Kertas Kerja Bengkel TS25
Kertas Kerja Bengkel TS25
1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan kualiti guru
Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
Objektif bengkel adalah
o Menghasilkan bahan untuk digunakan semasa proses PdPc
o Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
o Meningkatkan interaksi dua hala dalam kalangan guru dan murid
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Anggaran Jumlah
Bil. Perihal Barang Kuantiti
Harga Seunit Harga
1 Mounting Board Warna Kuning 9 keping 3.50 31.50
2 Mounting Board Warna Merah 9 keping 3.50 31.50
3 Mounting Board Warna Hijau 8 keping 3.50 28.00
4 Binding Tape 1.5 inci 16 buah 1.00 16.00
5 CBE Card Ring 26mm 10 paket 3.90 39.00
6 Kertas Photostat - Prefect Print/Smart Copy - 80gsm 7 rim 11.40 79.80
7 Gam Putih 160ml - Putih 4 botol 2.30 9.20
8 Bunting 1 unit 125.00 125.00
360.00