Anda di halaman 1dari 2

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Tarikh disampaikan : ___________________ Tempatdisampaikan: _______________

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi
perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan
perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa
beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang
saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan
zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu
sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang
sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian :-
1. Imam (pemimpin) yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.
Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah
perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan
keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya
adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab
menanti di akhirat kelak.

2. Manakala Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah adalah menunjukkan betapa di
usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh
itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana
mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah
kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan
maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Sebaik-baik
masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam
remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi
masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya
tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa
ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan
usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada
agama, masyarakat dan negara.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan
syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah)
Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.
Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah
ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu
sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan
sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

4. Sedangkan , Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya
berkumpul dan berpisah kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai
yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-
mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas
dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab
kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat.
Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah
agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5.Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk
melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”merupakan tanda kekuatan
iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh
itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah
goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan
ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini
bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh
dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang
dosanya.

6. Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan


sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh
tangan kanannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan
kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya
melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan
pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui
kebaikan yang dilakuknnya itu.

7. Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya..
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh
hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan
Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya
terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Anda mungkin juga menyukai