Anda di halaman 1dari 3

TuanTulis

http://mivec.wordpress.com

PERINTAH AM BAB ‘G’ – WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

1. Jenis-jenis waktu bekerja

1.1. Waktu Bekerja Pejabat

Ianya ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut:-

a) Bagi negeri-negeri di mana hari Jumaat merupakan cuti mingguan.

- Hari bekerja penuh


8.00 pagi hingga 4.15 petang
- Hari bekerja separuh
8.00 pagi hingga 12.25 tengahari

- Waktu makan
1.00 tengahari hingga 2.00 petang

b) Bagi negeri-negeri di mana hari Ahad merupakan cuti mingguan

- Hari bekerja penuh


8.00 pagi hingga 4.30 petang

- Hari bekerja separuh


8.00 pagi hingga 12.50 tengahari

- Waktu makan
.1.00 tengahari hingga 2 petang

- Waktu makan (hari Jumaat)


12.15 tengahari hingga 2.45 petang.

1.2 Waktu Bekerja Bukan Waktu Pejabat

* Ditetapkan oleh Ketua Jabatan mengikut keperluan serta


kesesuaian jabatan berkenaan

* Bekerja mengikut giliran yang mengandungi enam (6) giliran


dalam seminggu seperti berikut:-

5 giliran selama 8 jam (diberi 1 jam rehat/ makan)

1 giliran selama 6 jam (tiada masa diberi untuk rehat/ makan)

1 hari cuti mingguan.


TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
1.2.1 Corak waktu bekerja

a) Waktu bekerja terus menerus

b) Waktu bekerja terputus-putus

“Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus,


maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada
8 jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam” (Perintah Am Bab ‘G’
17 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/l980)

2. Kerja Lebih Masa

“Sebarang tugas rasmi yang dilakukan di luar giliran tugas biasa”

“Seseorang Ketua Pejabat atau Jabatan boleh menghendaki mana-mana


pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan bila pada pandanganya ini
adalah untuk kepentingan awam atau perkhidmatan. Ini termasuklah
kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada
masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau
kelepasan am .

3. Waktu Bekerja Lebih Masa

3.l. Bagi mereka yang mengikuti waktu bekerja pejabat

- Luar dari masa bekerja ditetapkan

- Cuti mingguan

- Kelepasan Am

4. Jenis-jenis pekerjaan yang boleh dibayar Elaun Lebih Masa

4.l. Kerja Siang

- Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan di antara


6.00 pagi hingga 10.00 malam.

4.2. Kerja Malam

- Sebarang giliran bertugas tambahan yang dilakukan di antara jam


10.00 malam hingga 6.00 pagi.
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com

4.3. Kerja kecemasan

- Sebarang tugas yang memerlukan pekerja yang lebih dari biasa


bagi penjagaan dan pemulihan perkhidmatan yang diisytiharkan
oleh Ketua Jabatan.

5. Formula Bayaran Elaun Lebih Masa

Bayaran Sejam x Gandaan Bayaran

Kadar bayaran sejam : Gaji pokok x 12


313 x 8

6. Pegawai Yang Layak Menuntut Elaun Lebih Masa

Semua pegawai dalam perkhidmatan kumpulan sokongan kecuali anggota


Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba dan Penjara layak menuntut elaun
lebih masa jika menjalankan kerja-kerja di luar waktu biasanya. Kerja-kerja
di luar waktu biasanya. Kerja-kerja lebih masa boleh dilakukan berasaskan:-

i) Kerja kecemasan

ii) Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya
oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan awam.

iii) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh pegawai itu melebihi daripada
bidang tugas biasanya.

7. Masa Dalam Perjalanan

Apabila seseorang pegawai diarahkan membuat perjalanan, maka dia hendaklah


Dianggap sebagai menjalankan tugas rasminya. Tetapi tiap-tiap hari yang
dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap sebagai satu hari bekerja biasa
yang tidak melayakkan mendapat bayaran lebih masa, walaupun ini boleh memakan
masa lebih daripada 8 jam. Walaubagaimana pun pegawai ini akan berkelayakan
mendapat elaun makan dan lain-lain elaun seperti yang dibekalkan didalam Perintah
Am Bab ‘B’.

Anda mungkin juga menyukai