Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN

VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

1.0 PENGENALAN ISU

Banyak pandangan serta kajian mendapati bahawa pendidikan dan latihan yang
berasaskan kompetensi sememangnya telah berjaya memberikan kemahiran asas yang
diperlukan oleh kebanyakan industri. Kemahiran yang menyatukan kemahiran kemahiran
khusus dan spesifik yang sememangnya amat diperlukan di kebanyakkan tempat berkerja
berupaya menjadikan seseorang pelatih lebih marketable atau keboleh pasaran sama ada di
peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Pada masa kini, dapat dilihat bahawa, standard kompetensi yang telah ditetapkan
dan perlu dicapai adalah selari dengan standard yang juga ditetapkan oleh industri bagi
bidang yang berkenaan seiring dengan kemahuan dan keperluan industri tersebut.
Kebanyakan institusi pendidikan masa kini lebih menjurus kepada pendidikan yang
berasaskan latihan kepada pelajar berbanding teknik konvensional yang menjurus kepada
pengajar.

Rakyat Malaysia sendiri terutaamanya perlu mengikis persepsi bahawa pendidikan


teknik dan latihan vokasional yang menjurus kepada bidang kemahiran hanya layak untuk
golongan yang tidak cemerlang akademik. Menurut statistik, lebih 1.3 juta perkerjaan di
dalam bidang teknikal dan vokasional dijangka diwujudkan bagi memenuhi permintaan
pasaran industri. Dengan wujudnya tenaga yang berkemahiran ini, Malaysia sememangnya
tidak perlu lagi untuk mengambil tenaga kerja luar bagi menguruskan dan mengisi beribu
ribu jawatan kosong dalam yang bakal wujud dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan
datang.

Kerajaan sendiri telah memperkenalkan beberapa langkah bagi menyokong


sepenuhnya kewujudan latihan yang berasaskan kompetensi ini. Pendidikan yang
berteraskan Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional atau dikenali sebagai TVET telah
diperkenalkan seiring dengan permintaan yang meluas daripada industri terhadap pekerja
mahir. Banyak kolej kolej vokasional serta institusi bertauliah diwujudkan bagi melahirkan
dan melatih golongan golongan ini kearah pencapaian yang lebih trampil.

2.0 HURAIAN ISU


1
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

2.1 MAKSUD LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN

Pada umumnya, sistem pendidikan yang digunapakai secara konvensional iaitu


secara time based telah menunjukkan kejayaan tersendiri terutamanya dalam menguji
pencapaian kognitif iaitu dari segi pengetahuan. Namun, pendidikan berasaskan kompetensi
atau dikenali sebagai pendidikan berasaskan ketrampilan dilihat amat berkesan bagi melatih
individu dalam aspek kemahiran terutamanya

Latihan bermaksud aktiviti yang dirancang dan dianjurkan bagi mempelajari teknologi
dan kaedah dalam pembangunan tingkah laku, membina pengetahuan dan meningkatkan
kemahiran secara sistematik agar seseorang memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas
pada standard yang telah ditetapkan

Manakala, ketrampilan pula bermaksud kemampuan seseorang terhadap sesuatu hal


yang meliputi semua tugas tugas, kecekapan, sikap, nilai dan pengertian yang semuanya
dipertimbangkan sebagai sesuatu yang paling penting untuk mendapatkan hasil dalam
penyelesaian tugas.

Latihan berasaskan ketrampilan bermaksud latihan yang menggunakan kemahiran


pelajar sebagai teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini juga merupakan
satu pendekatan kepada latihan vokasional yang member penekanan kepada apa yang
individu boleh lakukan di tempat kerja hasil daripada latihan yang diperoleh.

Latihan seperti ini dapat membantu membentuk pelajar yang berdaya saing dalam
menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mecabar. Latihan berasaskan ketrampilan juga
dapat melahirkan pelatih yang serta menggalakkan pelatih berdikari dalam proses
pengetahuan dan kemahiran.

Selain daripada itu, latihan secara kompetensi ini juga dapat membuka peluang
kepada pelatih untuk meneroka ilmu yang baru berkaitan bidang yang diminati. Dengan
adanya latihan yang berasaskan kompetensi ini, pelajar sekaligus dapat memaksimumkan
potensi masing masing ke tahap yang lebih cemerlang.

2.2 BAGAIMANA PENGAJAR MENJAMIN KUALITI BAGI LATIHAN KEMAHIRAN

2.2.1 PERANAN SEBAGAI PENGAJAR

2
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

Sebagai seorang pengajar, mereka perlu memberikan peluang kepada pelatih untuk
berdikari terhadap sesuatu tugasan yang diberi. Akan tetapi, pengajar perlu memberi
bimbingan yang betul kepada pelatih.

Bagi menjamin bahawa seorang pelatih yang berkualiti dapat dilahirkan dengan
wujudnya latihan yang berasaskan ketrampilan ini, seorang pengajar perlu melebihkan
latihan amali kepada para pelatih. Hal yang demikian adalah kerana, dengan adanya latihan
amali yang padat dan banyak, pelatih dapat memantapkan kemahiran terutamanya ketika
melakukan amali bagi bidang yang berkaitan. Hal ini termasuklah pemantauan yang
terperinci daripada para pengajar agar pelatih dapat menjalankan latihan amali dengan lebih
berkesan.

