Anda di halaman 1dari 2

dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan

peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai
golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah
sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang
membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku
Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala
sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak
dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk
mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu
sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti
riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di
destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak
diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa
perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak
mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama
kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka
menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan
yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga
keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut pakar
motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan
ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka
menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas
padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk
mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak
mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa
kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk
membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa
perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka
tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.
Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka
dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala
perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu
bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk
seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka
berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah
mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan
menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak
harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja
tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan
melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik
anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-
anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok
dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber,
cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah,
“sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu
bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.

Anda mungkin juga menyukai