Anda di halaman 1dari 45

Bahasa Melayu PT3

PTGM

LATIHAN INTERAKTIF – AYAT

Pilih ayat yang betul.

1.
A. Pakaian yang baru itu dibeli oleh Ali untuk ibunya.
B. Pihak kerajaan mengambil pelbagai usaha-usaha yang bermanfaat.
C. Puan Hasnah menyediakan berbagai kuih kepada para tamu.
D. Pak Seman menggunakan kuda-kuda kayu untuk memasang para-para di dapur
rumahnya.

2.
A. Semua orang guru diminta untuk menghadiri mesyuarat tergempar itu.
B. Kelawar-kelawar bergantungan pada dinding gua.
C. Beberapa orang kanak-kanak bermain di taman rekreasi.
D. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga.

3.
A. Ibu menyediakan sandwic tuna sebagai sarapan pagi.
B. Tiap-tiap orang murid perlulah menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah.
C. Setengah-setengah guru berhempas pulas untuk mendidik anak-anak murid.
D. Sebahagian dari penduduk di kawasan itu terdiri daripada orang Asli.

4.
A. Layang-layang yang berterbangan tinggi itu amat cantik.
B. Banyak guru-guru yang akan menyertai jerayawara antidadah itu.
C. Pemandangan di kawasan itu teramat cantik sekali.
D. Kak Kamsiah menanam pelbagai jenis pokok orkid di perkarangan rumahnya.

5.
A. Seluar celoreng yang koyak itu masih belum terjahit.
B. Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh saya.
C. Murid-murid yang nakal itu kena rotan dengan guru besar.
D. Kunci bilik tidur Aisyah ada dengan kakak.

6.
A. Saya akan pergi ke pasar bersama dengan ibu.
B. Pihak berkuasa akan memperketatkan kawalan keselamatan di seluruh negara.
C. Novel yang dipinjam itu akan kubaca apabila berkelapangan.
D. Perselisihan faham di antara dua orang murid itu telah dapat diselesaikan.
7.
A. Kerana berbuat bising ibu merotan adik.
B. Pak Atan menebas di belakang rumahnya semak samun.
C. Mak Kiah merebus ubi kayu sehingga menjadi lumat.
D. Kawasan perumahan itu kelihatan amat gelap-gelita kerana keputusan elektrik.

8.
A. Karam Singh Walia ialah antara wartawan yang tersohor dalam bidang
kewartawanan negara.
B. Rumah-rumah banglo di atas Bukit Tunku itu cantik-cantik belaka.
C. Pada waktu lapang, saya baca buku.
D. Haznin tidak hadir ke sekolah oleh kerana kakinya terseliuh.

9.
A. Firdaus bukan menafikan bahawa kemalangan itu berpunca daripada kelalaiannya.
B. Jamil bukan pergi ke kerja tetapi rumah rakannya.
C. Ibu menggorengkan ayah beberapa ketul ayam kampung.
D. Pakaian yang berkualiti tinggi itu bukan daripada luar negara.

10.
A. Jaya mengirimi surat bersetem itu kepada rakannya di luar negara.
B. Jika sekiranya mendapat keizinan daripada ibu, kami akan menyertai peraduan itu.
C. Yang berkumis pepat itu ialah tunang kakak saya.
D. Saya berdoa agar semua urusan kalian akan dipermudahkan oleh-Nya.

LATIHAN INTERAKTIF - KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. Pemuda yang_______pepat itu ialah abang sulung saya.


A. berkumis
B. bertocang
C. berbaju
D. berkain

2. Semut dan lalat_______pada titisan air gula di atas meja makan itu.
A. berkerubung
B. berkumpul
C. berjumpa
D. bersidang
3. Hamidah senantiasa________sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam
kemalangan jalan raya pada bulan lalu.
A. tersedak
B. tersentap
C. terkesima
D. terpegun

4. Adriana dan kawan-kawannya seketika apabila melihat guru disiplin mereka tercegat
di muka pintu kelas.
A. terjerlus
B. terhumban
C. terpempan
D. terpampang

5. Angkatan Tentera Malaysia _dengan pasukan polis untuk menjalankan sekatan jalan
raya di seluruh negara.
A. berkongkalikung
B. berkolaborasi
C. berkolaboratif
D. bercangkaliwang

6. Kereta api itu masih belum_______ketika kami tiba di stesen.


A. beralih
B. bergerak
C. bertolak
D. belayar

7. Nanah pada lututnya__keluar apabila doktor memicit bahagian lututnya yang


tercedera itu.
A. terkucil
B. terkecai
C. tersimbah
D. terhambur

8.Kapal tangki yang belayar di Lautan Pasifik itu __dipukul ombak.


A. terkuak
B. terkulai
C. terkual
D. terkesan

LATIHAN INTERAKIF – STRUKTUR AYAT


Tandakan ✅ pada ayat yang betul di bawah ini.

1. Bantuan makanan akan diberikan terhadap mangsa banjir di kawasan


itu.
Bantuan makanan akan diberikan kepada mangsa banjir di kawasan
itu.
2. Banyak kanak-kanak yang akan mengambil bahagian dalam
pertandingan itu.
Banyak kanak yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan
itu.
3. Tiap-tiap orang guru akan terlibat dalam mesyuarat itu.
Tiap-tiap guru akan terlibat dalam mesyuarat itu.
4. Setengah-setengah penduduk di kawasan itu bekerja sebagai
penoreh getah.
Setengah penduduk di kawasan itu bekerja sebagai penoreh getah.
5. Saya berdoa agar semua urusan saudara dipermudah.
Saya berdoa agar semua urusan saudara dipermudahkan.
6. Cikgu Ali dinaikkan pangkat dari ketua panitia kepada ketua bidang.
Cikgu Ali dinaikkan pangkat daripada ketua panitia kepada ketua
bidang.
7. Suresh tidur dengan berbantalkan lengannya.
Suresh tidur berbantalkan dengan berbantalkan lengannya.
8. Buku-buku di dalam rak itu disusun Mumtaz.
Buku-buku itu telah saya terangkat.
9. Meja itu diperbuat daripada kayu jati.
Meja itu dibuat daripada kayu jati.
10. Ibu membancuhkan kopi untuk ayah
Ibu membancuhkan ayah kopi.
11. Para kanak-kanak dinasihatkan agar tidak berbuat bising di dalam
perpustakaan.
Para kanak-kanak dinasihati agar tidak berbuat bising di dalam
perpustakaan.
12. Air matanya berjuntaian apabila mendapat berita kematian neneknya.

