Anda di halaman 1dari 46

Terbitan Februari 2019

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan
dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Muka Surat

Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Kurikulum Kebangsaan vii

Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum ix


Pendahuluan xi
Maklumat dalam Modul xiii

BIDANG KEMAHIRAN

GIMNASTIK ASAS
Huraian Modul ………………………………………………………………………... 1
Standard Pembelajaran ……………………………………………………………... 1
Cadangan Aktiviti untuk Mencapai Standard Pembelajaran
 Toe-Tug Walk dan Pergerakan Lipan ……………………………………….. 3
 Imbangan Statik Satu dan Tiga Tapak Sokongan ………………………….. 5
 Imbangan Songsang dengan Sokongan pada Kepala dan Tangan ……... 7
 Hambur Tangan ……………………………………………………………….. 9
 Putaran Roda …………………………………………………………………... 11
 Guling Depan Berterusan ……………………………………………………... 13
 Guling Belakang Posisi Straddle Berterusan ……………………………….. 15
 Gayut dan Ayun ………………………………………………..……………….. 17
 Kerja Projek …………………………………………………………………….. 19
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran …………………………………………… 20
Cadangan Pentaksiran Formatif ……………………………………………………. 21
Cadangan Pentaksiran Sumatif …………………………………………………….. 24
Penghargaan …………………………………………………………………………. 27
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norrma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)


1997

[PU(A)531/97]

vii
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) merupakan mata pelajaran


yang memperkembangkan potensi murid dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi
menerusi penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kemahiran dan kecergasan. Bagi
guru, mereka sering menghadapi kesukaran dalam menggunakan prinsip ansur maju
dan pendekatan inkuiri semasa mengajar Bidang Gimnastik Asas yang sesuai
dengan kebolehan murid. Panduan ini dapat mencetus idea kepada guru dalam
merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Gimnastik Asas.

Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun Empat dalam Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR) PJPK merupakan usaha Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) membantu guru memahami, memilih dan melaksanakan PdP bagi
mencapai Standard Pembelajaran yang dihasratkan secara berkesan. Semua aktiviti
dalam panduan pengajaran ini telah disusun mengikut ansur maju berdasarkan
kebolehan murid.

Dalam penghasilan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun Empat, Bahagian


Pembangunan Kurikulum telah mendapat sumber kepakaran dan bantuan daripada
Institut Pendidikan Guru dan guru Pendidikan Jasmani. Bagi pihak Bahagian
Pembangunan Kurikulum, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah berjaya menghasilkan panduan ini.

Sekian. Terima kasih.

Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

ix
Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun Empat bertujuan untuk membantu
guru Pendidikan Jasmani terutama sekali guru bukan opsyen mengajar mata
pelajaran ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah dan memperincikan kandungan
bidang Gimnastik Asas dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Aktiviti yang
terdapat dalam unit pengajaran adalah dihasilkan berdasarkan Standard
Pembelajaran menggunakan kaedah penerokaan dan ansur maju.

Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan soalan yang membolehkan


murid berfikir dan menaakul untuk membuat keputusan semasa mempelajari
sesuatu kemahiran. Guru juga perlu menerapkan elemen merentas kurikulum
(EMK) seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru juga perlu
menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik
aktiviti dalam panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat dan
kebolehan murid. Selain itu, guru juga perlu memastikan aktiviti yang dilaksanakan
secara berpasangan hendaklah dijalankan sesama jantina. PdP yang terancang
dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran dan
berpengetahuan serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal ke
arah mencapai kesejahteraan diri.

Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Gimnastik Asas Tahun Empat ini
dapat dimanfaatkan oleh guru secara maksimum dalam proses PdP untuk
mencapai matlamat dan objektif KSSR Semakan Pendidikan Jasmani.

xi
Berikut merupakan maklumat-maklumat yang terdapat dalam modul.

