Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS BAB 4

Ketika Hafiz sedang menghirup kopinya, seorang lelaki duduk di sebelahnya dan
memperkenalkan dirinya sebagai Hanafi. Hanafi mengetahui pekerjaan hafiz yang merupakan seorang
wartawan namun Hafiz cuba untuk mengingati lelaki tersebut. Hafiz menyatakan destinasinya ke Kuala
Terengganu dan untuk seketika perhatiannya beralih kepada sepasang kekasih. Hanafi menyedari
tumpuan Hafiz dan membuat tanggapan bahawa Hafiz bertujuan ke Kuala Terengganu untuk berkahwin.
Hafiz tergamam dengan tanggapan tersebut dan menafikannya. Apabila Hanafi cuba untuk bertanya
lanjut tentang tujuan perjalanannya, Hafiz hanya mendiamkan diri. Akhirnya, Hanafi bertanya jika Hafiz
berkenalan denagan Ariff. Hafiz yang mula tertarik dengan Hanafi, bertanya lanjut mengenai hubungan
Hanafi bersama Ariff. Dia mula mengimbas kembali zaman lampau Ariff, mengenai rakan-rakannya di
Maktab Perguruan Sultan Idris, perjuangannya untuk mendapat kemerdekaan negara, serta
penglibatannya dalam pergerakan UMNO. Hafiz berasa kesal terhadap kisah hidup Ariff kerana pada
akhirnya segala kemanisan memerdekakan negara hanya dirangguk oleh orang lain dan bukan oleh
pejuang-pejuang seperti Ariff. Hafiz cuba untuk mencari Hanafi, dan dalam pencariannya dia mula
menyedari akan kepentingan mengembara. Dia berasa malu terhadap dirinya yang telah berusia 27
tahun tetapi masih belum pernah menjejakkan diri di luar Selangor, sedangkan Zakiah telah pun
mengembara di dalam dan di luar negara. Namun begitu, dia masih mengirimkan kad kepada Zakiah
untuk memberitahunya bahawa dia telah tiba di Kuala Terengganu dan Hafiz bertanya mengenai Hanafi
dalam kad yang dikirimkannya kepada Ariff.

Anda mungkin juga menyukai