Air matanya berjuraian apabila mendapat berita kematian neneknya.


13. Perlawanan bola sepak antara pasukan A dan B telah ditangguhkan.
Perlawanan bola sepak antara pasukan A dengan B telah
ditangguhkan.
14. Cikgu Selva menyatakan bahawa kejayaan seseorang bergantung
pada usaha yang berterusan.
Cikgu Selva menyatakan bahawa kejayaan seseorang bergantung
kepada usaha yang berterusan.
15. Sekumpulan penjenayah telah diberkas oleh pihak polis dalam
serbuan itu.
Segerombolan penjenayah telah diberkas oleh pihak polis dalam
serbuan itu.
16. Beberapa ekor kerbau kelihatan berpengap di dalam lumpur.
Beberapa ekor kerbau kelihatan berkubang di dalam lumpur.
17. Karim menghiasi ruang tamu dengan poster yang dibeli dari luar
negara.
Poster yang dibeli dari luar negara menghiasi ruang tamu Karim.
18. Tetingkap rumahnya reput akibat dimakan oleh anai-anai.
Kekisi rumahnya reput akibat dimakan oleh anai-anai.
19. Kita haruslah patuh pada arahan kerajaan.
Kita haruslah patuh kepada arahan kerajaan.
20. Yang berbaju kurung itu adalah tunang abang saya.

Bahawa ibunya dimasukkan ke hospital dinyatakan oleh Abu.

LATIHAN INTERAKTIF - KATA NAMA AM

1. Warganegara yang pulang dari negara luar diminta untuk


menjalani________kesihatan sebelum memasuki negara.
A. saringan
B. pemeriksaan
C. ujian
D. rawatan

2. Semua orang dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pakar apabila


terdapat_______jangkitan Coronavirus.
A. kesan
B. ciri
C. tanda
D. punca
3. Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bekerjasama dengan pihak polis untuk
mengadakan________jalan raya untuk mengekang pergerakan orang ramai ke sesuatu
tempat.
A. halangan
B. sekatan
C. rintangan
D. tahanan

4. Semua warganegara diminta untuk mematuhi_________kerajaan demi menghalang


penularan penyakit berjangkit di negara kita.
A. pedoman
B. seruan
C. desakan
D. suruhan

5. Pesakit yang positif jangkitan Covid-19 dikuarantinkan demi


memutuskan________jangkitan kepada orang lain.
A. aliran
B. kitaran
C. rantaian
D. pusingan

6. Kita haruslah duduk di rumah dan mematuhi Perintah Pergerakan Kawalan(PKP)


agar________ketiga jangkitan ini tidak meledak di negara kita.
A. arus
B. gelombang
C. medan
D. wahana

7. Pesakit diminta untuk menceritakan perkara sebenar kepada doktor sekiranya


mempunyai sejarah______dengan orang berjangkit sebelum ini.
A. sentuhan
B. geseran
C. hubungan
D. kontak

8. Ibu bapa boleh mendapatkan bahan_______yang berkualiti untuk anak-anak melalui


laman sesawang sepanjang musim PKP ini.
A. telahan
B. hafalan
C. bacaan
D. taakulan
9. Orang ramai diseru agar berdiri pada_______semeter daripada orang lain ketika
membeli-belah di pasar raya atau di pasar.
A. selang
B. langkah
C. jarak
D. langkau

10. Orang ramai dapat melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) dari masa ke masa untuk mendapatkan______terkini tentang jumlah
bilangan kes jangkitan ini.
A. tip
B. maklumat
C. pesanan
D. perangkaan

LATIHAN INTERAKTIF – SINONIM

Tandakan ✅ pada pasangan sinonim yang betul di bawah ini.

1. tegap-kekar
2. tohor-cangkat
3. luas-lebar
4. mulia-dayus
5. kilat-kusam
6. gagap-lancar
7. takut-gerun
8. bimbang-gusar
9. liar-buas
10. rompes-sumbing
11. lancip-tumpul
12. ranum-mengkal
13. pekat-likat
14. tegak-condong
15. rangup-lembik
16. dempak-pepat
17. bukit-bukau
18. riang-gembira
19. pipih-leper
20. luntur-lusuh
21. lekang-longkah
22. bengis-zalim

LATIHAN INTERAKTIF - KATA NAMA AM – TEMPAT

1.Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di________sekolah.

A. padang
B. gelanggang
C. dewan
D. tapak

2. Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para
pengunjung dari dalam dan dari luar negara.

A. gerbang
B. gerigi
C. pasar
D. kedai

3. Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang
di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.

A. junjung
B. tapak
C. tepak
D. teratak

4. Pasangan pengantin itu kelihatan amat cocok ketika bersanding di


atas_____pelamin.

A. jinjang
B. junjung
C. jenjang
D. pentas
5. ____yang dibina Pak Ali di tengah-tengah kebun durian itu roboh akibat tiupan angin
kencang beberapa hari yang lalu.

A. astaka
B. dangau
C. gerobok
D. gudang

6. Encik Shamsuddin membeli ubat-ubatan di________pandu lalu semasa anaknya


menghidap demam dan selesema.

A. klinik
B. lorong
C. farmasi
D. perubatan

7. Para pengunjung pasar raya itu menggunakan___kecemasan apabila bahagian


hadapan bangunan itu kebakaran.

A. eskalator
B. lif
C. tangga
D. pintu

8. Ali berasa gayat apabila melalui__________Jalan Pintas Rawang yang tinggi itu
ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

A. jejambat
B. jejantas
C. terowong
D. terusan

9. Kanak-kanak__________di SJK(T) Batang Kali akan mengikuti lawatan sambil


belajar ke Zoo Negara.

A. sekolah
B. prasekolah
C. universiti
D. tuisyen

10. Ceramah ketatabahasaan kendalian Cikgu Tan itu diadakan di____________agar


dapat menampung jumlah murid dari seluruh daerah Gombak.
A. makmal
B. bengkel
C. stor
D. auditorium

LATIHAN INTERAKTIF – KATA NAMA TERBITAN

1. Encik Ali telah mengedarkan kad_________perkahwinan anaknya kepada jiran


tetangga.
(jemputan/undangan)

2. Pak Atam bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah__________yang dipajaknya


daripada Encik Chong.
(penanaman/pertanian)

3. Afiqah mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya
membuat______yang jauh.
(lemparan/rejaman)

4. _____sudut Azwan yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan
kejayaan pasukan sekolah.
(hentaman/tendangan)

5. ______terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat


sekeliling.
(kebakaran/pembakaran)

6. Mak Kiah menyusun pasu bunga orkid yang berwarna-warni di ____ rumah.
(perkarangan/pekarangan)

7. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____undang-undang oleh


mana-mana pihak.
(perlanggaran/pelanggaran)

8. _____ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada
penduduk negara kita.
(perluasan/peluasan)

9. Para murid berasa amat teruja semasa melihat_____________buyung daripada


tanah liat ketika mengikuti lawatan sambil belajar itu.
(perbuatan/pembuatan)
10. Cikgu Julayda meminta para murid supaya memberikan________menarik ketika
mengakhiri penutupan karangan.
(ulasan/ungkapan)

LATIHAN INTERAKTIF - BAHASA ISTANA

1.Inang permaisuri agong menyatakan bahawa permaisuri masih di dalam kamar tidur
kerana baginda masih belum_________.

