasa tidak puas hati

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. Keburukan seks sebelum berkahwin ialah


I zuriat luar nikah

20
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

II penyakit kelamin
III menjatuhkan maruah diri
IV bercanggah dengan agama dan norma masyarakat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

2. Penyakit-penyakit yang berikut berpunca daripada seks bebas


kecuali
A AIDS
B Sifilis
C Anemia
D Gonorea

3. Berikut adalah langkah pencegahan bagi menghindari seks sebelum


kahwin kecuali
A pergaulan bebas
B pendidikan agama
C pendidikan seksualiti
D ilmu mempertahankan diri

4. Cara mengekalkan kebahagiaan rumah tangga ialah ...


A elakkan cemburu yang keterlaluan
B syak wasangka di kalangan ahli keluarga
C membantu ekonomi keluarga secara terpaksa
D mengabaikan tugas mendidik dan membimbing keluarga
5. Ciri-ciri manakah yang dapat menjamin kebahagiaan sesebuah
rumah tangga?
I Mementingkan kerjaya
II Kasih sayang dan kemesraan
III Interaksi dan komunikasi efektif
IV Berperanan dan bertanggung jawab

21
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

GAYA HIDUP SIHAT

1. Obesiti meningkatkan risiko penyakit berikut kecuali


A strok
B diabetes
C hipertensi

22
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

D sindrom down

2. Perkara yang sangat berkait rapat dengan obesiti ialah ...


A meningkatkan risiko kecederaan
B menjadi individu pantas dan tangkas
C tidak berkaitan dengan penyakit kronik
D meningkatkan keupayaan dalam aktiviti fizikal

3. Obesiti dapat diatasi dengan


I amalkan cara hidup aktif
II makan apabila perlu sahaja
III amalkan makanan seimbang
IV amalkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

4. Faktor-faktor persekitaran yang berikut mempengaruhi pengambilan


makanan secara berlebihan kecuali
A kurang aktif
B mengatasi kekecewaan
C tabiat pemakanan keluarga
D pemakanan tidak seimbang

Soalan 5 berdasarkan Rajah 1

23
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Rajah 1
5. Berapakah jumlah hidangan yang dicadangkan pengambilannya bagi
kumpulan makanan X?
A 1 - 2 sajian
B 2 - 3 sajian
C 3 - 5 sajian
D 6 -11 sajian

6. Pernyataan manakah yang benar tentang pengambilan nutrien?


A Individu yang aktif memerlukan lebih banyak kalori
B Perempuan memerlukan lebih banyak zat mineral zink
C Pengambilan nutrien adalah sama mengikut peringkat umur
D Keperluan nutrien tidak berubah walaupun seseorang
mengalami perubahan fisiologi

7. Manakah bukan tergolong dalam kumpulan makro nutrien?


A Lemak
B Vitamin
C Protein
D Karbohidrat

8. Manakah fungsi nutrien yang tidak benar?

24
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

Nutrien Fungsi
A Karbohidrat Sumber tenaga

B Vitamin Mengawal metabolisme badan

C Lemak Pertumbuhan dan pengekalan tisu-


tisu
D Protein Tumbesaran dan membaiki tisu-
tisu rosak

9. Teknik relaksasi yang dapat mengatasi masalah stres ialah ...


A yoga
B joging
C meditasi
D berenang

10. Stres dapat diatasi dengan mengamalkan perkara-perkara berikut


I Beriadah
II Bersikap agresif
III Amalan pemakanan seimbang
IV Menyelesaikan masalah sendirian

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

11. Antara perkara yang berikut, manakah merupakan reaksi fisiologi


terhadap stressor?
I Hormon dirembes

25
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

II Kadar nadi meningkat.


