Anda di halaman 1dari 7

Cara Membuat Cincau Hitam

Posted by sofieyya on March 5, 2011 Leave a comment (3) Go to comments

INFO CINCAU
Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) merupakan sejenis makanan yang biasanya digunakan dalam campuran membuat minuman .Keadaan fizikal hasil ini merupai jeli berwarna hitam, jaringannya kenyal dan tidak mudah pecah.Tumbuhan ini boleh didapati di hutan Malaysia dan di Asia Tenggara. pemprosesan cincau dipercayai telah diterokai oleh bangsa cina, tapi kini penggunaan yang meluas dikalangan bangsa2 lain. Untuk menghasilkan cincau, bahan utama yang diperlukan ialah daun sejenis tumbuhan cyclea barbata atau panggilan umum jelly gras yang mengandungi bahan alkaloid cyclein yang dipercayai dapat menyejukkan badan dan mengubati demam . Pemprosesan cincau secara komersial masa kini dilakukan dengan menggunkan daun dan batang yang telah dikeringkan dan diimport dari China dan Hong Kong. Kajian yang dijalankan mendapati bungkusan yang mengandungi daun yang lebih banyak dari batang akan menghasilkan cincau yang lebih baik dan memuaskan.

..o0o0.

Homemade Cincau (Sumber karemel forum cari)


1 packet agar2 serbuk 500g gula 3.75 liter air Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh) 2 atau 3 helai daun pandan Cara: 1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata. 2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan. 3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api 4. biarkan merenih selama 10-15 minit

5. Matikan api dan tapis. 6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better Inilah rupenye daun cincau tu. Kalau org tak tau igt rumput kering kt laman rumah je.

yang bawah ni gambar semasa cincau tu dimasak. gmbr kiri, cincau separa jadi. sbb karamel ni x tahan dgn godaan bau cincau tu. wangiii.. belum keras sgt, dah mencedok, tu yg lembik2 skit. cincau ni campur dgn cocktail dlm tin tu sedap. perahkan dlm 2-3 biji limau kasturi. best lagi2 cuaca yg da panas ni. ..o0o0

Cincau (Sumber cguct forum cari) Bahan untuk ekstrak cincau 25 gm daun dan batang pokok cincau 5 ml air abu 1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau Cara : 1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan rendam batang dan daun cincau selama 15 minit. 2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama 1 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap. 3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin (lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan

tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau. Bahan untuk memekatkan cincau 500 ml ekstrak cincau 25 gm tepung keledek / tepung jagung 50 ml air biasa 1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana. 2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata. 3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih, memekat dan menjadi kilat. Kacau rata. 4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC. Resepi ini telah banyak kali dicuba dan memang menjadi TIPS cincau Macam juga fungsi tepung keledek/tepung jagung dalam adalah untuk bantu pembekuan, dapatkan teksture kenyal dan keadaan berkilat.. dari pengalaman akak, cincau tepung keledek rasanya agak kureng sikit.. dia ada sikit bau..jika dibandingkan dengan cincau tepung jagung .. hasilnya lebih anjal dan berkilat apapun..terpulanglah kepada kesukaan masing2..selamat mencuba. air abu tu sejenis air jernih (bahan kimia) yang digunakan juga dalam

pembuatan mee kuning. fungsinya untuk mengeluarkan bhan cycline yang ada pada batang dan daun pokok cincau. kalau tak bubuh, ekstrak yang dihasilkan kurang pekat dan tidak banyak. dalam membuat cincau ni, kita hanya guna sikit je. Di bakery supplier , ia dijual dalam botol2..harganya dalam rm 1.20 (100ml) dari apa yang ct pernah baca..ia dihasilkan dari abu jerami padi yang ditapis berkali2..sehingga jernih. 25 gm daun +btgnya dapat kira2 1 acuan 6x6.. cubalah..dan bg feedback cincau anda kat sini..

Teh Tiga Lapis

Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan untuk berbuka puasa, tentu enak... Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera. Bahan-bahan 200 ml susu cair Ais secukupnya Bahan Air Teh 200 ml air panas 1 uncang teh Bahan air gula Melaka 80 g gula melaka

150 g gula merah 40 g gula pasir 200 ml air 1 helai daun pandan, disimpulkan Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih. Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk. Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas. Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah. Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

Anda mungkin juga menyukai