Anda di halaman 1dari 1

Andainnya aku seorang jutawan.

 Menjadi jutaan adalah impian semua orang begitu jugalah aku ,jJika aku diberikan peluang
oleh Allah menjadi seorang jutawan, aku akan menggunakan kekayaan itu untuk membahagiakan
diri dan keluarga, masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

 Aku akan membina sebuah kediaman yang mewah lengkap dengan
pelbagai kemudahan yang termoden. Aku akan menempah khas beberapa buah kereta yang belum
ada di pasaran, sebuah jet persendirian lengkap dengan pilot dan pegawai peribadi, membeli
beberapa buah kapal mewah termasuk sebuah kapal selam persendirian.

 Aku akan membantu semua ahli keluargaku termasuk ibu bapa, adik-
beradik, sanak-saudara yang ada pertalian darah denganku supaya mereka dapat hidup senang dan
mewah. Segala kekurangan mereka akan dibantu dengan sepenuhnya.

 Setelah keperluan diri dan keluarga dipenuhi, aku serta keluarga dan sanak-
saudara akan pergi menunaikan haji dengan menyewa kapal terbang khas dan segala perbelanjaan
akan ditanggung.
 Walaupun aku sudah bergelar jutawan, namun aku tidak akan lupa diri. Segala
kekayaan anugerah Tuhan itu akan dikongsi bersama-sama anggota masyarakat sekeliling.

1. Aku akan membina sebuah masjid yang besar lagi moden, lengkap dengan pendingin
hawa, perpustakaan dan asrama bagi ditempatkan anak-anak yatim dan orang-orang yang
memerlukan.
2. Aku akan membina rumah-rumah untuk  diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak
berumah.
3. Aku akan menubuhkan sebuah tabung yayasan yang akan bertanggungjawab membantu
golongan miskin melanjutkan pelajaran ke menara gading.
4.
Andainya aku menjadi jutawan aku berjanji aku tidak akan bersikap lupa diri dan sombong.
Segala kemewahan akan disalurkan kembali kepada semua insan yang memerlukan. Bagiku, apalah
gunanya kekayaan, jika kita masih melihat jiran kita masih dihimpit kemiskinan, kedaifan dan
kepapaan. Apa gunanya bergelar jutawan, jika bangsaku hidup melarat di bumi sendiri.

Anda mungkin juga menyukai