Anda di halaman 1dari 1

JUS LEGA HOMEMADE

Bahan :
200g (panjang 250 mm) halia muda,
2 labu bawang putih,
6 biji (250 ml) lemon juice,
cuka apple cider (250 ml)
madu lebah (700 ml).

Cara penyediaan:

Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan menggunakan 250 ml air tiap-tiap satu.
.
Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.

Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih
kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.

Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.

Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil
diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat
sejuk.

Cara makan:

Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa
perut kosong.
Kalau ada gastrik, selepas makan.

Siap dh jus lega . ..ikot resepi ni dpt 2 botol 350 ml setiap botol...sep...jimat dijamin bersih dan halal..bagus
untuk rendahkan kolestrol dan buang angin...masa penyediaan kena guna periuk kaca atau tanah..guna senduk
kayu atau plastik...sbb kalau pakai periuk besi takot hilang khasiatnya..manis madunya masam cuka apple dan
lemon..yg penting bau seperti sos thai bawang putih halia gitu...selamat mencuba...lepas semua siap tapiskan la
serdak2 halia dan bawang yer...nnt tercekik plk minum...

Anda mungkin juga menyukai