Tajuk dan cadangan masa modul

Huraian secara keseluruhan


kemahiran yang hendak dicapai
HURAIAN MODUL dalam beberapa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP)
Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh
badan. Kemahiran Gimnastik Asas akan yang dilakukan oleh murid akan
meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, kekuatan dan kawalan
badan. Kandungan dalam bidang ini memberi penekanan kepada
kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan kemahiran imbangan,
hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun.
Standard Pembelajaran yang
mencakup aspek 1, 2 dan 5 dalam
STANDARD PEMBELAJARAN DSKP
TOE-TUG WALK DAN PERGERAKAN LIPAN

1.1.1 Melakukan imbangan dinamik toe-tug walk secara individu dan Contoh aktiviti setiap kemahiran
pergerakan lipan secara berkumpulan. untuk mencapai Standard
2.1.1 Menerangkan cara mengekalkan imbangan dalam imbangan
Pembelajaran
dinamik toe-tug walk secara individu dan pergerakan lipan secara
berkumpulan.

Cadangan strategi yang sesuai


digunakan dalam PdP

Cadangan soalan yang merangsang


KBAT berbentuk inkuiri berdasarkan
fakta, konsep dan perbahasan
SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan fakta :


Cadangan pentaksiran formatif dan
Anggota badan manakah yang digunakan untuk mengawal imbangan
sumatif dalam modul ini
ketika melakukan aktiviti pergerakan lipan?

Cadangan pengendalian sesi PdP


yang perlu dilaksanakan untuk
mencapai Standard Pembelajaran
Cadangan Pengendalian Sesi PdP
Cadangan Alatan
Guru mengendalikan sesi : Cadangan alatan yang boleh
» Memanaskan badan. digunakan dalam PdP
» Penyampaian Standard Pembelajaran.
Info Untuk Guru

Info tambahan untuk guru


Info Keselamatan

Perkara yang perlu dberikan perhatian


semasa melakukan aktiviti
1

xiii
GIMNASTIK ASAS

HURAIAN MODUL
Gimnastik Asas memberi fokus kepada kemahiran pengurusan tubuh badan. Kemahiran
Gimnastik Asas yang dilakukan oleh murid akan meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan,
imbangan, kekuatan dan kawalan badan. Kandungan dalam bidang ini memberi
penekanan kepada kemahiran motor yang spesifik untuk melakukan kemahiran
imbangan, hambur dan pendaratan, putaran serta gayut dan ayun. Melalui modul ini,
murid dapat meneroka dan melakukan pelbagai kemahiran Gimnastik Asas dalam
suasana yang seronok dan selamat.

STANDARD PEMBELAJARAN

TOE-TUG WALK DAN PERGERAKAN LIPAN

1.1.1 Melakukan imbangan dinamik toe-tug walk secara individu dan pergerakan
lipan secara berkumpulan.
2.1.1 Menerangkan cara mengekalkan imbangan dalam imbangan dinamik toe-tug
walk secara individu dan pergerakan lipan secara berkumpulan.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.
5.4.2 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan.

IMBANGAN STATIK SATU DAN TIGA TAPAK SOKONGAN

1.1.2 Melakukan imbangan statik satu dan tiga tapak sokongan dengan pelbagai
variasi dan aras secara individu dan berpasangan.
2.1.2 Menyatakan perbezaan luas tapak sokongan dan kedudukan pusat graviti
semasa melakukan pelbagai imbangan statik, dinamik dan songsang.
5.1.5 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti fizikal.
5.4.1 Memilih rakan untuk melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan.

IMBANGAN SONGSANG DENGAN SOKONGAN KEPALA DAN TANGAN

1.1.3 Melakukan imbangan songsang dengan sokongan pada kepala dan tangan.
2.1.2 Menyatakan perbezaan luas tapak sokongan dan kedudukan pusat graviti
semasa melakukan pelbagai imbangan statik, dinamik dan songsang.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

1
STANDARD PEMBELAJARAN
GIMNASTIK ASAS
HAMBUR TANGAN

1.2.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat rendah.
2.2.1 Menyatakan lakuan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat
rendah.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.
5.2.3 Memberi respon positif terhadap tindakan yang selamat dan tindakan yang
berisiko semasa melakukan aktiviti.

