Anda di halaman 1dari 30

Sains Tingkatan 1

BAB 1
Apakah yang dimaksudkan dengan Sains?

Sains bermaksud pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran secara


sistematik, terhadap fenomena semula jadi dan kesannya kepada manusia dan alam
sekitar.

Sebagai contohnya, fenomena berlakunya kilat, pencairan ais, tarikan daya graviti
dan juga letupan gunung berapi.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Teknologi?


Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia.
Sebagai contohnya, komputer, stesen pengesan dan juga ubat antibiotik.

Apakah cabang-cabang yang ada dalam bidang Sains?


- Biologi (berkaitan dengan benda hidup)
- Kimia (berkaitan dengan unsur alam)
- Fizik (berkaitan dengan daya dan gerakan)
- Geologi (berkaitan dengan batuan dan mineral)
- Astronomi (berkaitan dengan bintang dan galaksi)
- Meteorologi (berkaitan dengan jasad di angkasa)

Apakah kerjaya yang berkaitan dengan bidang Sains?

- Doktor
- Jurutera
- Ahli farmasi
- Ahli fizik
- Ahli Kimia
- Ahli geologi
- Ahli biologi
- Saintis 
Apa Itu Sains?

Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya
memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. 

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor
berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan
seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula
jadi. 

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang.
Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan
juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan
yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru
serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita. 

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat
meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
 Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
 Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
 Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas
mereka, dan penggunaannya.
 Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
 Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
 Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.

Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih
bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang
sains.

Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang
menjadi pilihan ramai.
Makmal Sains

Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains. 

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan
secara saintifik dijalankan. 

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan


eksperimen. 

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan


yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains? 

Adakah anda tahu mengapa anda perlu mengikut peraturan-peraturan dan langkah-
langkah keselamatan tersebut?

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

1. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

2. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam
makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru
sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal
sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan
kebenaran guru sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut
seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta
untuk berbuat demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa
anda menggunakan bahan kimia yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam
mulut, anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan
air bersih berulang kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan
menggunakan air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh:
seperti luka atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains

Terdapat pelbagai jenis alat radas di dalam makmal sains. Rajah di bawah
menunjukkan beberapa jenis alat radas yang biasa digunakan. 

Anda harus tahu apa itu alat radas. Anda juga perlu mengetahui tentang kegunaan am
pelbagai alat radas.

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.
Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)
Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut
tidak memerlukan pemanasan.
Corong penuras/penapis (Filter funnel)
Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.
Rak tabung uji (Test tube rack)
Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)


Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)


Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Balang gas (Gas jar)
Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)


Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Silinder penyukat (Measuring cylinder)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu.
Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya

Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan
berhati-hati. 

Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan
kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau
beracun/toksik. 

Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas
atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia. 

Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau
botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.
Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.
Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik

Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan saintifik. Ini


melibatkan penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui sebab-sebab fenomena saintifik. 

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah seperti di
bawah;
1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.

2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.

3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita adalah
benar.

4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.

5. Catat segala apa yang diperhatikan.

6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.

7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.

8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.


Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja
digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.


1. Panjang (Length)
2. Jisim (Mass)
3. Masa (Time)
4. Suhu (Temperature)
5. Arus Elektrik (Electric current)
Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang
mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.
Kuantiti fizik dan unit SI
Kuantiti fizik Unit SI Simbol unit
Panjang meter m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu kelvin K
Arus elektrik ampere A

Simbol dan nilai prefix


Imbuhan awal (Prefix) Simbol Nilai berangka
(numerical)
mega M 1 000 000
kilo k 1 000
centi c 0.01
milli m 0.001
micro µ 0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan ' imbuhan awal @ awalan' (prefix). Setiap imbuhan
awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Kita menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan
awal (prefix) untuk membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.

Contohnya

Nilai kuantiti fizik Bentuk imbuhan awal (prefix)


5 000 000 K 5 MK
3 000 g 3 kg
0.008 m 8 mm
0.000 006 A 6 µA
lagi2
Berat & Jisim

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga
digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.

Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia
sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;


 Berat - Newton / N
 Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut.
Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek
tersebut.
Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur
berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring
balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan
spring.