A. beradu
B. bersiram
C. bertitah
D. bersemayam

2.Sultan Jamil Abdillah_____________untuk mencemar duli ke upacara pembukaan


perasmian bangunan baharu itu.

A. bertakhta
B. bertitah
C. berkenan
D. bertatah

3.Rakyat dan nakhoda kapal menghadap Sultan Ibrahim di istana ketika baginda
sultan_________ di atas__________.

A. bertakhta...pancapersada
B. bersemayam...tandu
C. beradu...cokmar
D. berarak...panji-panji

4.Petugas istana membawa________yang bertatahkan perak ketika perarakan masuk


Sultan Alauddin Riayat Syah ke balairuang seri.

A. singgahsana
B. tandu
C. ubur-ubur
D. cogan alam

5.Semua masyarakat_________sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika negeri


ditimpa bencana.
A. menjunjung tinggi
B. menjunjung duli
C. menjunjung titah
D. menjunjung perintah

6."________telah mendapat perintah daripada________untuk memperketat kawalan di


sempadan kota," kata Temenggung kepada Syah Bandar.
A. hamba...tuan hamba
B. tuan hamba...patik
C. hamba...baginda
D. tuan hamba...patik

7."Adakah_____________berhajat untuk mengikuti_________ke Gunung Ledang?,"


tanya Bendahara kepada Syah Bandar.
A. tuan hamba...hamba
B. tuanku...tuan hamba
C. hamba...tuan hamba
D. hamba...tuanku

8.Sultanah Aminah memakai________yang bertatahkan emas pada dahi ketika


upacara pertabalan putera baginda.

A. gandik
B. jogar
C. kaus
D. mutiara

9.Tuan Bendahara menyusun sirih dan kapur ke dalam______ emas untuk


dipersembahkan kepada tetamu di istana.

A. jorong
B. jemala
C. junjung
D. puadai

10.Sultan Aminuddin Bakar menaiki_______untuk menghadiri upacara keagamaan di


Istana Kayangan.

A. takhta kerajaan
B. takhta rawan
C. peterana
D. pancapersada
LATIHAN INTERAKTIF - KATA KERJA

1 Cikgu Mat______________slaid nota yang berwarna-warni ketika bersiaran langsung


dalam laman Facebook.

A menyiarkan
B menyuakan
C memaparkan
D menonjolkan

2 Cik Kamsiah________para tamu yang hadir ke majlis pertunangan anak sulungnya


dengan beberapa hidangan tradisi.

A menjamah
B menjamu
C mencekut
D mencecah

3 Pak Jiji __beberapa keping papan agar kelihatan licin sebelum membuat gerobok
pakaian yang ditempah pelanggannya.

A menggergaji
B membanting
C menggeser
D mengetam

4 Abang Lee________buku sampel karangan itu


dengan rakan-rakannya di bilik bacaan.

A mengamati
B menukangi
C menekuni
D menuruti

5 Nakhoda kapal mengarahkan anak kapalnya supaya_______sauh kerana kapal itu


akan memulakan perjalanan sebentar lagi.

A membongkar
B menyelongkar
C menyelinar
D melabuhkan
6 Peragut itu______rantai emas di leher wanita tua dalam sekelip mata.

A mengelar
B memangkas
C meretas
D merenggut

7 Ular sawa batik itu_______seorang penoreh getah yang pergi ke kebunnya pada awal
pagi.

A mencium
B melapah
C menyiat
D melulur

LATIHAN INTERAKTIF – PERIBAHASA

1 Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya


diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.

A iri hati
B jatuh hati
C jauh hati
D berat hati

2 Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana
dia____________.

A kaki ayam
B kaki botol
C kaki bangku
D kaki judi

3 Encik Harun sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _____ di bawah


bimbingannya.

A anak dagang
B anak emas
C anak buah
D anak angkat

4 Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Hanidah masih _____untuk mematuhi nasihat
ibunya itu.
A hati batu
B hati kaudu
C hati mati
D hati muda

5 Suresh dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu


pembelajaran dengan mudahnya.

A kecut hati
B kata hati
C terang hati
D makan hati

6 Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak
dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang
lalu.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah

A seperti anjing menyalak bukit


B seperti anjing mengonggong tulang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti melepaskan anjing tersepit

7 Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang
bertanding untuk jawatan tersebut.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah

A seperti tikus membaiki labu


B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti labu ditebuk tikus
D marahkan tikus, lengkiang dibakar

8 Semua murid didenda oleh Cikgu Guna meskipun hanya dua orang murid berbuat
bising di dalam kelasnya.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti

A ikan kena tuba


B ikan pulang ke lumpur
C ikan seekor rosakkan ikan setajau
D ada air adalah ikan

9 Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, Tengku Farisha terpaksa mengikuti


resam dan budaya keluarganya pada setiap masa.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

A burung terbang dipipiskan lada


B harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
C ibarat burung, mata lepas badan terkurung
D kuat burung kerana sayap

10 Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku


seperti______.

A ular kena palu


B ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
C sudah tampak kaki ular
D sekerat ular, sekerat belut

LATIHAN INTERAKTIF – STRUKTUR AYAT

Tandakan ✅ pada ayat yang betul.

1. Ibu mengirimkan abang surat tawaran itu.


Ibu mengirimi abang surat tawaran itu.
2. Pengurus menyerahkan Encik Ali tugasan itu
Pengurus menyerahi Encik Ali tugasan itu.
3. Kerajaan menasihati semua rakyat agar mematuhi perintah.
Kerajaan menasihatkan semua rakyat agar mematuhi perintah.
4. Potret itu menghiaskan ruang tamu rumah Jamil.
Potret itu menghiasi ruang tamu rumah Jamil.
5. Azman memperisteri gadis dari kampungnya.
Azman memperisterikan gadis dari kampungnya.
6. Puan Zainab mempersuami anak gadisnya dengan seorang guru.
Puan Zainab mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang
guru.
7. Adnan memperolehi kejayaan tersebut kerana berusaha dengan
gigihnya.
Adnan memperoleh kejayaan tersebut kerana berusaha dengan
gigihnya.
8. Puan Hasnah menguruskan pendaftaran peserta sayembara puisi
itu.
Puan Hasnah mengurus pendaftaran peserta sayembara puisi itu.
9. Suhana membacai adik buku cerita itu.
Suhana membacakan adik buku cerita itu.
10. Karmilah merebus ayah ubi kayu itu.
Karmilah merebuskan ayah ubi kayu itu.

LATIHAN INTERAKTIF - KATA ADJEKTIF

1 Puan Hasnah membuang pinggan seramik yang________itu kerana dapat


mengakibatkan kecederaan.
A tajam
B tumpul
C sumbang
D rompes

2 Nasi yang ditanak kakak menjadi_______kerana kelebihan air.


A hangit
B tengik
C hangus
D benyek

3 Buah pisang yang masih dalam keadaan _______tidak enak dibuat pisang rendang.
A ranum
B mengkal
C kelat
D kontot

4 Pokok Tunera Putih yang______pada waktu pagi mapu menenangkan emosi


seseorang.
A tegar
B tegap
C kekar
D kuncup

5 Wajahnya kelihatan_________selepas dimarahi ibu kerana gagal memperoleh


keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A kuyu
B masyghul
C gusar
D terang

6 Badan Haznin kelihatan______kerana dia kurang bersenam sejak bekerja di syarikat


itu.
A tambun
B bulat
C terang
D kurus

7 Berat badan Aini semakin_______setelah menjalani pembedahan itu.


A surut
B susut
C sumbing
D kurang

8 Kemarahan terhadap anak tunggalnya semakin_________setelah Pak Atan


mengetahui perkara sebenar.
A suram
B surut
C suam
D susut

9 Sungai Klang menjadi______akibat hujan lebat beberapa hari yang lalu.


A pekat
B likat
C cetek
D dangkal

10 Ubi kayu itu masih_____walaupun telah direbus selama 30 minit.


A empuk
B liat
C mangkar
D lembut

LATIHAN INTERAKTIF - MENCERAKINKAN AYAT


Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal.

1. Pihak kerajaan meminta orang ramai supaya berada di rumah sehingga tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

a.
b.

2. Pihak polis menjalankan sekatan jalan raya di pintu masuk setiap negeri supaya
dapat mengawal pergerakan orang ramai ke sesuatu tempat.

a.
b.

3. Orang ramai yang melanggar arahan anggota polis akan dikenakan tindakan
undang-undang.

a.
b.

4. Majlis Keselamatan Negara menyatakan bahawa terdapat tanda awal pemulihan


jangkitan Covid-19 di negara kita.

a.
b

5. Kita dapat membasmi kuman pada tangan dengan menggunakan pensanitasi


tangan.

a.
b.

LATIHAN INTERAKTIF – AYAT PASIF

Tandakan ✅ pada ayat pasif yang betul.

1. Abang dikirimkan surat tawaran itu oleh ibu.


Abang dikirimi surat tawaran itu oleh ibu.
2. Encik Ali diserahkan tugasan itu oleh pengurus.
Encik Ali diserahi tugasan itu oleh pengurus.
3. Semua rakyat dinasihatkan kerajaan agar mematuhi perintah.
Semua rakyat dinasihati kerajaan agar mematuhi perintah.
4. Ruang tamu rumah Jamil dihias oleh potret itu.
Ruang tamu rumah Jamil dihiasi oleh potret itu.
5. Gadis dari kampung diperisterikan oleh Azman.
Gadis dari kampung diperisteri oleh Azman.
6. Anak gadis dipersuami oleh Puan Zainab dengan seorang guru.
Anak gadis dipersuamikan oleh Puan Zainab dengan seorang
guru.
7. Kejayaan tersebut diperolehi Adnan kerana berusaha dengan
gigihnya.
Kejayaan tersebut diperoleh Adnan kerana berusaha dengan
gigihnya.
8. Pendafataran peserta sayembara puisi itu diuruskan oleh Puan
Hasnah.
Pendaftaran peserta sayembara puisi itu diurus oleh Plan Hasnah.
9. Adik dibacakan buku cerita itu oleh Suhana.
Adik dibacakan buku cerita itu Suhana.
10. Ayah direbuskan ubi kayu itu Karmilah.
Ayah direbuskan ubi kayu itu oleh Karmilah.

LATIHAN INTERAKTIF - MENGGABUNGKAN AYAT

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini.

a. Kusairi melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.


b. Kusairi mendapatkan informasi tentang langkah-langkah pencegahan jangkitan
Covid-19.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

a. Saluran TV1 menjadi saluran rasmi.


b. Saluran TV1 menyampaikan maklumat tentang jangkitan Covid-19 di negara kita.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

a. Encik Ariffin membuat sesi pembelajaran dalam talian pada setiap hari.
b. Encik Ariffin mahu mengisi masa lapang anak-anak muridnya.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

LATIHAN INTERAKTIF – KATA SENDI NAMA

1 Puan Diana sentiasa mengambil berat_______kebajikan anak-anak buahnya.

A tentang
B terhadap
C akan
D kepada

2 Baju kurung jahitan tangan ini dibeli______ibu kesayangannya di kampung.

A demi
B untuk
C bagi
D pada

3 Perasaan simpati_______anak-anak yatim menyebabkan beliau sanggup


mendermakan sebahagian dariapada harta pusakanya.

A pada
B kepada
C terhadap
D akan

4 Maklumat palsu yang diperoleh________sumber yang tidak sahih haruslah dilaporkan


kepada pihak berkuasa.

A daripada
B dari
C akan
D terhadap
5 Sesi pembelajaran dalam talian itu akan dikendalikan_______pukul 8 malam.

A hingga
B ke
C pada
D dalam

LATIHAN INTERAKTIF – SINONIM

1 Wajah Cikgu Seman kelihatan berseri apabila mendapat tahu beliau dilantik sebagai
ketua panitia Bahasa Melayu sekolahnya.

Sinonim bagi berseri..


A cerah
B ceria
C jelas
D terang

2 Perutnya kian buncit kerana dia culas untuk bersenam.

Sinonim bagi buncit...


A gedempol
B tambun
C gendut
D lendut

3 Dahan pokok rambutan itu semakin melendut kerana buahnya lebat amat.

Sinonim bagi melendut...


