Anda di halaman 1dari 5

Bincangkan konsep fleksibiliti dalam Latihan Berasaskan Kompetensi (Competency Based

Training. Sebagai guru Kemahiran Hidup, bagaimana perancangan pelaksanaan PdP


dilakukan bagi memastikan murid tampil dalam ketiga- tiga domain.

1.0 Pengenalan

Banyak pandangan dan kajian mendapati pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi
berjaya memberikan kemahiran asas yang diperlukan oleh kebanyakan industri. Kemahiran
generik yang disatukan dalam kemahiran-kemahiran khusus dan spesifik yang diperlukan di
tempat kerja diwujudkan dalam pendidikan berasaskan kompetensi berupaya menjadikan
individu/pelajar itu lebih 'marketable' di peringkat tempatan dan antarabangsa. Standad
kompetensi yang ditetapkan dan perlu dicapai oleh individu/pelajar ini adalah standad yang
ditetapkan oleh industri berkenaan untuk memenuhi keperluan kemahiran industri tertentu.

Pada umumnya, sistem pendidikan selama ini yang menggunakan pendekatan konvensional
secara 'time-based' telah menunjukkan kejayaan, terutama dalam menguji pencapaian kognitif
(cognitive) dan pengetahuan (knowledge) namun pendekatan pendidikan berasaskan
kompetensi adalah sangat berkesan digunakan bagi pendidikan yang bermatlamatkan melahir
dan melatih individu atau pelajar dalam aspek kemahiran berkaitan pekerjaan (job related
skills) dan menguji aspek nilai dan sikap. Selaras dengan dasar kerajaan, pelbagai usaha telah
diperkenalkan dalam menerapkan Latihan Berasaskan Kompetensi dalam Kurikulum
Malaysia. Sistem Pendidikan kita seperti yang disebut dalam Akta Pendidikan 1996
membuka peluang luas kepada Latihan Berasaskan Kompetensi:

.....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum


merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk mempertingkatkan nilai moral yang diinginkan
untuk menyampaikan pengetahuan.

2.0 Definisi

2.1 Definisi Latihan

Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk kepada segala usaha terancang organisasi
untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan
membaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan
pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai.
Kebolehan pekerja dapat ditingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah
kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut Cascio (1989), latihan terdiri daripada program
terancang yang direka bentuk untuk menambahbaik prestasi diperingkat individu, kumpulan,
atau organisasi. Prestasi yang bertambah baik, sebaliknya terdapat perubahan yang boleh
diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap atau kelakuan sosial. Sementara itu, menurut
Truelove (1995), latihan adalah usaha atau ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan,
kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang
berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk membaiki prestasi pekerja dengan cara yang
khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk
kepada aktiviti dan pengalaman yang direka bentuk untuk membangunkan kemahiran,
pengetahuan , dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan
tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja. Maka ia direka bentuk untuk
mengajar kemahiran yang baharu atau meningkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga
termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.

2.2 Definisi Kompetensi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 2, kompetensi adalah kebolehan, pengetahuan dan


kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya: Kompetensi
merupakan keupayaan untuk melaksanakan satu unit profil tugasan mengikut satu standad
yang telah ditetapkan. Kompetensi mengintegrisikan pengetahuan(minds on), kemahiran
(hands-on), dan sikap (hearts on) dalam penggunaan peralatan, bahan dan teknik tertentu
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

2.3 Latihan Berasaskan Kompetensi

Latihan berasaskan kompetensi merupakan satu pendekatan untuk belajar iaitu penekanan
yang diberikan kepada apa yang pelajar boleh lakukan di tempat kerja dan hasil daripada
latihan yang mereka terima. Pelajar yang telah berjaya mencapai kecekapan akan mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk melengkapkan aktiviti tempat kerja
dalam pelbagai situasi dan persekitaran yang berbeza, berdasarkan piawaian industri prestasi
yang dijangka di tempat kerja. Latihan berasaskan kompetensi biasanya dibuat berdasarkan
standard prestasi yang ditetapkan oleh industri. Bahan penilaian kompetensi direka untuk
memastikan bahawa setiap pelajar telah mencapai semua hasil yang diperlukan oleh setiap
unit kompetensi. Latihan berasaskan kompetensi membolehkan kemasukan dan penamat
yang fleksibel untuk pelajar. Hal ini membolehkan mereka menamatkan pengajian lebih
cepat. Sebaik sahaja mereka telah mencapai kecekapan dalam satu unit kompetensi, mereka
boleh bergerak ke unit seterusnya. Latihan boleh berlaku di dalam dan di luar kerja dengan
menggunakan pelbagai mod dan kaedah pembelajaran.

2.0 Domain- domain

Kompetensi, Perancangan dan Pelaksanaan dalam Pengajaran dan Pendidikan.

3.1 Kemahiran(Hands-on)

Pendekatan kemahiran (hands-on) adalah pendekatan yang menggunakan tindakan dan


bukannya pemikiran. Pendekatan ini menekankan penyelesaikan masalah secara langsung
dengan keputusan serta-merta. Pendekatan kemahiran secara mudahnya bermaksud
melakukan sendiri. Pendekatan ini menjadi cara pembelajaran yang terbaik kerana kita tidak
benar-benar belajar melainkan kita lakukan sendiri apa yang kita pelajari. Belajar melalui
pengalaman. Dalam mengaplikasikan Latihan Berasaskan Kompetensi di dalam pengajaran
Kemahiran Hidup, guru perlu bijak memilih teknik pengajaran. Kemahiran Hidup
berkonsepkan amali iaitu pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan teknik pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan. Antara teknik pengajaran dan pembelajaran yang penting
bagi domain pendekatan kemahiran adalah:

a. Melaksanakan dan mengamalkan tugasan

Guru perlu membuat persediaan teliti sebelum menyerahkan murid- murid dengan tugasan.
Guru perlu bertindak sebgai fasilitator sahaja dalam menyiapkan tugasan. Guru perlu bijak
mengawal dan membimbing murid dan bukannya melaksanakan tugasan bagi pihak murid.

b. Berkebolehan melaksanakan tugasan biasa mengikut peraturan melibatkan kerja- kerja


praktikal secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan teoritikal terdahulu. Guru perlu
memastikan murid- murid dapat melaksanakan tugasan yang diberikan. Guru juga perlu
memastikan murid telah dilengkapkan dengan pengetahuan teorotikal terlebih dahulu
sebelum melaksanakan tugasan.

c. Berkebolehan mengaplikasikan prosedur yang signifikan dengan menggunakan kreativiti


dan inovatif. Setelas murid didedahkan dengan pengetahuan teoritikal, murid perlu
mengaplikasikan prosedur yang telah dipelajari.Guru perlu menggalakkan murid membuat
keputusan sendiri contohnya dalam pemilihan barang agar murid lebih kreatif dan inovatif.

3.2 Pengetahuan (Minds-on)

Dalam domain pengetahuan (minds-on), murid akan lebih aktif semasa proses pengajaran.
Proses pengajaran yang betul sepatutnya akan mengalakkan kemahiran berfikir yang lebih
tinggi. Murid- murid akan sepatutnya mencabar minda mereka untuk berfikir bagi menjawab
persoalan- persoalan yang ditimbulkan. Guru boleh mencapai ini dengan mengadakan sesi
perbincangan yang menarik, menceritakan isu- isu kontroversi dan meminta murid membuat
kajian sendiri dengan membaca perkara- perkara yang berkait dengan tugasan. Antara
perkara- perkara yang guru boleh laksanakan sebelum tugasan dilakukan oleh murid adalah:

a. Mengenal pasti asas kemahiran kognitif dan mengingati langkah kerja dan peralatan yang
berkaitan. Guru perlu menceritakan mengenai tugasan yang akan dilaksanakan oleh murid.
Guru kemudiannya boleh meminta murid memberi pandangan mengenai cara terbaik
melaksanakan tugasan. Guru juga boleh meminta murid menyenaraikan langkah kerja dan
peralatan yang perlu.

b. Melakar serta memilih alatan yang betul. Bagi menggalakkan murid berfikir, murid akan
diminta memilih peralatan yang betul bersesuaian dengan tugasan. Bagi memastikan murid
memahami apa yang perlu dilakukan, guru boleh meminta murid membuat lakaran mengenai
proses kerja yang akan dilaksanakan.

c. Menggunakan pengetahuan untuk mentafsir, membuat keputusan, menyelesaikan masalah


mengikut daya kreativiti dan inovatif. Sepanjang menyiapkan tugasan, murid perlu
menggunakan pengetahuan mereka untuk mentafsir, membuat keputusan dan menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul. Mereka perlu berfikir secara kreatif dan inovatif dalam
mencari penyelesaian untuk setiap masalah yang timbul.

3.3 Sikap (Hearts-on) Sikap (hearts-on) akan melengkapkan seseorang murid. Ia akan
memupuk nilai keyakinan, kesungguhan dan semangat kepada murid. Latihan berasaskan
kompetensi akan memupuk sikap positif di kalangan murid dengan panduan dan bimbingan
yang betul dari guru. Dalam domain sikap, murid- murid akan:

a. Berkeupayaan melaksanakan tugasan dengan mengamalkan sikap positif dan produktif.

b. Bertanggungjawab kepada kualiti dan kuantiti tugasan.

c. Menghasilkan inovasi dan kreativiti mengikut keupayaan dan kemampuan.

4.0 Fleksibiliti dalam Latihan

Berasaskan kompetensi dalam usaha untuk menerapkan program pendidikan dan latihan
berasaskan kompetensi, beberapa ciri utama pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi
perlu diberi perhatian. Foyster (1990), Delker (1990) dan Norton (1987) menyarankan
beberapa perkara:

i. Kompetensi dikenal pasti dan dipilih dengan teliti mengikut keperluan industri
ii. Teori diintegrasikan dengan kemahiran. Pembelajaran pengetahuan disampaikan
untuk menyokong pelaksanaan dan pencapaian kemahiran
iii. Bahan pembelajaran disediakan dengan teliti untuk mencapai kompetensi yang
ditetapkan dan direka bentuk untuk memperoleh pengetahuan yang menyokong
kepada penghasilan kemahiran
iv. Kaedah pembelajaran (instructional methodology) melibatkan pembelajaran
masteri (pengetahuan) dan kontekstual (kemahiran) dan dijalankan sehingga
seseorang individu atau pelajar berkenaan menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang mencukupi dan sewajarnya
v. Pentaksiran terhadap pencapaian pengetahuan dan kemahiran individu dijalankan
pada awal pembelajaran dan penguasaan pembelajaran dan kemahiran terdahulu
diambil kira bagi menyokong pembelajaran yang sedang berjalan
vi. Pembelajaran mengikut kadar kebolehan individu atau pelajar (self-paced)
vii. Pembelajaran dan latihan dijalankan dengan fleksibel melalui aktiviti
pembelajaran dalam kumpulan yang besar, kecil atau secara individu
viii. Bahan dan sumber pembelajaran sokongan mencukupi dan disediakan untuk
mencapai kompetensi
ix. Prestasi individu atau pelajar ditentukan melalui pencapaian kompetensi yang
diperoleh dibandingkan dengan penyataan kriteria yang ditetapkan
x. Pencapaian kompetensi dilaporkan berdasarkan kepada standard kompetensi yang
ditetapkan.
Penamatan pembelajaran dan latihan yang memuaskan adalah berdasarkan pencapaian
semua kompetensi yang ditentukan melalui eviden pentaksiran kompetensi yang
dikumpul sepanjang proses pendidikan dan latihan dijalankan. Kesemua perkara yang
disenaraikan di atas menunjukkan kefleksibilitian latihan berasaskan kompetensi.

5.0 PENUTUP

Pendekatan pembelajaran kontekstual amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran Kemahiran Hidup yang menggunakan pendekatan kontekstual.
Pengetahuan yang dikaitkan dengan kemahiran membolehkan pelajar memahami dan
melihat bagaimana pengetahuan berkenaan diaplikasikan. Ini bermakna kurikulum yang
mengintegrasikan kompetensi perlu menyediakan objektif pembelajaran yang dihasratkan
(expected learning objective) dalam situasi sebenar. Objektif pembelajaran ini
kemudiannya menjadi hasil pembelajaran (learning outcomes) melalui kompetensi-
kompetensi yang dicapai. Pihak sekolah perlu menyediakan pelajar dengan peluang-
peluang untuk mengaplikasikan ilmu dalam persekitaran sebenar (real-life situation)
menggunakan model atau simulasi secara meluas. Proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dalam konteks yang sebenar yang memerlukan pelajar aktif dalam
pembelajarannya.

RUJUKAN:

Cascio. Wayne F. (1989). Human Resource Management. New York: Mcgraw

Poon. M.L. June (1994), Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Ricks. Betty R, Ginn Mary L & Daughtrey Anne Scott (1995). Contemporary Supervision
(2nd ed) Mcgraww Hill. Inc.

Truelove. Steve (1995), The Handbook of Training and Development (2nd ed). Blackwell
Business Buku Panduan Pembangunan Kurikulum Berasaskan Kompetensi, Sektor
Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Anda mungkin juga menyukai