Neraca spring (Spring balance)


Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance /
elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek
itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi
objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek
adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

Alat-alat Pengukuran
Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian,
pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan
pembaris. 

Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi
lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan sebenarnya.

Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti panjang
dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam mendapatkan
bacaan yang tepat.

Pengukuran panjang (Measurement of length)

Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu
diukur dengan menggunakan pembaris meter.

Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah  satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap
sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut
adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.


Mengukur panjang lengkung (curve).

Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris.
Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.

Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) dan angkup dalam(internal


calipers). Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman
sesebuah objek.

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.


Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)

Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan
tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2).

Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres, km 2).
Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter persegi (square
centimetres, cm2) dan milimeter persegi (square millimetres, mm2).

1 cm2 = 100 mm2


1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2

Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun

 Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap
segiempat sama berkeluasan 1 cm2.

 Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala
kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm 2 segiempat sama", ditandakan
sebagai B.

 Kira bilangan setiap segiempat sama A dan  B. Kemudian barulah dikira anggaran luas
permukaan daun tersebut.
Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12


Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2  
Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2

Pengukuran isipadu (Measurement of volume)

Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek
tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).

Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter ( l )
dan liter ( l ).

Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).

1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml
Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah.

Ralat  parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan.
Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.
Kepentingan Unit Piawai Dalam Kehidupan Seharian

Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan. Sebagai contohnya
di beberapa buah negara, rakyat mereka menyukat barang dengan menggunakan tahil dan kati.
Manakala bagi negara lain pula, ada yang menggunakan paun dan auns. Sudah tentu ini akan
mengelirukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku pertukaran maklumat antara 2 negara tersebut.

Berat sebenar satu kilogram sesuatu bahan adalah dirujuk pada prototaip kilogram antarabangsa di atas

Maka bagi menyelesaikan masalah tersebut, unit piawai atau pun juga dikenali sebagai Unit S.I
diperkenallkan pada tahun 1960. Penggunaan unit ukuran yang sama ini juga memudahkan
saintis untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa. 
Kepentingan Unit Piawai
1) Memahami dan menyeragamkan unit yang berbeza bagi kuantiti fizikal yang digunakan di
negara berbeza
2) Lebih mudah membuat perbandingan bagi perkara yang melibatkan pengukuran
3) Memperbaiki komunikasi
4) Memahami kajian dan eksperimen saintifik di negara lain
5) Memudahkan perkongsian maklumat dan pemindahan ilmu dan teknologi

Masalah Yang Mungkin Timbul Sekiranya Unit Piawai Tidak


Digunakan
Situasi 1
Ramli diminta oleh cikgunya untuk membuat ukuran padang sekolah dengan menggunakan unit
ukuran kaki. Pada keesokan hari, Stephanie pula disuruh oleh cikgunya untuk mengukur padang
yang sama juga dengan menggunakan unit ukuran kaki. Stephanie dan Ramli mendapat ukuran
yang berbeza. Ini kerana saiz badan Stephanie lebih kecil berbanding Ramli dengan langkah
yang lebih besar.

Situasi 2
Mak Timah menyuruh anaknya, Khadijah untuk membeli kain langsir sepanjang 3 depa. Tibanya
di kedai, Khadijah membeli kain langsir tersebut seperti yang disuruh ibunya. Bila kembali ke
rumah, didapati kain yang dibeli tersebut tidak mencukupi untuk digunakan sebagai langsir
disebabkan ukurannya yang lebih pendek. 

Situasi 3
Pak Samad mahu menjual padinya kepada Pak Ali. Walaubagaimanapun, ukuran yang diberikan
kepada Pak Ali adalah menggunakan unit guni. Persetujuan dicapai dengan Pak Samad akan
menyerahkan 3 guni beras untuk ditukarkan dengan 2 ekor kambing Pak Ali. Pada hari yang
dijanjikan, Pak Ali tidak mahu meneruskan urusniaga kerana mendapati guni beras yang
digunakan oleh Pak Samad jauh lebih kecil daripada yang dibayangkan olehnya.