A regang
B layut
C tegang
D buyut

4 Sungguhpun semakin uzur, Pak Sudin masih turun ke bendangnya.

Sinonim bagi uzur...


A lemah
B sakit
C aral
D cemas
5 Firyal agak kekok ketika menghadiri majlis makan malam itu.

Sinonim bagi kekok...


A kasar
B keras
C kejur
D canggung

LATIHAN INTERAKTIF – ANTONIM

1 Faridah kelihatan tenang meskipun keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan


sebentar lagi.

Antonim bagi tenang...


A lemah
B tegas
C runsing
D cemburu

2 Hujung topi yang dikenakan oleh peserta itu kelihatan dempak.

Antonim bagi dempak...


A tumpul
B pepat
C lancip
D kekar

3 Pihak berkuasa melarang orang ramai untuk ke kawasan air terjun itu kerana aliran
airnya perlahan.

Antonim bagi perlahan...


A pekat
B deras
C tohor
D jernih

4 Ibu senantiasa menasihati kakak supaya tidak bersikap boros ketika membeli-belah.

Antonim bagi boros...


A hemat
B hemah
C rasional
D jimat

5 Kerepek ubi yang dibeli oleh abang agak lemau kerana dimasuki angin.

Antonim bagi lemau...


A lembut
B pedar
C ranum
D rangup

LATIHAN INTERAKTIF – KATA GANDA PENUH

1 Mak Minah membeli sayur-sayuran di pasar pagi itu untuk membuat kuih________.

A onde-onde
B epok-epok
C baru-baru
D cumi-cumi

2 Pak Ali memasang hujung kelambu pada bumbung bilik tidur anaknya.

A kuda-kuda
B langit-langit
C kisi-kisi
D siku-siku

3 Cahaya daripada badan___amat menarik untuk dilihat terutamanya pada waktu


malam.

A otak-otak
B rama-rama
C api-api
D biri-biri

4 Beberapa orang juak raja membawa _ketika upacara masuk Sultan Mahmud Syah ke
balairuang seri.

A aram-aram
B ampai-ampai
C iram-iram
D inang-inang

5 Penangkapan dua orang penjenayah itu dibuat selepas pengintipan dilakukan


oleh______ khas polis selama seminggu.

A kakitangan-kakitangan
B mata-mata
C kuncu-kuncu
D pengikut-pengikut

LATIHAN INTERAKTIF - KATA GANDA SEPARA

1 Encik Harun membersihkan sarang_____di stor rumahnya.

A lelabah
B pepijat
C rerama
D bebiri

2 Pengguna komputer riba haruslah memastikan jarak yang selamat antara mata
dengan_______peranti itu agar keselamatan mata mereka terpelihara.

A tetingkap
B tetikus
C tetangga
D tetampan

3 Para murid diminta untuk menggunakan______ketika mahu melintas jalan yang sibuk
itu.

A tetambak
B jejantas
C jejambat
D jejari

4 Deodoran dalam botol berbentuk_______itu dibelikan untuk abang.

A bebuas
B bebaru
C bebola
D bebuli
5 Cikgu Faris memberitahu murid bahawa mereka dapat melihat_____ serangga
dengan jelasnya di bawah kanta mikroskop.

A lelayang
B lelabi
C sesungut
D rerambut

LATIHAN INTERAKTIF - KATA GANDA BERENTAK

1 Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu telah mengakibatkan
keadaan___________di negara tersebut.

A huru-hara
B hiruk-pikuk
C porak-peranda
D riuh-rendah

2 Badan beberapa orang peserta kembara hutan itu kelihatan_______kerana terpaksa


meredah kawasan semak samun ketika ekspedisi itu.

A kusut-masai
B compang-camping
C calar-balar
D comot-momot

3
Puan Seetha________di ruang tamu kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.

A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang

4
Halimah dimarahi oleh guru kerana tulisannya masih_______walaupun sudah ditegur
beberapa kali.

A lintang-pukang
B incang-incut
C herot-berot
D keluh-kesah
LATIHAN INTERAKTIF – KATA ADJEKTIF

10 soalan kata adjektif diberikan di bawah ini.

1. Benjolan pada dahi Aiman semakin___setelah diberikan urutan oleh ibu.


(susut/lisut)

2. Walaupun ubi kayu itu direbus selama 30 minit, ubi kayu itu masih______.
(empuk/mangkar)

3. Rambutnya kelihatan_____setelah disapu dengan minyak rambut.


(kejang/kejur)

4. Kereta lamanya kelihatan_____kerana sudah lama tidak dicuci.


(samar/kusam)

5. Seluar itu kelihatan_______kerana sering dipakai Pak Abu ke kebun getah.


(usang/kumal)

6. Dahan pokok rambutan itu _kerana pokok rambutan itu terlanggar oleh lori pasir
pada hari semalam.
( condong/sekah)

7. Suraini seorang wanita yang berependirian tegas dan _____akan keputusannya.


(telap/tekal)

8. Perut Encik Aiman kelihatan______kerana beliau kurang bersenam pada hujung


minggu.
(kembung/gendut)

9. Kain sarung yang terdapat di stor rumahnya semakin_______kerana sudah lama


tidak digunakan.
(luntur/reput)

10. Buah kuini itu terasa masam kerana masih_____.


(ranum/mengkal)

LATIHAN INTERAKTIF – SINTAKSIS


Tandakan ✅ pada ayat yang betul.

Contoh:
Saya belum masih menyelesaikan kerja itu.
Saya masih belum menyelesaikan kerja itu.✅
1. Rumah itu amat cantik sekali.
Rumah itu paling cantik sekali.

2. Pemuda itu amat tinggi benar.


Pemuda itu tinggi nian benar.

3. Novel itu saya telah baca.


Novel itu telah saya baca.

4. Ibu amat rindukan kakak.


Ibu amat rindu akan kakak.

5. Kita perlu memperkasakan bahasa Melayu.


Kita perlu memperkasa bahasa Melayu.

6. Ali menangis oleh kerana sakit perut.


Ali menangis oleh sebab sakit perut.

7. Pakaian ini demi ibunya.


Pakaian ini untuk ibunya.

8. Dinesh memberi jawaban yang tepat.


Dinesh memberikan jawaban yang tepat.

9. Buku itu terangkat saya.


Buku itu terangkat oleh saya.

10. Encik Kamil bercakap di dalam mesyuarat.


Encik Kamil bercakap dalam mesyuarat.
11. Kami saling bahu-membahu dalam hal itu.
Kami bahu-membahu dalam hal itu.