III Tekanan darah menurun
IV Tiada perubahan pada otot.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

12. Bagaimanakah masalah perhubungan dengan rakan sebaya dan


keluarga boleh menimbulkan stres?
A Sahabat baik yang sentiasa memberi sokongan
B Berasa terasing ketika berpindah ke tempat baru
C Dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga
D Ibu bapa yang penyayang dan sentiasa mengambil berat

13. Apakah implikasi pengambilan dadah dari segi ekonomi?


A Keruntuhan akhlak
B Kehilangan tenaga kerja
C Menggugat kestabilan negara
D Menjejaskan kesejahteraan keluarga

14. Apakah akta yang diperuntukkan terhadap individu yang terlibat


dengan kesalahan dadah seperti candu, ganja, heroin, morfin dan
syabu?
A Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).
B Akta Dadah Berbahaya 1951 (Pindaan 1998).
C Akta Dadah Berbahaya 1950 (Pindaan 1998).
D Akta Dadah Berbahaya 1953 (Pindaan 1998).

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

26
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

1. Antara agensi-agensi yang berikut, manakah tidak terlibat dalam


menangani masalah penyakit berjangkit di Malaysia?
A Polis Diraja Malaysia
B Pihak Berkuasa Tempatan
C Jabatan Imigresen Malaysia
D Jabatan Pengangkutan Jalan

2. Manakah bukan peranan dan tanggungjawab pelajar dalam


mencegah dan mengawal penyakit berjangkit?
A Mengisytiharkan kawasan jangkitan tempatan
B Membuang sampah dan sisa makanan ke dalam tong
sampah yang disediakan
C Membersihkan kawasan sekolah yang boleh menyebabkan
penyakit berjangkit
D Mematuhi arahan kebersihan dan keselamatan yang
dikeluarkan oleh pihak sekolah

3. Apakah fungsi Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit atau Center for


Disease Control (CDC)?
A Mengisytiharkan kawasan jangkitan tempatan
B Mencegah penyakit berjangkit daripada memasuki negara
dan mengawalnya daripada merebak
C Memastikan pekerja di premis makanan menjalani
pemeriksaan kesihatan
D Memastikan buruh asing menjalani pemeriksaan kesihatan
sebelum berkhidmat di Malaysia

4. Dalam keadaan bagaimanakah kita boleh melakukan Resusitasi


Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa kemalangan?
I Tiada respons
II Tidak bergerak

27
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

III Tiada pernafasan


IV Ada denyutan nadi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5. Susun prinsip-prinsip Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) berikut


mengikut urutan yang betul.
I Mulakan CPR dengan bantuan pernafasan
II Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
III Selang-selikan bantuan pernafasan dan Tekanan Luaran
( ECC )
IV CPR dilakukan terhadap mangsa yang tiada nadi dan tidak
bernafas

A I, II, III dan IV


B II, III, IV dan I
C IV, III, II, dan I
D IV, I, III dan II

6. Situasi yang manakah membolehkan mangsa diberikan bantuan


Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)?
A Lemas
B Fraktur
C Tercekik
D Hipertensi

Hitamkan (A) bagi pernyataan yang benar dan (B) bagi pernyataan
yang salah
Soalan 7 hingga 30

28
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

7. Kejayaan sesebuah pasukan bola tampar bergantung kepada


faktor persefahaman dan komunikasi berkesan di antara
pemain. A/B
8. Bola tampar mula diperkenalkan oleh William G. Morgan
pada tahun 1795 dan dikenali sebagai ’minonette’. A/B
9. Pertandingan lumba jalan kaki hanya dijalankan di balapan. A/B
10. Penentuan posisi ketika permulaan jalan kaki ditentukan
dengan undian oleh pihak penganjur. A/B
11. Komponen cabang pergerakan kreatif terdiri daripada badan, A/B
ruang, masa dan daya.
12. Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pelbagai
pergerakan daripada yang kompleks kepada yang mudah. A/B
13. Gimrama menggabungkan pergerakan badan dan manipulasi
alatan serentak dengan iringan muzik. A/B
14. Etika dalam sukan merupakan panduan tentang peranan
individu yang terlibat dalam sukan secara langsung atau tidak. A/B
15. Semangat kesukanan penonton tidak mempengaruhi kejayaan
diri, pasukan dan negara. A/B
16. Asas utama untuk menangani masalah keagresifan dalam
sukan adalah disiplin diri dan meningkatkan pengetahuan. A/B
17. Impak negatif daripada komersialisme dalam sukan adalah
pengaruh terhadap gaya hidup. A/B
18. Bilangan ‘bye’ dalam sesebuah pertandingan hanya akan
diberi dalam pusingan pertama sahaja. A/B
19. Keperluan nutrien setiap individu berbeza mengikut umur,
jantina, aktiviti fizikal dan perubahan fisiologi. A/B

20. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk memberikan rawatan A/B


lanjutan kepada mangsa kemalangan.
21. Penyakit kusta dan kolera merupakan jenis penyakit
berjangkit bahagian II. A/B
22. Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menghantar pulang
pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan
yang sah. A/B
23. Set nilai RDA adalah bertujuan untuk membantu kita
memenuhi keperluan makanan daripada sumber makanan
tanpa tambahan vitamin. A/B

29
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

24. Simptom kekurangan zat besi akan ketara lebih cepat A/B
berbanding kekurangan kalsium.
25. Wanita mempunyai peratus lemak badan yang lebih rendah
berbanding lelaki. A/B
26. Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa persatuan sukan
bergantung kepada perlembagaan persatuan. A/B
27. Laporan tahunan persatuan disediakan oleh pengerusi
persatuan. A/B
28. Perancangan latihan dan aktiviti yang berjadual dalam
sesebuah persatuan sukan membolehkan ahli mendapat
pengetahuan dan kemahiran dalam sukan. A/B
29. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
dikenali juga sebagai Akta 343. A/B
30. Dalam permainan sofbol, pelari di base kedua terpaksa
meninggalkan basenya apabila pelari dari base pertama
menuju ke arahnya. A/B

Soalan 31 hingga 34
Pilih jawapan yang betul bagi pernyataan yang diberi

A Eustres
B Piramid Makanan
C Tekanan Luaran (ECC)
D Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

31. ________ merupakan satu teknik untuk mengepam darah dari


jantung secara manual.
32. ________ mestilah dilakukan oleh individu yang bertauliah bagi
mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

30
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

33. ________ memberi kesan positif misalnya dapat membantu kita


menjalankan tugas dengan lebih baik.
34. ________dan Saranan Pengambilan Makanan (RDA) harus dijadikan
panduan agar setiap individu mengambil makanan dengan kuantiti
yang mencukupi.

SKEMA JAWAPAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 3
TAJUK : KECERGASAN
1C 6C 11 D 16 A 21 D
2B 7A 12 C 17 D 22 A
3A 8A 13 B 18 B
4B 9B 14 A 19 B
5B 10 B 15 C 20 C

TAJUK : KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI


1C 7B 13 C 19 B 25 A
2D 8B 14 A 20 B 26 C
3D 9B 15 D 21 A 27 A
4B 10 B 16 B 22 C

31
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3

5D 11 D 17 D 23 D
6B 12 D 18 B 24 D

TAJUK : KESUKANAN
1C 4D 7D 10 B
2C 5D 8D 11 C
3C 6C 9A 12 A

TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


1D 2C 3A 4A 5D

TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT


1D 4B 7B 10 B 13 B
2A 5D 8C 11 A 14 A
3B 6A 9C 12 B

TAJUK : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


1D 8 B 15 B 22 B 29 B
2A 9 B 16 A 23 A 30 A
3B 10 B 17 A 24 A 31 C
4A 11 A 18 A 25 B 32 D
5D 12 B 19 A 26 A 33 A
6A 13 A 20 B 27 B 34 B
7A 14 A 21 B 28 A

32

Anda mungkin juga menyukai