Anda di halaman 1dari 11

Reka Bentuk Mekatronik

1.1.3 Menerangkan Fungsi Elemen Mekatronik pada Produk Sedia Ada

BAB 1
n
na
n

Ka
pa
da
Ha

ti
en
rh
Be

r
du
Un
i
Kir

Kereta kawalan jauh Pintu gelangsar automatik

RBT dan Anda

Dron
Dron atau dikenali
sebagai pesawat
tanpa pemandu (UAV)
menjadi popular
dalam kalangan
masyarakat kini,
terutamanya dalam
bidang fotograÀ
dan perÀleman.
Dron direka bentuk
menggunakan semua
Mesin basuh automatik
elemen mekatronik
Gambar foto 1.7 Contoh produk mekatronik yang membolehkan
dron dikawal melalui
Gambar foto 1.7 menunjukkan contoh produk mekatronik alat kawalan jauh
yang sering kita temui dalam kehidupan harian. Setiap atau komputer.
elemen yang digabungkan dalam produk mekatronik
tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri bagi memastikan Akse
Ak
Akses
ses
produk dapat berfungsi dengan berkesan mengikut arahan
Pant
Pa
Pantas

yang telah diaturcarakan.


ntas
as

Sejarah Pesawat
tanpa Pemandu
goo.gl/45Y6FU

11
BAB 1 Aplikasi Teknologi

A Kereta kawalan jauh


Kereta kawalan jauh merupakan salah satu
contoh produk mekatronik mudah. Fungsi elemen
mekatronik pada kereta kawalan jauh diterangkan
secara terperinci dalam Rajah 1.4.
BAB 1

Sistem mekanikal
• Gear berfungsi untuk mengurangkan
an
atau meningkatkan halaju dan
menambah daya kilas
(torque) motor.

Sistem elektronik
• Sistem elektronik menerima dan
menukarkan isyarat input dari
alat kawalan jauh kepada isyarat
elektrik bagi memacu motor AT.

Gear

Pemacu motor Modul geganti

12
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem kawalan
kaw dan

BAB 1
pengaturcaraan
pengaturcar
• Terdiri dari
daripada
Hadapan mikropengawal
m krrop
mi pen
engaga dan sistem
Kiri
kawalan
kawalalan yang diatur cara.
n ya
Berhenti
Berfungsi
• Berfungs untuk mengawal
gsii u
Kanan

Undur halaju dan arah putaran


motor
moto
mo AT.
torr AT.

Mikropengawal

Sistem elektrik
• Bateri sebagai sumber
umberr
tenaga elektrik.

Papan litar elektronik mikropengawal

Motor AT

Bateri alkali Bateri kadmium-nikel

Rajah 1.4 Fungsi elemen mekatronik pada kereta kawalan jauh

13
BAB 1 Aplikasi Teknologi

B Pintu gelangsar automatik


Pintu gelangsar automatik yang sering anda temui di pasar raya juga merupakan produk
mekatronik. Fungsi elemen mekatronik pada pintu gelangsar automatik diterangkan
secara terperinci dalam Rajah 1.5.
Sistem mekanikal
BAB 1

• Komponen mekanikal terdiri daripada takal dan tali sawat.


• Berfungsi untuk membuka dan menutup pintu.
• Gear pada motor membantu memudahkan pergerakan.

Takal

Tali sawat

Komponen mekanikal

Sistem elektronik
• Komponen elektronik disatukan di dalam litar pemacu motor.
• Penderia gerakan mengesan sebarang pergerakan dan memberikan
isyarat kepada sistem kawalan.

Litar pemacu motor Penderia gerakan

14
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem elektrik
• Terdiri daripada motor AT dan pengubah (transformer).
• Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem.

BAB 1
Motor AT Pengubah

Info Bestari
Pengubah berfungsi
untuk menaikkan atau
menurunkan voltan
bekalan arus ulang-alik.

Sistem kawalan dan pengaturcaraan


• Terdiri daripada sistem kawalan yang telah
diatur cara.
• Berfungsi untuk memproses isyarat input dari
penderia gerakan dan menghantar isyarat
output kepada pemacu motor AT untuk
membuka dan menutup pintu.

Sistem kawalan

Rajah 1.5 Fungsi elemen mekatronik pada pintu gelangsar automatik

15
BAB 1 Aplikasi Teknologi

C Mesin basuh automatik


Fungsi elemen mekatronik pada mesin basuh automatik diterangkan secara terperinci
dalam Rajah 1.6.
BAB 1

Sistem mekanikal
• Antara komponen mekanikal ialah takal, tali
sawat, gear, dram dan galas bebola. Gabungan
komponen ini menghasilkan putaran pada dram
ketika mencuci ppakaian.

Dram
Takal

Tali sawat

Komponen mekanikal

Sistem elektronik
• Butang pada panel kawalan digunakan oleh
pengguna untuk memberikan arahan seperti
ON/OFF, START, PAUSE dan lain-lain lagi.
• Antara komponen elektronik ialah kapasitor
dan diod pada papan litar tercetak.
Papan litar tercetak

Panel kawalan Diod Kapasitor


16
Reka Bentuk Mekatronik

Sistem elektrik
• Membekalkan tenaga
elektrik kepada sistem
kawalan motor dan
motor AU.
• Antara komponen
elektrik ialah pengubah

BAB 1
dan motor AU.

Motor AU Pengubah

Sistem kawalan dan


pengaturcaraan
• Mikropengawal diatur cara untuk
menghasilkan tindakan kawalan
terhadap sistem elektrik, sistem
elektronik dan sistem mekanikal
dalam mesin basuh automatik.
• Fungsi kawalan bergantung
kepada pengaturcaraan yang
direka dan tindakan kawalan yang
dimasukkan pada panel kawalan Papan mikropengawal
mesin basuh automatik.

Rajah 1.6 Fungsi elemen mekatronik pada mesin basuh automatik

Aktiviti Menerangkan fungsi elemen mekatronik PAK-21


Think-Pair-
Share
EM K
Kreativiti dan
Inovasi
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan besar.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk
mekatronik yang ditunjukkan oleh guru melalui tayangan video.
3. Seterusnya, guru memecahkan kumpulan besar kepada beberapa kumpulan kecil.
4. Ahli kumpulan kecil berbincang dan melengkapkan tugasan berdasarkan maklumat sedia
ada dan melalui carian di Internet.
5. Wakil kumpulan kecil membentangkan maklumat yang diperoleh kepada kumpulan besar.
6. Guru membuat penilaian hasil tugasan setiap kumpulan kecil.

Praktis Formatif

1. Nyatakan fungsi elemen mekatronik pada produk kipas siling automatik.


2. Apakah kebaikan mengetahui fungsi elemen pada produk mekatronik?

17
BAB 1 Aplikasi Teknologi

1.1.4 Menghasilkan Gambar Rajah Blok (Block Diagram) Produk


Mekatronik Sedia Ada
Fungsi elemen pada produk mekatronik juga dapat diterangkan melalui gambar rajah
blok (block diagram). Gambar rajah blok ditakrifkan sebagai suatu lukisan yang mewakili
litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok. Tanda anak panah digunakan untuk
menunjukkan urutan blok dan dilabelkan mengikut fungsi, nama elemen atau litar yang
BAB 1

terlibat. Rajah 1.7 menunjukkan contoh gambar rajah blok bagi produk mekatronik.

Input Proses Output

PENGATURCARAAN

PERANTI MASUKAN PENGAWAL PERANTI KELUARAN

Rajah 1.7 Contoh gambar rajah blok bagi produk mekatronik

Bahagian input ialah bahagian yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat
daripada peranti masukan kepada bahagian pengawal untuk diproses. Isyarat tersebut
akan diproses mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Seterusnya, bahagian
output akan menjalankan tindakan selanjutnya melalui peranti keluaran setelah
menerima isyarat daripada bahagian pengawal. Walau bagaimanapun, setiap produk
mekatronik mempunyai gambar rajah blok yang berbe]a mengikut fungsi dan komponen
yang terdapat pada produk berkenaan.

18
Reka Bentuk Mekatronik

A Kereta kawalan jauh


• Panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter)
menghantar isyarat input kepada mikropengawal (receiver) pada kereta kawalan jauh
melalui sambungan Bluetooth.
• Pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti yang diarahkan
oleh m
mikropengawal.
ikro
ikr p
ropeng
pengaw
ng
gaw
awall.

BAB 1
Kanan
an

ti
Hadap

Berhen

Undur
Kiri

Gambar foto 1.8 Kereta k l jauh


kawalan h

Input Proses Output

Pemacu
motor
Panel kawalan Roda
Mikropengawal
tanpa wayar berputar
Motor AT

Rajah 1.8 Gambar rajah blok kereta kawalan jauh

19
BAB 1 Aplikasi Teknologi

B Pintu gelangsar automatik


• Penderia gerakan pada pintu gelangsar
automatik akan mengesan sebarang
pergerakan di hadapannya.
• Isyarat input akan dihantar kepada
sistem kawalan yang terdiri
BAB 1

daripada mikropengawal.
• Isyarat kawalan diterima daripada
mikropengawal akan menggerakkan
motor AT yang digabungkan bersama
mekanisme takal dan tali sawat untuk
mengerakkan pintu.
• Pintu akan sentiasa dalam keadaan
tertutup jika tiada sebarang pergerakan
dikesan oleh penderia gerakan.

Gambar foto 1.9 Pintu gelangsar automatik

Input Proses Output

Pergerakan
objek atau benda
hidup (manusia)

Motor AT

Penderia Takal dan Pergerakan


gerakan Mikropengawal tali sawat membuka dan
menutup pintu

Pemacu motor

Rajah 1.9 Gambar rajah blok pintu gelangsar automatik

20
Reka Bentuk Mekatronik

C Mesin basuh automatik


• Isyarat input daripada mod pilihan pada panel
kawalan akan dihantar kepada sistem kawalan
yang terdiri daripada mikropengawal.
• Penderia juga akan memberikan isyarat input
apabila air di dalam dram telah penuh.

BAB 1
• Isyarat kawalan yang diterima akan
menggerakkan motor AU yang digabungkan
bersama mekanisme takal dan tali sawat setelah
menerima isyarat input. Gambar foto 1.10 Mesin basuh
automatik

Input Proses Output

Motor AU

Mod pilihan
Takal dan Dram
Mikropengawal berpusing
tali sawat
Penderia

Pemacu motor

Rajah 1.10 Gambar rajah blok mesin basuh automatik

Aktiviti Mengenal pasti elemen mekatronik dan melukis gambar rajah blok

Palang automatik merupakan contoh produk mekatronik yang sering kita temui dalam
kehidupan harian.
1. Kenal pasti dan namakan elemen mekatronik yang terdapat pada sistem kawalan
palang automatik.
2. Lukis gambar rajah blok bagi sistem kawalan palang automatik.

Praktis Formatif

1. Nyatakan takrifan bagi gambar rajah blok.


2. Lukis gambar rajah blok yang menerangkan sistem mekatronik pada kipas
siling automatik.

21

Anda mungkin juga menyukai