Anda di halaman 1dari 11

Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.

1 (2020), 1-9

MENGATASI PELAJAR LEWAT KE LOKASI PDPC PJPK DENGAN


MENGAPLIKASIKAN SISTEM GANJARAN & DENDAAN
Izatul Sofia binti Samiran, ‘Aizzad Loqman bin Mokrim, Mohd Faiz bin Mohd Radzuan
SMA Bugisiah Tampok,
Pekan Tampok, 82200, Benut, Pontian,
Johor Darul Takzim
bugisiah@gmail.com

ABSTRAK

Berdasarkan dapatan dan pemerhatian guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kebanyakan
pelajar lewat sehingga 15 minit untuk turun dari kelas ke padang atau gelanggang bagi melaksanakan
PDPc Pendidikan Jasmani. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan guru-guru bagi
melaksanakan PDPc yang berkesan kepada para pelajar. Kajian ini yang telah mengaplikasikan model
kajian Kemmis & McTaggart (1988) bertujuan untuk menilai sejauh mana pengenalan kaedah ganjaran
dan dendaan yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan kepada semua pelajar Tingkatan 4 2018 SMA
Bugisiah Tampok dapat menggalakkan para pelajar untuk lebih menepati masa supaya PDPc PJPK
dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan para pelajar dapat mencapai 100% LO (Learning
Objectives) dan SC (Success Criteria) yang telah dirancang oleh guru-guru. Tinjauan awal mendapati
bilangan pelajar yang lewat untuk turun ke padang semakin berkurangan setelah sistem ganjaran dan
dendaan dilaksanakan.

PENGENALAN

Bermula tahun 2018, SMA Bugisiah Tampok telah melaksanakan jadual waktu PJPK secara mengikut
tingkatan. Setiap tingkatan telah ditetapkan hari dan waktu yang khusus di dalam jadual pembelajaran
harian mereka untuk sesi PJPK selama satu jam dan seramai empat orang guru iaitu dua orang guru
lelaki mengawal PDPc pelajar lelaki dan dua orang guru perempuan mengawal PDPc pelajar perempuan.

Berdasarkan pemerhatian dan dapatan para guru, ada pelajar yang lewat sehingga 15 minit untuk turun
dari kelas ke padang atau gelanggang permainan. Antara punca kelewatan yang dapat diperhatikan ialah
para pelajar kerap singgah ke tempat lain seperti tandas sebelum menuju ke padang. Selain itu juga, ada
pelajar yang sengaja lewat dengan tetap berada di kelas dan menyiapakan kerja sendiri sebelum
bergerak ke padang setelah guru mewakilkan pelajar untuk memanggil mereka turun.

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Kelewatan ini menyebabkan pelaksanaan PDPc PJPK tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan
dan akhirnya sukatan pelajaran serta Pentaksiran Bilik darjah (PBD) tidak dapat dilakasanakan dengan
berkesan. Selain itu juga ianya menyebabkan tekanan emosi terhadap guru PJPK yang bertugas
mengawal PDPc pelajar pada hari berkenaan yang berisiko untuk mengganggu hubungan antara guru
dengan pelajar kelas mereka.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah antara refleksi daripada sesi PDPc guru PJPK tingkatan 4:

 Beberapa orang pelajar lewat turun ke padang


hampir 10 minit untuk sesi PJPK. Alasan yang
Cikgu Izatul Sofia
diberikan pelajar ialah singgah ke tandas
terlebih dahulu.

 Pelajar lewat turun walaupun guru telah


menunggu dan rakan-rakan sekelas yang lain
Cikgu ‘Aizzad Loqman
telahpun berada di padang dan bersedia untuk
melaksanakan sesi PDPc PJPK.

 Pelajar lewat turun hampir 15 minit. Alasan


yang diberikan ialah mereka menyiapkan kerja
Cikgu Mohd Faiz
rumah yang gagal disiapakan terlebih dahulu
sebelum turun ke padang.

 Aktiviti pembelajaran utama tidak dapat


dijalankan sepenuhnya kerana ada pelajar yang
Cikgu Mastura lewat untuk turun ke gelanggang permainan.
Ada pelajar yang kurang berminat untuk
mencuba latihan yang disediakan guru.

FOKUS KAJIAN

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Fokus kajian adalah untuk menilai sejauh mana sistem ganjaran dan dendaan dapat membantu
mengatasi masalah responden lewat turun ke lokasi PDPc PJPK supaya ianya dapat dijalankan dengan
lebih berkesan dan mengikut perancangan kami. Ganjaran adalah sesuatu yang diberikan atau yang
diterima sebagai tanda telah berjasa, dalam konteks PDPc bersama responden, ketepatan masa
dianggap sebagai satu jasa kepada kami yang layak diberikan ganjaran. Dendaan pula adalah hukuman
kebiasaannya untuk kesalahan ringan.