PUTARAN RODA

1.3.1 Melakukan putaran roda.


2.3.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan putaran roda,
guling depan dan guling belakang.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berkemahiran.

GULING DEPAN BERTERUSAN

1.3.2 Melakukan guling depan berterusan.


2.3.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan putaran roda,
guling depan dan guling belakang.
5.2.5 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

GULING BELAKANG POSISI STRADDLE BERTERUSAN

1.3.3 Melakukan guling belakang posisi straddle berterusan.


2.3.1 Mengenal pasti perubahan pusat graviti semasa melakukan putaran roda,
guling depan dan guling belakang.
5.2.5 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

BERGAYUT DAN MENGAYUN

1.4.1 Bergayut dan mengayun pada palang dengan kedua-dua belah tangan
menggunakan genggaman atas, bawah dan campur.
2.4.1 Menyatakan perbezaan jenis genggaman dengan arah ayunan.
5.1.2 Memeriksa peralatan permainan sebelum melakukan aktiviti.

2
TOE-TUG WALK DAN PERGERAKAN LIPAN

Aktiviti 1 : Pergerakan Haiwan

1. Murid secara individu berjalan seperti beruang dari stesen A ke stesen B


seterusnya melakukan toe-tug walk dari stesen B ke stesen C.
2. Murid kemudian bergerak dari stesen C ke stesen D dengan melakukan
pergerakan anjing laut (seal).
3. Aktiviti boleh diulang beberapa kali.

A B

Beruang

C
Toe-tug
walk
C
D

Anjing laut

Cadangan Alatan

» Skital / field marker

Cadangan Pengendalian Sesi PdP


Info Keselamatan
Guru mengendalikan sesi :
» Memanaskan badan.
» Pastikan permukaan lantai atau
» Penyampaian Standard Pembelajaran.
padang yang digunakan adalah
» Permainan kecil.
rata dan selamat.
» Menyejukkan badan.
» Penilaian.

3
Permainan Kecil : Lumba Lipan

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Info Untuk Guru


kecil.
2. Setiap kumpulan bermula dalam kedudukan » Lakuan pergerakan lipan :
Murid di hadapan meletakkan
lipan di garisan permulaan. kedua-dua kaki di atas bahu
3. Setiap kumpulan perlu bergerak dalam murid di belakang.
kumpulan ke garisan penamat. » Guru boleh mempelbagaikan
4. Kumpulan pertama yang berjaya melepasi aktiviti yang bersesuaian.
garisan penamat adalah pemenang.

TAMAT

MULA

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan fakta :


Anggota badan manakah yang digunakan untuk mengawal imbangan ketika
melakukan aktiviti pergerakan lipan?

Soalan berdasarkan konsep :


Bagaimanakah cara mengekalkan imbangan ketika melakukan imbangan dinamik
toe-tug walk dan pergerakan lipan?

Cadangan Alatan Info Keselamatan

» Skital / field marker » Pastikan permukaan lantai atau


» Tali gimrama / Tali skipping / padang yang digunakan adalah
masking tape rata dan selamat.

4
IMBANGAN STATIK SATU DAN TIGA TAPAK SOKONGAN

Aktiviti 1 : Variasi Imbangan

1. Murid secara individu meneroka pelbagai imbangan satu atau tiga tapak
sokongan.
2. Murid bergerak bebas dan melakukan imbangan satu atau tiga tapak sokongan
apabila mendengar isyarat.
3. Murid bergerak semula selepas melakukan imbangan selama 3-5 saat.

Aktiviti 2 : Variasi Aras Imbangan


1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan melakukan imbangan individu tiga tapak sokongan mengikut aras
yang ditetapkan.
3. Setiap kumpulan akan bertukar aras apabila menerima isyarat daripada guru.

