Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan Tanaman : Fertigasi

Posted by: admin In: @Teknologi Pertanian

Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman
secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan bidangusaha ini mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.
Selain itu minat, kesungguhan dan inisiatif serta daya tahan diperlukan untuk menjayakan projek.
Pengurusan tanaman meliputi semua kerja-kerja awalan seperti penyediaan media, semaian, mengubah ke ladang melatih
pertumbuhan tanaman, kawalan perosak, mengawasi sistem pengairan dan saliran, kebersihan ladang, mendiagnosis masalah
tanaman, pensterilan, pengagihan nutrien dan perkara berkaitan fisiologi tanaman.
Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta
menguntungkan.
Sekalipun dengan teknologi canggih dan terkini kesungguhan dan komitmen pengusaha sangat diperlukan untuk menjalankan
pengurusan tanaman dan projek yang berdaya maju.
APA ITU FERTIGASI ?
Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation pula adalah salah satu daripada komponen
chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi (chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan
bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.
Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja ( dalam bentuk larutan ) di agihkan ke zon perakaran
tanaman melalui system pengairan. Kebanyakannya
sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan . Sistem pengairan renjis atau Iain-lain cenderung
digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan Iain-lain dalam teknik
chemigation.
Dua (2) asas utama fertigasi iaitu baja( dalam bentuk larutan ) dan sistem pengairan . Bekas tanaman dan jenis media adalah
alternatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan
bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz
tertentu untuk memenuhi keperluan ruang zon perakaran tanaman yang optima sesuatu tanaman.
Sebagai contoh, tanaman tembikai ditanam di atas batas tanah secara terbuka di ladang yang luas menggunakan sistem pengairan
untuk pengagihan baja juga dinamakan fertigasi. Tanaman kobis ditanam di dalam polibeg berisi campuran tanah dan pasir diberi
baja melalui sistem pengairan. Kaedah ini juga dikenali sebagai fertigasi.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah altenatif . Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang
tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada
kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis- jenis tanaman,
jenis dan bekas tanaman, dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman diguna dan diletakkan tanpa mencecah
tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya pathogen daripada tanah.
Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah (soiless culture) tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau
mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atau hidroponik titisan.
Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutien ( keseimbangan, kepekatan, Ph, kuantiti), mutu air dan input
yang dibekalkan.
Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian
yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah precision farming. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian
masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai