Anda di halaman 1dari 4

11/21/2020 RAHSIA BUDAK GELIGA

RAHSIA BUDAK GELIGA


Kisah empat anak cerdik Malaysia memiliki kepintaran dan kebolehan luar biasa
berbanding rakan sebaya

Harian Metro · 9 Aug 2020 · lapor Sri Ayu Kartika Amri dan Mahaizura Abd Malik.

Usia masih muda, tetapi mereka memiliki kecerdasan, kepintaran dan kebolehan luar biasa
termasuk dalam bidang akademik hingga melayakkan mereka dilabelkan sebagai anak pintar
berstatus dunia. Malah, kelebihan dimiliki yang dikesan ketika masih kanak-kanak itu turut
membolehkan dua daripada mereka, masing-masing menyertai pertandingan matematik di
peringkat antara bangsa selain menjejakkan kaki di Universti Oxford,

Dikurniakan tahap kecerdasan (IQ) dua tahun lebih matang berbanding usia biologi sebenar
menjadikan kumpulan remaja dan kanak-kanak ini memiliki kepintaran dan kebolehan luar
biasa berbanding rakan sebaya.
Pada usia masih kecil, bukan saja kecenderungan minat mereka sudah terserlah, malah
pertuturan, gaya kepimpinan dan kemampuan ber kir di luar kotak setanding individu dewasa.
Beruntungnya Malaysia memiliki Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia,
Negeri Sembilan dan Pusat Genius@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor yang menawarkan program pendidikan, khusus untuk anak pintar ini.
Ia menjadikan bakat dan kebolehan golongan cerdik pandai ini tidak disia-siakan dan
dioptimumkan sepenuhnya.
https://www.pressreader.com/article/281479278764337?fbclid=IwAR31uZr5ANrbufnXjIT_UlDZkRwK51kt5lDFQvnU6aEXMTFanFgqFtgba7o 1/4
11/21/2020 RAHSIA BUDAK GELIGA

Bahkan hebatnya apabila antara mereka seawal usia 11 tahun lagi sudah mampu mengikuti
pembelajaran subjek sains tulen yang lazimnya hanya diikuti pelajar tingkatan empat dan lima di
sekolah aliran biasa.
Ikuti keunikan anak genius Malaysia ini yang merangkul pelbagai pencapaian hingga
mengharumkan nama negara di persada dunia dalam pelbagai bidang.
Kisah 1
Peluang menjejakkan kaki di Universiti Oxford di United Kingdom ketika usianya 15 tahun
menjadi pengalaman paling mahal dalam hidup Luqman Hakim Ahmad Firdaus, 17.
Apakan tidak, sedikit sebanyak dia berjaya mengetahui ‘resipi’ kehebatan institusi berprestij itu
dalam melahirkan modal insan, cendekiawan dan pemimpin terkenal dunia.
Baginya, dia beruntung kerana merasai peluang itu lebih awal berbanding rakan sebaya lain.
“Apa yang saya perhatikan pensyarah di sana banyak membabitkan pelajar mereka dalam
penyelidikan dengan berasaskan tahap pemikiran tinggi.
“Sedikit sebanyak tradisi berkenaan saya cuba praktik dan membudayakan dalam kehidupan
harian saya sebagai pelajar,” katanya yang turut mahir berbahasa Jepun.
Katanya, bakat kepimpinan dan minat mengambil tahu mengenai sains sudah dipupuk sejak
masih kecil.
“Apa yang saya pelajari di kolej seiring dengan minat dan pendedahan diberikan ibu bapa saya
sejak kecil.
“Ibu dan bapa saya kerap membelikan saya buku berkaitan fakta dan sains.
“Sebab itu apabila saya mengambil subjek sains tulen ketika di tingkatan satu, saya tidak rasa ia
sesuatu yang susah,” katanya yang meminati penyelidikan bioteknologi.
Kisah 2
Seawal usianya enam tahun lagi, Hasnul Fikri Ahmad Sukri,17, sudah mampu membaca al-
Quran, malah khatam pada usia 10 tahun hasil didikan dan tunjuk ajar ibu bapanya sendiri.
Itulah kelebihan dikurniakan kepada anak sulung daripada lapan beradik ini yang berjaya
menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran Januari lalu.
Hasnul berkata, tempoh lima tahun diperuntukkan untuk menghafaz semua juzuk kalam Allah
itu nyata berbaloi.
“Saya cenderung meminati bidang hafazan sejak tahun satu lagi kerana ada subjek hafazan di
sekolah.
“Minat saya semakin bercambah ketika saya diterima masuk KGI yang mana silibus
pembelajarannya mengintegrasikan ilmu al-Quran dalam sains tulen,” katanya.
Katanya, setiap hari rutinnya bangun seawal jam 5.20 pagi untuk memulakan hafazan sebelum
memasuki kelas.
“Saya akan menghafaz sampai Subuh selepas itu sambung tasmid hafazan di depan guru saya
dalam kelas.
“Malam, pula saya akan sambung lagi hafazan selepas Maghrib hingga
Isyak serta memastikan sekurang-kurangnya membaca satu muka surat untuk hafazan
keesokannya,” katanya yang turut berkebolehan bertutur bahasa Arab dan bersyarah.
Menurutnya, dari segi pemakanan dia mengamalkan makanan sunah setiap hari seperti kismis,
kurma dan madu bagi membantu menguatkan daya ingatannya.
Kisah 3
Bukan calang-calang orang dapat menyelesaikan masalah Matematik rumit secara di luar kotak.
Namun, itulah kepintaran luar biasa dimiliki Amelia Siow, 13.

