Anda di halaman 1dari 6

AIR SOYA (SESAT)

RESEPI AIR SOYA:-


500gm kacang soya yg sudah direndam 5 - 6jam(basuh ngan bersih,x yah buang kulit)

6L air tapisan (membuat air tahan lama),klu nk pekat lg ,kurangkan air yaa(kepekatan air terpulang pd
cita rasa sendiri..

2 helai daun pandan - optional

cara:-
1.kcng soya diblend hancur..ditapis utk kluarkan hampas..

2.msukkan kedlm periuk beserta daun pandan..masak atas api sederhana..

3.sentiasa kacau..jgn bg mengelegak..klu ada j/suhu ..90darjah..klu tak dak..hidu baunya..bila dia masak
tak berbau kacang..biasanya dlm angaran 30-45minit,masaklah..berdasarkan kekuatan api kecik or
sederhana..

4.padam api bila dah masak..masa panas2 bubuh gula n sedikit ja garam(utk rasa lemak)

**klu nk niaga,boh dlm plastik waktu dia panas2..

TAUFUFAH

500 kacang soya


3500ml/3.5L air tapisan (sukatan botol air mineral 1.5L -guna 2 botol, 500ml botol kecil -
satu botol) - nak mudah sukat..
2 helai daun pandan
GDL - Timbang 8gm

air - 100ml

cara2nya
kena buat air soya dulu..
tetapi,bila dah padam api,jgn boh gula dan garam
buang daun pandan
larutkan GDL seberat 8gm dlm air 100ml
tuangkn larutan ini kedalam soya dan kacau 2kali ja,jgn lebih,nnt tak mau beku
*GDL + air dibuat setelah air soya dah masak..jgn campur awal2 nnt tak berkesan.
GDL jgn lebih naa,nnt rasa x sedap..masam,pahit..sukatan 8gm sesuai ngan berat kacang 500gm...

lepas dah msuk larutan GDL,DAN KACAU SATU ARAH SEBYK 2 PUSINGAN SAHAJA...,tutup periuk tu dan
biarlah dia membeku..

**setelah GDL dimasukkan,jgn digerakkan periuk..sbb bila berlakunya goyangan..taufu fah tak akan
menjadi..

dlm +- 20-25mins ,insyallah..membeku...leh lah makan bersama air gula merah..

TAUHU...
Caranya...perlu sediakan dulu taufufah..
Dari taufufah lah kita masukkan kedalam acuan yg dilapisi kain muslin..
tindan acuan tersebut dgn benda berat..tujuan nk kluarkn air yg ada pada taufufah..biarkan +- 20-
25mins..hingga air dah tak kluar menitik ..jadi lah TAUHU... :-)

TIPS:-
1.Jgn buang kulit kacang..kulit tu pengawet utk soya tahan lama
2.utk memutihkn soya..guna white powder..tak yah laa tak ori..
3.GDL - asid buah-buahan..bila gunanya JANGAN SEKALI-KALI GUNA GARAM
4.anti foaming- bahan anti buihkepekatan soya terpulang pd individu..suka pekat ,kurang air..nak jual klu
nak untung banyak buat pekat..hahaha!!! lawak yaa..ni jgn percaya...

ok ,ada apa2,stakat yg leh jawab,saya jawab ya..bukan terror sgt..leh laa sikit2.. :-)

terima kasih atas kesabaran menanti resepi ni.... assalammualaikum..doa utk saya sekeluarga smoga
diberi Allah hidayat..
Membuat Air Soya dan Taufu Fa
Anak saya yang bongsu, si Najwa suka sangat minum air soya. Asyik beli aje.Saya terfikir kenapa tak
buat sendiri. Membuat air soya tidaklah susah kerana kita hanya perlukan mesin pengisar biasa saja.
Kacang soya pulak boleh dibeli di pasaraya. Selain dari air soya, kita juga boleh menghasilkan Taufu
Fa atau tauhu lembut yang dimakan bersama air gula merah. Untuk membuat taufu fa kita perlu
menggunakan sejenis garam buah-buahan atau nama komersialnya Glucono Delta Lactone (GDL)
yang akan mengeraskan taufu fa itu. Air soya yang saya buat semalam menggunakan 1 kg .kacang
soya dan dapat 7 liter air soya. Puaslah minum. Separuhnya diisikan dalam botol dan simpan dalam
peti sejuk. Ia tahan sehingga 5 hari. Sebelum mengisar kacang soya, ia hendaklah direndamkan
dengan air penuh selama semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam agar kacang itu kembang dan
lembut.

Bahan-bahan :

500 gm kacang soya


3.5 liter air
2 helai daun pandan
1/3 sudu teh GDL
1/4 cawan air
500 gm gula
200 gm air

Cara Membuatnya :
1. Kacang soya yang telah direndam, ditoskan.
2. Kisar kacang soya sedikit-sedikit dan masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan atas kain muslin atau apa-apa kain putih yang jarang. Perahkan ke dalam sebuah
periuk.Buat cara yang sama hingga habis.
4. Masukkan daun pandan dalam periuk. Panaskan air soya hingga mendidih.
5. Untuk membuat taufu fa, ambil 1 liter air soya yang telah masak dan masukkan dalam periuk yang
kecil.
6. Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu
fa.Kacau sebati.
7. Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau
alihkan periuk.
8. Masak air gula hingga mendidih. Sejukkan.
9. Apabila hendak menikmati air soya, tambahkan air gula dan air batu secukupnya.
10. Taufu fa boleh dimakan sejuk atau panas bersama air gula atau air gula merah.

Posted by HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA


Labels: Air soya dan taufu fa
ISNIN, 2 JUN 2014

Resepi Tau Foo Fa untuk Peniaga Baazar Ramadhan mahupun untuk buat
sendiri

Resepi Tau Foo Fa


Bahan-bahan :

500 gm kacang soya

3.5 liter air

2 helai daun pandan

1/3 sudu teh GDL

1/4 cawan air

500 gm gula

200 gm air
Cara Membuatnya :

Untuk membuat taufu fa, ambil 1 liter air soya yang telah masak dan masukkan dalam periuk yang
kecil.

Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu fa.Kacau
sebati.

Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau
alihkan periuk.

Masak air gula hingga mendidih. Sejukkan.

Taufu fa boleh dimakan sejuk atau panas bersama air gula atau air gula merah.

l.

Senangkan..kepada anda yang tercari -cari resepi tau foo fa ini.. chef obie telah sharingkan jika ingin
tahu pasangan tau foo fa iaitu" air soya " dan resepi air katira yang sedap pula..anda boleh dapatkan
ebook chef obie sekarang! -

Anda mungkin juga menyukai