Anda di halaman 1dari 2

HARI : TINGKATAN : TARIKH :

NAMA :

TEMA 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri bandar
pintar Putrajaya dan langkah memeliharanya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.
Menariknya Putrajaya yang terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur, merupakan
sebuah bandar raya pintar dalam taman. Ia merupakan sebuah bandaraya futuristik yang
menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan
ke-3 di Malaysia.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini
melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan
Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak
bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya menggunakan aplikasi teknologi maklumat
(IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi bandar gergasi
setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem
pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini.
Strateginya adalah untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari
pencemaran bunyi dan udara. Ia juga memberi keutamaan kepada penggunaan
pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
Selain itu, Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada
penyambungan pusat lebuhraya utama seperti Lebuh raya Utara-Selatan, Lebuhraya
Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal
dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di
sekitar Putrajaya adalah Tasik Putrajaya, Masjid Putera, Dataran Putera, Tugu Millennium
dan Taman Botani.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya.
Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar
baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i). Berikan maksud rangkai kata bandar raya futuristik [2 markah]


(ii). Jelaskan dua kaedah bagi merealisasikan sistem pengangkutan yang berkesan?
[3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, apakah manfaat yang masyarakat peroleh daripada kewujudan
bandar raya pintar. [4 markah]
SOALAN RUMUSAN
PERENGGAN PENDAHULUAN

PERENGGAN ISI TERSURAT

PERENGGAN ISI TERSIRAT

KESIMPULAN

SOALAN PEMAHAMAN
JAWAPAN SOALAN (i)
i)

JAWAPAN SOALAN (ii)


ii)

JAWAPAN SOALAN (iii)


iii)

membincangkan cara/kaedah/usaha pencegahan kes-

Anda mungkin juga menyukai