Anda di halaman 1dari 11

COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)……

Pelajar dapat menjelaskan sejarah


kedatangan Islam ke Sabah dan
Sarawak

Pelajar dapat menghuraikan amalan


undang-undang Islam di Sabah dan
Sarawak

Pelajar dapat menganalisa Enakmen


Jenayah Syariah dan Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Sabah
dan Sarawak
Kedatangan Islam Ke Sabah

1. Pengislaman Sabah dan Sarawak adalah rentetan daripada pengislaman Brunei apabila
Rajanya Awang Alak Betatar (1363M-1402M) memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan
Muhammad.
2. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Brunei menjadi alternatif kepada
pedagang dan pendakwah Islam sehingga Brunei berkembang maju dan dapat menguasai
Filipina(Sulu,Luzon,Mindanao), sebelum Filipina jatuh kepada Sepanyol. Seterusnya Brunei
telah menguasai Utara Pulau Borneo iaitu Pantai Barat Sabah dan Sarawak sebelum
kedua-duanya jatuh kepada Inggeris.
3. Penyebaran Islam ke Sabah dan Sarawak melalui Brunei banyak dimainkan peranan oleh
kesultanan Brunei-khususnya pada zaman Sultan Bolkiah (1485-1520M) di kawasan Pantai
Barat Sabah.
Islam Di Sabah

1. Islam bertapak di Sabah melalui pedagang Arab dan Cina pada abad ke 10M-buktinya terdapat
manuskrip tulisan jawi Bahasa Idahan telah dijumpai di Kampung Sepagaya,Lahat Datu bertarikh 1408M
iaitu pada abad ke 15M, sebanyak 140 muka surat.
2. Dari segi geografi-Sabah terletak di Kepulauan Sulu iaitu tempat Makhdum Aulia Karim singgah untuk
berdakwah Agama Islam sebelum ke Pantai Timur Utara Pulau Borneo.
3. Pada peringkat awal- Penyebaran Islam ke Sabah tidak dapat sampai ke kawasan pedalaman seperti
Ranau,Keningau,Tambunan,Kiulu dan lain-lain kerana sukar dan bergunung-ganang. Namun, Islam telah
sampai ke sana menjelang pertengahan abad ke 20M.
4. Kemasukan Islam melalui sempadan Indonesia seperti Tidong,Bolongan,Idahan,Sungai dan suku kaum
yang tinggal di sempadan Indonesia. Manakala kemasukan Islam ke Tawau pula dikatakan melalui
Kalimantan.
5. Walaupun Islam bertapak lebih awal di Sabah dan Sarawak pada abad ke 11M dan 12M tapi bukti
pertapakan Islam oleh pendudukan tempatan berlaku pada abad ke 15M
Islam Di Sarawak

1. Sarawak juga dikatakan telah menerima Islam melalui Brunei pada abad ke 10M dan 11M menerusi
pendakwah Cina Pu Ali (Abu Ali), dan Shih Nu (Sheikh Nuh) serta Kadi Kassim pada 977M.
2. Penemuan batu nisan Puteri Makhdarah binti Ali tahun 1048M (440H) membuktikan bahawa Brunei adalah
pertapakan awal Islam di bawa masuk ke Sarawak.
3. Proses Islamisasi di Sarawak ada kaitan dengan pedagang Arab Islam menjalankan aktiviti perdagangan di
Pelabuhan Kalaka,Saribas dan Kuching dengan masyarakat tempatan di samping peranan besar yang
dimainkan oleh kesultanan Brunei yang berpengaruh mengislamkan Sarawak melalui pelabuhan Santubong
yang berada di bawah takluk Brunei.
4. Pada 1521M, Sultan Brunei telah menjalankan dakwah Islam secara aktif ke seluruh wilayah Brunei dan
Sarawak meliputi wilayah Kalaka,Saribas,Sagong,Samarahan, Mukah,Oya Matu dan Baram.
5. Kira-kira 75% orang Malanau juga telah memeluk Islam melalui Sultan Brunei yang mendiami Rejang hingga
Bintulu dan terus berkembang ke bahagian-bahagian lain Sarawak termasuk Baram serta Miri.
Undang-Undang Islam Di Sabah Dan Sarawak
1. Tidak terdapat banyak maklumat yang jelas dan lengkap mengenai
amalan perundangan Islam di Sabah dan Sarawak.
2. Sebelum kedatangan Inggeris,Sabah dan Sarawak terletak di bawah
kesultanan Brunei; maka undang-undang Islam yang diamalkan oleh
penduduk Sabah dan Sarawak ialah Undang-Undang Adat suku
kaum masing-masing; dan undang-undang Islam juga dikira sebagai
sebahagian daripada adat negeri dan ditadbir oleh Mahkamah Anak
Negeri semasa pemerintahan Inggeris.
3. Selepas kedatangan James Brooke ke Sarawak tahun1841M, Beliau
tidak menghapuskan undang-undang adat suku kaum yang
diamalkan sebelum ini; malah telah mengiktiraf undang-undang
tersebut.
Amalan Undang-Undang Islam Di Sabah Dan Sarawak
1. Di Sabah dan Sarawak,amalan undang-undang Islam pada mulanya ditadbir sebagai sebahagian
daripada Undang-undang Anak Negeri (Ahmad Ibrahim, h. 318)
2. Di Sabah, undang-undang adat dikuatkuasakan oleh Mahkamah Anak Negeri, manakala di Sarawak
pula dikuatkuasakan di Mahkamah Melayu.
3. Apabila Islam datang dan bertapak ke Sabah dan Sarawak, maka undang-undang Islam telah
diterima pakai. Banyak undang-undang adat yang telah disesuaikan dengan undang-undang Islam
serta mahkamah syariah ditubuhkan. Di Sarawak undang-undang adat telah dipinda, dan
dinamakan Undang-Undang Mahkamah Syariah Sarawak yang lebih dekat kepada undang-undang
Islam. (Ahmad Ibrahim, h. 318)
4. Dalam Undang-undang Jenayah Syariah di Sabah- berpandukan kepada Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Sabah, No. 3 Tahun 1995. Ia mengandungi 105 Seksyen dan 5 Bahagian.
Bahagian I- Permulaan (Sek 1-3), Bahagian II- Kecualian Am (Sek 4-22 dan sek 24-32), Bahagian III-
Subahat (Sek 34-47), Bahagian IV-Kesalahan (sek 48-104),dan Bahagian V-Pemansuhan (sek 105).
5. Manakala bagi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Sabah pula-berpandukan kepada
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sabah) No.8 Tahun 2004; mengandungi 135
seksyen dan 10 bahagian.
6. Bahagian I-Permulaan (sek 1-6), Bahagian II- Perkahwinan (sek 7-24), Bahagian III- Pendaftaran Perkahwinan
(sek. 25-34), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai Peruntukan Berhubung Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran
Perkahwinan (sek 35-44), Bahagian V- Pembubaran Perkahwinan (sek. 45-59), Bahagian VI- Nafkah Isteri, anak dan
lain-lain (sek. 60-81), Bahagian VII- Penjagaan Hadhanah atau penjagaan kanak-kanak (sek 82-107), Bahagian VIII-
Pelbagai (sek. 108-123), Bahagian IX- Penalti (sek. 124-134), dan Bahagian X- Am (sek. 135).
7. Dalam Undang-undang Jenayah Syariah Sarawak- Berpandukan kepada Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah
(Negeri Sarawak) Ordinan No. 46, Tahun 2001; mengandungi 8 Bahagian dan 54 Seksyen. Bahagian I- Permulaan
(sek 1-2). Bahagian II- Kesalahan yang berhubung dengan akidah (sek. 3-6), Bahagian III- Kesalahan yang berhubung
dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya (sek. 7-16), Bahagian IV- kesalahan yang berhubung dengan
kesusilaan (sek. 17-26), Bahagian V- Kesalahan Pelbagai (sek. 27-39), Bahagian VI- Penyubahatan Dan Percubaan
(sek. 40-44), Bahagian VII- Kecualian Am (sek. 45-50), Bahagian VIII- Perkara Am (sek. 45-50).
8. Dalam Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak- berpandukan Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Sarawak) Ordinan No. 43, Tahun 2001, mengandungi 12 Bahagian dan 141 seksyen serta Jadual.
9. Bahagian I- Permulaan (sek. 1-5), Bahagian II –Perkahwinan (sek. 6-22), Bahagian III-Pendaftaran Perkahwinan
(sek. 23-32), Bahagian IV- Penalti Dan Pelbagai Peruntukan Berhubungan Dengan Akad Nikah Dan Pendaftaran
Perkahwinan (sek. 33-42), Bahagian V-Pembubaran Perkahwinan (sek. 43-58), Bahagian VI- Nafkah Isteri, Anak Dan
Lain-lain (sek. 59-84), Bahagian VII- Penjagaan (sek. 85-111), Bahagian VIII-Pelbagai (sek. 112-125), Bahagian IX-
Rayuan (sek. 126), Bahagian X- Penalti (sek. 127-136), Bahagian XI- Am (sek. 137-140), Bahagian XII- Pemansuhan
dan Peruntukan perkecualian (sek. 141).
Beberapa Contoh kesalahan Jenayah Syariah Sabah dan Sarawak
1. Bagi Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sabah), Enakmen No. 3 Tahun 1995, kesalahan Akidah diletak
bawah peruntukan Bahagian IV iaitu Kesalahan seperti sek. 48 Tidak sembahyang Jumaat, sek 49.
Mengajar Agama tanpa tauliah,Sek. 50 Fatwa Tidak sah, Sek. 52 Ajaran Salah (ajaran sesat), Sek. 53
Mempermainkan Ayat al-Quran atau Hadis, Sek. 55 Menghina Agama Islam. Sek 61. Pemujaan, sek. 63.
Percubaan murtad,sek. 67. Mungkir tunangan, sek. 70 Muncikari, sek. 71 Melacurkan isteri dan anak, dan
sebagainya.
2. Manakala dalam Ordinan Jenayah Syariah (Negeri Sarawak), Ordinan No. 46, Tahun 2001, Kesalahan-
kesalahan berkaitan jenayah akidah diperuntukkan bawah Bahagian II seperti sek.3 Pemujaan Salah, sek.4
Doktrin Palsu, sek.6 Dakwaan palsu-
3. Bagi kesalahan yang berhubung dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya- di bawah Bahagian III;
seperti Sek. 7-Menghina atau menyebabkan dipandang hina dan lain-lain Agama Islam, Sek.8-
mempersendakan dan lain-lain ayat al-Quran atau Hadith, Sek.11 mengajar agama tanpa tauliah.
4. Bagi kesalahan berhubung kesusilaan pula di bawah Bahagian IV; seperti sek. 17 Perbuatan sumbang
mahram, sek. 18 Pelacuran, sek. 19 Muncikari, sek. 20 persetubuhan luar nikah, sek. 22 Liwat, sek.23
Musahaqah, sek.24 Berkhalwat, dan sek. 25 Lelaki berlagak seperti wanita.
SOALAN PERBINCANGAN

Bincangkan kronologi kedatangan Islam ke Sabah dan


1
Sarawak?

Apakah peranan yang dimainkan oleh pedagang dan


2
pendakwah serta Raja Brunei?

3 Bagaimanakah amalan undang-undang Islam di Sabah


dan Sarawak?

4
Apakah refleksi anda daripada pembelajaran topik ini?
‫‪SEKIAN TERIMA KASIH‬‬

‫واﻟﺳﻼم ﻋﻠﯾﻛم ورﺣﻣﺔ ﷲ وﺑرﻛﺎﺗﮫ‬

Anda mungkin juga menyukai