Anda di halaman 1dari 2

“DEPRESI PEMBUNUH SENYAP REMAJA MALAYSIA”

Oleh : Azreen Binti Jamil

Kota Kinabalu : Bukan semua isu mental sama dengan istilah gila. Masyarakat perlu faham
asas gejala mental. Masalah kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depression)
dan ketegangan jiwa (stress) bukan istilah gila. Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017
sebelum ini membuktikan sekurang-kurangnya satu daripada 10 anak muda atau 10 peratus
daripada 5.5 juta belia di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.

Menurut, Siti Nuradika Binti Bedin, 21 tahun, penuntut di institusi Universiti Malaysia Sabah
berpendapat bahawa depresi merupakan satu gangguan yang berkaitan dengan pemikiran
serta mental yang mengakibatkan perubahan terhadap tingkah laku individu. Beliau juga
berkata yang depresi ini bukan juga berkaitan dengan masalah mental yang menyebabkan
gila.

“Pada pendapat saya depresi yang pernah saya alami boleh digambarkan dengan
terganggunya pemikiran yang diluar kebiasaan yang lebih kepada pemikiran negatif.
Tekanan yang dialami juga menyebabkan mental merasa penat dan mudah berputusa asa.”
Katanya.

Beliau juga telah berkongsi pengalamannya ketika menghadapi masalah depresi ini sewaktu
merasa kehidupan sebagai pelajar Universiti. Beliau menyatakan terdapat perubahan
tingkah laku yang dialami nya setelah mengalami begitu banyak tekanan hidup dari pelbagai
aspek khususnya pembelajaran. Ujarnya ketika ditemubual.

Sementara itu, Juwati Binti Jami, 21 tahun, merupakan pelajar dari fakulti psikologi dan
pendidikan memberikan pandangannya tentang depresi yang dialami oleh remaja
disebabkan depresi ini berlaku dalam jangka masa yang panjang. Hal ini demikian, untuk
mengetahui seorang remaja itu depresi ia perlu berjumpa dengan kaunseling atau pakar
psikologi untuk pemeriksaan terhadap diri remaja itu.

“Kebanyakkan remaja mendapati sukar untuk menguruskan masalah yang mereka hadapi di
tempat belajar dan tidak mampu mengendalikan stress, dan keadaan lebih sukar apabila
individu itu berdepan masalah daripada anggota keluarga dan tidak dapat mendapat
sokongan emosi.” Katanya.
Beliau juga menyatakan masalah depresi yang dialami berpunca daripada tekanan hidup
yang dihadapi dari pelbagai aspek. Contohnya, sebagai seorang pelajar yang sentiasa
menerima pelbagai tugasan yang terkadang difikirkan melebih daripada kemampuan diri
untuk disiapkan. Hal ini membawa kepada kekacauan emosi serta pemikiran yang lari dari
luar kebiasaan seperti sentiasa rasa tidak berdaya dan berputus asa. Jelasnya ketika
ditemubual.

Anda mungkin juga menyukai