Kepentingan Unit Piawai (Standard Units)


Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang
itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang
berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia
merujuk kepada jumlah jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang
digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit
piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;

Pengukuran Unit
Panjang Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Luas Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Isipadu Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Jisim / berat Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai
10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi

Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai

Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik


1 inci = 25.4mm 1 kaki3 = 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m 1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km 1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m 1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m2 1 kati = 0.6 kg
Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki 1 m3 = 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu 1 liter = 0.22 gelen
2 2
1 m  = 10.8 kaki 1 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar 1 g = 0.026 tahil
1 ml = 0.00006 inci3 1 kg = 1.65 kati

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:


1. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih
selaras.
2. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang
mengelirukan.
3. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza.
4. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah
kerana unit yang sama digunakan.
5. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza,
seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
1. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran.
2. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama
dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan.
3. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.
Untuk rujukan lanjut mengenai 'International System (SI)' dan unit piawai, sila
rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/International_System_of_Units

8 Langkah Penyiasatan Saintifik


Apakah yang dimaksudkan dengan Penyiasatan Saintifik? 
Penyiasatan Saintifik adalah kaedah sistematik bagi menyelesaikan masalah dalam sains.

Bermaksud, satu kaedah yang lebih teratur dan mengikut susunan tertentu yang membantu kita
untuk memahami sesuatu fenomena alam yang berlaku. Secara automatiknya juga, kaedah ini
membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan dalam sains. 

Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah


Kita mulakan penyiasatan kita dengan memahami apakah masalah sebenar yang kita hadapi.
Langkah ini juga akan membantu kita untuk menentukan tujuan ujikaji (eksperimen) yang bakal
kita laksanakan.

Langkah 2 : Membuat Hipotesis


Setelah memahami apa permasalahan dan juga tujuan kita nak buat eksperimen, maka kita perlu
untuk buat hipotesis yang boleh 'membimbing' kita dalam mencari penyelesaian. Hipotesis
adalah pendapat yang dirasakan benar dan boleh digunakan sebagai alasan bagi permasalahan
kita tadi, walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.

Langkah 3 : Merancang eksperimen


Bersandarkan kepada hipotesis yang kita buat, maka kita perlu menguji kebenaran hipotesis
tersebut. Untuk itu, kita perlu merancang sebuah eksperimen. Maka, kita kena fikirkan radas dan
bahan yang digunakan serta pemboleh ubah yang berkaitan.

Radas : merujuk kepada peralatan yang kita gunakan (eg : Bikar)


Bahan : merujuk kepada bahan kimia, larutan dan pepejal yang kita gunakan (eg: Air suling)

Pemboleh ubah dimanipulasikan : perkara / keadaan yang kita ubah-ubah bagi melihat kesannya
Pemboleh ubah bergerak balas : perkara / keadaan yang berubah akibat daripada perubahan yang
kita lakukan pada pemboleh ubah dimanipulasikan tadi
Pemboleh ubah dimalarkan : perkara / keadaan yang kita tetapkan sepanjang penyiasatan 

Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen


Seterusnya, kita boleh lah menjalankan eksperimen mengikut seperti yang dirancangkan.
Prosedur yang telah ditetapkan perlu diikuti dengan cermat dan betul susunannya bagi
mendapatkan hasil yang betul. 

Langkah 5 : Mengumpulkan Data


Oleh kerana kita menjalankan eksperimen yang melibatkan perubahan  keadaan (eg: suhu, masa)
maka adalah perlu untuk kita merekodkan semua data yang diperolehi daripada eksperimen
tersebut. Data boleh direkodkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses seterusnya.

Langkah 6 : Menganalisis dan Mentafsirkan Data


Data yang dikumpulkan tadi kemudiannya dianalisis dan juga ditafsirkan. Dengan erti kata,
menyatakan apakah hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah
bergerak balas.

Langkah 7 : Membuat Kesimpulan


Setelah hipotesis diuji dengan menjalankan eksperimen, tibalah masa untuk membuat
kesimpulan. Kesimpulan dinyatakan dengan sama ada menerima atau pun menolak hipotesis.

Langkah 8 : Menulis Laporan


Akhir sekali, bagi membolehkan hasil eksperimen kita juga memberi manfaat kepada orang lain,
maka satu laporan ditulis.

Anda mungkin juga menyukai