12. Beliau ialah antara guru cemerlang Sains.


Beliau adalah antara guru cemerlang Sains.
13. Kami tidak mencuri wang itu.
Kami bukan mencuri wang itu.

14. Para murid diminta tidak membuat bising.


Para murid diminta tidak berbuat bising.

15. Ubi kayu direbus hingga menjadi lumat.


Ubi kayu direbus hingga menjadi empuk.

16. Minyak masak itu berbau tengik.


Minyak masak itu berbau hangit.
17. Kulit limau itu berasa pedas.
Kulit limau itu berasa pedar.

18. Berbagai kuih disediakan dalam majlis itu.


Pelbagai kuih disediakan dalam majlis itu.

19. Koleksi setem-setem itu milik abang.


Koleksi setem itu milik abang.

20. Kakak menggoreng ayah seketul ayam.


Kakak menggorengkan ayah seketul ayam.

21. Ali sedar yang kesilapannya amat besar.


Ali sedar bahawa kesilapannya amat besar.

22. Cikgu Ali guru bahasa Melayu di SK Rimau.


Cikgu Ali guru Bahasa Melayu di SK Rimau.

23. Bunyi kenderaan itu sangat hingar-bingar.


Bunyi kenderaan itu hingar-bingar.

24. Chong menyerahi buku itu kepada Abu.


Chong menyerahi Abu buku itu.

25. Tam bersetuju menyertai kuiz itu.


Tam bersetuju untuk menyertai kuiz itu.

26. Kelas saya berlangsung hingga ke petang.


Kelas saya berlangsung hingga petang.

27. Kami akan balik kampung pada hari esok.


Kami akan balik ke kampung pada hari esok.

28. Suhana rakan saya dari sekolah rendah.


Suhana rakan saya daripada sekolah rendah

29. Mak Kiah menjual rendang pisang.


Mak Kiah menjual pisang rendang.

30. Saya mengajar Bahasa Melayu di SK Rimau.


Saya mengajarkan Bahasa Melayu di SK Rimau.
LATIHAN INTERAKTIF - IMBUHAN ARAS TINGGI

1. Shuhadah akan____dengan seorang guru agama dari Istanbul.


A. bersuamikan
B. bersuami
C. dipersuamikan
D. dipersuami

2. Keinginannya untuk__________anaknya dengan lelaki Inggeris itu terpaksa


dilupakan setelah mengetahui lelaki itu sudah_______.
A. bersuamikan...diperisteri
B. mempersuami...diperisterikan
C. dipersuamikan...beristeri
D. mempersuamikan...beristeri

3. Hamidah_____anak daranya dengan seorang lelaki dari kampung itu.


A. memperisterikan
B. mempersuamikan
C. memperisteri
D. mempersuami

4. Vanisha______lelaki yang dicintainya walaupun ayahnya ingin_______Vanisha


dengan anak pak ciknya.
A. mempersuami...memperisterikan
B. mempersuamikan...memperisteri
C. mempersuami...mempersuamikan
D. mempersuamikan...diperisterikan

5. Hajatnya untuk_____anak lelaki orang berada itu tidak kesampaian apabila


jutawan itu ______anaknya dengan seorang gadis jutawan.
A. mempersuamikan...memperisterikan
B. memperisterikan...mempersuamikan
C. bersuamikan...memperisterikan
D. beristerikan...memperisteri

6. Puan Shahira masih belum_______walaupun sudah lanjut usia.


A. bersuamikan
B. diperisterikan
C. bersuami
D. diperisteri

7. Walaupun_________ seorang jutawan, kehidupan Puan Mastura bukanlah seperti


yang dibayang-bayangkan.
A. mempersuamikan
B. dipersuamikan
C. dipersuami
D. bersuamikan

8. Puan Kanmanie______seorang guru Bahasa Melayu di SMK Buloh Kasap,


Segamat.
A. diperisterikan
B. diperisteri
C. beristerikan
D. mempersuamikan

9. Hanisha berasa teramat sedih apabila Hanisah tidak ______ dengan suri hati oleh
ibunya.
A. diperisterikan
B. dipersuamikan
C. beristeri
D. beristerikan

10. Kendatipun semua anak lelakinya_________gadis-gadis dari Sarawak,anak


perempuan tunggalnya telah_______dengan seorang lelaki Inggeris oleh Puan
Hamidun.
A. dipersuamikan...diperisteri
B. memperisteri...dipersuami
C. dipersuami...dipersuamikan
D. diperisterikan...bersuamikan

LATIHAN INTERAKTIF – SINTAKSIS

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif.

1. Saya akan mempercantik halaman rumah dengan menanam pelbagai jenis


bunga orkid.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

2. Kami akan mengikuti latihan bola keranjang di bawah bimbingan Cikgu Lee.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

3. Patik akan mengumpulkan semua rakyat negeri ini untuk mematahkan serangan
musuh.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______
4. Hamba memohon maaf jika kata-kata hamba menggores perasaan tuan hamba.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

5. Kalian perlu membaharui lesen kenderaan sebelum hujung bulan ini.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

6. Mereka mesti menyempurnakan tugasan itu agar tidak tersingkir daripada


peraduan itu.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

7. Beta akan menitipkan barangan itu kepada Bendahara Ali.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

8. Kita perlu mematuhi arahan kerajaan demi keselamatan bersama.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

9. Kami memang akan menyertai jerayawara itu jika mendapat keizinan daripada
ibu bapa.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
______

10. Dia memperoleh sumbangan daripada hartawan itu.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
______
LATIHAN INTERAKTIF – IMBUHAN

1. Raja Malim Deman berhajat untuk______puteranya dengan seorang puteri yang


cantik.
A. beristerikan
B. beristeri
C. memperisterikan
D. memperisteri

2. Setelah menghabiskan zaman dudanya selama lima tahun, Daniel akhirnya


mengambil keputusan untuk__________seorang ibu tunggal di kampungnya.
A. beristeri
B. memperisterikan
C. beristerikan
D. diperisterikan

3. Walaupun umurnya semakin lanjut, Encik Firdaus masih


belum__________kerana masih teringat akan kekasih lamanya yang meninggal
dunia dalam kemalangan ngeri itu.
A. diperisterikan
B. diperisteri
C. beristerikan
D. beristeri

4. Hajatnya untuk___________seorang gadis Sarawak tidak kesampaian apabila


ayahnya tidak bersetuju dengan hasratnya itu.
A. memperisterikan
B. memperisteri
C. diperisterikan
D. diperisteri

5. Kehidupan Aiman semakin suram kebelakangan ini


walaupun___________ayahnya dengan seorang gadis berada.
A. beristerikan
B. diperisteri
C. diperisterikan
D. memperisterikan

6. Keinginan Ali untuk mengaut harta pusaka setelah__________gadis itu tidak


kesampaian apabila gadis itu___________oleh ayahnya dengan seorang saudagar.
A. memperisteri...dipersuami
B. memperisterikan...dipersuamikan
C. beristeri...dipersuami
D. beristerikan...dipersuamikan
7. Pak Cik Suresh tidak bersetuju untuk___________anak lelaki tunggalnya dengan
seorang gadis kampung dari Sabah.
A. beristerikan
B. bersuamikan
C. memperisteri
D. memperisterikan

8. Orang tua-tua pernah berkata bahawa apabila kaum lelaki sudah ___mereka
haruslah mempunyai kewajiban yang penuh terhadap keluarga mentua mereka.
A. diperisteri
B. diperisterikan
C. beristeri
D. memperisterikan

LATIHAN INTERAKTIF – PENGGOLONGAN KATA

Gariskan pilihan jawaban yang paling tepat.

1 Kanak-kanak itu berlari__untuk mendapatkan


ibunya.
(terhegeh-hegeh/terkedek-kedek)

2 Sampan yang tertambat pada tunggul kayu itu______dipukul ombak.


(tercapik-capik/terolang-aling)

3 Peserta lumba lari itu berjalan_______selepas kakinya tersadung pada akar


pokok.
(terincut-incut/terhuyung-hayang)

4 Azri kelihatan_________untuk mencapai dahan pokok itu ketika mahu


menyelamatkan rakannya yang lemas itu.
(tertarik-tarik/terkapai-kapai)

5 Setelah menamatkan larian maraton, Siva kelihatan______dan penat amat.


(terhungap-hungap/terhendap-hendap)

6 Beberapa orang remaja di kawasan itu bercadang untuk membersihkan sampah


sarap yang_____di permulaan sungai itu.
(terkinjak-kinjak/terjumbul-jumbul)

7 Cat pada bangunan lama itu kelihatan_______


kerana tidak tahan panas.
(luntur/lekang)

8 Ibu membuang mangkuk seramik yang______


itu kerana dapat mengakibatkan kecederaan.
(lancip/sumbing)

9 Pakaian yang___itu digunakan oleh Pak Ali ketika pergi ke kebun getah.
(usang/lusuh)

10 Langsir rumah Puan Jaya kelihatan_________


kerana masih belum berjahit pada bahagian bawah.
(singkat/labuh)

11 Mi goreng yang disediakan ibu semalam sudah______.


(busuk/basi)

12 Badan Faezah berbau_______________selepas menamatkan latihan bola jaring


di sekolahnya.
(hanyir/hamis)

13 Maklumat yang diperoleh____________laman sesawang perlu diperiksa


kesahihannya sebelum disebarkan kepada orang lain.
(dari/daripada)

14 Sepasang baju kebaya dibelikan oleh Aisyah


____ibunya di kampung.
(bagi/untuk)

15 Punca pendapatan Pak Shahir bergantung


_hasil laut yang ditangkapnya pada setiap hari.
(kepada/pada)

16 Tindakan undang-undang akan diambil____


orang ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
(kepada/terhadap)

17 Kita haruslah berbelanja secara berhemat ____tidak berlaku kesempitan wang


pada hujung bulan.
(untuk/supaya)

18 Dengan ini dimaklumkan__Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) fasa kedua telah


bermula pada 1 April 2020 secara rasminya.
(yang/bahawa)

19 Mak Kiah____baju abang yang koyak dengan secebis kain yang berwarna hijau.
(menjahit/menampal)

20 Beberapa ekor angsa kelihatan____makanan


di dalam bekas itu.
(menyudu/memagut)
21 Ibu_________bawang cina itu untuk membuat jemput-jemput.
(mencencang/memayang)

22 Kontraktor itu_______cat pada dinding rumah sebelum menampal lubang-lubang


dengan simen.
(mengikir/mengikis)

23 Gadis yang comel itu_______senyuman yang manis apabila melihat Cikgu Azizi.
(melakar/mengukir)

24 Puan Hamidun tidak____kenyataan bahawa masalah itu berpunca daripada


kelalaian pihak pengurusan pejabat.
(menyangga/menyangkal)

25 Lee____tanah setelah menanam tin-tin dan tayar terpakai di lubang itu.


(mengorek/menimbus)

LATIHAN INTERAKTIF – TATABAHASA

1. Kita dinasihati____ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.
A. agar
B. untuk
C. supaya
D. bagi

2. Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran_______ mendapat kelulusan


daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
A. akan
B. boleh
C. mesti
D. pernah

3. Terdapat________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar_______perintah


kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan.
A. seluruh...meskipun
B. segenap...kendatipun
C. segelintir...waima
D. beberapa...sungguhpun

4. Pembelian panik di pasar raya_________negara telah mendapat_______luas


daripada media massa.
A. semua...liputan
B. seantero...litupan
C. seluruh...liputan
D. segala...litupan
5. Perdana Menteri ___ semua anggota masyarakat agar patuh_____arahan
kerajaan.
A. menyuruh...pada
B. menyeru...akan
C. menggesa...kepada
D. mengumumkan...pada

6. Kita_______supaya menggunakan pensanitasi tangan dari masa ke masa


bagi_______kuman pada tangan.
A. disuruh....melupuskan
B. digesa...membasmi
C. diseru...menghapuskan
D. diminta...menghancurkan

7. _______air serbuk kunyit ____daun semambu mampu dijadikan sebagai bahan


antikuman semula jadi.
A. Bancuhan...dengan
B. Sebatian...dan
C. Gandingan...dan
D. Campuran...dengan

8. _______jalan yang_________oleh pihak polis mampu mengekang pergerakan


penduduk di luar.
A. Halangan...diadakan
B. Hadangan...dibuat
C. Sekatan...dilakukan
D. Pemeriksaan...dilakukan

9. ______penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat


membimbangkan semua pihak.
A. Nilai
B. Kadar
C. Tarif
D. Harga

10. Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk___________pergerakan


penduduk agar________jangkitan virus dapat diputuskan.
A. memerhatikan...kitaran
B. mengawal...gelungan
C. memantau...rantaian
D. mengawasi...gelombang

11._________orang peserta acara itu dikuarantin kerana_________positif ujian


saringan itu.
A. Sesetengah...disetujui
B. Sebilangan...dibuktikan
C. Semua...diyakini
D. Beberapa...dipercayai