Pengajar perlu memberi pengajaran berdasarkan minat serta kebolehan pada setiap
pelatih. Pengalaman yang dimiliki oleh setiap pengajar dapat membantu Memberi
pengajaran dan pengalaman berdasarkan kebolehan dan minat setiap pelatih

2.2.2 PENGURUSAN LATIHAN

LLatihan berasaskan ketrampilan mempraktikkan modul yang lebih terkini yang mana ianya
adalah seperti yang berikut :

i. Menggunakan pendekatan latihan yang memusatkan kepada pelatih


ii. Pengajar bertindak sebagai fasilitator di dalam proses pembelajaran
iii. Proses pembelajaran dikawan oleh pelatih
iv. Topik pembelajaran ditentukan oleh pelatih
v. Bahan pengajaran yang digunakan adalah berlainan pada masa yang sama
vi. Pelatih dinilai pada masa yang sama
vii. Konsep penilaian yang digunakan adalah berkonsepkan formative

Pengajaran dan pembelajaran di dalam latihan berasaskan ketrampilan terbahagi kepada


tiga iaitu

i. Domain kognitif

3
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

ii. Domain Afektif


iii. Domain Psikomotor

Domain kognitif

- Domain yang membina kebolehan dalam pemikiran dan pemahaman yang mana
melibatkan aktiviti mental. Sebagai contoh sesuatu perkara yang menekankan aspek
intelektual , seperti pengetahuan , pengertian dan ketrampilan dalam berfikir

Domain Afektif

- Bidang yang terlibat dengan perasaan, emosi , nilai dan sikap pelatih dimana banyak
melibatkan perkara yang kurang nyata. Bagi menilai unsure unsur tersebut, penilaian tidak
formal adalah lebih sesuai seperti pemerhatian, senarai semak , hasil kerja , temu bual dan
sebagainya

Domain Psikomotor

- Bertujuan membina kemajuan di dalam kemahiran praktikal prestasi yang mana melibatkan
aktiviti jasmani. Perkara yang amat ditekankan ialah yang berhubung dengan tingkah laku,
kemahiran atau kebolehan bagi menghasilkan satu produk atau hasil

2.2.3 PERSEDIAAN STESYEN KERJA

Bagi setiap satu panduan pembelajaran, adalah perlu untuk mewujudkan satu stesen
kerja yang harmoni, ianya adalah bergantung kepada kesukaran bahan pelajaran tersebut.

4
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

Hal ini adalah kerana bagi pembelajaran yang berasaskan ketrampilan, pelatih akan
mempraktikkan latihan yang diperlajari di stesyen kerja.

Adalah menjadi tanggungjawab pengajar untuk sentiasa membuat pemeriksaan alat


dan kelengkapan bagi tujuan pembelajaran. Alat serta kelengkapan adalah perlu sentiasa
mencukupi agar bagi memastikan pelatih mendapat setiap yang diajar di dalam bahan
pembelajaran memandangkan latihan berasaskan ketrampilan merupakan latihan yang
melibatkan dan memerlukan penggunaan peralatan yang lengkap.

Seorang pengajar perlu mengganggarkan bilangan pelatih untuk memaksimumkan


penggunaan sistem kerja dan kit alat pada satu masa. Hal ini adalah adalah bertujuan untuk
mengurangkan kos serta menjimatkan tenaga apabila pelajar menggunakan sepenuhnya kit
alatan pada masa yang sama.

Membuat pelan persediaan awal seperti masa pelatih mestilah mencukupi bagi setiap
aktiviti, untuk mengelakkan daripada sebarang gangguan luar semasa kursus berjalan dan
kemaskini segala rekod yang berkaitan.

3.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, pendekatan pembelajaran kontekstual amat sesuai digunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional yang menggunakan
pendekatan kontekstual. Wajaran tertentu diberikan dalam pentaksiran berasaskan sekolah

5
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

yang menjadi sebahagian dari sistem peperiksaan. Pengetahuan yang dikaitkan dengan
kemahiran di tempat kerja membolehkan individu dan pelajar memahami dan melihat
bagaimana pengetahuan berkenaan diaplikasikan.

Usaha menerapkan latihan berasaskan kompetensi atau latihan berasaskan


ketrampilan dalam sistem latihan untuk menyediakan modal insan yang berketrampilan
dilihat sebagai salah satu langkah yang bijak. Dengan mempastikan ‘content dan ‘context’
yang relevan, diperlukan, dirancang dan dilaksanakann dengan teliti akan membolehkan
matlamat penyediaan modal insan berketrampilan dapat dicapai.

4.0 RUJUKAN

 Kandar Selamat dan Asnul Dahar Minghat. Memenuhi Keperluan Modal Insan
Melalui Latihan Berasaskan Ketrampilan (LBK) . Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia

6
LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN
VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO)

 Permintaan Tinggi Terhadap Kemahiran Teknikal, Vokasional Pada Masa Depan.


Retrieve from http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsperspectives.php?
id=1218405 .17 April 2017.

 Indusksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Maalaysia 2009 Retrieve from


https://www.academia.edu/5136174/Nota_Kursus_PP-PPD_2009 .17 April 2017.

Anda mungkin juga menyukai