https://www.pressreader.com/article/281479278764337?fbclid=IwAR31uZr5ANrbufnXjIT_UlDZkRwK51kt5lDFQvnU6aEXMTFanFgqFtgba7o 2/4
11/21/2020 RAHSIA BUDAK GELIGA

Remaja itu meraih pencapaian membanggakan dalam pelbagai pertandingan matematik, catur,
menulis esei dan debat bertaraf dunia di pelbagai negara.
Menurut ibunya, Thida Chin, 47, kecenderungan dan kelebihan anak bongsu daripada tiga
beradik itu dikesan gurunya sejak tahun dua lagi sebelum Amelia terpilih menyertai beberapa
pertandingan termasuk Matematik Olimpiad Dunia.
“Amelia mula menyertai Persatuan Matematik Olimpiad ketika tahun dua. Kami terkejut Amelia
mampu meraih markah penuh dalam pertandingan walaupun tidak pernah belajar di mana-
mana pusat tuisyen, dia hanya belajar di rumah melalui Internet.
“Matematik Olimpiad ini tidak sama seperti pembelajaran matematik di sekolah kerana ia
memerlukan pemikiran di luar kotak dan ke hadapan,” katanya.
Katanya, sejak itu mereka sekeluarga terus menggalakkan Amelia sehingga remaja itu terpilih
memasuki Pusat Genius@Pintar Negara ketika usianya 11 tahun.
“Amelia bukan saja bijak
dalam Matematik, tetapi mempunyai kemahiran lain seperti berbahasa Inggeris, catur dan
kelebihan melentur badan.
“Tetapi, kami tidak memaksa Amelia untuk ikut rentak acuan seperti kami mahukan, sebaliknya
kami menggalakkannya ikut kemampuan dan minatnya sendiri yang lebih kepada bidang
Matematik.
“Setiap hari selepas pulang dari sekolah rendah saya akan membantunya bersama-sama praktis
membuat latihan Matematik Olimpiad dengan bantuan Internet,” katanya.
Bagi Amelia, dia tidak merasa sukar untuk mempelajari subjek Sains tulen ketika usianya 11
tahun yang lazimnya diambil pelajar tingkatan empat dan lima.
“Saya tidak ada masalah untuk memahami dan menerima setiap mata pelajaran Sains tulen
seperti Fizik, Kimia dan Biologi termasuk Matematik Tambahan.
“Lagipun silibus kami dibentuk berdasarkan program Pintar yang sesuai dengan kemampuan
dan kebolehan kami,” katanya yang meraih emas dalam World Scholar’s Cup di Beijing China,
tahun lalu.
Kisah 4
Pendiam dan gemar tidur dalam kelas namun realitinya Muhammad Reez Qushayyi Ruslee, 13,
mempunyai kemampuan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Bapanya, Ruslee Rusmin, 48, berkata, kepintaran Muhammad Reez disedari mereka sekeluarga
ketika remaja itu berusia tujuh tahun dan daya ingatan anaknya cepat dan tajam sehingga
terpilih memasuki Kolej Permata Pintar Negara.
“Berdasarkan maklumat cikgu, dia dikatakan seorang yang suka tidur di kelas tetapi setiap kali
peperiksaan, dia akan dapat keputusan cemerlang sehingga berusia 12 tahun.
“Dia juga jarang bergaul (pendiam), hanya ada rakan tertentu dan tidak suka melepak.
“Harapan saya semoga Muhammad Reez mampu mengekalkan momentum pelajarannya,
supaya berjaya dunia dan akhirat serta mengharumkan negara Malaysia melalui kepintarannya,”
katanya yang memilih nama Reez untuk anak sulungnya itu, yang bermaksud ber kiran pada
masa depan.
Katanya, tiada rahsia mengenai kepintaran anaknya itu, namun isterinya sering mengamalkan
bacaan ayat suci ketika hamilkan remaja itu.
“Isteri sering membaca surah Yassin dan al-Quran sepanjang Muhammad Reez dalam
kandungan lagi dan banyak mengamalkan pemakanan seimbang.
“Ini anugerah Allah SWT dan kami tidak menyangka Muhammad Reez mempunyai kecerdasan
intelektual luar biasa,” katanya.

https://www.pressreader.com/article/281479278764337?fbclid=IwAR31uZr5ANrbufnXjIT_UlDZkRwK51kt5lDFQvnU6aEXMTFanFgqFtgba7o 3/4
11/21/2020 RAHSIA BUDAK GELIGA

Ruslee berkata, ibu bapa memainkan peranan utama dalam menyokong perkembangan anak-
anak.
“Melentur buluh biar dari rebungnya dan kita harus mendidik anak-anak dari kecil lagi kerana
kanak-kanak ini mudah terikut. “Jika kita menunjukkan contoh yang baik sudah pasti mereka
dapat yang baik dan begitu sebaliknya,” katanya yang mempunyai empat orang anak dan
bertugas sebagai Juru Teknologi Makmal Perubatan di Jabatan
Patologi Unit Biokimia, Hospital Tawau, Sabah.

https://www.pressreader.com/article/281479278764337?fbclid=IwAR31uZr5ANrbufnXjIT_UlDZkRwK51kt5lDFQvnU6aEXMTFanFgqFtgba7o 4/4

Anda mungkin juga menyukai