Aras sederhana
Aras tinggi

Imbangan
secara
Individu

Aras rendah

Cadangan Pengendalian Sesi PdP

Guru mengendalikan sesi : Info Untuk Guru


» Memanaskan badan.
» Penyampaian Standard Pembelajaran. » Guru boleh memainkan muzik
» Permainan kecil. sebagai ganti isyarat untuk
» Menyejukkan badan. murid melakukan imbangan.
» Penilaian.

5
4. Setiap kumpulan kemudian melakukan imbangan Cadangan Alatan
secara berpasangan mengikut aras selepas setiap
kumpulan selesai melakukan imbangan individu. » Skital / field marker
» Tilam gimnastik
5. Aktiviti imbangan satu dan tiga tapak sokongan secara
individu dan berpasangan boleh diulang beberapa kali.
6. Murid melakukan imbangan yang berbeza pada setiap
ulangan.

Aras sederhana
Imbangan
secara
berpasangan

Aras tinggi
Aras sederhana

Persembahan : Imbangan Kami


1. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.
2. Setiap pasangan perlu melakukan tiga variasi aras imbangan dengan tiga tapak
sokongan mengikut kreativiti.
3. Kawal imbangan untuk beberapa beberapa saat.

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan konsep :


1. Bagaimanakah luas tapak sokongan memberi kesan kepada imbangan satu dan
tiga tapak sokongan?
2. Dimanakah titik tumpuan berat badan kamu ketika melakukan imbangan satu dan
tiga tapak sokongan?

Info Keselamatan

» Pastikan permukaan lantai atau


Info Untuk Guru padang yang digunakan adalah
rata dan selamat.

» Galakkan murid melakukan » Pastikan murid mengamalkan


persembahan mengikut kreativiti aspek keselamatan ketika
masing-masing. melakukan imbangan.

6
IMBANGAN SONGSANG DENGAN SOKONGAN
PADA KEPALA DAN TANGAN

Aktiviti 1 : Variasi Imbangan Songsang


Cadangan Alatan
1. Murid secara individu meneroka pelbagai imbangan
songsang.
» Tilam gimnastik
2. Murid menukar imbangan songsang yang lain
apabila menerima isyarat daripada guru.

Aktiviti 2 : Dirian Kepala Dengan Sokongan


1. Murid dalam kumpulan bertiga.
2. Murid melakukan dirian kepala dengan sokongan dua orang rakan.
3. Tukar peranan sehingga semua murid melakukan dirian kepala dengan
sokongan.
4. Guru digalakkan untuk menyokong murid.

Cadangan Pengendalian Sesi PdP Info Keselamatan

Guru mengendalikan sesi : » Murid perlu melakukan aktiviti dirian tangan


» Memanaskan badan. dengan sokongan di hadapan guru.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Guru perlu mengawasi dan memastikan murid
» Permainan kecil.
menyokong rakan dengan betul dan tidak
» Menyejukkan badan.
bergurau semasa melakukan aktiviti.
» Penilaian.

7
Permainan Kecil : Kami Lagi Lama
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Murid dalam posisi sedia melakukan dirian kepala.
3. Semua murid dalam setiap kumpulan melakukan dirian kepala secara serentak
apabila menerima isyarat daripada guru.
4. Kumpulan yang semua ahlinya berjaya bertahan paling lama dalam posisi dirian
kepala dikira sebagai pemenang.

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan fakta :


Anggota badan manakah digunakan untuk menyokong badan semasa melakukan
imbangan songsang dengan sokongan pada kepala dan tangan?

Soalan berdasarkan konsep :


Dimanakah titik tumpuan berat badan kamu ketika melakukan imbangan songsang
dengan sokongan pada kepala dan tangan?

Info Keselamatan

» Pastikan permukaan lantai atau padang yang


digunakan adalah rata dan selamat.
» Pastikan murid melakukan aktiviti mengikut
keupayaan masing-masing dan mengamalkan
elemen keselamatan.

8
HAMBUR TANGAN

Aktiviti 1 : Balak Tumbang

1. Murid secara individu berdiri di depan peti lombol.


2. Murid membuat lejangan dan melakukan dirian tangan di atas peti lombol dengan
sokongan dan tumbang di atas tilam.
3. Guru perlu menyokong murid semasa melakukan aktiviti ini.

Aktiviti 2 : Lari dan Melejang

1. Murid bergerak pantas dua langkah ke arah


peti lombol.
2. Murid meletakkan kedua-dua belah tangan di
atas peti lombol dan membuat lejangan
dalam keadaan tangan lurus ke posisi dirian
tangan.
3. Guru perlu menyokong murid semasa
melakukan aktiviti ini.
4. Turun semula dan ulang lakuan beberapa
kali.

Cadangan Pengendalian Sesi PdP

Guru mengendalikan sesi :


» Memanaskan badan. Cadangan Alatan
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil.
» Tilam gimnastik
» Menyejukkan badan.
» Peti lombol / bangku panjang
» Penilaian.

9
Persembahan : Hambur Tangan
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Murid secara individu berdiri di atas peti lombol, melangkah dan melakukan
hambur tangan di hujung peti lombol dan mendarat di atas tilam.
3. Guru sentiasa menyokong murid semasa menghambur.
4. Aktiviti diulang sehingga semua murid dalam kumpulan melakukan hambur
tangan.

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan fakta :


Anggota badan manakah yang digunakan untuk menyokong badan ketika melakukan
hambur tangan dari tempat tinggi ke tempat rendah.

Info Untuk Guru


Cadangan Alatan
» Lutut perlu difleksi ketika
mendarat. » Tilam gimnastik
» Pastikan guru menyokong murid. » Peti lombol

Info Keselamatan

» Pastikan permukaan lantai atau padang


yang digunakan adalah rata dan selamat.
» Pastikan murid fleksi lutut ketika
mendarat bagi mengelakkan kecederaan.

10
PUTARAN RODA

Cadangan Pengendalian Sesi PdP


Aktiviti 1 : Gelung Warna
Guru mengendalikan sesi :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
» Memanaskan badan.
kumpulan kecil. » Penyampaian standard pembelajaran.
2. Murid meletakkan tangan dan kaki » Permainan kecil.
mengikut warna gelung yang ditetapkan. » Menyejukkan badan.
» Penilaian.
3. Ulang lakuan tersebut beberapa kali.

Aktiviti 2 : Menyeberang Sempadan

1. Murid secara individu melakukan putaran roda dengan meletakkan tangan di atas
peti lombol sambil kaki melangkaui peti lombol dengan sokongan guru.
2. Ulang lakuan tanpa sokongan guru.

Cadangan Alatan

» Gelung
» Peti lombol / bangku panjang
» Tilam gimnastik

Info Untuk Guru

» Setiap warna gelung mewakili


tangan dan kaki. Info Keselamatan
» Guru membantu murid berputar.
» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah
rata dan selamat.

11
Permainan Kecil : Roda Berputar
Cadangan Alatan
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil.
» Tilam gimnastik
2. Setiap ahli kumpulan perlu melakukan putaran » Skital / field marker
roda secara berterusan melepasi garisan » Tali gimnastik / tali skipping /
penamat. masking tape

3. Kumpulan pertama yang semua ahlinya berjaya


melepasi garisan penamat dikira sebagai
pemenang.

MULA TAMAT

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan konsep :


Bagaimanakah menghasilkan putaran roda yang lancar?

Info Keselamatan

Info Untuk Guru


» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah
» Pastikan murid dihadapan telah rata dan selamat.
melepasi garisan penamat » Pastikan murid sentiasa
sebelum murid seterusnya mengamalkan aspek keselamatan
melakukan putaran roda. ketika melakukan putaran roda.

12
GULING DEPAN BERTERUSAN

Aktiviti 1 : Turun Bukit

1. Murid secara individu melakukan guling depan di atas tilam gimnastik condong.
2. Ulang lakuan tersebut beberapa kali.

Aktiviti 2 : Gulingkan Saya

1. Murid secara berpasangan.


2. Seorang murid melakukan guling depan secara berterusan dengan dibantu
seorang penyokong.
3. Tukar peranan dan ulang lakuan tersebut.

Cadangan Pengendalian Sesi PdP

Guru mengendalikan sesi : Cadangan Alatan


» Memanaskan badan.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil. » Tilam gimnastik condong /
» Menyejukkan badan. papan anjal
» Penilaian. » Tilam gimnastik

13
Permainan Kecil : Lumba Guling Depan Berterusan

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Cadangan Alatan


kecil.
» Tilam gimnastik
2. Setiap ahli kumpulan perlu melakukan guling depan » Skital / field marker
secara berterusan melepasi garisan penamat.
3. Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan
guling depan terlebih dahulu dikira sebagai
pemenang.

TAMAT

Murid pertama

MULA
Murid kedua

Murid ketiga

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan konsep :


1. Bagaimanakah menghasilkan guling depan yang lancar?
2. Mengapakah bentuk badan perlu dibulatkan semasa membuat gulingan?

Info Keselamatan

» Pastikan permukaan lantai atau


Info Untuk Guru padang yang digunakan adalah
rata dan selamat.
» Pastikan murid dihadapan telah
» Pastikan murid sentiasa
melepasi garisan penamat
mengamalkan aspek keselamatan
sebelum murid seterusnya
ketika melakukan guling depan
melakukan gulingan.
berterusan.

14
GULING BELAKANG POSISI STRADDLE BERTERUSAN

Aktiviti 1 : Straddle Chair

1. Murid secara individu melakukan guling belakang posisi straddle di atas tilam
gimnastik condong dengan sokongan guru.
2. Ulang lakuan tersebut beberapa kali.

Aktiviti 2 : Bantu Saya

1. Murid melakukan guling belakang posisi straddle secara berterusan dengan


disokong oleh guru di atas tilam gimnastik atau permukaan yang rata.
2. Ulang lakuan tersebut beberapa kali.

Cadangan Pengendalian Sesi PdP

Guru mengendalikan sesi :


» Memanaskan badan.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil.
» Menyejukkan badan.
» Penilaian.

Info Keselamatan
Cadangan Alatan
» Pastikan permukaan lantai atau
padang yang digunakan adalah rata
» Tilam gimnastik
dan selamat.
» Tilam gimnastik condong /
papan anjal » Pastikan murid sentiasa
» Skital / field marker mengamalkan aspek keselamatan
» Tali gimnastik / tali skipping ketika melakukan guling belakang
posisi straddle.

15
Permainan Kecil: Juara Straddle

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.


2. Setiap ahli kumpulan perlu melakukan guling belakang posisi straddle secara
berterusan ke garisan penamat.
3. Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan guling belakang posisi straddle
terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan konsep :


1. Mengapakah bentuk badan perlu dibulatkan semasa membuat gulingan?
2. Bagaimanakah kedudukan kaki semasa melakukan guling belakang posisi
straddle?

Info Untuk Guru

» Pastikan murid dihadapan telah


melepasi garisan penamat sebelum
murid seterusnya melakukan gulingan.

16
GAYUT DAN AYUN

Aktiviti 1 : Aksi Gayut

1. Murid melakukan aktiviti secara individu.


2. Murid memegang alatan berbentuk rod dengan genggaman atas, bawah dan
campur.

Genggaman atas Genggaman bawah Genggaman campur

Aktiviti 2 : Ayun Saya

1. Murid melakukan aktiviti secara individu.


2. Murid bergayut pada palang dengan genggaman atas, bawah dan campur.
3. Murid mengayun ke depan dan ke belakang dengan bantuan rakan atau guru.

Cadangan Pengendalian Sesi PdP

Guru mengendalikan sesi :


» Memanaskan badan.
» Penyampaian standard pembelajaran.
» Permainan kecil.
» Menyejukkan badan. Info Keselamatan
» Penilaian.

» Pastikan permukaan lantai atau


padang yang digunakan
diletakkan tilam.
Cadangan Alatan
» Pastikan murid disokong ketika
melakukan aktiviti gayut dan
» Alatan berbentuk rod :
ayun.
- Baton
- Batang kayu » Pastikan murid mendarat dengan
» Tilam gimnastik lutut difleksikan bagi
» Palang gayut mengelakkan kecederaan.

17
Permainan Kecil : Bakul Sasaran

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.


2. Setiap ahli kumpulan perlu bergayut sambil mengepit pundi kacang dengan kaki.
3. Murid perlu melontar pundi kacang yang dikepit dengan kaki masuk ke dalam
bakul.
4. Kumpulan yang paling banyak memasukkan pundi kacang ke dalam bakul dikira
sebagai pemenang.

SOALAN INKUIRI

Soalan berdasarkan fakta :


Nyatakan arah ayunan apabila kamu mengayun menggunakan genggaman atas.

Soalan berdasarkan konsep :


Bagaimanakah genggaman campur berfungsi ketika melakukan ayunan?

Soalan berdasarkan perbahasan :


Mengapakah kamu perlu mendarat di arah belakang setelah melakukan ayunan?

Info Keselamatan
Cadangan Alatan

» Pastikan permukaan lantai atau » Tilam gimnastik


padang yang digunakan » Palang gayut
diletakkan tilam. » Bakul
» Pastikan murid mendarat » Pundi kacang
dengan lutut difleksikan bagi
mengelakkan kecederaan.

18
1. Murid dalam kumpulan.
2. Guru membimbing murid merancang untuk mereka cipta persembahan
berdasarkan kemahiran gimnastik yang telah dipelajari dari awal sesi
pembelajaran.
3. Persembahan boleh menggunakan peralatan yang berkaitan.
4. Kumpulan bergilir-gilir melakukan persembahan.

19
Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah kaedah yang digunakan oleh guru
dalam emrancang dan melaksanakan PdP bagi mencapai Standard Pembelajaran yang
telah ditetapkan. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam PdP Pendidikan
Jasmani adalah kaedah penerokaan, inkuiri dan masteri.

Contoh kaedah penerokaan, inkuiri dan masteri yang boleh dilaksanakan dalam PdP
Gimnastik Asas Tahun 4 adalah seperti berikut :

Murid meneroka imbangan dinamik toe-tug walk dan pergerakan lipan.

Murid meneroka pelbagai imbangan statik satu dan tiga tapak sokongan dengan
pelbagai variasi dan aras secara individu dan berpasangan.

Murid meneroka imbangan songsang dengan sokongan pada kepala dan tangan.

Murid meneroka hambur tangan dari tempat tinggi ke tempat rendah.

Murid meneroka putaran roda.

Murid meneroka gayut dan ayun menggunakan pelbagai genggaman.

Murid meneroka guling belakang dari posisi straddle.

Guru mengemukakan soalan untuk merangsang murid meneroka imbangan, hambur


dan putaran.

Murid melakukan kemahiran imbangan, hambur dan putaran dengan bimbingan guru.

Murid melakukan guling depan secara berterusan.

Murid dalam kumpulan kecil merancang projek persembahan imbangan, hambur dan
putaran dengan bimbingan guru.

Murid boleh membuat refleksi terhadap persembahan kumpulan mereka.

20
(LEMBARAN KERJA)
KEMAHIRAN IMBANGAN DINAMIK

NAMA : …………………………………... . KELAS : …………………

Arahan : Namakan imbangan dinamik dan nyatakan cara mengekalkan


imbangan dalam imbangan dinamik di bawah.

a) Imbangan dinamik ………………………….

b) Cara mengekalkan imbangan dinamik adalah :

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

21
(LEMBARAN KERJA)
KEMAHIRAN IMBANGAN STATIIK

NAMA : …………………………………... . KELAS : …………………

Arahan : Nyatakan perbezaan luas tapak sokongan imbangan statik


antara gambar A dengan gambar B.

1.

A B

Tapak sokongan pada gambar A __________________


berbanding tapak sokongan pada gambar B.

2.

A B

Tapak sokongan pada gambar A __________________


berbanding tapak sokongan pada gambar B.

22
(LEMBARAN KERJA)
KEMAHIRAN GAYUT DAN AYUN

NAMA : …………………………………... . KELAS : …………………

Arahan : Tuliskan jenis genggaman di bawah dan nyatakan arah ayunan


bagi setiap genggaman.

Jenis genggaman Arah ayunan

Jenis genggaman Arah ayunan

Jenis genggaman Arah ayunan

23
NAMA : …………………………………... . KELAS : …………………

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Namakan aktiviti di bawah :

a) b)

c) d)

2. Sekiranya kamu sedang melakukan aktiviti gayut dan ayun


menggunakan genggaman atas, di kawasan mana kamu harus
mendarat? Tandakan (X) pada kawasan a, b atau c.

a b c

24
BORANG PEMARKAHAN
PERSEMBAHAN KUMPULAN

Murid dalam kumpulan kecil membuat persembahan gimnastik asas. Setiap


kumpulan akan diberikan markah berdasarkan persembahan yang telah
dilakukan.

Komponen Persembahan

Nama Penguasaan Kreativiti Kerjasama


Bil.
Kumpulan Kemahiran Jumlah
(20 markah) (20 markah) (10 markah)

25
Penasihat
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editor
En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor
Cik Kamariah binti Mohd Yassin Ketua Unit
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Pn. Nur Haswani binti Mazlan Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penggubal Bidang Gimnastik Asas

En. Mohamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum

En. Poniran bin Salamon IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

En. Shamsul Bahri bin Ismail IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

En. Abdul Latif bin Ab Rashid SK Taman Muda, Ampang

Pn. Hilda Ilya binti Hilmi SK Seri Setia, Kuala Lumpur

Cik Ili Amalina binti Mahzan SK USJ 12, Subang Jaya, Selangor

Pn. Low Hoon Ee SK Segambut, Kuala Lumpur

En. Mohd Irwan bin Miskob SK Taman Midah 1, Kuala Lumpur

En. Mohd Mahfuz bin Mohd Isa SK Putrajaya Presint 14(1), Putrajaya

En. Mohd Noor Idham bin Musa SK Danau Kota, Kuala Lumpur

En. Mohamad Amir Fakhri bin Ismail SK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya

27
En. Muhammad Fauzi bin Narsri Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail,
Johor Bahru

En. Suhaimi bin Isa SK Sri Belahan, Batu Pahat, Johor

Pn. Saodah binti Ahmad SK Penghulu Salleh, Batu Pahat, Johor

Pn. Zuliana binti Mohamad Karim SK Bandar T6, Kluang, Johor

Grafik dan Ilustrator

Tn. Syed Muhd Kamal bin S. A. Bakar IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

En. Hafidz bin Ariffin SK Penjom (SKK), Kuala Lipis, Pahang

En. Muhd Nizam bin Mohd Yusoff SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang,
Selangor

Bahagian Pembangunan Kurikulum juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan
Pengajaran Gimnastik Asas Tahun Empat.

 Panel Kawal Mutu Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Empat.


 Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahun Empat di sekolah rintis KSSR Semakan
Pendidikan Jasmani Tahun Empat pada tahun 2018.

28

Anda mungkin juga menyukai