Anda di halaman 1dari 1

CATATAN PROJEK VIVARIUM

MINGGU 1
Guru meminta kami memikirkan tentang pencemaran-pencemaran yang berlaku di
negara ini. Kami menyenaraikan punca-punca pencemaran. Selepas itu, kami menyenaraikan
cara mengatasi masalah pencemaran.
Kami secara berkumpulan membentangkan hasil perbincangan kami. Selepas itu guru
menyatakan tentang projek yang kami akan laksanakan bagi tempoh 4 minggu selepas ini
iaitu Vivarium.

MINGGU 2
Pada kelas kali ini, kami menonton tayangan video tentang Vivarium yang
ditayangkan oleh guru. Kemudian guru menerangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
projek itu. Kami menulis semula bahan-bahan yang diperlukan dalam peta minda yang
disediakan oleh guru.

MINGGU 3
Pada minggu ini, kami tidak pergi ke tapak projek semasa kelas Bahasa Melayu. Saya
dan rakan-rakan yang lain diedarkan dengan petikan berkenaan Vivarium. Saya dan rakan-
rakan diminta untuk menggariskan idea-idea utama yang ada dalam petikan.
Selepas itu, kami akan menjawab 5 soalan pemahaman yang diberikan oleh guru.
Soalan itu dijawab dalam lembaran kerja.

MINGGU 4
Pada minggu keempat, kami melawat tapak projek kami. Kami mencatat tentang
perkembangan projek kami. projek kami sudah 50 peratus siap. Kami seterusnya diminta
untuk menulis laporan projek ini melalui karangan jenis catatan.

Anda mungkin juga menyukai