Anda di halaman 1dari 8

ALAT DASAR KEWANGAN

Metro
Ahad, 12 Jun 2022, 4:34pm

Kadar faedah turun lagi?

KADAR faedah memainkan peranan penting dalam sistem kewangan. Sebagai faktor utama dalam
menentukan daya tarikan aset di seluruh dunia, ia dipantau dengan rapat oleh penganalisis, ahli
ekonomi serta pelabur.

Bagaimanapun, ketika pandemik Covid-19 menjejaskan dengan teruk ekonomi global dan
menyebabkan banyak negara jatuh ke dalam kemelesetan, bank pusat di seluruh dunia mengambil
langkah menurunkan kadar faedah untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna serta mudah tunai
kewangan.

Jadi, bagaimanakah sebenarnya cara ia berfungsi?

Kita ambil contoh pinjaman perumahan. Biasanya, kadar faedah ke atas gadai janji berada antara 4.0
peratus dan 4.5 peratus, bergantung kepada bank, tetapi apabila bank pusat menurunkan kadar,
pinjaman menjadi murah dan dengan itu lebih berpatutan.

Sehubungan itu, pengguna akan mempunyai wang tambahan yang membolehkan mereka
membelanjakannya dan seterusnya membantu menyokong pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa penurunan kadar faedah hanya berfungsi sebagai langkah
tambahan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi.

Memandangkan pandemik itu sudah menjadi krisis global, kerajaan di seluruh dunia menyuntik
trilion dolar ke dalam ekonomi masing-masing dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kerajaan,
subsidi upah, pemotongan cukai dan moratorium.

Di Malaysia, kerajaan memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi iaitu Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM260 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(Penjana) yang bernilai RM35 bilion bagi menjana semula ekonomi tempatan.

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Dr Anthony Dass berkata, terdapat kemungkinan besar Bank
Negara Malaysia (BNM) mengurangkan 50 mata asas lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai
depan.

"Pengurangan itu akan memberi lonjakan yang diperlukan bagi pemulihan ekonomi berikutan
penularan Covid-19.

"Ini akan membantu menstabilkan ekonomi negara selain mendorong kejayaan pakej rangsangan
ekonomi termasuk pelan Pemulihan Ekonomi Negara," katanya.

Dass yang juga anggota Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi, juga menyifatkan tindakan
mengurangkan OPR itu sebagai bertepatan ketika kerajaan menyasarkan untuk mendapatkan
pinjaman berjumlah RM35 bilion menerusi pinjaman dalam negara bagi membiayai peningkatan
defisit.

"Mudah tunai dalam pasaran pinjaman tempatan mencukupi ketika ini. Selain itu, tiada sebarang
tekanan inflasi pada masa ini," katanya.

Langkah pengurangan 50 mata asas kepada 2.0 peratus pada Mei lalu menjadikan OPR Malaysia
yang terendah sejak Krisis Kewangan Global pada 2008-2009.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan mengadakan mesyuarat keempatnya pada 7 Julai depan.

Seorang lagi penganalisis berkata, langkah pengurangan OPR yang akan diputuskan pada mesyuarat
itu juga dijangka dapat merangsang mudah tunai kewangan dalam suku akan datang berikutan kadar
pengangguran yang kian meningkat akibat impak Covid-19.

"Sejajar dengan jangkaan Bank Dunia dan BNM mengenai kemelesetan pada tahun ini akibat
pandemik global itu, adalah penting untuk memastikan pengguna mempunyai mudah tunai
mencukupi bagi mengelak kuasa beli mereka terjejas selain membolehkan perniagaan terus
beroperasi," katanya. - Bernama

Disiarkan pada: Jun 23, 2020 @ 6:00am

Utusan Malaysia

Pasaran kewangan tidak menentu

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan pasaran kewangan domestik dijangka terus meningkat akibat
peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa buah negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, sentimen pelabur juga akan lebih berhati-hati terhadap
pendapatan korporat yang lebih lemah daripada jangkaan serta peningkatan ketegangan
perdagangan.

Dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama 2020 yang dikeluarkan semalam, BNM
merumuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani penyebaran
jangkitan Covid-19 bermula Mac lalu telah meningkatkan tahap tekanan pasaran domestik pada
separuh pertama 2020.

“Campur tangan polisi oleh BNM bertujuan untuk mengekalkan keteraturan dalam tukaran mata
wang asing, bon dan pasaran wang dalam tempoh ini, dengan situasi semakin normal menjelang
penghujung separuh pertama 2020.

“Operasi pasaran terbuka BNM, termasuk pembelian sekuriti kerajaan, membantu membendung
potensi pasaran tergendala dan melicinkan ketidaktentuan berlebihan dalam pasaran bon telah
membantu pemulihan pasaran dalam tempoh ketidaktentuan tinggi dan pengaliran keluar modal
yang signifikan pada pemulaan kejutan Covid-19,” katanya.

