Anda di halaman 1dari 10

Bab 2

KEDATANGAN ISLAM KE SABAH


DAN SARAWAK
Dr. AZHAR ABDUL AZIZ
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)……

1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah kedatangan


Islam ke Sabah dan Sarawak.

2. Pelajar dapat menghuraikan amalan undang-


undang Islam di Sabah dan Sarawak

3. Pelajar dapat menganalisa antara Enakmen


Jenayah Syariah dan Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Sabah dan Sarawak.
Kedatangan Islam Ke Sabah
1. Pengislaman Sabah dan Sarawak adalah rentetan daripada pengislaman
Brunai- apabila rajanya Awang Khalak Bertatar (1363M-1402M) memeluk
Islam dan memakai gelaran Sultan Muhammad.
2. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Brunai menjadi
alternatif kepada pedagang dan pendakwah Islam hingga Brunai berkembang
maju dan dapat kuasai Filipina(Sulu,Luzon,Mindanao) sebelum Filipina jatuh
kepada Sepanyol. Seterusnya Brunai kuasai Utara Pulau Borneo iaitu Pantai
Barat Sabah dan Sarawak; sebelum kedua-duanya jatuh kepada Inggeris.
3. Penyebaran Islam ke Sabah dan Sarawak melalui Brunai banyak dimainkan
peranan oleh kesultanan Brunai-khususnya pada zaman Sultan Bolkiah
(1485-1520M) di kawasan Pantai Barat Sabah.
Islam Di Sabah
1. Islam bertapak di Sabah melalui pedagang Arab dan Cina abad ke 10M-buktinya manuskrip
tulisan jawi Bahasa Idahan telah dijumpai di Kampung Sepagaya,Lahat Datu bertarikh 1408M
iaitu pada abad ke 15M, sebanyak 140 mukasurat.
2. Dari segi geografi-Sabah terletak di Kepulauan Sulu iaitu tempat Makhdum Aulia Karim singgah
untuk berdakwah Agama Islam sebelum ke Pantai Timur Utara Pulau Borneo.
3. Pada peringkat awal-penyebaran Islam ke Sabah tidak dapat sampai ke pedalaman seperti
Ranau,Keningau,Tambunan,Kiulu dan lain-lain kerana sukar dan bergunung-ganang. Namun
Islam telah sampai ke sana menjelang pertengahan abad ke 20M.
4. Kemasukan Islam melalui sempadan Indonesia seperti Tidong,Bolongan,Idahan,Sungai dan
suku kaum yang tinggal di sempadan Indonesia.Kemasukan Islam ke Tawau pula dikatakan
melalui Kalimantan.
5. Walaupun Islam bertapak lebih awal di Sabah dan Sarawak abad ke 11M dan 12M tapi bukti
pertapakan Islam oleh pendudukan tempatan berlaku pada abad ke 15M
Islam Di Sarawak
1. Sarawak juga dikatakan menerima Islam melalui Brunai pada abad ke 10M dan 11M menerusi
pendakwah Cina Pu Ali (Abu Ali), dan Shih Nu (Sheikh Nuh) serta Kadi Kassim pada 977M.
2. Penemuan batu nisan Puteri Makhdarah binti Ali tahun 1048M (440H) membuktikan bahawa
Brunai adalah pertapakan awal Islam di bawa masuk ke Sarawak.
3. Proses Islamisasi di Sarawak ada kaitan dengan pedagang Arab Islam menjalankan aktiviti
perdagangan di pelabuhan Kalaka,Saribas dan Kuching dengan masyarakat tempatan di
samping peranan besar yang dimainkan oleh kesultanan Brunai yang berpengaruh
mengislamkan Sarawak melalui pelabuhan Santubong yang berada di bawah takluk Brunai.
4. Pada 1521M Sultan Brunai telah menjalankan dakwah Islam secara aktif ke seluruh wilayah
Brunai dan Sarawak mencakupi wilayah Kalaka,Saribas,Sagong,Samarahan ,Mukah,Oya Matu
dan Baram.
5. Kira-kira 75% orang Malanau juga telah memeluk Islam melalui Sultan Brunai yang mendiami
Rejang hingga Bintu;lu dan terus berkembang ke bahagian-bahagian lain Sarawak termasuk
Baram serta Miri.
Undang-Undang Islam Di Sabah Dan Sarawak
1. Tidak terdapat banyak maklumat yang jelas dan lengkap mengenai
amalan perundangan Islam di Sabah dan Sarawak.
2. Sebelum kedatangan Inggeris ,ia terletak di bawah kesultanan
Brunai maka undang-undang Islam yang diamalkan oleh penduduk
Sabah dan Sarawak ialah undang-undang adat suku kaum masing-
masing; dan undang-undang Islam juga dikira sebagai sebahagian
daripada adat negeri dan ditadbir oleh Mahkamah Anak Negeri
semasa pemerintahan Inggeris.
3. Selepas kedatangan James Brooke ke Sarawak tahun1841M, Brooke
tidak menghapuskan undang-undang adat suku kaum yang
diamalkan sebelum ini; malah telah mengiktiraf undang-undang
tersebut.
Amalan Undang-Undang Islam Di Sabah Dan Sarawak
1. Di Sabah dan Sarawak,amalan undang-undang Islam pada mulanya ditadbir sebagai sebahagian
daripada undang-undang anak negeri (Ahmad Ibrahim, h. 318)
2. Di Sabah, undang-undang adat dikuatkuasakan oleh Mahkamah Anak Negeri, manakala di Sarawak pula
dikuatkuasakan di Mahkamah Melayu.
3. Apabila Islam datang dan bertapak ke Sabah dan sarawak, maka undang-undang Islam diterima pakai.
Banyak undang-undang adat yang telah disesuaikan dengan undang-undang Islam serta mahkamah
syariah ditubuhkan.Di Sarawak undang-undang adat telah dipinda dan dinamakan Undang-Undang
Mahkamah Syariah Sarawak yang lebih dekat kepada undang-undang Islam. (Ahmad Ibrahim, h. 318)
4. Dalam undang-undang jenayah syariah di Sabah- berpandukan kepada Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Sabah, No. 3 Tahun 1995. ia mengandungi 105 Seksyen dan 5 Bahagian. Bahagian I- Permulaan
(Sek 1-3), Bahagian II- Kecualian Am (Sek 4-22, sek 24-32), Bahagian III-Subahat (Sek 34-47), Bahagian
IV-Kesalahan (sek 48-104),dan Bahagian V-Pemansuhan (sek 105).
5. Manakala bagi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Sabah pula-berpandukan kepada Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sabah) No.8 Tahun 2004; mengandungi 135 seksyen dan
10 bahagian.
6. . Bahagian I-Permulaan (sek 1-6), Bahagian II- Perkahwinan (sek 7-24), Bahagian III- Pendaftaran Perkahwinan (sek 25-
34), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai Peruntukan Berhubung Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran Perkahwinan (sek 35-
44), Bahagian V- Pembubaran Perkahwinan (sek 45-59), Bahagian VI- Nafkah Isteri, anak dan lain-lain (sek 60-81),
Bahagian VII- Penjagaan Hadhanah atau penjagaan kanak-kanak (sek 82-107), Bahagian VIII- Pelbagai (sek 108-123),
Bahagian IX- Penalti (sek 124-134), dan Bahagian X- Am (sek 135).
7. Dalam undang-undang Jenayah Syariah Sarawak- berpandukan kepada Ordinan Kesalahan JenayahSyariah (Negeri
Sarawak) Ordinan No. 46, Tahun 2001; mengandungi 8 Bahagian dan 54 Seksyen. Bahagian I- Permulaan (sek 1-2).
Bahagian II- Kesalahan yang berhubung dengan akidah (sek 3-6), Bahagian III- Kesalahan yang berhubung dengan kesucian
Agama Islam dan Institusinya (sek 7-16), Bahagian IV- kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan (sek 17-26), Bahagian
V- Kesalahan Pelbagai (sek 27-39), Bahagian VI- Penyubahatan Dan Percubaan (sek 40-44), Bahagian VII- Kecualian Am
(sek 45-50), Bahagian VIII- Perkara Am (sek 45-50).
8. Dalam Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak- berpandukan Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Sarawak) Ordinan No. 43, Tahun 2001, mengandungi 12 Bahagian dan 141 seksyen serta Jadual.
9. Bahagian I- Permulaan (sek 1-5), Bahagian II –Perkahwinan (sek 6-22), Bahagian III-Pendaftaran Perkahwinan (sek 23-
32), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai Peruntukan Berhubungan Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran Perkahwinan (sek
33-42), Bahagian V-pembubaran Perkahwinan (sek 43-58), Bahagian VI- Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-lain (sek 59-84),
Bahagian VII- Penjagaan (sek 85-111), Bahagian VIII-Pelbagai (sek 112-125), Bahagian IX- Rayuan (sek 126), Bahagian X-
Penalti (sek 127-136), Bahagian XI- Am (sek 137-140), Bahagian XII- Pemansuhan dan Peruntukan perkecualian (sek 141).
Beberapa Contoh kesalahan Jenayah Syariah Sabah dan Sarawak
1. Bagi Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sabah), Enakmen No. 3 Tahun 1995, kesalahan Akidah diletak
bawah peruntukan Bahagian IV iaitu Kesalahan seperti sek. 48 Tidak sembahyang Jumaat, sek 49.
Mengajar Agama tanpa tauliah,Sek. 50 Fatwa Tidak sah, Sek. 52 Ajaran Salah (ajaran sesat), Sek. 53
Mempermainkan Ayat al-Quran atau Hadis, Sek. 55 Menghina Agama Islam. Sek 61. Pemujaan, sek. 63.
Percubaan murtad,sek. 67. Mungkir tunangan, sek. 70 Muncikari, sek. 71 Melacurkan isteri dan anak, dan
sebagainya.
2. Manakala dalam Ordinan Jenayah Syariah (Negeri Sarawak), Ordinan No. 46, Tahun 2001, Kesalahan-
kesalahan berkaitan jenayah akidah diperuntukkan bawah Bahagian II seperti sek.3 Pemujaan Salah, sek.4
Doktrin Palsu, sek.6 Dakwaan palsu-
3. Bagi kesalahan yang berhubung dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya- di bawah Bahagian III;
seperti Sek. 7-Menghina atau menyebabkan dipandang hina dan lain-lain Agama Islam, Sek.8-
mempersendakan dan lain-lain ayat al-Quran atau Hadith, Sek.11 mengajar agama tanpa tauliah.
4. Bagi kesalahan berhubung kesusilaan pula di bawah Bahagian IV; seperti sek. 17 Perbuatan sumbang
mahram, sek. 18 Pelacuran, sek. 19 Muncikari, sek. 20 persetubuhan luar nikah, sek. 22 Liwat, sek.23
Musahaqah, sek.24 Berkhalwat, sek. 25 Lelaki berlagak seperti wanita.
Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

‫والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai