Ctu Final Notes

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 : Undang Undang Islam di Malaysia

KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU


Menurut pengkaji sejarah, kedatangan Islam di Tanah Melayu didahului oleh interaksi
antara masyarakat di wilayah kepulauan dengan pedagang terutamanya dari Arab dan
India yang belayar ke China pada abad ke 5Masihi. Catatan sejarah Cina bahawa Islam
sampai ke Tanah Melayu pada abad 1 Hijrah- (abad 7 Masihi). Pendapat yang sama
juga diutarakan oleh Prof S.M Naguib al-Attas dan Hamka.

BUKTI KEWUJUDAN ISLAM DI TM


Catatan Dinasti Tang- panggilan Raja Ta Shi merujuk orang Arab atau orang Islam yang
berada di pantai Barat Sumatera Utara.
Thomas Arnold-terdapat perkampungan orang –orang arab –Islam di Pantai Barat
Sumatera tahun 66H/1181M
Prof S.M Naguib al-Attas- jumpaan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/ 1303M
D.G Hall –Tarikh pada Batu Bersurat Terengganu antara 1303M dan 1387M
Brian Harrison – Islam mungkin bertapak di Terengganu lebih awal lagi iaitu antara
1326M atau 1386M

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TM


1. Dibawa oleh pedagang : Pendapat Thomas Arnold- pedagang Arab yang telah kuasai
perdagangan di Kepulauan Melayu. Prof S.M Naguib al-Attas- kebanyakan amalan
budaya orang Melayu dipengaruhi budaya Arab, tulisan jawi diambil daripada Huruf Arab
seperti tercatat dalam Hikayat Raja Pasai. Catatan sejarah Cina – contoh Buku Ta Dang
Si Yi Gu Fia Kao Cheng Zhuan- panggilan untuk orang Melayu disebut Mo Lau Yu.
Dalam buku Hai Lu Cu-Melayu disebut Wu Lai Yu. Catatan sejarah Cina dalam buku Ciu
Lin Dinasti Ming- barang dagangan dari Melaka seperti bijih timah, kain,sagu,lada
hitam,gading gajah,tanduk seladang dan beruang Hai Ma.

2. Dibawa oleh dai dan ahli sufi : Prof S.M Naguib al-Attas- Islam datang ke Kepulauan
Melayu dan terus ke Tanah Melayu oleh pendakwah dari Tanah Arab pada awal abad ke
15M.Catatan sejarah Melayu- melaka menerima Islam hasil dakwah Sayyid Abdul Aziz
dari Jeddah. Snouck Hugronje, J.P Moquette,R.A Kern,Harrison – Islam datang ke
Kepulauan Melayu dan Indonesia dibawa oleh pendakwah dari India. Catatan Sejarah
Cina- Islam datang ke Kepulauan Melayu dibawa oleh pedagang China- tapi catatan
sumber Cina menyatakan negeri-negeri Melayu seperti Melaka,Pahang,Johor,Langka
Suka, Sumatera,San Fu Cu dan Aru telah pun amalkan Islam dan adat resam serta
budaya yang dipengaruhi ajaran Islam.
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE SABAH DAN SARAWAK
Pengislaman Sabah dan Sarawak adalah rentetan daripada pengislaman Brunai- apabila rajanya
Awang Khalak Bertatar (1363M-1402M) memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan
Muhammad. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Brunai menjadi alternatif
kepada pedagang dan pendakwah Islam hingga Brunai berkembang maju dan dapat kuasai
Filipina sebelum Filipina jatuh kepada Sepanyol. Seterusnya Brunai kuasai Utara Pulau Borneo
iaitu Pantai Barat Sabah dan Sarawak; sebelum kedua-duanya jatuh kepada Inggeris.
Penyebaran Islam ke Sabah dan Sarawak melalui Brunai banyak dimainkan peranan oleh
kesultanan Brunai-khususnya pada zaman Sultan Bolkiah (1485-1520M) di kawasan Pantai Barat
Sabah.

KEDATANGAN ISLAM KE SABAH


>Islam bertapak di Sabah melalui pedagang Arab dan Cina abad ke 10M-buktinya
manuskrip tulisan jawi Bahasa Idahan telah dijumpai di Kampung Sepagaya,Lahat Datu
bertarikh 1408M iaitu pada abad ke 15M, sebanyak 140 mukasurat.
>Dari segi geografi-Sabah terletak di Kepulauan Sulu iaitu tempat Makhdum Aulia Karim
singgah untuk berdakwah Agama Islam sebelum ke Pantai Timur Utara Pulau Borneo.
>Pada peringkat awal-penyebaran Islam ke Sabah tidak dapat sampai ke pedalaman
seperti Ranau,Keningau,Tambunan,Kiulu dan lain-lain kerana sukar dan
bergunung-ganang. Namun Islam telah sampai ke sana menjelang pertengahan abad ke
20M.
>Kemasukan Islam melalui sempadan Indonesia seperti Tidong, Bolongan, Idahan,
Sungai dan suku kaum yang tinggal di sempadan Indonesia.Kemasukan Islam ke Tawau
pula dikatakan melalui Kalimantan.
>Walaupun Islam bertapak lebih awal di Sabah dan Sarawak abad ke 11M dan 12M tapi
bukti pertapakan Islam oleh pendudukan tempatan berlaku pada abad ke 15M

KEDATANGAN ISLAM KE SARAWAK


>Sarawak juga dikatakan menerima Islam melalui Brunai pada abad ke 10M dan 11M
menerusi pendakwah Cina Pu Ali (Abu Ali), dan Shih Nu (Sheikh Nuh) serta Kadi
Kassim pada 977M.
>Penemuan batu nisan Puteri Makhdarah binti Ali tahun 1048M (440H) membuktikan
bahawa Brunai adalah pertapakan awal Islam di bawa masuk ke Sarawak.
>Proses Islamisasi di Sarawak ada kaitan dengan pedagang Arab Islam menjalankan
aktiviti perdagangan di pelabuhan Kalaka,Saribas dan Kuching dengan masyarakat
tempatan di samping peranan besar yang dimainkan oleh kesultanan Brunai yang
berpengaruh mengislamkan Sarawak melalui pelabuhan Santubong yang berada di
bawah takluk Brunai.
>Pada 1521M Sultan Brunai telah menjalankan dakwah Islam secara aktif ke seluruh
wilayah Brunai dan Sarawak mencakupi wilayah Kalaka,Saribas,Sagong,Samarahan
,Mukah,Oya Matu dan Baram.
>Kira-kira 75% orang Malanau juga telah memeluk Islam melalui Sultan Brunai yang
mendiami Rejang hingga Bintulu dan terus berkembang ke bahagian-bahagian lain
Sarawak termasuk Baram serta Miri.
UNDANG UNDANG ISLAM DI SABAH DAN SARAWAK
● . Sebelum kedatangan Inggeris ,ia terletak di bawah kesultanan Brunai maka
undang-undang Islam yang diamalkan oleh penduduk Sabah dan Sarawak ialah
undang-undang adat suku kaum masing-masing; dan undang-undang Islam juga
dikira sebagai sebahagian daripada adat negeri dan ditadbir oleh Mahkamah
Anak Negeri semasa pemerintahan Inggeris.
● Selepas kedatangan James Brooke ke Sarawak tahun1841M, Brooke tidak
menghapuskan undang-undang adat suku kaum yang diamalkan sebelum ini;
malah telah mengiktiraf undang-undang tersebut.

AMALAN UNDAN UNDANG DI SABAH DAN SARAWAK


Di Sabah dan Sarawak,amalan undang-undang Islam pada mulanya ditadbir sebagai
sebahagian daripada undang-undang anak negeri (Ahmad Ibrahim, h. 318) Di Sabah,
undang-undang adat dikuatkuasakan oleh Mahkamah Anak Negeri, manakala di
Sarawak pula dikuatkuasakan di Mahkamah Melayu. Apabila Islam datang dan
bertapak ke Sabah dan sarawak, maka undang-undang Islam diterima pakai. Banyak
undang-undang adat yang telah disesuaikan dengan undang-undang Islam serta
mahkamah syariah ditubuhkan.Di Sarawak undang-undang adat telah dipinda dan
dinamakan Undang-Undang Mahkamah Syariah Sarawak yang lebih dekat kepada
undang-undang Islam. (Ahmad Ibrahim, h. 318)

Dalam undang-undang jenayah syariah di Sabah- berpandukan kepada Enakmen


Kesalahan Jenayah Syariah Sabah, No. 3 Tahun 1995. ia mengandungi 105 Seksyen
dan 5 Bahagian. Bahagian I- Permulaan (Sek 1-3), Bahagian II- Kecualian Am (Sek
4-22, sek 24-32), Bahagian III-Subahat (Sek 34-47), Bahagian IV-Kesalahan (sek
48-104),dan Bahagian V-Pemansuhan (sek 105).

Manakala bagi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Sabah pula-berpandukan


kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sabah) No.8 Tahun 2004;
mengandungi 135 seksyen dan 10 bahagian.

Bahagian I-Permulaan (sek 1-6), Bahagian II- Perkahwinan (sek 7-24), Bahagian III-
Pendaftaran Perkahwinan (sek 25-34), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai Peruntukan
Berhubung Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran Perkahwinan (sek 35-44), Bahagian
V- Pembubaran Perkahwinan (sek 45-59), Bahagian VI- Nafkah Isteri, anak dan lain-lain
(sek 60-81), Bahagian VII- Penjagaan Hadhanah atau penjagaan kanak-kanak (sek
82-107), Bahagian VIII- Pelbagai (sek 108-123), Bahagian IX- Penalti (sek 124-134),
dan Bahagian X- Am (sek 135).

Dalam undang-undang Jenayah Syariah Sarawak- berpandukan kepada Ordinan


Kesalahan JenayahSyariah (Negeri Sarawak) Ordinan No. 46, Tahun 2001;
mengandungi 8 Bahagian dan 54 Seksyen. Bahagian I- Permulaan (sek 1-2). Bahagian
II- Kesalahan yang berhubung dengan akidah (sek 3-6), Bahagian III- Kesalahan yang
berhubung dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya (sek 7-16), Bahagian IV-
kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan (sek 17-26), Bahagian V- Kesalahan
Pelbagai (sek 27-39), Bahagian VI- Penyubahatan Dan Percubaan (sek 40-44),
Bahagian VII- Kecualian Am (sek 45-50), Bahagian VIII- Perkara Am (sek 45-50).

Dalam Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak- berpandukan Ordinan


Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sarawak) Ordinan No. 43, Tahun 2001,
mengandungi 12 Bahagian dan 141 seksyen serta Jadual.

Bahagian I- Permulaan (sek 1-5), Bahagian II –Perkahwinan (sek 6-22), Bahagian


III-Pendaftaran Perkahwinan (sek 23-32), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai
Peruntukan Berhubungan Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran Perkahwinan (sek
33-42), Bahagian V-pembubaran Perkahwinan (sek 43-58), Bahagian VI- Nafkah Isteri,
Anak Dan Lain-lain (sek 59-84), Bahagian VII- Penjagaan (sek 85-111), Bahagian
VIII-Pelbagai (sek 112-125), Bahagian IX- Rayuan (sek 126), Bahagian X- Penalti (sek
127-136), Bahagian XI- Am (sek 137-140), Bahagian XII- Pemansuhan dan Peruntukan
perkecualian (sek 141).

Cth Kesalahan Syariah di Sabah dan Sarawak.

Bagi Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sabah), Enakmen No. 3 Tahun 1995,
kesalahan Akidah diletak bawah peruntukan Bahagian IV iaitu Kesalahan seperti sek.
48 Tidak sembahyang Jumaat, sek 49. Mengajar Agama tanpa tauliah,Sek. 50 Fatwa
Tidak sah, Sek. 52 Ajaran Salah (ajaran sesat), Sek. 53 Mempermainkan Ayat al-Quran
atau Hadis, Sek. 55 Menghina Agama Islam. Sek 61. Pemujaan, sek. 63. Percubaan
murtad,sek. 67. Mungkir tunangan, sek. 70 Muncikari, sek. 71 Melacurkan isteri dan
anak, dan sebagainya.

Manakala dalam Ordinan Jenayah Syariah (Negeri Sarawak), Ordinan No. 46, Tahun
2001, Kesalahan-kesalahan berkaitan jenayah akidah diperuntukkan bawah Bahagian II
seperti sek.3 Pemujaan Salah, sek.4 Doktrin Palsu, sek.6 Dakwaan palsu-

Bagi kesalahan yang berhubung dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya- di
bawah Bahagian III; seperti Sek. 7-Menghina atau menyebabkan dipandang hina dan
lain-lain Agama Islam, Sek.8-mempersendakan dan lain-lain ayat al-Quran atau Hadith,
Sek.11 mengajar agama tanpa tauliah.

Bagi kesalahan berhubung kesusilaan pula di bawah Bahagian IV; seperti sek. 17
Perbuatan sumbang mahram, sek. 18 Pelacuran, sek. 19 Muncikari, sek. 20
persetubuhan luar nikah, sek. 22 Liwat, sek.23 Musahaqah, sek.24 Berkhalwat, sek. 25
Lelaki berlagak seperti wanita.

Anda mungkin juga menyukai