Anda di halaman 1dari 4

1

Peranan Guru Dalam Pendidikan Inklusif

Berdasarkan artikel yang dikaji, saya dapat mendefinasikan Pendidikan inklusif

adalah suatu penyertaan yang merangkumi bukan sahaja murid tipikal tetapi juga murid

bekeperluan khas dalam sesuatu komuniti sekolah. Dalam konteks Pendidikan khas pula,

proses ini bermakna murid-murid bekeperluan khas ini akan belajar bersama-sama rakan-

rakan tipikal yang lain di dalam bilik darjah yang sama dan diajar oleh guru biasa. Hal ini

adalah untuk memastikan mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar

persekitaran normal dan kondusif seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Selain itu, di dalam artikel tersebut turut dinyatakan kategori kanak-kanak berkeperluan khas

dalam pendidikan inklusif ini seperti kategori masalah fizikal iaitu cacat anggota, masalah

emosi dan tingkah laku (Autisme dan ADHD), masalah pembelajaran khusus Disleksia dan

juga masalah penguasaan kemahiran 3m iaitu membaca, menulis dan mengira.

Artikel ini juga turut menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak dalam pendidikan

inklusif. Salah satunya ialah peranan guru. Guru di aliran perdana memainkan peranan

penting di dalam program Pendidikan Inklusif. Bagi guru yang terlibat dalam Proram

Pendidikan Inklusif perlulah mengajar mengikut kemampuan murid berkeperluan khas

tersebut. Tambahan lagi, guru juga perlu memberi perhatian juga kepada murid pendidikan

khas ini serta memikirkan strategi yang bekesan untuk mengajar pelajar pendidikan khas ini.

Lanjutan daripada itu, guru juga berperanan dalam menangani masalah tingkah laku

murid, menggalakkan pembelajaran bagi mencapai potensi sebenar pelajar tersebut dan juga

menjalankan pembelajaran kooperatif secara berkesa. Bagi menangani hal-hal berikut, guru

perlulah mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Khas bagi meningkatkan pemahaman

guru terhadap murid berkeperluan khas.

Seterusnya, guru juga berperanan dalam menggunakan elemen seperti Information

and Communications Technology (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

2
mana dapat meningkatkan ptensi murid dari segi akademik, sosial komunikasi dan juga

emosi. Penggunaan ICT ini juga dapat meningkatkan kemahiran ICT dan komunikasi mereka

bersama guru dan rakan-rakan dalam interaksi jarak jauh. Oleh itu, guru sebagai pendidik

harus bertanya masalah yang dihadapi oleh murid bekeperluan khas ini agar kemahiran dan

pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Menurut artikel ini turut dinyatakan bahawa guru

perlulah bijak menguruskan masa supaya dapat meluangkan masa untuk berkomunikasi

bersama murid di alam maya.

Munurut artikel ini, guru pendidikan khas haruslah bersama-sama membantu guru

aliran perdana dalam menjalankan aktiviti yang dilihat sukar untuk dilakukan oleh murid

bekeperluan khas bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran murid inklusif. Selain

itu, guru juga berperanan dalam meningkatkan kefahaman murid bekeperluan khas dengan

membuat kolaborasi antara guru aliran perdana dan guru pendidikan inklusif dalam Program

Pendidikan Inklusif.

Kesimpulannya, guru aliran perdana dan guru pendidikan Inklusif berperanan penting

dalam menyokong Program Pendidikan Inklusif supaya dapat menyumbang kepada kejayaan

program tersebut dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya.

3
Rujukan Artikel:
https://www.researchgate.net/publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_
Murid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai