Anda di halaman 1dari 5

MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN MAKSUD

Baca setiap maksud peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa
yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut​.

Maksud Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak
memikirkan apa-apa.
Peribahasa Diam ubi berisi, diam penggali berkarat

Praktis 1
i Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu hendaklah beringat-ingat supaya
tidak mendatangkan kerugian.

Lengkapkan jawapan​:
Bertumpu dahulu baru melompat

ii Bukan seorang sahaja lelaki atau perempuan di dunia ini.

Lengkapkan jawapan:
Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor

iii Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.

Lengkapkan jawapan:
Orang mengantuk disorongkan bantal
[6 ​markah​]

Praktis 2
i Pasangan yang sepadan

Lengkapkan jawapan​:
Seperti cincin dengan permata

ii Sesuatu yang tidak akan terjadai jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Lengkapkan jawapan​:
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

iii Jalan yang bengkang-bengkok

Lengkapkan jawapan​:
Seperti ular kena palu
[6 ​markah]​
Praktis 3
i Orang yang pada zahirnya kelihat baik tetapi dalam hatinya jahat

Lengkapkan jawapan:
Telunjuk lurus, kelingking berkait

ii Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan

Lengkapkan jawapan:
Orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya

iii Sementara menunggu apa-apa yang lebih baik,lakukan kerja-kerja lain yang lebih
berfaedah.

Lengkapkan jawapan:
Baik berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
[6 ​markah​]

Praktis 4
i Oang yang selalu menurut kemahuan orang lain

Lengkapkan jawapan:
Seperti lembu dicucuk hidung

ii Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza-beza

Lengkapkan jawapan:
Rambut sama hitam, hati lain-lain

iii Seseorang yang amat disayangi, tetapi menyusahkan

Lengkapkan jawapan:
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
[6 ​markah]​
Praktis 5
i Menurut sahaja kehendak orang lain

Lengkapkan jawapan:
Seperti lembu dicucuk hidung

ii Segala keperluan sudah ada,hanaya menanti masa untuk melakukannya

Lengkapkan jawapan:
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

iii Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja

Lengkapkan jawapan:
Durian runtuh
[6 ​markah​]

Praktis 6
i Sengaja mencari susah atau bahaya

Lengkapkan jawapan:
Tiada beban batu digalas

ii Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki

Lengkapkan jawapan:
Dalam tangan

iii Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga

Lengkapkan jawapan:
Belakang parang diasah lagi panjang

Praktis 7
i Pasangan yang sepadan

Lengkapkan jawapan:
Bagai pinang dibelah dua

ii Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Lengkapkan jawapan:
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
iii Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal

Lengkapkan jawapan:
Belut pulang ke benua
[6 ​markah​]

Praktis 8
i Membuka rahsia atau keburukan seseorang supaya diketahui oleh orang ramai

Lengkapkan jawapan:
Pecah rahsia

ii Orang yang pendiam disangka bodoh atau penakut

Lengkapkan jawapan:
Air tenang jangan disangka tiada buaya

iii Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara mengejut kerana ketiadaan
orang yang sepatutnya melakukan kerja tersebut

Lengkapkan jawapan:
Bidan terjun
[6 ​markah​]

Praktis 9
i Anak perawan yang kurang sopan/tidak tahu malu/rendah budi pekertinya

Lengkapkan jawapan:
Seperti gadis sudah berlaki

ii Tukang tilik palsu yang menggunakan agakan dalam tilikannya

Lengkapkan jawapan:
Nujum pak belalang

iii Orang yang kuat kemahuannya serta bersungguh-sungguh melakukan sesuatu

Lengkapkan jawapan
Jiwa besar
[6 ​markah​]
Praktis 10
i Orang yang kerjanya menyampaikan rahsia/hal seseorang kepada orang lain

Lengkapkan jawapan:
Tali barut

ii Orang yang tamak tidak dapat membezakan yang baik dan jahat

Lengkapkan jawapan
Seperti anjing makan muntahnya

iii Orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit

Lengkapkan jawapan:
Seperti ayam dimakan tungau
[6 ​markah​]

Anda mungkin juga menyukai