Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN SYURA

Menurut (Bakry, 2018) definisi syura dari segi bahasa ialah memperlihatkan atau
menunjukkan sesuatu atau mengambil sesuatu, manakala dari perspektif istilah pula terdapat
beberapa ulama telah memberi definisi syura, antaranya ialah al-Raghib al Asfahani
menyatakan bahawa syura adalah proses menyuarakan idea dengan saling merujuk antara ahli
syura. Selain itu, Ibnu al-‘Arabi al-Maliki mentakrifkan syura sebagai berkumpul untuk
meminta idea (dalam suatu isu) iaitu ahli syura saling bertukar idea yang diperolehi.
Firman Allah yang menyebut tentang perkara yang perlu dimusyawarahkan/syura:
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri
dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah
membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran: 159)
Menurut (Muttaqin, 2019), ayat “wa syaawir hum fil amri” menunjukkan bahawa
maksud syura secara umumnya adalah menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. Namun
begitu, syura terbatas hanya kepada isu yang tidak disertai dalil yang kukuh. Sekiranya
perkara tersebut disertai dalil serta hukum yang jelas, maka syura tidak diperlukan dalam kes
ini.
Kesimpulannya, menurut (Muttaqin, 2019) juga syura adalah suatu proses yang
menunjukkan pelbagai idea yang berbeza yang turut disertai perbalahan idea dalam suatu isu
agar mendorong kepada jalan penyelesaian yang terbaik untuk digunakan sehingga objektif
yang diinginkan tercapai.

FUNGSI SYURA
Terdapat banyak fungsi sistem syura dalam sesebuah organisasi. Merujuk (Abd
Hamid, 2017) menyatakan bahawa amalan syura mempengaruhi individu untuk
berkomunikasi dengan baik yang dapat memupuk hubungan yang erat dalam sebuah
organisasi. Hal ini demikian kerana amalan syura mengandungi sifat keterbukaan yang
memberi peluang kepada ahli dalam sesebuah organisasi untuk menyerlahkan potensi yang
ada pada diri mereka kerana pembentukan modal insan adalah bertunjangkan al-Quran yang
menitikberatkan prinsip kepimpinan berasaskan manusia. Keterbukaan adalah sebuah
penghargaan yang dipaparkan oleh seseorang terhadap perasaan, variasi pendapat, sifat ingin
tahu dan perkongsian pengalaman dalam sesebuah organisasi.
Di samping itu, menurut (Abd Hamid, 2017) juga menyuarakan pendapat bahawa
syura berperanan sebagai penasihat. Hal ini dapat dibuktikan apabila syura digunakan sebagai
medium oleh pemimpin dalam sesebuah organisasi untuk mendapatkan sesuatu keputusan
malahan syura juga digunakan untuk merancang pelan tindakan dalam pengkhususan suatu
kerja.
Seterusnya, syura juga mampu mencapai kata sepakat dalam sesebuah organisasi.
Menurut (Abd Hamid, 2017), konsep syura mampu merealisasikan kesepaduan organisasi
dengan jayanya. Hal ini demikian kerana ia dapat mengatasi masalah yang timbul antara ahli
dalam sesebuah organisasi.

KEPENTINGAN SYURA
Firman Allah SWT tentang kepentingan syura adalah seperti berikut:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan
mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya”
(Surah Asy-Syuura: Ayat 38)

Bertitik tolak daripada itu, merujuk (Abd Hamid, 2017) amalan syura juga
mempunyai kepentingannya yang tersendiri sehinggakan agama Islam mengusulkan amalan
syura ini kerana ia mampu meningkatkan keperibadian serta etika seorang ketua dalam
sebuah organisasi. Melalui sistem syura, komitmen dalam menjalankan tugas dapat
dipertingkatkan dengan berasaskan dasar syura. Secara tidak langsung, individu dapat
mencontohi kepimpinan baginda Rasulullah SAW yang mendorong kepada kebahagiaan
dunia dan akhirat.
Selain itu, merujuk (Mohammad et al., 2008) amalan syura bukan sahaja
membenarkan pemimpin mengikuti proses perbincangan, malahan ia juga berjaya
mendisiplinkan ketua dalam sesebuah organisasi untuk bersatu padu dalam mencapai satu
matlamat. Oleh itu, penekanan mengamalkan syura dalam pemerintahan adalah signifikan
dengan kepentingannya.
SYURA ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
Merujuk (Khairunnisa' Yusoff, 2017) menerangkan bahawa majlis syura pada zaman
Khulafa ar-Rasyidin merupakan pembaharuan dalam pentadbiran negara. ‘Al-Hallu Wal-
Aqdu’ merupakan nama bagi ahli syura yang boleh didefinisikan sebagai bijak mentafsir dan
membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Pada zaman Rasulullah SAW, peranan majlis
syura amat terhad disebabkan oleh keputusan yang Rasulullah SAW buat merupakan wahyu
daripada Allah SWT. Namun begitu, sesetengah perkara perlu mendapatkan idea dari para
sahabat baginda.
Menurut (Hakimi, 2017) pula, selepas kewafatan Rasulullah SAW, semua keputusan
perlu menjalani proses ijtihad lebih-lebih lagi sesuatu yang tiada di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah. Seterusnya, pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, sebuah Majlis Syura
khusus untuk mengatasi isu-isu penyelewengan para pegawai. Seterusnya, syura juga
berperanan untuk melantik khalifah. Majlis ini juga dianggotai oleh para sahabat Rasulullah
SAW.
Menurut (Muttaqin, 2019) pada zaman kini, syura disamakan dengan demokrasi.
Namun begitu, beberapa tokoh Islam menafikan perkara tersebut kerana syura mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri iaitu membenarkan setiap individu menyuarakan idea
masing-masing.

Abd Hamid, S. (2017). Amalan Syura dalam Kepimpinan Guru Besar dan Hubungannya
Terhadap Komitmen Kerja Guru.
Bakry, K. (2018). Konsep Syura dalam Alquran. NUKHBATUL'ULUM: Jurnal Bidang
Kajian Islam, 4(1), 70-83.
Hakimi, Z. (2017). Target Sukses SPM Tingkatan 4 & 5 Pendidikan Islam. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Khairunnisa' Yusoff, N. F. (2017). Xpress Sukses SPM Tingkatan 4 & 5 Pendidikan Islam.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Mohammad, B., Esa, A., Hashim, M. N., Ab Hadi, M. Y., Hashim, J., & Hussin, N. F.
(2008). Pendekatan tauhid dalam kepemimpinan pendidikan.
Muttaqin, E. Z. (2019). KONSEP SYURA DAN LEMBAGA-LEMBAGA
PENYELENGGARA NEGARA. Al Qisthas: Jurnal Hukum dan Politik
Ketatanegaraan, 9(2), 31-52.

Anda mungkin juga menyukai