Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Latar Belakang Kajian


Menurut Berita Harian pada 15 Januari 2019, bilangan tenaga buruh pada November
2018 meningkat 2.5% kepada 15.46 juta, berbanding 15.08 juta pada bulan yang sama tahun
sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Beliau menyatakan
berhubung Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia November 2018 berkata, pada tempoh
yang sama, penduduk berkerja turut meningkat 2.5 peratus kepada 14.94 juta orang. Menurut
Mohd Uzir, kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2018 turun 0.1 peratus kepada
68.4 peratus berbanding bulan sebelumnya, namun meningkat 0.5 peratus berbanding bulan
yang sama tahun 2017 iaitu 67.9 peratus. Mohd Uzir berkata, kadar pengangguran pada
November 2018 pula kekal 3.3 peratus sejak September 2018. Beliau berkata bilangan
penganggur yang direkodkan adalah seramai 516,200 orang, naik 2.2 peratus berbanding
November 2017.
Menurut jurnal yang dibuat oleh Nor Ghani Md. Nor, Zulkefly Abdul Karim dan
Hairunnizam Wahid terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, buruh merupakan input
terpenting untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan. Tambahan lagi, input
buruh akan dijana bersama-sama dengan modal untuk menghasilkan barangan akhir. Oleh itu,
sudah pastilah sesebuah firma memerlukan buruh yang berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan output. Kombinasi input buruh yang berkualiti dengan modal yang sedia
ada akan menjanakan tingkat output yang lebih optimum. Persoalannya sekarang ialah
adakah wujud perbezaan kualiti buruh dalam sektor pembuatan di Malaysia antara sektor
awam dan swasta. Oleh itu kertas ini akan mengupas permasalahan tersebut. Kajian perintis
di India oleh Ghosh dan Neogi pada tahun 1996 mendapati bahawa buruh di sektor
pembuatan swasta adalah lebih berkualiti berbanding dengan buruh di sektor awam. Adakah
kenyataan ini serupa dengan negara Malaysia. Untuk menjawab persoalan tersebut kajian ini
menggunakan model yang dikemukakan oleh Deolalikar dan Vijverberg pada tahun 1987.
Hasil kajian mendapati bahawa buruh di sektor pembuatan awam lebih berkualiti berbanding
dengan buruh di sektor swasta. Penemuan ini bercanggah dengan kajian di India. Fenomena
ini disebabkan oleh pasaran buruh di Malaysia dalam tempoh 20 tahun adalah agak ketat
berbanding dengan negara India yang mengalami lebihan tenaga buruh.
Menurut jurnal yang dibuat oleh Nurul Ain Mokthar, Poo Bee Tin dan Norlida Hanim
Mohd Salleh terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kadar peningkatan yang semakin
berkurangan dalam guna tenaga dalam sektor pelancongan ini telah menyebabkan
produktiviti buruh juga turut terjejas kerana penggunaan guna tenaga tidak berada pada tahap
yang optimum. Oleh itu, kertas ini membuat kajian tentang unjuran keperluan tenaga manusia
dalam industri pelancongan di Malaysia bagi memberi gambaran awal keperluan tenaga
manusia dalam sektor pelancongan pada tahun 2015. Kajian ini menggunakan kaedah input
output sebagai kerangka kajian bagi membuat unjuran keperluan tenaga manusia pada tahun
2015. Hasil kajian mendapati bahawa sektor pelancongan yang meliputi subsektor hotel,
restoran, pengangkutan, hiburan dan rekreasi serta perdagangan runcit mengalami
peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2015. Subsektor hiburan dan rekreasi serta
perdagangan runcit merupakan subsektor yang menjadi penyumbang terbesar keperluan
tenaga manusia pada tahun 2015.
Menurut Astro Awani pada 16 April 2020, Dr Rabeatul Husna Abdull Rahman
berkata bahawa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia
merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup
masyarakat. Pertubuhan Buruh Antarabangsa dikenali sebagai ILO menjangkakan krisis
COVID-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
Sektor informal di negara-negara sedang membangun merupakan yang paling berisiko.
Menurut ILO, dalam 3.3 billion tenaga kerja di peringkat global, empat daripada lima orang
pekerja terjejas akibat penutupan premis sama ada separa atau sepenuhnya. Pada 9 April
2020, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Survei Khas iaitu
Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu pada pusingan pertama yang telah
dijalankan pada 23-31 Mac 2020. Daripada 168,182 responden yang terlibat, 52.6%
melaporkan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini telah meragut
lebih 60 nyawa. Pekerja dalam sektor perkhidmatan, khususnya perkhidmatan makanan dan
minuman merekodkan kadar peratusan tertinggi bagi kehilangan pekerjaan iaitu35.4%,
diikuti sektor pertanian iaitu 21.9% dan sektor pembinaan iaitu 11.8%. Pada bulan Februari
2020, Persekutuan Majikan Malaysia atau MEF telah menganggarkan seramai 100,000
pekerja bakal diberhentikan, sekiranya penularan virus COVID-19 berlarutan sehingga
penghujung tahun 2020. Walau bagaimanapun, andaian tersebut disanggah oleh Kementerian
Sumber Manusia (KSM) kerana ia bersifat spekulatif dan tidak mengambilkira pelbagai
insiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingan
pekerja. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020,
kedua-dua pihak saling agresif mengeluarkan pelbagai kenyataan balas berkaitan isu pekerja
yang memfokuskan kepada kepentingan majikan dan kebajikan pekerja. Sebagai contoh,
ketegasan KSM dalam memastikan pekerja tidak diberhentikan dan dibayar gaji penuh
sepanjang PKP menimbulkan kegelisahan dalam kalangan majikan yang melihatnya sebagai
tidak adil. Keluhan para majikan ternyata diberi perhatian oleh pihak Kerajaan apabila
mengumumkan peningkatan subsidi upah daripada RM600 kepada RM1,200 bagi setiap
pekerja. Kerajaan juga menggalakkan rundingan antara majikan dengan pekerja. Jelas sekali,
pengumuman ini memberi kelegaan yang cukup besar bagi para majikan yang mengalami
pengurangan pendapatan sejak PKP dikuatkuasakan. Menurut Presiden Persatuan IKS
Malaysia, pihak majikan kini sudah mula melakukan rundingan dengan para pekerja bagi
mencapai keputusan bersifat menang-menang. Antaranya ialah pilihan pemotongan gaji
secara sementara atau pengambilan cuti tanpa gaji sepanjang pelaksanaan PKP. Kini para
pekerja menanti dengan penuh debaran keputusan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak
majikan. Dari sudut logik, keputusan majikan akan memberi implikasi kepada seluruh rakyat
Malaysia, khususnya dalam sektor tertentu. Misalnya, sebelum ini pihak tadika menuntut
bayaran penuh daripada ibu bapa atas alasan pihak Kerajaan menegaskan bayaran gaji penuh
kepada para guru.
Menurut Sinar Harian pada 14 Julai 2020, kadar pengangguran di Malaysia meningkat
kepada 5.3 peratus pada Mei tahun ini yang mencatatkan 826,100 penganggur, menurut
Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar
pengangguran terus meningkat 0.3 mata peratus bagi perbandingan bulan ke bulan kepada 5.3
peratus berikutan bilangan penganggur bertambah sebanyak 47,300 kepada 826,100 orang.
Bagaimanapun, beliau berkata, peningkatan bulanan bilangan penganggur pada Mei 2020
adalah lebih rendah berbanding Mac hingga April iaitu 168,300 orang. Mohd Uzir berkata
pengurangan itu berkemungkinan disebabkan pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan bagi
mencapai sasaran tertentu di samping lebih banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP Bersyarat pada bulan itu. Mohd Uzir
berkata, bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja untuk sementara waktu turut
berkurang melebihi separuh kepada 2.27 juta pada Mei tahun ini, berbanding 4.87 juta pada
April 2020. Beliau berkata lagi bahawa kumpulan ini yang berkemungkinan besar tidak dapat
bekerja dari rumah tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mempunyai pekerjaan dan
akan kembali semula bekerja. Beliau berkata, daripada jumlah tenaga buruh pada Mei 2020,
penduduk bekerja mencatatkan penurunan marginal 0.3 peratus kepada 14.89 juta orang.
Sehubungan itu, beliau berkata, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang memberikan
maklumat mengenai kemampuan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga, turun 0.4 mata
peratus kepada 64.4 peratus. Pada bulan itu, penduduk bekerja yang terjejas adalah dalam
sektor perkhidmatan terutamanya industri berkaitan pelancongan, penginapan, perancang
acara, kesenian dan hiburan, aktiviti sukan dan rekreasi serta perkhidmatan lain, katanya.
Berikutan pengesanan peningkatan kluster koronavirus atau lebih di kenali sebagai Covid-19
dalam kalangan pekerja asing oleh pihak berkuasa kesihatan, beliau berkata penurunan
pekerja yang ketara turut berlaku dalam sektor pembinaan. Mohd Uzir berkata, bilangan
pekerja bekerja sendiri terus mencatat penyusutan sejak Mac dan pada Mei, kumpulan itu
adalah seramai 2.42 juta, berkurangan 161,500 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
Menurut Mohd Uzir, kebanyakannya bekerja secara gaji harian di pasar tani, pasar malam
dan gerai makanan, pekerja bebas atau lebih dikenali sebagai freelancer serta pekebun kecil.
Berikutan fasa PKP bersyarat masih tidak membolehkan perniagaan beroperasi seperti biasa,
kumpulan pekerja ini telah dan berisiko tinggi untuk kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Sementara itu, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh pada Mei 2020 berjumlah 68.1 peratus
dengan mencatat penurunan 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya berikutan aliran
keluar tenaga buruh yang terus meningkat. Luar tenaga buruh pada Mei 2020 meningkat 0.6
peratus dengan aliran masuk 47,000 berbanding 105,300 pada bulan sebelumnya. Beliau
berkata lagi, ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7.39 juta orang. Peratus
sumbangan terbesar iaitu 43.4 peratus di luar tenaga buruh adalah disebabkan kerja rumah
atau tanggungjawab keluarga, diikuti 39.1 peratus yang masih bersekolah. Mohd Uzir
berkata, indikator ekonomi pada Mei 2020 menunjukkan peningkatan berbanding bulan
sebelumnya dan ini memberi isyarat keadaan ekonomi yang beransur pulih secara
berperingkat. Sehubungan itu, walaupun trend negatif penawaran buruh berterusan sehingga
Mei 2020, keadaan ini adalah lebih baik berbanding bulan sebelumnya. Dijangkakan, dengan
penguatkuasaan PKP Pemulihan mulai 10 Jun lepas, keadaan perniagaan akan semakin pulih
berikutan lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard
yang ketat. Ini seterusnya dijangka mengekalkan pekerjaan, mewujudkan peluang pekerjaan
baharu dan meningkatkan pengambilan pekerja, katanya.
Skop kajian pengkaji ialah pengkaji ingin mengkaji tentang tenaga buruh mengikut
sijil tertinggi di Malaysia dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2002 hingga 2012. Pengkaji
mengkaji tenaga buruh mengikut sijil iaitu STPM dan Diploma. Dalam kajian ini pengkaji
ingin mengenal pasti aliran tenaga buruh mengikut sijil tertinggi untuk tempoh 10 tahun dan
pengkaji ingin mengenal pasti kadar pertumbuhan tenaga buruh mengikut sijil tertinggi dari
tahun 2002 hingga 2012.
Menurut Kamus Pelajar edisi kedua, tenaga bermaksud kekuatan untuk
memungkinkan seseorang melakukan sesuatu atau daya. Selain itu juga, tenaga juga
bermaksud kuasa yang dikeluarkan atau yang terdapat daripada sesuatu seperti atom.
Berdasarkan buku ekonomi, Buruh atau tenaga kerja itu asas kepada ekonomi. Buruh
manusia mencipta kekayaan masyarakat. Buruh menghasilkan nilai. Tanpa buruh manusia,
maka tiadanya nilai. Dalam pengeluaran barangan, ia melibatkan proses seperti sumber
pengeluaran iaitu peralatan, mesin, kilang, pengangkutan, jalan dan sebagainya; objek buruh,
iaitu bahan mentah dan buruh iaitu orang yang melakukan kerja kepada hasil pengeluaran
seperti barangan. Jikalau kuasa pengeluaran buruh itu berada pada tahap yang rendah, di
mana setiap orang hanya mampu mengeluarkan barangan yang cukup untuk keperluan hidup,
maka keadaan sebegini tidak akan mewujudkan perbezaan secara sosial antara manusia, dan
tidak akan wujud pemisahan secara sosial dalam keseluruhan masyarakat itu. Dalam keadaan
sebegini, semua orang adalah pengeluar, semua orang berada pada tahap ekonomi yang sama.
Keadaan ini wujud dalam masyarakat primitif. Apabila kuasa pengeluaran melebihi tahap
yang rendah itu, akan wujudnya barangan lebihan ataupun barangan surplus. Apabila adanya
surplus, apabila tenaga manusia dapat mengeluarkan barangan yang melebihi keperluannya
untuk hidup, sudah pastinya akan mewujudkan perlawanan untuk menentukan bagaimana
surplus itu diagihkan. Sejak itu, jumlah pengeluaran dalam sesuatu masyarakat itu tidak lagi
terdiri daripada jumlah buruh setiap orang pengeluar dalam masyarakat itu, kerana
sebahagian daripada barangan lebihan hasil daripada aktiviti buruh dapat digunakan untuk
membolehkan segelintir orang terus hidup tanpa bekerja. Maka, wujudnya kelas. Setelah
wujudnya surplus dan kelas masyarakat, buruh atau kerja yang dilakukan oleh pengeluar itu
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu sebahagian adalah kerja yang dilakukan untuk
mengekalkan hidup orang yang menaburkan buruh itu, iaitu buruh yang diperlukan dan satu
lagi bahagian adalah kerja yang dilakukan untuk kelas pemerintah, iaitu buruh surplus. Nilai
surplus, ataupun nilai lebihan, adalah barangan surplus masyarakat dalam bentuk matawang.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, sijil bermaksud surat tanda lulus dalam sesuatu
peperiksaan dan lain-lain seperti surat akuan dari sekolah dan lain-lain. Sijil boleh terbahagi
kepada beberapa bentuk iaitu Sijil Kemahiran, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil
Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah iaitu dikenali sebagai PHD.
Umur bekerja merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun dalam tahun
genap pada hari jadi terakhir. Semasa minggu rujukan, sama ada berada di dalam tenaga
buruh atau di luar tenaga buruh. Tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15
hingga 64 tahun semasa minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur.
Tenaga buruh adalah terdiri daripada sumber tenaga manusia yang digunakan
kemampuannya untuk mendapatkan upah atau ganjaran. Dalam erti kata lain, Pekerja juga
boleh didefinisikan sebagai individu yang mampu melakukan pekerjaan untuk menghasilkan
perkhidmatan mahupun barangan untuk di berikan kepada majikan mereka. Pekerjaan yang di
lakukan adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan seseorang individu itu.
Selain itu, pekerjaan juga merupakan sebuah kegiatan aktif yang dilakukan oleh manusia.
Umumnya, tenaga buruh boleh didefinisikan sebagai sumber manusia sepenuhnya.
Menurut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 mentakrifkan pekerja sebagai mana-mana orang atau
golongan orang yang dimasukkan dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama Akta
Kerja 1955 atau berkaitan dengan orang yang mana diperintahkan oleh Menteri di bawah
subseksyen 3 atau seksyen 2A Akta Kerja 1955.
Selain itu, Akta Kerja 1955 turut mendefinisikan pekerja tempatan sebagai
seorang pekerja yang merupakan warganegara. Ringkasnya, pekerja merupakan seseorang
yang diambil bekerja dengan diberikan gaji sebagai ganjaran seperti mana di bawah kontrak
perkhidmatannya. Manakala Akta Kerja pula secara amnya hanya melindungi pekerja yang
dibayar gaji di bawah RM 1,500 sebulan.
2.0 Penyataan masalah
Sijil tertinggi merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi upah yang
diterima oleh modal insan. Dalam konteks sijil itu, diskriminasi majikan berlaku apabila
pekerja yang mempunyai sijil yang tinggi diberi tingkat upah yang lebih tinggi daripada
pekerja yang mempunyai sijil terendah, walaupun mereka mempunyai produktiviti yang
sama. Situasi yang sering berlaku ialah pekerja yang mempunyai sijil yang tinggi selalu
dibayar upah yang lebih tinggi.
Menurut teori modal manusia sekiranya individu mempunyai tingkat pendidikan yang
sama, maka tingkat produktiviti mereka adalah sama dan sebarang perbezaan upah yang
wujud dalam kalangan mereka dirujuk sebagai diskriminasi majikan.
Walaupun peningkatan kadar penyertaan yang mempunyai sijil paling rendah dalam
tenaga buruh telah turut membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih
tinggi tetapi kebiasaanya pekerja yang mempunyai sijil yang rendah dibayar upah yang lebih
rendah daripada pekerja yang mempunyai sijil tertinggi yang boleh dikaitkan dengan amalan
diskriminasi majikan. Keadaan tersebut boleh menyebabkan kesan negatif berlaku dalam
pasaran buruh kerana diskriminasi majikan boleh membawa kepada ketidakpuasan hati dalam
kalangan pekerja yang mempunyai sijil terendah dan selanjutnya menyebabkan mereka tidak
menyumbang kemahiran yang ada secara optimum.
Banyak kajian mendapati bahawa pekerja yang mempunyai sijil yang tinggi dibayar
upah yang lebih tinggi daripada pekerja yang mempunyai sijil yang terendah, walaupun
mereka memiliki kemahiran yang sama. Pengkaji mendapat maklumat tentang faktor wujud
keadaan diskriminasi majikan. Hal ini demikian kerana majikan menganggap sijil yang
rendah sebagai kurang produktif dan menimbulkan banyak masalah kepada institusi tempat
bekerja kerana kurang berdisiplin di tempat kerja dan selalu berlaku kecurian barang.
3.0 Objektif Kajian
Pengkaji menetapkan beberapa objektif supaya lebih mudah mengumpul data semasa
membuat penyelidikan. Objektif yang ditetapkan adalah berkaitan dengan tajuk saya iaitu
tenaga buruh mengikut sijil tertinggi di Malaysia dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun
2002 hingga 2012.
3.1 mengenal pasti aliran tenaga buruh mengikut sijil tertinggi
3.2 mengenal pasti kadar pertumbuhan mengikut sijil tertinggi

Anda mungkin juga menyukai