Aplikasi teori pelaziman operan (Operant Conditioning) B.F Skinner (1938) telah diaplikasikan di dalam
kajian dengan menggunakan ganjaran sebagai pengukuhan positif (Positive Reinforcement) dan dendaan
sebagai pengukuhan negative (negative reinforcement) dalam membentuk tingkahlaku responden.
Menurut pandangan Islam pula, pendekatan ganjaran dan dendaan juga dikenali sebagai tarhib dan
targhib dan telahpun digambarkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dalam pelbagai peristiwa yang
membawa maksud ganjaran dan hukuman, pujukan dan peringatan, serta dorongan dan ancaman dalam
membentuk fitrah dan keinginan manusia.

Secara fitrah, manusia akan berkeinginan kepada ganjaran dan keseronokan, dan akan berasa takut
kepada hukuman akibat kesalahan sesuatu perbuatan yang telah dilakukannya. Perkara ini dilihat
mampu membuatkan responden lebih bermotivasi untuk mengekalkan atau meningkatkan
kecemerlangan/kejayaan dan pelajaran setelah menerima ganjaran dan akan berusaha mengurangkan
kesalahan untuk mengelakkan daripada menerima hukuman.

Dalam kajian ini, kami menggunakan ganjaran “Bintang”, pujian dan hadiah fizikal sebagai pengukuhan
positif atau ganjaran dan penolakan “Bintang” dan dendaan sebagai pengukuhan negatif.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:

Umum:

1. Memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan PDPc dengan sempurna dan menepati
sasaran selaras dengan LO dan SC yang telah dirancang.

Khusus:

1. Mendidik disiplin pelajar tentang pengurusan masa supaya pelajar dapat mencapai 100% LO
dan SC yang ditetapkan guru.

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Soalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan kajian yang berikut:

1. Adakah pelaksanaan PdPC dapat dijalankan dengan sempurna dan menepati sasaran
selaras dengan LO dan SC selepas sistem ganjaran dan dendaan dilaksanakan?
2. Sejauh manakah disiplin pelajar tentang pengurusan masa dapat diperbaiki melalui
sistem ganjaran dan dendaan supaya PdPC dapat dijalankan dengan berkesan?

PESERTA KAJIAN

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah semua pelajar Tingkatan 4 lelaki dan perempuan
dan tiga orang kami di SMA Bugisiah Tampok.

Jadual 1. Jumlah keseluruhan responden Tingkatan 4

PEREMPUA
KELAS LELAKI JUMLAH
N
Bukhari 8 13 21
Muslim 9 16 25
Turmuzi 11 11 22
Tahfiz 13 5 18
41 45 86

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan yang dilaksanakan menggunakan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988).

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Rajah 1. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

Tinjauan Awal

Melalui pemerhatian dan kutipan data yang dikongsikan antara kami, didapati responden sama ada lelaki
atau perempuan sering lewat untuk turun ke padang. Bilangan responden yang lewat dapat dilihat
berdasarkan jadual berikut;

Jadual 2. Dapatan bilangan responden yang lewat

Bilangan Responden Yang


Kelas Tarikh Lewat Jumlah
Lelaki Perempuan
23 Januari 2018 3 0 3
4 Bukhari
30 Januari 2018 4 2 6
23 Januari 2018 2 2 4
4 Muslim
30 Januari 2018 2 3 5
23 Januari 2018 5 3 8
4 Turmuzi
30 Januari 2018 5 4 9
23 Januari 2018 2 0 2
4 Tahfiz
30 Januari 2018 1 0 1

Perancangan Tindakan

Denda yang dicadangkan kepada responden yang lewat adalah:

 Lari keliling padang / gelanggang


 Tekan Tubi
 Ringkuk Tubi
 Penarikan ganjaran “Bintang”

Ganjaran yang dicadangkan bagi responden yang selalu menepati masa ialah:

 Penambahan ganjaran “Bintang” dan pujian


 Hadiah berbentuk fizikal seperti gula-gula atau coklat
 Penghargaan verbal

Sistem ganjaran dan dendaan ini akan mula dilaksanakan bermula pada 13 Februari 2018 dan
seterusnya pada waktu PJPK bagi semua kelas responden iaitu pada setiap hari Selasa jam 9.30-10.30
pagi dan akan dilihat keberkesanannya dalam tempoh empat minggu.

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Pelaksanaan Tindakan

Hasil pemerhatian kami semasa pelaksanaan PDPC pengajaran PJPK mendapati kelewatan responden
hadir menyebabkan kesuntukan masa untuk menghabiskan rancangan pengajaran harian yang telah
dirancang. Jarak antara kelas dan padang juga mempengaruhi masa responden untuk turun ke padang
selain guru sebelum waktu PJPK yang lewat melepaskan responden keluar.

Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa peneguhan yang dilaksanakan melalui kaedah dendaan
dan ganjaran mampu untuk membuatkan responden cuba untuk tiba ke lokasi PDPc lebih awal dan
menepati masa.

Langkah pertama yang dilaksanakan oleh kami ialah menyediakan carta ganjaran (Reward Chart) bagi
setiap kelas responden (Bukhari, Muslim, Turmuzi dan Tahfiz) dan akan dibawa pada setiap sesi PDPc
PJPK. Carta ini tertera bilangan bulan yang dijadualkan berlangsungnya PDPc. Setiap responden akan
cuba untuk mengumpul seberapa banyak “Bintang” untuk kelas mereka supaya mereka akan menerima
ganjaran dan akan terlepas dari dendaan.

“Bintang” akan dianugerahkan kepada kelas yang paling cepat turun ke lokasi PDPc selain menerima
pujian daripada guru dan rakan. “Bintang” akan ditolak daripada carta ganjaran kelas mengikut justifikasi
dan budi bicara kami yang mengawal PDPc selain menerima dendaan seperti tekan tubi. Sebagai contoh
jika kami sangat berpuas hati dengan ketepatan masa responden kelas 4 Bukhari, maka kami boleh
menganugerahkan 5 “Bintang” kepada kelas tersebut. Manakala guru boleh menolak 3 “Bintang”
daripada kelas 4 Turmuzi kerana ada responden yang lewat sampai ke padang atau gelanggang
permainan.

Di akhir setiap bulan, kami akan membuat penilaian berdasarkan bilangan “Bintang” yang dikumpul oleh
responden sesebuah kelas dan akan memberikan ganjaran berupa hamper. Manakala kelas responden
yang paling kurang mengutip “Bintang” akan menerima dendaan pada sesi PDPc akan datang.

Refleksi Tindakan

Sebelum sistem ganjaran dan dendaan dilaksanakan, responden masih lewat untuk turun ke lokasi PDPc
PJPK dan tidak menganggap subjek PJPK tidak penting di dalam pembelajaran seharian mereka serta
tidak mempedulikan nasihat dan teguran kami untuk menjaga masa dan memberikan kerjasama semasa
sesi PDPc PJPK diadakan. Emosi kami juga dilihat terjejas dengan tingkahlaku responden yang seolah-
olah mencabar kredibiliti kami sebagai seorang guru. Kami perlu menjerit dan memanggil responden
yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan lewat tiba ke lokasi PDPc. Responden yang tiba lebih awal

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

juga dilihat tiada usaha untuk mendorong rakan-rakan mereka untuk lebih cepat dan menepati masa dan
perlu diarakahkan untuk memanggil rakan sekelas mereka yang lewat.

Pada awal pelaksanaan sistem ganjaran dan dendaan ini, responden masih lagi gagal untuk menepati
masa kerana kami belum menunjukkan kesungguhan dalam memberikan dendaan kepada pelajar yang
lewat. Namun setelah beberapa siri hukuman diberikan kepada responden yang gagal menepati masa,
tingkahlaku mereka berubah sedikit demi sedikit dan mula menunjukkan kesungguhan untuk menepati
masa dan tiba ke lokasi lebih awal. Responden yang menepati masa juga dilihat mula memberikan
dorongan dan juga memberikan teguran kepada reponden yang gagal menepati masa.

Antara bentuk galakan yang diberikan oleh responden sendiri sebagai pengukuhan positif kepada rakan
mereka ialah memberikan pujian dan tepukan gemuruh kepada responden yang berjaya menepati masa,
dan mereka cenderung untuk memberikan ejekan kepada rakan yang gagal menepati masa. Responden
juga dilihat bertindak sendiri untuk memanggil rakan yang lewat supaya kelas mereka tidak ditolak
ganjaran “Bintang” kerana mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran hamper setiap bulan.
Selain itu pengukuhan positif dan negatif yang ditunjukkan sendiri oleh responden, kami juga memberikan
ganjaran dan dendaan seperti yang telah dijanjikan sebagai bukti kesungguhan kami dalam menerapkan
peneguhan positif dan negatif dalam PDPc PJPK.

Kami perlu konsisten dalam melaksanakan sistem ini supaya tingkahlaku menepati masa dapat
dikekalkan di kalangan responden supaya sesi PDPc dapat dijalankan mengikut perancangan.

