Anda di halaman 1dari 7

Bahasa Melayu Tahun 2

Masa: 11.30a.m. – 1.00p.m.


Tajuk:Ayat Tanya dengan Kata Tanya
• Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata
tanya.

• Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu hal dan ayat jenis ini
akan diakhiri dengan tanda soal (?).

• Kata tanya terdiri daripada 6 jenis, iaitu siapa, bila, apa, bagaimana,
mengapa dan di mana.

• Kata tanya perlu diikuti oleh partikal ‘kah’ apabila digunakan pada
awal ayat tanya.
Contoh ayat: Siapakah yang sedang menulis itu?

• Partikel ‘kah’ tidak perlu digunakan sekiranya kata tanya terletak


pada akhir ayat.
Contoh ayat: Nama kucing kamu apa?
Kata Tanya Penggunaan
Siapa Menanyakan orang atau nama
orang
Berapa Menanyakan bilangan jumlah atau
harga
Apa Menanyakan nama benda atau
binatang
Di mana Menanyakan tempat

Bila Menanyakan masa dan waktu

Bagaimana Menanyakan cara

Mengapa Menanyakan sebab


Mari kita membina ayat tanya dengan kata tanya.
Contoh 1: Nama kawan saya Mariam. (Siapa)
Jawapan: Siapakah nama kawan kamu?

Contoh 2: Majlis perkahwinan Sofia akan berlangsung pada


hari Jumaat ini. (Bila)
Jawapan: Bilakah majlis perkahwinan Sofia akan berlangsung?
Masa Buat Latihan
Arahan: Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.
Apakah Siapakah Bagaimanakah Di manakah Mengapakah

1. __________ cara untuk menjimatkan elektrik?

2. __________ kita perlu menjimatkan elektrik?

3. __________ temankan awak pergi kedai elektrik, Hassan?

4. __________ perlu kita lakukan jika ternampak kipas terpasang tetapi tiada orang?

5. __________ yang berlaku sekiranya peralatan elektrik tidak dipadam apabila tidak
digunakan?

6. __________ boleh kita dapatkan bantuan sekiranya berlaku kebakaran?

7. __________ yang perlu kita hubungi jika berlaku kebakaran?

8. __________ tempat yang selamat untuk menyimpan alatan elektrik?


Tahniah dan syabas kerana anda telah berjaya menyiapkan
tugasan.

Anda mungkin juga menyukai