Anda di halaman 1dari 1

Soalan : merujuk kepada ciri-ciri kemahiran set induksi ,nyatakan sejauh mana

guru tersebut memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya dalam kemahiran set induksi

Jawapan
Set induksi yang baik mestilah memenuhi empat kompenan
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Hubungkait dengan pelajaran
4. Tersusun ( menstruktur )
Rumusan daripada video tersebut ialah yang pertama guru tersebut dapat menarik
perhatian para pelajarnya dengan lantunan suara yang jelas dan mengguna alat bantu
mengajar (abm) iaitu beg misteri yang mana dalam beg tersebut mengandungi bahan –
bahan misteri dan para pelajar hendaklah menekanya. Hal ini secara tidak langsung
mewujudkan motivasi dalam diri setiap pelajar iaitu mencetuskan atau membangkitkan
satu sikap rasa ingin tahu apa yang ada dalam beg tersebut serta memberi semangat
kepada pelajar untuk belajar pada hari tersebut . kemudian, guru tersebut menunjukkan
satu video yang mengandungi satu jalan cerita dan bertanya kepada pelajarnya
apakah hubungkait bahan misteri tadi dan cerita tersebut dengan tajuk pembelajaran
yang akan diajar pada hari ini, maka secara tidak langsung ,ini telah mewujudkan
hubungkait dengan tajuk pelajaran yang akan diajar pada hari tersebut serta
mengaitkan dengan isi pelajaran baru , minat dan pengalaman murid dalam kehidupan
semasa . Kesimpulannya, guru tersebut telah menggunakan keempat-empat
kompenan set induksi yang perlu ada bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran .

Anda mungkin juga menyukai