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan sebelum dan selepas kajian dijalankan, kami mendapati sikap pelajar
yang kurang menepati masa mampu diubah melalui aplikasi sistem ganjaran dan dendaan.
Pemerhatian yang dibuat berdasarkan dapatan data menunjukkan penurunan bilangan
responden yang gagal menepati masa. Pada minggu pertama kajian dilaksanakan, bilangan
responden lewat masih ramai kerana mereka belum melihat kesungguhan dan komitmen kami
untuk melaksanakan sistem ganjaran dan dendaan dan menganggap ianya hanya sebagai
ugutan dan gurauan. Namun setelah kami mula melaksanakan dendaan kepada responden
yang lewat dengan memberikan dendaan berbentuk tekan tubi dan ringkuk tubi separa, mereka
mula melihat kesungguhan kami dalam melaksanakan sistem tersebut.

Pada minggu ketiga kajian, kami telah menganugerahkan kelas 4 Tahfiz dengan hadiah
berbentuk hamper kerana mencatatkan bilangan sifar lewat hadir ke lokasi PDPc PJPK dan ini
telah menimbulkan kegembiraan kepada responden di dalam kelas tersebut manakala kelas
yang lain mula timbul rasa cemburu melihat pencapaian responden kelas 4 Tahfiz. Tindakan
kami menunaikan janji menunjukkan kesungguhan kami dalam melaksanakan sistem ganjaran
dan dendaan ini. Hasil dapatan kajian dapat dilihat dalam jadual berikut;

Jadual 3. Bilangan responden lewat selepas pelaksanaan sistem ganjaran dan dendaan

Bilangan Pelajar Lewat Mengikut Tarikh Kajian


Kelas
13 Feb 2018 20 Feb 2018 27 Feb 2018 6 Mac 2018
L P L P L P L P

4 Bukhari 4 2 3 2 1 0 0 1

4 Muslim 2 3 1 1 1 0 0 0

4 Turmuzi 5 4 5 3 4 2 1 0

4 Tahfiz 1 0 0 0 0 0 0 1

Jumlah 12 9 9 6 6 2 1 2

Jumlah
21 15 8 3
Keseluruhan
1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

10
9
8
7
6
4 Bukhari
5 4 Muslim
4 Turmuzi
4
4 Tahfiz
3
2
1
0
13-Feb-18 20-Feb-18 27-Feb-18 6 Mac 2018

Rajah 1. Perbandingan bilangan responden lewat mengikut minggu

Peningkatan responden lewat pada minggu keempat kajian adalah disebabkan alasan yang dapat
diterima kami iaitu mereka berurusan dengan guru disiplin. Pada pendapat kami, penekanan terhadap
konsistensi perlu diberikan perhatian supaya pengukuhan yang diterapkan di kalangan responden dapat
dikekalkan untuk jangka masa yang lama dan akhirnya dapat dibiasakan oleh responden sendiri tanpa
memerlukan stimulus dari kami.

REFLEKSI

Implikasi Terhadap Peserta Kajian

Responden dapat menambahbaik sikap positif dalam diri mereka, di dalam konteks ini sikap menepati
masa.

Implikasi Terhadap Amalan Kendiri

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

Tekanan emosi kepada kami berkurangan kerana tidak perlu lagi menjerit memanggil dan mengarahkan
responden hadir segera ke lokasi PDPc dijalankan. Kesannya hubungan kami dengan responden lebih
akrab dan perjalanan PDPc dapat dijalankan dengan lebih baik. Selain itu juga kami mampu menilai
pencapaian responden tanpa dipengeruhi oleh emosi negatif.

Implikasi Terhadap Kurikulum

Rancangan Pengajaran Harian dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang dibuat dan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Responden mampu mencapai LO dan SC
dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

RUMUSAN

Aplikasi sistem ganjaran dan dendaan mampu untuk membentuk tingkahlaku positif di kalangan pelajar
selain dapat membantu pendidik untuk menjalankan tugas dengan lebih baik tanpa dipengaruhi emosi
seperti marah dan geram dengan menekankan konsistensi dalam pelaksanaannya.

PENGHARGAAN

Pengetua, SMA Bugisiah Tampok, Pekan Tampok, 82200, Benut, Pontian Johor.

Ketua Panitia PJPK, SMA Bugisiah Tampok

1
Jurnal Kajian Tindakan SMKA SABK, Jil.1 (2020), 1-9

RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet 4, Tahun 2010.

Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd. Saat, M.Y. Zulkifli Mohd. Yusof, Noor Naemah Abdul
Rahman, Durriyyah Sharifah Hasan Adli, (2012), Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran:
Pengalamannya Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Di Terengganu, Proceedings: The 2nd Annual
International Qur’ani Conference 2012, Centre of Quranic Research (CQR), 66-68

Skinner, B. F. (1938). The Behavior of Organisms: An Experimental Analysis. New York: AppletonCentury.

Anda mungkin juga menyukai