12. Perdana Menteri__________semua anggota masyarakat agar


tidak_________maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.
A. menggesa...merebakkan
B. menyuruh...menyalurkan
C. meminta...menularkan
D. melarang...menyebarkan

13. Semua penumpang yang_______di India akibat _____ wabak Covid-19 telah
berjaya dibawa pulang ke tanah air.
A. tertinggal...perusuhan
B. terkandas...penyebaran
C. terbantut...pembabitan
D. terbiar...penularan

14. Selain menonton televisyen di rumah, anak-anak_________ menggunakan


masa terluang untuk__________cerpen supaya meningkatkan daya imaginasi
mereka.
A. perlu...menulis
B. boleh...mengarang
C. dapat...mengarang
D. mesti...mencipta

15. Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya ____tentang


pengembaraan ____murid ke dimensi alam kumbang.
A. berkaitan...segerombolan
B. berperi...seangkatan
C. bercerita...sekumpulan
D. bertema...sepasukan

LATIHAN INTERAKTIF – KATA BANTU

1 Irdiana________dipilih sebagai olahragawati sekolah pada tahun 2018.

A masih
B pernah
C belum
D dapat

2 Irman_______menelaah pelajaran meskipun hari sudah larut malam.

A masih pernah
B masih sedang
C akan dapat
D belum dapat

3 Aisyah_______melawat Kellie's Castle yang terletak di Perak walaupun


berkesempatan untuk melawatnya pada tahun lalu.

A sedang pernah
B masih pernah
C telah pernah
D belum pernah

4 Mansur_____melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu jika melepasi dua


pusingan saringan ini.

A telah dapat
B belum dapat
C akan dapat
D pernah dapat

5 Kita_______memperolehmaklumat tentang bilangan kes berjangkit melalui laman


sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

A harus
B mesti
C dapat
D boleh

LATIHAN INTERAKTIF – IMBUHAN

1. Pengurus besar syarikat____Encik Jamil tugasan mengedit kertas kerja itu.


A. menyerahi
B. menyerahkan
C. menyerah
D. berserah

2. Ibu___________abang yang berada di luar negara surat tawaran kemasukan


kolej.
A. mengirimkan
B. berkirim
C. berkirimkan
D. mengirimi

3. Kerajaan___________masyarakat supaya mematuhi perintah kawalan


pergerakan.
A. menasihatkan
B. dinasihatkan
C. dinasihati
D. menasihati

4. Profesion______dianggap sebagai kerjaya yang mulia dalam semua masyarakat.


A. guru
B. bergurukan
C. perguruan
D. keguruan

5. Usahanya untuk________ilmu kejuruteraan itu menemukan kegagalan.


A. mendalami
B. mendalamkan
C. mendalam
D. memperdalam

6. Potret yang cantik dari Istanbul itu______dinding ruang makan rumahnya.

A. menghias
B. menghiasi
C. menghiaskan
D. berhias

7. ____sungai di kawasan itu semakin meningkat akibat _____ yang dilakukan oleh
sebuah syarikat konsesi swasta.
A. pedalaman...pendalaman
B. pendalaman...pedalaman
C. kedalaman...pendalaman
D. dalaman...pendalaman

8. Encik Ariffin_________kerja pembacaan pruf buku baharunya kepada Encik Tan.


A. menugaskan
B. menugasi
C. bertugas
D. tugasan

9. Filem itu tidak dibenarkan untuk________umum.


A. tontonan
B. mempertontonkan
C. ditonton
D. tonton

10. Encik Latif melantik seorang juruukur untuk mengukur________tanah sawahnya.


A. perluasan
B. peluasan
C. keluasan
D. meluaskan

11. Puan Hashimah bersyukur apabila_______keuntungan yang berlipat ganda


dalam perniagaannya hasil usahanya yang tidak mengenal erti putus asa.
A. perolehan
B. beroleh
C. memperoleh
D. peroleh

12. Profesor Haikal membuat kajian lanjutan dengan berdasarkan________kajian


yang dilakukan_________50 orang responden.
A. dapatan...terhadap
B. pendapat...dengan
C. pendapatan...kepada
D. kedapatan...pada

13. Seorang penyelia luar dilantik oleh pihak universiti bagi


memantau________penuntut tahun akhir fakulti perubatan.
A. pengajian
B. pengkajian
C. kajian
D. mengkajikan

14. Setelah kematian suaminya, Puan Husna tidak mahu_________rumah pusaka


itu kerana anak-anaknya sudah_________di luar negara.

A. mendiamkan...berdiam
B. berdiam...berhuni
C. mendiami...bermastautin
D. mendiami...mendiang

15. Cerita seram yang disiarkan dalam televisyen itu_________cerita lama tentang
sebuah rumah usang yang tidak________.
A. berlandaskan...berpenghuni
B. berkonsepkan...berpenghuni
C. bertemakan...berpenghuni
D. berjudulkan...berpenghuni

LATIHAN INTERAKTIF - SINTAKSIS PELBAGAI

1. Encik Arul membaca surat khabar di ruang tamu.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

2. Puan Kamala sedang menyiram pokok di halaman rumah.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

3. Doktor Muzaffar akan menjalankan pembedahan pemindahan jantung kepada


pesakit itu.
Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

4. Kami akan mengikuti ekspedisi pendakian itu dengan sepupu kami.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

5. Laksamana membunuh Kertala Sari dengan sebilah keris.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

6. Beberapa orang guru akan menghadiri mesyuarat tergempar itu di bilik


mesyuarat.
Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

7. Puan Husna sedang memeriksa latihan tatabahasa murid-muridnya di bilik guru.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

8. Seorang pekebun memangkas semak samun yang terdapat di sekitar banglo itu
pada hujung minggu.
Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

9. Karmilah menyiapkan tugasan Sejarah itu dengan bimbingan guru.


Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

10. Diana menggubah bunga ros plastik di atas meja makan pada waktu lapang.
Subjek:
Predikat:
Keterangan:
Pola Ayat:
Ayat Pasif:
Ayat Songsang:

LATIHAN INTERAKTIF – KATA GANDA

Tuliskan pasangan kata ganda berentak/berima dengan berdasarkan perkataan awal


yang diberikan di bawah ini dan kemudian bian ayat dengan menggunakan kata ganda
tersebut.

1. comot-
2. herot-
3. kacau-
4. desas-
5. kotak-
6. gelap-
7. terang-
8. saudara-
9. lintang-
10. kusut-
11. compang-
12. bukat-
13. porak-
14. hiruk-
15. riuh-

Anda mungkin juga menyukai