Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN

PERKARA TEKS QUE


Pengumuman *Mohon perhatian…
*Mohon kepada semua pemain untuk menghentikan permainan seketika, sila
tamatkan N yang sedang dimainkan.
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para pemain diminta
berkumpul di gelanggang 1 , 2 dan 3 dengan kadar segera bagi memberi
laluan kepada majlis perasmian ringkas.

Kerjasama pemain semua amat-amat dihargai.


Mengumumkan ketibaan YANG BERHORMAT PUAN JUWAIRIYA BT
Ketibaan VIP
ZULKIFLI, ADUN BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR diiringi Ahli
Jawatan Kuasa Persatuan Petanque Kuala Selangor

Sayang kumbang mencari makan,


Kata Aluan Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga mendapat restu Illahi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berhormat Pn. Juwairiya Bt Zulkifli, Adun Bukit Melawati, Kuala
Selangor,
Yang Berusaha Tn. Hj. Abd Halim Ishak, Presiden Persatuan Petanque
Kuala Selangor,
Barisan Jawatan Kuasa Persatuan Petanque Kuala Selangor,
Para Arbiter, dan pemain-pemain petanque yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.t
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat sama-sama berkumpul dalam MAJLIS
PERASMIAN KEJOHANAN PETANQUE BERGU
PIALA YB PN JUWAIRIYA BT ZULKIFLI, ADUN BUKIT MELAWATI,
TAHUN 2019.
Justeru pada kesempatan ini, pihak majlis merakamkan sekalung
penghargaan kepada YB PN JUWAIRIYA BT ZULKIFLI kerana sudi
meluangkan masa demi merealisasikan matlamat program pada hari ini.

BACAAN Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca
AL FATIHAH SURAH al fatihah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

UCAPAN Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YB PN JUWAIRIYA BT


PERASMIAN ZULKIFLI, ADUN BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR
majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


GIMIK Majlis diteruskan dengan menjemput YB PN Juwairiya untuk mencuba
PERASMIAN permainan petangue di gelanggang no. 1 sebagai tanda GIMIK PERASMIAN.
Mohon kepada En. Izral untuk membantu YB …

Sekarang tibalah masanya untuk sesi penyampaian cenderahati. Untuk itu,


CENDERAHATI majlis menjemput PRESIDEN PERSATUAN PETANQUE KUALA
SELANGOR, TN HJ ABDUL HALIM BIN ISHAK untuk menyampaikan
cederahati kepada YB PN JUWAIRIYA

Terima kasih diucapkan di atas penyampaian itu tadi.


Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu sebentar tadi, maka
berakhirlah majlis perasmian kejohanan petanque bergu Piala YB Juwairiya bt
Zulkifli anjuran PERSATUAN PETANQUE KUALA SELANGOR pada pagi ini.
MINUM VIP Perlawanan disambung semula. Tetamu VIP dijemput untuk menikmati
jamuan yang telah disediakan.
Sekian, Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai