Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan implikasi penggunaan kaedah fertigasi bagi aspek pengurusan, penjagaan dan

pengeluaran hasil tanaman terhadap pengusaha tanaman sayuran secara komersial di


negara ini. [20 markah]

Implikasi penggunaan kaedah fertigasi bagi aspek pengurusan termasuklah kawasan


atau tanah yang bermasalah dapat dibangunkan dengan menggunakan kaedah penanaman
sistem fertigasi. Kos pembangunan yang tinggi dan memerlukan kemahiran dan
pengetahuan. Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.
Kaedah fertigasi juga boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan
kualiti, menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta meningkatkan
kecekapan ladang. Saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh
itu, ia mudah tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi akibat proses
penyejatan larutan baja di antara dua penitisan

Implikasi penggunaan kaedah fertigasi bagi aspek penjagaan termasuklah bekalan


nutrient yang seimbang berterusan kepada tanaman. Tanaman juga akan bebas daripada
penyakit bawaan tanah seperti Nematod dan Fusarium. Penggunaan air dan baja dapat
dikurangkan berbanding dengan cara-cara lain. Garam dielakkan daripada meresap ke
dalam tanah/mengelakkan pencemaran nutrient. Kekerapan pemberian larutan baja pada
kadar yang perlahan dapat memastikan perbezaan lembapan tanah tidak terlalu besar
antara tanah yang kering dengan yang basah.

Implikasi penggunaan kaedah fertigasi bagi aspek pengeluaran hasil tanaman


termasuklah kualiti dan hasil pengeluaran dapat ditingkatkan.
Contoh Jawapan:

Fertigasi merupakan kaedah penanaman tanaman yang tidak memerlukan tanah sebagai
medium tumbesaran tumbuhan. Fertigasi membekalkan sistem pengairan dan pembajaan
secara serentak mengikut tempoh masa yang ditetapkan sehingga tanaman
mengeluarkan hasil. Amalan penanaman sayuran fertigasi membawa implikasi seperti:

• Dalam aspek pengurusan, kaedah ini memberi ruang yang seluasnya kepada para
pengusaha untuk meneroka kawasan-kawasan pertanian yang baharu kerana kaedah
fertigasi tidak memerlukan kawasan tanah yang subur untuk beroperasi dengan cekap
malahan boleh beroperasi di atas tapak bersimen dan konkrit. Kaedah ini mampu
mempertingkat keluasan pertanian sedia ada bagi mengimbangi kekurangan kawasan
tanah subur yang ditebus guna untuk sektor pembinaan dan perbandaran.

• Penggunaan kaedah fertigasi juga berupaya menjimatkan kos pengeluaran tanaman


khususnya dalam penyediaan tapak. Penyediaan tapak tanaman lazimnya menelan
belanja yang besar untuk disediakan kerana perlu mengambil kira proses tebus guna,
penyuburan tanah, pengairan dan pembajaan awal. Kaedah fertigasi tidak melibatkan
penyuburan tanah, perparitan dan pembajaan tanah. Justeru, kos awal penanaman
mampu dikurangkan. Penjimatan dalam kos penyediaan turut memberi kesan terhadap
harga runcit hasil tanaman yang dituai.

• Dalam aspek penjagaan pula, kaedah fertigasi memerlukan penjagaan yang agak
minimum berbanding kaedah konvensional. Semua aspek penjagaan seperti pembajaan
dan penyiraman dilakukan dengan bantuan mesin pengepam yang berfungsi mengikut
kadar dan masa yang telah ditetapkan. Langkah ini juga tidak memerlukan tenaga buruh
yang ramai. Justeru, pengusaha mampu memaksimumkan penggunaan tenaga buruh
dengan lebih cekap.

• Dalam aspek penjagaan juga, fertigasi berupaya ditanam dengan kepadatan tinggi dan
kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak dilarut resap ke dalam tanah.
Langkah ini berupaya memaksimumkan kadar penyerapan nutrien kepada tanaman tanpa
melibatkan pembaziran seperti mana kaedah tradisional.

• Dalam aspek pengeluaran pula, kaedah fertigasi terbukti menghasilkan tanaman yang
lebih cepat matang serta mampu meminimumkan kerosakan hasil pertanian akibat
gangguan cuaca dan makhluk perosak. Langkah ini mampu mengurangkan serangan
perosak yang kebanyakannya menjadikan tanah sebagai perumah. Penerimaan jumlah
kandungan air dan baja yang cukup serta sekata menyebabkan pertumbuhan pokok yang
seragam serta mengeluarkan hasil dalam masa yang sama. Justeru, hasil pengeluaran
dapat dimaksimakan.

• Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Melalui langkah
pembajaan, pengairan dan pengawalan penyakit yang konsisten, hasil pengeluaran
mampu ditingkatkan dalam tempoh yang singkat. Pengeluaran hasil juga tidak terjejas
dengan faktor cuaca kerana penanaman mampu diusahakan sepanjang tahun.

Anda mungkin juga menyukai