Anda di halaman 1dari 4

GURU BESAR

12:10 AM  GURU BESAR  No comments


Pengenalan
Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang penting yang boleh mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekiranya mereka berfungsi sebagai
kepemimpinan pengajaran dan pengurus. Namun oleh sebab sifat organisasi sekolah hari ini yang
semakin kompleks, guru besar biasanya terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti melayan
tetamu, membaca dan menjawab surat. Kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka.
Para guru besar dan penggubal polisi perlu jelas dengan arah pengurusan sekolah supaya wujud
keseimbangan antara tugas luaran dan dalaman. Tetapi, yang lebih penting ialah guru besar perlu
memberi tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama sekolah iaitu pedagogi. Ini bermaksud
para guru besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran.
Tidak semua sekolah mempunyai kepemimpinan pengajaran pada guru besar yang berkesan.
Kebanyakan mereka berfungsi sebagai pentadbir. Kurangnya peranan serta fungsi kepemimpinan
pengajaran daripada pengetua merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan sekolah
dalam jangka masa yang panjang. Kepemimpinan pengajaran guru besar adalah sangat penting kerana
kepemimpinan bercorak ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalangan guru
dan murid yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang. Ini bermaksud bahawa guru
besar berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran dapat mempengaruhi para guru mengamalkan
pengajaran berkesan di bilik darjah. Hanya dengan pengajaran yang berkesan di bilik darjah,
pembelajaran di kalangan para murid akan berlaku secara berkesan. Oleh itu, pertalian antara
kepemimpinan pengajaran guru besar dan amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah adalah
sangat kuat dan natijahnya akan mempengaruhi pencapaian akademik para murid.
Kecemerlangan dalam pencapaian akademik para murid dalam peperiksaan awam merupakan
kriteria utama untuk menentukan keberkesanan sesebuah sekolah di negara ini. Sekolah berkesan ialah
sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan pencapaian akademik para
murid. Pencapaian ini merupakan hasil daripada amalan pengajaran guru yang berkesan di bilik darjah.
Hasil kajian Hellinger dan Heck (1996) mendapati bahawa hubungan antara pencapaian akademik para
murid dengan kepemimpinan guru besar adalah secara tidak langsung, iaitu melalui faktor pengantara
atau pencelah di peringkat sekolah iaitu para guru.
Peranan Guru Besar
Dalam organisasi di sekolah rendah, guru besar ialah ketua eksekutif dan pada
masa yang sama beliau ialah pemimpin utama sekolah yang berkenaan. Seseorang
yang menjawat jawatan ini dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan
untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah.
Tugas-tugas guru besar dalam pentadbiran mengikut Buku Panduan Pentadbiran Sekolah
(1982) yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ialah:
                                i.            Menguruskan perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.

                              ii.            Mengendalikan kewangan dan akaun sekolah.

                            iii.            Mengurus kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum.

                            iv.            Pengurusan jadual waktu sekolah.


                              v.            Mengurus kemasukan dan pertukaran murid.
                            vi.            Pengerusi lembaga tatatertib sekolah.
                          vii.            Mengurus perjalanan ujian.

                        viii.            Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan

dan Jabatan Pendidikan Negeri.


                            ix.            Mengkoordinasi aktiviti-aktiviti sekolah dengan pihak luar.

                              x.            Bertanggungjawab tentang disiplin pelajar.

Mengenai kemimpinan  guru besar dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati peranan
utama guru besar ialah menyelia, membuat cerapan, memotivasikan guru dalam pengajaran,
bertindak sebagai pakar rujuk, pembimbing iaitu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
guru-guru di dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan
kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. (Hussein, 1993)

Guru Besar Merangka Matlamat Sekolah


Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-
matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.
Sekolah-sekolah yang berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi
tumpuan terhadap pencapaian akademik murid. Tenaga staf dan sumber-sumber lain di sekolah
digembelingkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif
diselaraskan dengan setiap daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara yang
terbaik bagi menuju arah hala matlamat.
Dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi murid yang lepas
dan tanggungjawab para guru perlu diambil kira serta digabungkan untuk menuju ke arah
pencapaian matlamat. Pencapaian matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh dijelaskan dengan
ukuran tertentu, contohnya peningkatan peratusan kelulusan mata pelajaran dalam peperiksaan
awam.

Guru Besar Memperjelaskan Matlamat Sekolah


Fungsi ini berkaitan dengan cara bagaimana guru besar memperjelaskan matlamat
sekolah yang penting kepada para guru, ibu bapa dan para murid. Guru besar dapat menyakinkan
pentingnya matlamat sekolah difahami oleh guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat
yang diadakan sepanjang tahun, khususnya dalam konteks pengajaran dan kurikulum. Wahana
komunikasi secara formal atau tidak formal boleh dieksploitasikan oleh guru besar bagi
memperjelaskan kepentingan dan tujuan matlamat-matlamat sekolah.

Guru Besar Menguruskan Kewangan Sekolah


Guru besar bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Selain itu, guru besar
berperanan mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Guru besar juga menentukan
segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan
sempurna. Justeru itu, guru besar merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan
pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.  Mengurus dan menyempurnakan segala urusan
yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan juga merupakah salah
satu daripada tugas guru besar.
Guru besar juga mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang
Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. Guru besar melakukan dan
menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur
dan kemas. Guru besar menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa murid-
murid sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. Dalam
konteks kewangan, guru besar juga menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga
Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
 Guru besar seterusnya menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah
disediakan dengan teratur dan kemas kini. Guru besar juga memperakukan segala tuntutan
perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. Guru besar memastikan
bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang
ada. Akhir sekali, guru besar menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola
sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

 Kesimpulan
Sebagai seorang guru besar, sudah semestinya mahu menjadi seorang guru besar yang
berkesan. Seorang guru besar yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang
berkesan. Sifat guru besar yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan
asas kepada keberkesanan seorang guru besar. Seorang guru besar yang mengutamakan corak
kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Guru besar
mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah
kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang
diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh
kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa
amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap
mereka yang kuat dan rajin bekerja.
Sebagai seorang guru besar yang demokratik, guru besar juga hendaklah mampu
mempertingkatkan daya kreatif dan inovatif  kakitangan di bawahnya. Guru besar adalah sumber
kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang guru
besar hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang
lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini,
guru besar seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai
sama dalam satu kumpulan kerja.
Sebagai seoarang guru besar yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, guru
besar juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara
terbuka dan seorang yang peramah mesra. Guru besar perlu sentiasa menunjukkan wajah yang
disenangi oleh pengikutnya dan mempunyai komunikasi dua hala, tidak ada perasaan ego dan tidak
menekankan kepada sifat autokratik. Guru besar sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional,
hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan
akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-
faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai
ruang yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan
pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.

Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa guru besar
adalah teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau guru besar sudah tidak ada kredibiliti dan
karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam
suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang perlu
segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai di
antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan pentadbiran
di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterS

Anda mungkin juga menyukai