Menurut BNM, aliran keluar bagi bukan pemastautin dalam pasaran ekuiti domestik berterusan
setakat akhir Ogos dengan jumlah RM20.3 bilion akibat kebimbangan terhadap impak ekonomi
pandemik Covid-19.
“Impak harga ekuiti bagaimanapun diimbangi penyertaan pelabur runcit domestik dalam pasaran
ekuiti yang meningkat serta kenaikan kukuh dalam saham penjagaan kesihatan dan teknologi,”
katanya.

Lebih penting lagi, menurut BNM, pelabur runcit mendorong nilai dan jumlah dagangan dalam bursa
tempatan mengatasi pelabur institusi domestik walaupun lebih banyak aktiviti pengambilan untung
terbaharu sejak Ogos telah menyebabkan beberapa pembetulan harga.

“Sementara ketidaktentuan pasaran telah berkurang berbanding kemuncaknya pada Mac, ia masih
di atas paras yang diperhatikan sebelum krisis memandangkan pasaran kekal sensitif terhadap berita
berkaitan Covid-19, peningkatan ketegangan perdagangan dan perkembangan politik tempatan,”
katanya. – UTUSAN

Astro Awani

Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara - Timbalan


Gabenor BNM
Jun 8, 2022 17:46 MYT

KUALA LUMPUR: Dasar monetari Malaysia kekal akomodatif bagi ekonomi negara cuma tidak pada
tahap yang diperlukan seperti semasa kemuncak pandemik kerana kenaikan perlahan-alahan kadar
dasar semalaman (OPR) daripada paras terendahnya pada 1.75 peratus kepada 2.0 peratus akan
membolehkan pasaran menyelaras dengan sewajarnya.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata keadaan
Malaysia berbeza dari negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang
ekonomi.

“Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas adalah
berasaskan kepada trajektori pertumbuhan negara yang berada di kedudukan kukuh, mendapat
rangsangan daripada permintaan domestik selain inasi yang terkawal dan pemulihan pasaran
buruh,” katanya.

Bagi meningkatkan lagi ekonomi, beliau menekankan kepada keperluan untuk melakukan
pembaharuan struktur termasuk menarik industri tokokan nilai tinggi dan pelaburan asing bernilai
tinggi.

Abdul Rasheed menjelaskan kenaikan kadar faedah akan dilakukan secara berhati-hati dan beransur-
ansur bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan sebarang kenaikan akan mengambil kira masa
dan magnitud pelarasan pasaran kepada kenaikan kadar OPR.

“Pelarasan pasaran kepada kenaikan kadar akan bergantung kepada pertumbuhan ekonomi,”
katanya semasa persidangan Invest Asean 2022 hari ini.

Abdul Rasheed merupakan antara ahli panel pada sesi yang diadakan hari ini bertajuk ‘Malaysia:
Economy at Crossroads’, di samping Timbalan Ketua Setiauasaha Perbendaharaan (Polisi)
Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican dan pengarah unit ekonomi dan perniagaan
dan pemangku pengarah penyelidikan Institut Demokrasi dan Hak Ehwal Ekonomi Dr Juita
Mohamad.
Sementara itu menjawab pertanyaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan, Johan menolak
kemungkinan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun ini.

"Tiada cukai akan dilaksanakan sehingga ekonomi benar-benar pulih,” katanya.

-- BERNAMA

Astro Awani

Kenaikan OPR, pertumbuhan pembiayaan dijangka perlahan pada


separuh kedua 2022
Jun 3, 2022 12:01 MYT

KUALA LUMPUR: Inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan
menyaksikan pertumbuhan pembiayaan lebih perlahan pada separuh kedua 2022.

Bagaimanapun, ia diunjur meningkat sekitar 5% dalam tempoh antara sebulan hingga 2 bulan akan
datang, demikian menurut CGS-CIMB Research.

Namun, ia sejajar dengan pertumbuhan pembiayaan yang diunjurkan firma itu sekitar 4 hingga 5%
bagi 2022.

Beliau menjangkakan pertumbuhan pembiayaan bagi industri kekal kukuh (melebihi 5%) pada Mei
dan Jun 2022, dengan mengambil kira peningkatan 19.1% pembiayaan yang diluluskan pada April
2022.

"Secara dasarnya, pertumbuhan permohonan pembiayaan bagi tahun ke tahun telah melemah sejak
2 bulan lalu manakala permohonan pembiayaan pada April 2022 menguncup 0.5% tahun ke tahun.

"Oleh itu, kami melihat terdapat petunjuk awal akan berlaku pertumbuhan pembiayaan bagi industri
yang perlahan dalam tempoh sederhana," katanya dalam nota kajian hari ini.

Dalam laporan monetari dan kewangan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi April
2022 menunjukkan pembiayaan bersih terus berkembang pada 4.6%.

Ini disokong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman terkumpul pada 5% (Mac: 4.6%),
dalam keadaan pertumbuhan bon korporat terkumpul yang lebih sederhana.

Pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul mampan pada 4.9%, mencerminkan pertumbuhan yang
stabil merentas kebanyakan tujuan.

Pertumbuhan pengeluaran pinjaman pada bulan itu lebih tinggi sedikit pada 10.8% (Mac: 10.2%) di
samping terdapat peningkatan dalam pertumbuhan bayaran balik pinjaman sebanyak 8.5% (Mac:
3.2%).

Bagi perniagaan, pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat kepada 5.7% (Mac: 4.5%),
mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja pada 8.3% apabila
pertumbuhan pengeluaran modal kerja melebihi bayaran balik pinjaman.
Sementara itu, Kenanga Research mengunjurkan pertumbuhan pembiayaan bagi tahun ini sekitar 5
hingga 5.5% yang dilihatnya adalah munasabah sejajar dengan momentum yang ditunjukkan oleh
aktiviti ekonomi.

"Dengan kenaikan OPR pada Mei 2022, kami percaya ia akan memperlahankan permohonan
pembiayaan isirumah, meskipun perniagaan dijangka meneruskan permintaan untuk pembiayaan
bagi memanfaatkan pemulihan ekonomi secara berterusan," katanya.

Secara keseluruhan, CGS-CIMB dan Kenanga Research bagaimanapun mengekalkan pandangan


'overweight' terhadap sektor perbankan bagi tahun ini.

BH Online

Bank Negara turunkan lagi kadar faedah


Mahanum Abdul Aziz - Mac 3, 2020 @ 5:34pm

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan
mengurangkan penanda aras pinjaman, kadar dasar semalaman (OPR), sebanyak 0.25 peratus
kepada 2.50 peratus.

Penurunan kali kedua pada kadar sama tahun ini menjadikan OPR semasa berada pada paras
terendahnya sejak 2010.

Langkah itu juga adalah sejajar dengan jangkaan sebahagian besar ahli ekonomi, yang mana mereka
berpendapat pengurangan kadar perlu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam berdepan
impak penularan COVID-19.

Susulan itu juga bank-bank tempatan dijangka menurunkan kos pinjaman masing-masing bermula
hari ini. Kadar Asas (BR) semasa bank-bank di Malaysia ketika ini adalah antara 2.75 peratus hingga
4.22 peratus, manakala kadar asas pinjaman (BLR) antara 6.35 peratus hingga 7.14 peratus.

Bank Negara dalam kenyataannya berkata, dengan pengurangan kadar itu, kadar koridor tertinggi
dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

“Pengurangan OPR ini adalah untuk menyediakan persekitaran monetari yang lebih akomodatif bagi
menyokong jangkaan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berkaitan prospek pertumbuhan domestik
dan inflasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai prestasi ekonomi, Bank Negara berkata, keadaan ekonomi global merosot sejak
kebelakangan ini berikutan penularan COVID-19 telah mengganggu aktiviti pengeluaran dan aktiviti
yang berkaitan dengan perjalanan, terutamanya di peringkat serantau.

Hal berkenaan, jelasnya, mendorong kepada kegiatan mengelak risiko yang lebih ketara, lantas
mengakibatkan keadaan kewangan menjadi lebih ketat dan mewujudkan situasi turun-naik ketara
dalam pasaran kewangan.

“Risiko kepada prospek pertumbuhan global meningkat, terutamanya dalam tempoh terdekat.
Walau bagaimanapun, beberapa negara telah melaksanakan tindak balas dasar.
“Dengan jangkaan pelaksanaan beberapa langkah dasar, tindakan itu dijangka mengurangkan impak
ke atas ekonomi akibat COVID-19, katanya.

Bank Negara berkata, ekonomi Malaysia meningkat pada kadar yang sederhana sebanyak 4.3
peratus pada 2019.

Ia berkata, pertumbuhan pada masa akan datang, khususnya pada suku pertama, akan terjejas oleh
COVID-19 terutamanya dalam sektor yang berkaitan pelancongan dan sektor perkilangan.

Katanya, kelemahan dalam sektor pertanian juga dijangka berterusan pada suku pertama dan pada
2020, aktiviti sektor swasta dan sektor awam dijangka terus menyokong pertumbuhan.

“Perbelanjaan isi rumah diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih perlahan dalam keadaan
pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan yang sederhana.

“Aktiviti pelaburan dijangka mencatatkan pemulihan yang sederhana, disokong projek sektor awam
dan swasta yang baharu dan sedang dilaksanakan,” katanya.

Bank Negara berkata, pakej rangsangan ekonomi 2020 juga akan menyediakan sokongan kepada
kegiatan ekonomi. Walaupun pertumbuhan domestik dijangka bertambah baik secara beransur-
ansur pada separuh kedua, ia berkata, terdapat risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan yang
berpunca terutamanya daripada sifat evolusi dan kesan berpanjangan daripada COVID-19 serta
kelemahan yang berterusan dalam sektor yang berkaitan komoditi.

“Pada 2020, inflasi keseluruhan dijangka mencatatkan purata lebih tinggi tetapi kekal pada kadar
dan komoditi sedunia serta masa pemansuhan harga siling bagi harga runcit bahan api domestik.

“Inflasi asas dijangka lebih sederhana, dalam keadaan tekanan permintaan yang terhad meskipun
kegiatan ekonomi terus berkembang,” katanya.

The Economics Times

What is Cash Reserve Ratio


Definition: Cash Reserve Ratio (CRR) is a specified minimum fraction of the total deposits of
customers, which commercial banks have to hold as reserves either in cash or as deposits with the
central bank. CRR is set according to the guidelines of the central bank of a country.

Description: The amount specified as the CRR is held in cash and cash equivalents, is stored in bank
vaults or parked with the Reserve Bank of India. The aim here is to ensure that banks do not run out
of cash to meet the payment demands of their depositors. CRR is a crucial monetary policy tool and
is used for controlling money supply in an economy.

CRR specifications give greater control to the central bank over money supply. Commercial banks
have to hold only some specified part of the total deposits as reserves. This is called fractional
reserve banking.
Astro Awani

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun


Januari 20, 2021 17:33 MYT

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelanjutan fleksibiliti bagi institusi
perbankan menggunakan MGS dan MGII untuk memenuhi pematuhan SRR sehingga 31 Disember
2022.

Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021. Nisbah
Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) kekal tidak berubah pada 2.00%.

Keputusan untuk melanjutkan fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank Negara
Malaysia yang berterusan untuk memastikan mudah tunai adalah mencukupi bagi menyokong
aktiviti pengantaraan kewangan.

Sejak bulan Mac 2020, pengurangan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas dan fleksibiliti untuk
menggunakan MGS dan MGII sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR telah menambah kira-
kira RM46 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.

SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian
dasar monetari.

Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) ialah satu-satunya penunjuk yang digunakan
untuk memberikan isyarat mengenai pendirian dasar monetari dan diumumkan melalui Pernyataan
Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetar

Astro Awani

Kurangkan SRR, tingkat perbelanjaan orang ramai


Januari 22, 2016 18:50 MYT

Langkah Bank Negara Malaysia mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan
memudahkan orang ramai mendapatkan pinjaman.

Menurut Penganalisis MIDF Research, Nor Zahidi Alias, ini seterusnya akan meningkatkan
perbelanjaan pengguna selain meningkatkan aktiviti ekonomi.

Walaubagaimanapun beliau berkata, bank mengambil langkah berhati-hati memberi pinjaman


kerana risikonya yang tinggi.

“Perbelanjaan pengguna semakin lemah susulan impak pelaksanaan GST dan peningkatan kos sara
hidup. Itulah sebabnya jika anda melihat angka perbelanjaan pengguna suku ketiga ia menyusut. Ia
berada dibawah paras 5%.

“Dengan memberi bank levi untuk meningkatkan pinjaman kepada pengguna. Langkah ini diharap
akan meningkatkan kadar perbelanjaan pengguna,” kata Zahidi.
Sementara itu, beliau berkata Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan Bank Negara Malaysia
merupakan langkah yang betul.

“Pengekalan kadar OPR merupakan langkah yang betul diambil BNM pada 3.25%. Pada pendapat
saya, dari segi fiskal, sasaranya terhad. Dari segi monetori, polisi monetori tidak boleh melakukan
segalanya untuk menyokong ekonomi.

“OPR digunakan untuk membantu ekonomi jika yang lain tidak berjaya,” katanya.

Turut senada, Ketua Ekonomi Kumpulan IQI, Shan Saeed berkata, langkah mengekalkan OPR
menunjukkan tanda positif dan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.

Walaubagaimanapun beliau berkata ia tidak akan memberikan kesan serta merta.

“Impak setiap pemotongan kadar hanya dapat dilihat sekurang-kurangnya selepas suku kedua atau
ketiga.

“KDNK Malaysia akan berada pada 5% ke 5.2% dan Malaysia dijangka akan melihat pertumbuhan
positif tahun ini,” Shan berkata.

Bank Negara Malaysia pada Khamis mengumumkan pengekalan kadar OPR pada 3.25 peratus dan
mengurangkan SRR kepada 3.5 peratus daripada 4 peratus.

Anda mungkin juga menyukai